4.6.09

Kesan-kesan akibat membuang Saka

Kerana sulitnya membuang saka dan karenah menangani membuang saka maka ramai perawat meletak harga yang amat tinggi seperti RM 350, 555, 750 , 1,000 dll....

Saka ialah Warisan...Bukan semua warisan rela di pisahkan dari keturunan pesakit...Bagi Saka yang Islam ( JIN ISLAM ) biasanya amat mudah sebab mereka hanya menunggu kata putus dari keluarga terlibat sahaja...Mereka mungkin sudah berkhidmat lebih pada 4 keturunan..Biasa Saka dijanjikan 3 tahun, 5 tahun atau 7 tahun.. bagi yg SAKA beragama ISLAM...mereka jua seperti kita , ingin menghabiskan sisa-sisa hidup beramal Soleh...Samada di mekah atau tempat lain itu bergantung kepada mereka...SAKA dari jenis ini hanya perlu seorang yg boleh berhubung dengan mereka sahaja..tidak kira ahli keluarga sendiri atau perawat...Jenis begini bisanyan cukup di lafazkan memutuskan janji Atuk Nenek dahulu kala...

SAKA dari jenis ini biasanya tiada masalah yg mendatang kepada pesakit...kecuali pesakit yg sentiasa dalam serangan sihir dimana SAKA ini tolong melindungi...Bila di buang...Sihir berleluasa...Namun SAKA yg Islam dan Soleh...akan bantu juga cuma tidaklah mereka terikat pada perjanjian lama...Mereka tolong atas dasar sesama Islam sahaja....Kalau ikhlas...Allah kurniakan mereka ganjaran Pahala...Cuma sikap kita sebagai pesakit ialah..bantuan dari ALLAH..kita hanya berdoa dan berusaha...Apa bentuk pertolongan tiadalah boleh kita tetapkan...

SAKA dari jenis JIN KAFIR.....Saka jenis ini memang sukar....Sebab ia umpama membela harimau...Sudah terbiasa bersama manusia ...tiba-tiba hendak dibuang memang akan memberontak...Sesudah dibuang..biasanya ada side effect. Mengikut Umur dan apa yang pesakit buat sebelum ini.
Untuk orang yang sudah berumur...bila dibuang..Dia akan merasa terlalu lemah..maka disini memang saka itulah yg menumpang di badan pesakit maka seolah pesakit kuat...

Saka yg jenis mendiami tubuh pesakit pada awalnya tidak dapat membezakan kerana pesakit masih muda...cuma sekali2 terasa sakit ditengkuk..bila umur lanjut...Saka kemungkinan sudah menguasai 60%-70% kekuatan pesakit...Pesakit masih boleh berjalan cergas walhal itu kederat SAKA...Membuang saka ketika ini akan menyebabkan pesakit menderita keletihan yang amat sangat....Maka perlulah disediakan pemulihan perubatan...


Bila sampai masa..Pesakit sudah tidak mampu tanggung...maka pesakit akan terbaring...lama-kelamaan pesakit tidak dapat mengawal diri..SAKA akan mengambil alih... Ketika ini terdengarlah cerita badan kurus tapi makan seperiuk nasi...
Membuang Saka ketika ini..biasanya AJAL telah hampir tiba...Dalam 2 tahun ini sudah 7 kes..bila saka dibuang oleh saya...Pesakit menyahut seruan Illahi...Namun keluarga mereka sudah maklum...dari membiarkan pesakit sekejap seolah nazak sekejap Ok..

2 comments:

  1. Salam DEN. Isteri sy dh hampir 10 tahun sakit. Mula2 kes kena sihir tetapi bila kes sihir ni dpt diselesaikan isteri sy masih sakit juga dan Perawat tu ckp yg membuat isteri masih sakit kerana ada saka bapa sy yg telah menduduki tubuh isteri ketika dia sakit dulu.

    Tiap kali berjumpa Perawat, ayat yg sama akan mereka katakan tetapi yg malangnya beberapa ahli keluarga sy tidak mempercayainya. Pernah dlm perjumpaan keluarga, sy mengutarakan masalah ini … hanya 3 org yg percaya 5 orang lagi menentang … malahan saya dihina kerana memfitnah bapa sendiri. Ini yg menimbulkan masalah pd sy.

