20.10.16

Talian Lam Jalalah

Apabila kita sudah berjaya lock sesuatu entiti maka ada 2 perkara terlibat.

1. Kita campak dan masih ada talian kita dengan Jail tersebut.
2. Kita campak dan putuskan talian.

Bezanya ialah pada gambar no 1 itu ia amat berkait rapat dengan amal seseorang. Jika semakin mantap amalan beliau maka entiti di dalam Jail tersebut boleh musnah kerana Zikir yang menerbitkan Nur di sekitar Lam Jalalah tersebut. Nur zikir di generate di Qalbu.
Maka biasanya entiti tersebut akan meruap dan gone for good.

2. Ada perawat tak mahu membunuh entiti maka di makrifatkan talian tersebut putus seperti rajah 2.

Namun ada juga perawat yang terlepas entiti tersebut lantaran kurang kukuh dan boleh di selamatkan oleh orang lain akan entiti tersebut.
Biasanya mereka yang mengambil Lam Jalalah berasakan seni mempertahankan diri Jailnya kurang mantap dan talian tidak berapa lancar aliran letriknya. Bagaimanapun untuk diri sendiri lepas.

Kita boleh tahu di mana level kita jika sehingga 40 hari .. Jin tu steady je duk dalam Jail .. makan berak cangkung, cuma tak boleh keluar je.

Pada yang di biar tanpa talian... pada yang mampu boleh aje panggil balik untuk di pasang kembali talian.





13.10.16

Lam Jalalah - Asas Aplikasi

Suatu pendekatan mudah untuk mengamalkan Asas Lam Jalalah.

Boleh aje di lakukan dalam apa jua keadaan kecuali sedang berak dll.

Tertibnya di lakukan dalam keadaan duduk dan berwuduk.

Ibu Jari kanan di lekat di lelangit.
Tahan nafas
Buat lakaran seperti di rajah tanpa menyentuh puting tetek korang dan lalu di bawah pusat. Dari 1 hingga 3.
Sampai di bahu kiri.
Tekan ibu jari dan zikir TAHLIL 40 x senafas dan disudahi Tauhid Muhammad.
Di akhir tekan ibu jari dan baca yang no 4 di rajah untuk menguncinya.
Masa zikir tu sehingga kita tenggelam dalam Kalimah Tahlil itu seolah di selubungi cahaya putih menyelubungi seluruh jasad kita zahir dan batin.

Ia sukar pada permulaan namun suatu waktu kelak anda pasti rasa mudah aje.

Maka dari sini hubungan Syahadah dengan Ilmu Lam Jalalah. Memang ada Guru kata takda hubungan. Salah tu.

Ada beza yang amat besar bagi mereka yang melazimi atau istiqomah dengan Zikir Tahlil dan membuat Lam Jalalah dengan sekadar mereka yang mengambil Teknik Lam Jalalah sahaja.

Kerna itu mudah aje di buka oleh mereka yang arif akan Lam Jalalah mereka yang biasa biasa ni. Bahkan Lam Jalalah ini boleh di hurai dari sudut keilmuan Sifat 20.


Zikir Tahlil di sudahi dengan Kalimah Tauhid Muhammad.

Biasakan dahulu selepas solat. Apabila sudah mudah melihat cahaya putih meliputi kita maka boleh le untuk proses amalannya, Di amal selepas Suboh dan Maghrib selama 44 hari untuk mendapat " RASA ".

Siapa yang ingin mengamalnya. DEN izinkan asal bukan untuk di niagakan.

Untuk aplikasi seperti memenjarakan Jin, guna jari penyaksian untuk membuat lakaran seperti rajah.

 

Lam Jalalah - Memerangkap Jin III

Kaedah ini sesuai untuk Jenis Jin lam yang boleh bercantum walaupun telah di sembelih bagai oleh perawat.
Pendekar yang mengamalkan ilmu lam ( bukan Lam Jalalah ) memang mampu bercantum kembali antara kepala dan badan ketika embun menyentuh tubuh .. maka apabila berjaya di penggal mereka di pisahkan oleh sebatang sungai. Kepala dan Badan tidak dapat bercantum lagi.
Untuk perawat yang dah sembelih kemudian esoknya masuk balik berkemungkinan dari species Jin yang sama.
Maka sesudah sembelih Lam kan bahagian kepala dan badan berasingan.
Pastu baling je kat Asrama mana mana. Biar orang nampak hantu takda kepala atau kepala aje merayau rayau. Nanti kalau ada orang minta scan ..chargele Rm 300 ke hapa. Tu belum masuk upah tabur garam kehapa. Dalam Rm 14,000 ok le . Jangan lupa GST included. Kemsen Den 20 % jangan lupa.
Ramai perawat tak faham lepas sembelih 2 3 hari Jin yang sama masuk balik. Ini le Den nak kasi tau.

