16.9.09

SANTAU dan Kaedah Rawatan 4

Satu lagi kaedah rawatan Santau ialah sentuhan direct telapak tangan Perawat keatas dada mangsa Santau...Tak kira apa jenis santaunya..Samada berisi atau angin..
Namun perawat hendaklah mempraktikan dahulu gelang di pergelangan tangan...kalau menggunakan tangan kanan untuk rawatan maka pergelangan tangan kanan sahaja di gelangkan...Namun sebaiknya kedua-dua belah pergelangan tangan di gelangkan terlebih dahulu..

Kedua pergelangan tangan perlu di gelangkan kerana bisa terus di sedut atau di hancurkan menggunakan telapak tangan yang di letak didada mangsa...Kaedah ini amat efektif namun merbahaya kepada perawat jika tiada gelang....sebab bisa boleh masuk melalui telapak tangan terus ke Jantung. Namun tenaga dalam dari makrifat yang jitu boleh terus disalurkan ke dada mangsa...membakar dan meleburkan santau.

Kaedah asas membina gelang yang kukuh tetap dari amalan

a) Basmallah - Bismillahirrohmanirrohim 1000x selama 41 hari.
b) Menjazamkan ayat Qursi - 313 x sekali baca tanpa batal dalam satu masa.
c) Membaca Latataharroku zarotan bihul haq illa biiznillah 40x selama 41 hari.
d) Membaca Waqulja Al Haqqu Wazahaqol batilu innal batila kanazahuqo 1000x selama 41 hari
e) Menjazamkan Kaf Ha Ya Ain Sod Kufitu ...Ha Mim Ain Sin Qof Humitu

Sesudah jazam dan mengamalkan keempat2 ayat diatas dalam jumlah minima tertentu..Barulah dilakukan gerak Gelang pada setiap lepas solat waktu. Jari kiri mengenggam pergelangan kanan..sambil membaca keempat2 doa diatas sekali. Ulang pula untuk pergelangan di kiri...

Kelebihan Gelang ini boleh juga untuk mendinding semasa mengurut samada zahir atau batin...

Dalam rawatan santau pula..apabila diletakkan telapak tangan perawat di dada pesakit ( Kalau patient perempuan..gunalah kaedah yang sama tapi tempat lain...seperti atas meja..janganlah ambil kesempatan pula ) pesakit akan merasakan samada panas atau sejuk seperti ais....Ianya sama sahaja...Cuma bergantung kepada perawat...
Perawat hendaklah menumpukan sepenuh perhatian...dan membacakan doa2 di atas atau apa yang terlintas di kepala...seperti ayat seribu dinar...
Namun kepada mereka yang sudah jazam " ayat tidak memberi bekas " cukuplah sekadar ingatan tanpa putus kepada Allah taala...Mereka yang sudah putus makrifatnya boleh sahaja mengengam Santau tersebut dan memindahkannya kepada penyihir atau pengupah...

Biasanya kaedah ini hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja..dan cukup sekali rawatan...
Bekalkan pesakit dengan air doa untuk membuang sisa2 bisa dan memberi kekuatan tubuh...

16 comments:

  1. Terima kasih atas ilmu yang diberikan. Insyaallah akan dijazamkan dalam masa terdekat ni.

    ReplyDelete
  2. Abg belagak...saya minta ijin dn ijazah untuk mengamalkannya.

    Untuk amalan 'a' hingga 'e'...Boleh ke saya lakukan dalam 41 hari yg sama. Atau buat yg 'a' dulu 41 hari...lepas sambung seterusnya.

    TQVM

    ReplyDelete
  3. salam tok makin banyak ilmu diturunkan disini...
    tqvm

    ReplyDelete
  4. e) Menjazamkan Kaf Ha Ya Ain Sod Kufitu ...Ha Mim Ain Sin Qof Humitu : Yg saya pernah buat dulu Kifayatuna, Himayatuna...

    Tapi semua amalan saya tak buat dah sebab dulu ada saka, takut datang dari situ. Nanti sy pm tok nak tanya leh tak amal amalan saya dulu...

    ReplyDelete
  5. Kaf Ha Ya Ain Sod Kiifayatunaa,Ha Mim Ain Sin Qof Himaayatunaa tu dalam hizib Bahar. ke ada amalan lain

    ReplyDelete
  6. Entahla, saya dapat masa saya belajar silat dulu. :)

    ReplyDelete
  7. SALAM..

    Sifu...minta Semua Ilmu yg Sifu turunkan dlm blog ini samada sengaja atau pun x sengaja,dari blog awal hingga akhir..anak murid yg x bertauliah ini pinta nak mengamalkannya..demi kemajuan diri..Agama serta bangsa melayu ini Sifu...mohon amalan n Ilmu Sifu ini diizinkan untuk amalan hamba ini....Terima Kasih yg x terhingga Sifu...

    Sifu..Ajarlah ku Sifuu....

    ReplyDelete
  8. Mohon kebenaran untuk mengamalkannya tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. semakin berkembang pengetahuan. terima kasih syeikh

    ReplyDelete
  10. Salam, mohon kebenaran pada yg empunya blog Darul Saka utk mengamalkan segala ilmu yg diberi disini samada secara sengaja atau tak sengaja. Saya terima ijazahnya dari Tn Belagak@empunya blog dan berjanji akan menggunakannya utk diri sendiri dan menolong sesama manusia samada org muslim or non muslim. Semoga Allah akan tetap memberi hidayah pada Tn utk menyampaikan lg ilmu2 miliknya melalui Tn. Terima Kasih

    ReplyDelete
  11. tok saya terima ijazah ini untuk menjadi khalifah di muka bumi. terima kasih

    ReplyDelete
  12. mohon d ijazahkan tuan belagak

    ReplyDelete
  13. mohon di ijazahkan ilmu ilmu tok yg terdapat dlm blog tok ne.alhamdulillah.....akhirnya aku dapat berbakti kepada orang tuaku dan agamaku yg syumul ini

    ReplyDelete
  14. tok ape beza lak ngn ayat gelang

    ReplyDelete