23.7.09

Pengkelasan Gred Makhluk Halus - 4

Pelesit.....Suatu Jenis makhluk halus yang amat bijak melepasi hampir semua jenis "pagar". Jauh lebih hebat dari hantu raya dan toyol...

Sesebuah rumah yang sudah dipagar oleh Perawat seperti garam+ lada hitam + kacang hijau yang dibaca Al-Qursi dan ayat 2 Quran yang lain dan ditabur keliling rumah...dengan mudahnya di bolosi oleh Pelesit...sehingga kita menyangka seolah perawat menipu...Pagar begini hanya sesuai untuk hantu raya, toyol dan yang sewaktu dengannya....

Maka dinasihatkan perawat mengemaskinikan teknik membuat pagar Ghaib...Pastikan Tiangnya dibuat dari bahan tahan karat...dan kalau yang mampu bolehlah dipasang dengan Cathodic Protection atau sacrificial anode...Pagar antara tiang ke tiang juga hendaklah di pastikan "menjadi sepenuhnya"...bukan setakat didalam makrifat sahaja...Mesti cukup 4 penjuru...yang selalu bocor ialah dari arah belakang..kadang2 hanya tiang sahaja yang ada...Mungkin kontraktor tak cukup payment kut....

Pelesit amat diminati oleh bomoh sebagai suatu alat CCTV alam angker...kerana mudah melepasi pagar yang dibuat oleh perawat...

7 comments:

  1. Salam,
    Setiap pelesit tu bertuan ke ataupun dia pun cam spesis binatang lain?

    Betulke klau disimpan dlm botol,tuan datang mintak...?

    ReplyDelete
  2. Pelesit ni ada yang bertuan ada yang tidak...

    Bukan semua pelesit yang di botolkan ( kalau bertuan) Tuannya akan datang mengambil....

    ReplyDelete
  3. pelesit nie bentuk belalang tuh ker? jadi cctv dgn duk kat rumah jer ker or masuk dalam badan?

    ReplyDelete
  4. Ikut arahan tuan.....biasanya kalau rumah yang berpagar..kalau dia kacau juga...kita kana nampak garis...garis halus pada mangsa...bukan lagi lebam2...

    ReplyDelete
  5. Family saya dah dapat jalur halus dulu(3baris halus addidas)..skang ni lebam pulak..minggu lepas dah 3 eko pelessit dapat..

    Ada ke kesan buruk pelesit?atau stakat derma darah je

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kecik2 penah gak dgr org2 tua2 cakap belalang hijau cam daun tu pelesit. Camne nak kenalpasti yg belalang hijau tu betul2 belalang atau pelesit? Boleh bunuh tak kalau ada masuk dalam rumah?..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tuan..adakah lebam n terdapat 3 bintik Merah pd peha wanita selepas bngun dr tidur adlh kesan gigitan pelesit?adakah kesan tersebut terjadi selepas pelesit mnghisap darah?& bagaimna cara tuk mnghindarinya?

    ReplyDelete