Perawat lak yang nampak kepala je bergerak gerak mau konfirm dulu ma.... samada dalam Lam Jalalah atau tidak. Kalau tak letih le baling garam ke taik besi ke Ruqyah 18 jam ke .. kecuali korang dah boleh buka Lam orang yang membuatnya.

Serupa juga korang kalau jumpa Hantu Jepun takda kepala .. amik je pastu baling kat mana mana. Den pernah test. Ada yang nampak askar duk berkawat takda kepala. Depa tak kacau le. Dah dalam kurungan cam belon ma. 😂

Den tengah latih orang main Jurus Kebatinan ni. Sambil tu boleh le bertemberang. Permainan kebatinan ni mainan budak budak jo. Di serang dengan emosi terpental le kebelakang. Basic Play kata orang. Den masa tingkatan 1 dulu dah main menda cenggini. Lepas tu Jurus le hantu. Tengok siapa yang kena.

La ni Den upgrade le sikit dengan kaedah Lam Jalalah pulak. Baru ada Turbo.
Ni dorang nak tarik Jin dari patient dan nak pasung kat tengah sambil di jurus. Variasi aje. Takda apa pun. 



12.10.16

Lam Jalalah - Memerangkap Jin II

Bila dah kurung.. kalau mau mantap. Kasi kunci le. Kunci nya .. Hayyun Daimun Layamut.

Lepas dah lock. Lempar je kat mana mana pun. Mamat tu akan lepak dalam kawasan tu aje. Luasnya atas makrifat kita.

Makanan ada jo dalam tu, rezeki di jamin Allah ma. Cumo takdo lah Ayam Golek , Asap Colok dll.

Kadang kita biasa nampak cam terapung jo cam belon. Kalau kita scan nampak le Lam Jalalahnya.

Kek sini kalau nak test tahap kita ... Try le lepaskan Jin tu .. kalau mampu lah.

Kalau payah na nak jumpa. Suruh kawan bikin Jail dan kurung .. pastu kita try lepaskan.

2 perkara dapat kita tahu. Tahap si pembuat Lam Jalalah dan Tahap si Pembuka Lam Jalalah.

Pendekar dolu dolu selalu amalkan menda bersilang ni. Mereka biasa aje semasa membuka gelanggang samada dalam pergerakan bunga silat perhatikan mereka membuat Lam Jalalah samada pergerakan tangan bersilang atau pergelangang telapak tangan bersilang. Maka jangan nampak lembut jo tapi ada Isi ma. Ado lagi cara pasang tapi biarlah simpan sikit untuk abang pendekar.

Maka takdalah di Sudi atau di kunci orang. Ikat tengkolok pun ada kaedah bukan nak lawa jo. Ada adap dan doanya serta petua.

Nanti Den coret lagi. Dah nak masuk Tesco.



11.10.16

Lam Jalalah - Memerangkap Jin



Tu dia ... Ghost pun kono penjara 😂

Kaedah ini mudah sangat. Takda hantar Jin duk sana sini. Mekah la dll. La ni nak buat Visa Umrah pun dah nak naik 3 x ganda. Entah entah berangan aje. Entah kemana di baling nya Jin tu dikatakan di hantar ke Mekah ke Laut , Pauh Janggi dll. Ia ke ?

Macam ni senang. Sebagai latihan cari le tempat angker yang kononnya banyak hantu. Kaut simpan dalam seperti rajah di berikan. Senangkan ? Ada sampai 2 saat ke ? Takda kan ?

Pelan pelan kayuh. Katakan ada 3 ekor ... Boleh ke sekali kaut simpan 3 ekor atau sekor sekor ?
Boleh aje. Nak asing asing pun boleh.