    Seorang Perawat bersedia menyelesaikan masalah saka ni dengan syarat semua abang, kakak, adik dan ibu dan bapa (masa dia masih hidup lagi) datang sekali utk proses rawatan tetapi bila tarikh yg ditetapkan hanya 4 org kakak dan adik juga ibu dan bapa yg datang, yg 4 org lagi tidak mahu datang kerana kata mereka arwah bapa dah buang semua ilmu (saka) yg dia ada. Sehingga kini masalah masih tidak selesai. Ada ketikanya isteri saya akan sakit2 dibadan spt kena gigit dalam tulang dan sesekali spt dirasuk malahan saya juga sering sakit2 badan (dibelakang, peha, lengan dan tengko).

    Kerap kali (paling tidak sebulan sekali)isteri bermimpi didatangi (dikejar) arwah bapa dengan keadaan marah2. Mujur juga dlm mimpi itu isteri berjaya menyelamatkan diri. Sebelum bapa meninggal dunia dan beberapa bulan selepas meninggal dunia, saya bermimpi bapa datang menyuruh saya mengambil ilmu saka yang dia ada tetapi saya menolak.

    Sehingga kini saya terpaksa menjauhkan diri drpd adik beradik dan juga ibu sendiri. Jika saya berjumpa mereka, saya akan sakit satu badan yang amat menyakitkan dan hanya hilang buat seketika bila dirawat oleh seorang ustaz. Malahan isteri saya juga akan 'tumbang' jika saya pulang kerumah dr berjumpa atau terjumpa adik beradik lain.

    Ketika saya balik ke kg semasa bapa meninggal dunia 4 tahun dulu, telah mengakibatkan saya berada dalam keadaan sakit2 badan yg panjang. Saya batuk hampir 4 bulan dan bila dirawat barulah hilang. Isteri saya pula menanggung sakit2 badan hampir setahun lamanya.

    Ketika saya dan isteri berjumpa dengan ustaz di Darul ..... berlaku dailog diantara ustaz dengan saka ditubuh isteri... jelas nyata saka itu menduduki tubuh isteri saya kerana diarahkan berbuat sebegitu oleh tuannya. Dalam beberapa kali rawatan dan dialog diantara saka berkenaan dengan perawat, saka berkenaan tidak mahu keluar dari tubuh isteri saya kerana dia telah dijanjikan oleh sesuatu oleh tuannya dan antara alas an lain ialah untuk menjaga isteri sy dan saya sekeluarga.

    Dalam 6 kali rawatan (seminggu sekali) banyak perubahan rawatan yg dapat saya lihat. Dari rawatan pertama hingga ke 3, isteri saya amat agresif sekali hinggakan memerlukan 5 org untuk mengawal/memegangnya tetapi selepas itu perubahan semakin ketara hingga isteri mampu duduk tanpa perlu dipantau oleh perawat2 lain.

    Namun begitu dalam sebulan sekali terutama ketika dlm haid, isteri saya akan mengalami sakit kepala dan sakit2 badan (dlm tulang) yg teramat sangat dan selepas dirawat barulah akan pulih dan punca gangguan datang dari sumber yg sama juga.

    Kini telah 10 tahun saya tidak dapat menyambut hari raya bersama ibu dikampung. Kali terakhir saya berjumpa ibu ialah 3 tahun yg lalu ketika rawatan dirumah seorang perawat di Lembah Kelang. Masalahnya hanya selesai buat seketika sahaja, biasanya selepas beberapa hari, sy dan isteri akan merasa sakit kembali.

    Tiap kali sy menyuarakan masalah ini kpd keluarga yg lain, bermacam macam alasan yg mereka beri hinggakan sy berasa sememangnya mereka tidak akan membantu sy dan cukuplah setakat ini sahaja sy mengharapkan mereka.

    Hingga kini sy masih berjumpa dengan beberapa perawat bila penyakit isteri saya berulang.

    ReplyDelete
  2. SAYA PERLU NO HANDFON TOK BELAGAK ATAS SEBAB INGIN SAYA LUAHKAN MASALAH BAPAK SAYA SECARA PERIBADI
    BOLEH TAK.

    ReplyDelete