Tak cari makan le tok gomoh dan perawat Islam nanti. Perlu garam , perlu limau, perlu air , tak perlu pun. Mudah bukan 😂

Belajar dari pertanyaan dan pengalaman kerana itu akan mematangkan kita. Kalau teori je tak jadi le.

Kalau ada tempat angker le ... contoh rumah berhantu. Perlu ke tabur Garam , siram air dan sebagainya ? Tak perlu pun. Kaut Buang.

Barang barang sihir yang di tanam .. perlu ko di cari dan di buang..? Kalau di tanam dalam tanah dan di simen jenuh le. Dah nak kena guna khadam Bunian untuk amik keluar. TAK YAH LE. Barang tu akan reput sendiri kalau Tuannya dah duk dalam Lokap Lam Jalalah.


Perlu ke berdepan di tempat yang di maksudkan atau tidak ? Untuk beginner elok le berdepan amik rasa. Bila dah jemu sambil makan kacang kat Ostolia pun boleh buat ma. Kata orang mudah aje ma. Mana sampai 2 saat pun.

Menda mudah jangan buat buat payah sebab nak harap upah mahal. Pesakit pula jangan le bila dah nampak mudah kira nak free aje. Mau fikirle expertise tu. Samo cam specialist Rawatan Hospital. Give n Take. Specialist amik masa belajar extra time. Tu bolum lagi belajar online dengan Guru berbayar.

Camtu jo ko ? Bergantung. Kalau nak kunci ..baco le Hayyun Daimun Layamut. Kat tengah tengah tu , kira macam ikat uncang le.

Berapa lama tahan ?
Kukuh ke ?
Tak lepas ko ?
Apo lak Jin nak makan dalam tu ?
Tanyo la Guru 😂

Dulu ado orang kasi bekas kaco isi insulin kek Den. Den isikan Jin jo dalam tu. Budak budak nak main botol tu Den biarkan ajo termasuk anak anak Patient. Ado yang buka tutup tapi tak reti nak tutup balik. Elok jo Jin Jin tu duk ontok ontok dalam botol. Takdo depa dapek keluar de walau takdo tudung.

Takdo lak Den nak peranyut ke laut ke hapa. Botol tu tak sampai 1 inci pun besarnya. Bagusnya senang Den lotak sticker apo jonis hantu yang Den lotak.

Mendo camni kadang Guru pun tak ado maso nak ajar. Sendiri bikin la. Dari situ datang pengalaman dan idea. Lobih lobih Jin Jin tu hangin jo.

Kang ado lak ustaz bangang kato Jin mano boleh kono ikat ke hapa. Apa lagi ... masukan jo jin jin tu dalam perut Ustaz tu atau tambat kat Tolur dio. HE HE HE. Mendo tak tahu bertanya la.

Bila dah praktis baru kita tahu Jin Jin ni pun ado yang liat , tegar dan macam macam kerenah cam manusia juga. Gunakanlah akal dan pertimbangan. Jangan asal ado Jin jo kita nak Lamkan. Doso beb. Den hanya kasi tahu camno nak guno pisau. Pisau ni boleh buek membantu masakan dan bunuh. So sendiri mau ingat le.

Ok cukupla sebagai intro Memerangkap Jin. Mainan budak budak le kata Jin.

9.10.16

Bismillah 3

Suatu Amalan yang Manjur sebagai ikhtiar Pendinding Diri. Di amal selepas solat. Di awali dengan Selawat. 

Setiap Baris Baco 3 x. 

Kalau nak baco kek Limau atau Air buek Penawar dan Pendinding pun boleh.

Asal tak di jual , Den izinkan perkongsian ini. 

Amalan ini termaktub dalam Yasin Junjung. Yasin Junjung ni payah nak jumpa sobab guru dulu dulu tulis tangan jo. Samo gak dengan Yasin 40. Semua tulisan tangan Gak. Murid Den buatkan PDF ado lak mamat Jual Rm 300. Dia jual agama dengan harga yang murah.

Kalau orang tanya antara Yasin Junjung dengan Yasin 7 Mubin mana lebih manjur dalam soal Hajat ... Yasin Junjung le 😂




Lam Jalalah - Suatu Enigma 3

Apo pulak ni ? Setakat yang Den tahu bolum lagi ada Guru yang menjaja Ilmu Lam Jalalah menjual yang ini. Sobabnya tak sampai lagi.
Bukankah lebih banyak kita buka jalan Ilmu lebih banyak Allah buka untuk kita.

Kalau menjual maka kita dah amik ganjaran awal ma. So kiro Push Stop le.

Orang Kato ilmu Lam Jalalah ni Hebat na, kalau dah pasung Jin siap Kunci Hayyun Daimun La Yamut sure tak leh lopeh punya 😆.

Betul ke ? Kalau jin tu sendiri meme le tak leh buka .. tapi kalau Tuan Punya Jin itu atau siapa yang ado ilmu buleh aje buka ma.

Sonang jo nak test Lam Jalalah korang dah mantap je idak.

Korang Lamkan sekor atau beberapa ekor. Pastu suruh je kengkawan keluarkan Jin Jin tu dari Kurungan Lam Jalalah tu. Suruh Guru pun boleh. Kalau Guru tak boleh.. , mesti Guru berbayar ha ha ha . Kalau Guru le .. sonang Bah itu ..kata orang Sabah.

Teknik nak kasi keluar tu atas memasing punya pengajian la. Nak guna Jurus Pemecah Langit ko hapo try le, kasi Bom Nuklear ke hapa yang macam ramai kata dalam Kursus Jarak Jauh depa ajar terutama yang Kopicat Wong Alus punya. Cerito jo lobih.. sekali di buka kojap jo. Tak sampai 2 detik. Maknonya dapek kulit jo. Itu nipis.

Mano yang mampu buko tu.. tutup le balik. Kita gurau gurau jo ..mana la tau dia kena sorang dengan Jin, tak ke naya 😂

Jika hangus terus Jin pun boleh.. Tapi tu kiro low level le. Yang mantap. Jin tu sihat walafiat tak cedera.

Ilmu kalau tak di cuba kang perasan cam bagus jo. Boleh gilo.

Maka ada 3 perkara di sini.

1. Lam kita kukuh ke idak
2. Kita mampu ke idak buka Lam orang
3. Camno nak Bikin Lam kita anti Bocor.

Berapa Ramai Perawat dan Pesilat yang amal Lam .. Bocor gak di enjut Jin dan Bomoh..bolum lagi Di Test orang Hakikat lagi Makrifat.

Akhirnya Kita Balik pada Asal... Makin banyak belajar baru Tasdik di Hati kito ni Bodoh Hina Fakir Lomah. Guru Den kato kalau tak dapek gak ni.. Susah le.... Lahaulawala Quwatailla billah.






7.10.16

Lam Jalalah - Suatu Enigma 2

Apo ko bondo lak ni 😂

Ni baru ompek , kalau pocah 10 lagi ponin. Malaikat 10, Sahabat 10 dll. Lotih beb.

Nak Amal Lam Jalalah cari je Guru kek kampung. Free ma.

Separuh Guru dia kasi mandian dulu. Ado yang kasi amal je dulu sebelum Ijajah ma. Ado la sobabnya. Lopeh tu mungkin dio ajar bab nafas. Mano masuk mano keluar. Mano naas mano come. Itu ikut kaedah olahan Guru dari pengalaman memasing.






1.10.16

Lam Jalalah - Suatu Enigma

Dewasa ini dah mula Trend orang menjual ilmu. Sampai ilmu yang Langka ini pun ado yang menjual. Lotih la camni. Nanti kono sumpahan ilmu baru padan muko.

Lam Jalalah ni biasa yang ngambik amalnya aje. Mano datang tidak di kesahkan janji menjadi. Entah apa yang menjadi itu Subjektif memasing.
Biasa Silat Tok Gomoh dan sekarang Perawat Ustaz Islam pun dah pakai dah ..he he he . Kiro dah campur campur lak.

Macam macam caro dorang jual ilmu ni. Kasi amalan sebelum tu mau amik mandian dulu biar rasi katanya. Tontulah kono bayar. Setakat yang Den belajar la, Free je beb.

Ada peringkatnya. Yang Den kasi ni biasa biasa ja, Ilmu budak budak la katakan.

Pelan pelan ada Izin Allah kita kupas bersama. Mano yang menjual tu apa lagi boleh le nambah idea dan modal untuk jual.

Den suko amik ompek ompek kerana mudah ingat. Ada Guru terangkan kelmarin.. Biasa yang detail pecah 10. Dari 10 pecah 10. Kayolah kalau jual ilmu. 100 Step beb. Terajang je.

Yang Den nak citer 4 x 4 baru 16. Samo jo, pocah jo banyak. Samo gak orang sufi pocahkan Nafsu pada 4 ada yang detail lagi 7 ( Rhodiatan Mardiatan Kamil )

Den mulakan dari yang ado Mim kerana ado setengah Guru kata ini dah tinggi na.. Hek eleh.... Yang Basic cam Hu Allah Illallah tu ... Tarik dari Bahu Kanan pusing ke pusat membawa ke bahu kiri.
Lopeh tu kunci dengan Hayyun Daimun Layamut. Ini barule asas pada LAM JALALAH.

Di ceritakan Lam Jalalah adalah manifestasi dari Sifat 20. Maka yang Wahabi tak leh nak amal le.

Apakah ada kena mengena dengan Kalimah Tauhid ?

Mano lak datang mim ni ?

Apakah boleh di kesan mereka yang mengamalkan Ilmu Lam Jalalah ini ?

Ada cara ke nak Pasang Lam Jalalah ni. Ikut Sendi Besar atau ikut Arah Mata Angin Atau berlapis lapis  ?

Ado yang main jurus semasa di serang dalam emosi pakai Lam Jalalah gak .. Terpental kawan kawan tu di bueknya. Kesian.

Ada beza ke dengan Pendinding yang zaman la ni tengah kecoh balik serang je Terpental ke belakang ? Atau 2 ini one ..

Kalau merawat boleh ko jadi pendinding ...

Kalau nangkap Hantu boleh ko ...

Kalau Hantu Enjut boleh lepas ko ...

Boleh ko kurung Hantu ...

Ada pantang atau larangan ko ...

Sakit palo mikir eh...

Sonang citor  , manusia selalui memusuhi apa yang dio tak tahu. Dio ingat ilmu Allah ni sikit ko. 2 x lautan jadi Tinta pun tak habis nulis. Kita ado ni pun sebahagian kocik dari setitis air laut tu beb 😂









Kaedah Memotong Limau

Limau ni banyak di guna dalam masakan dan rawatan. Kaedah memotong yang ada pun banyak.

Yang Den belajar berbelas. Yang kerap Den guna pakai ompek ni le.

Ada potong sempena 4 Unsur Alam , 4 nafas , 7 sifat Maani, Lam Jalalah dll.

Rujuk aje Guru anda. Kadang bukan Guru tak mau ajar .. Dia lupa sebab takdo yang menanya.

Pisau memotong pun ada doanya. Bukan main terjah jo.

Orang Melayu ni luas ilmunya. Jangan asal nampak pelik jo terus jadi Qadhi jatuh hukum.



Salam 9



Kaifiat Mengamalnya.

Biasa di Amal Selepas Subuh dan Maghrib.
Boleh juga di baca di tempat baru yang kita jejak.

Tak yah le bagi Salam pada Tok Nenek bagai. Mengaku Cucu lak tu. Bangang. Banggo la tu jadi Cucu Setan.

Biasanya kali pertama di baca 3 x setiap baris salam. Cuma yang terakhir tu di baca 313 x. 

Habis tu Hadiahkan le Fatihah pada mereka.

Seperti biasa usah le di jual. Nak amal amal aje. 



Penjara 6 Dimensi

Biasa kita dengar orang memagar umah dengan Garam Kasar Lada Hitam dan Simbahan Air Limau.


Pagar pun ada yang Ofensif dan Defensif. Kaedah Limau Penjara 6 Dimensi ini adalah jenis Ofensif.

Mana mana entiti berdekatan akan ditarik masuk dan terpenjara dalam limau tersebut.

Boleh juga kita menangkap Jin dan masukan dalam Limau tersebut. Namun itu tak sesuai kerna kalau dah dapat di tangkap ..penyekan ajele.

So Limau ini akan mengesan serta menarik Entiti Jahat seperti Jin dan Aura Negetif yang biasa di hantar ke rumah atau sesuatu tempat.

Cukup sekadar meletak limau itu di suatu tempat di perkarangan yang di maksudkan.
Menda lak 6 Dimensi ? Kerna manusia itu sendiri ada 6 lagi Dimensi ...