Hendaklah dihadapkan kiblat tubuh itu kepada Kaabah.
Inilah satu fasal mengenai dengan kiblat iaitu pertama kiblat tubuh yg sembahyang itu menghadapkan tubuh yg sembahyang itu menghadap kiblat maka tiada sah sembahyangnya tanpa menghadap kiblat tersebut yakni dikehendaki dada, segala urat daging dan darahdijadikan Kaabah sebagai kiblat untuk umat Islam menyembah Allah Taala kerana tatkala dihadikan roh segala hamba dihadirkan mereka itu faham, akal dan lidah (kalam) yang fasih supaya dapat menyahut firman Allah ...Alastu birobbikum Bukankah aku Tuhanmu...maka kata semua makhluk..Qolu Bala...Engkaulah tuhan kami...
Maka tatkala ikrar itu disebutkan pada mula dijadikan Allah taala batu.
Maka firman Allah taala .mereka itu sujudlah maka dihantar hajar Aswad dikanan pintu kaabah yg menjadi kiblat kepada manusia.
Maka tempat itulah dijadikan kiblat tempat sujud dan jangan iqtikadkan bahawa Allah Taala itu mempunyai tempat, maka Maha Suci Allah Taala itu ditentukan pada suatu tempat atau sembahyang menghadap batu. Jikalau tiada dalil itu diketahui sedemikian itu sama seperti menyembah kayu dan batu didalam kelambu yang tiada memberi menafaat melainkan pada syariat jasad yang dihadapkan kepada Allah Taala.
Kiblat Hati itu kepada Tuhan Kaabah maka engkau iqtikadkan bahawa Allah Taala itu tiada ia di Kaabah. Tiada dikiri, tiada ia dikanan tiada ia dihadapan dan tiada ia di belakang dan tiada ia diatas dan dibawah. Tiada ia bertempat tetapi meliputi sekelian Alam ini daripada pihak
Ahadus Somad ( bergantung pada satu ) yakni bahawa senya Allah Taala jua meliputipada sekelian alam ini iaitu membawa makna Allah Taala jua besertakannya di barang mana kamu berada. Jikalau demikian itu nyatalah Allah Taala itu tiada dapat ditentukan ia pada sesuatu tempat jua pun. Yakni sentiasa hadir dan Nadhir jua adanya.
Demikianlah pada iqtikad kita akan menghadapkan hati kita pada Allah Taala.
Kiblat Nyawa kita kepada Rahsia atau Zat Allah Taala semata-mata kerana nyawa itu sentiasa tiada bercerai dengan Tuhannya.
Nyawa itu dianugerah dengan 7 sifat.
1) Hayat - Hidup kita dengan Hayat Allah Taala.
Sifat ilmu itu dihantarkan kepada hati (aqal) maka jadi tahu kita dengan ilmu Allah.
2) Qudrat - sifat qudrat pada anggota dengan kudrat Allah Taala.
3) Iradat - ia dihantar kepada nafsu maka jadilah berkehendak kita dengan iradat Allah taala
YG OMPEK LAGI TU KORANG PUN DAH TAHU KAN ?
Maka tatkala engkau ketahui akan hal yanq sedemikian itu, hendaklah engakau fanakan diri dan karamkan segala perbuatanmu itu kedalam afaal Allah.
Yakni hanya afaal Allah Taala semata mata tiadalah afaal kita lagi.
Hendaklah hapuskan dan karamkan sifat hamba itu didalam sifat Allah maka tinggalah sifat Allah semata mata maka tiadalah lagi sifat kita. Maka hendaklah hapuskan dan karamkan zat kita itu didalam zat Allah maka tinggalah Allah semata mata, maka ketika itu maujud kita melainkan zat Allah Taala, sifat Allah dan Afaal Allah semata mata yang ada. Kerana itu kembalilah ia kepada Adam yang sediakala iaitu maka tatkala itu kita katalah Allahuakbar. Inilah kalimah pertama Adam sebut apabila beliau menilik kesempurnaan dirinya dan kalimah inilah permulaan kepada Solat.
Bermula diketahui olehmu, hei salik kesempurnaan sembahyang itu makam segala abid dan mikraj segala arifbillah, munajat segala salik dan tawakal pada Allah Tuhan sekelian Alam.
Adapun dinamai munajat itu, itulah berkata kata pada menyatakan rahsia yakni mengembalikan amanah kepada yang mempunyai amanah seperti doa iftitah...wajjahtu....
Telah kuhidupkan cinta hatiku kepada Tuhan yang menjadikan 7 petala langit dan bumi pada hati yang suci dan sejahtera tiada lagi menduakan Tuhan bahawasanya Sembahyang, hidup dan matiku bagi Allah Taala jua Tuhan sekelian Alam. Tiada sekutu baginya dan kepadanyalah dan kepadaNyalah aku serahkan aku ini maka adalah aku ini drp menyerahkan diriku hapus keadaan hamba itu didalam keadaaan Haq Allah Taala , maka inilah sampai ia ke Tabdal.
Telah hapuslah dan bertukarlah sifat keji kepada sifat kepujian. Maka tatkaka kita membaca Fatihah itu hendaklah dilakukan bacaannya kepada qalam yang bukan huruf dan suara iaitu dinamai Mutakalif Wahdah.
rabitah d dalam solat :) pendek jer tok kali nih...
ReplyDeleteintro satu baris, komn tak tauler berapa banyak, boleh box office tok
ReplyDeletealamak .. tajuk baru .. kalau bangBlagak tak sambung alamatnya banyak ler iklan nanti hehehe
ReplyDeleteAdakah ada maksud tersirat dsebalik kiblat tubuh n kaabah itu sndiri.. mmmm, konpius
ReplyDeleteInsyaallah ada...bab ini amat penting agar tidak kita disamakan seperti menyembah batu didalam kelambu..dan penolakan terhadap Wahabi dalam penceritaan Zat Allah. Ado Den terbaca didalam internet..akan persamaan yg diungkit para orientalis..dan forumer Islam gagal menjawap dgn baik....
ReplyDeleteDen perasan slaid khutbah jumaat ada ditayangkan BATU TERAPUNG. Keliru sungguh den.
ReplyDeleteSalam. Satu topik yang menarik ni Tok. Kalau boleh jgn iklan lama2 sgt Tok..
ReplyDeleteTok nak bercuti2 maybe ke madagascar...sorang rakyar madagascar dah dtg pada mlm jumaat lepas . Dah takder maybe lagi
ReplyDeletewah dah ada cerita baru,okla asyik chat jer.kami di sini nk dengar temberang Tok je.
ReplyDeletehebat sungguh arifbillah boleh berkomunikasi dengan murid seperti kawan2....
ReplyDeletesalam tok, minta izin tumpang belajar sekali. mohon tunjuk ajar tok.....
ReplyDeleteyuppp orientalis mengatakan kita adalah sama sepert agama penyembah berhala...so bagaimana kita nak menjawap...kadang kalau aqidah lemah...goncang jugak iman kita...benda ni amaat2 lah mustahak...so bagaimana jawapan kita?
ReplyDeletekisah Saidina Ali mengatakan pada hajar aswad...
Dok beri penerangan tok...Ya Allah kuatkanlah iman2 d hati kami....
salam....
ReplyDeletemaaf kalau saya mencelah
kiblat tubuh kita Kaabah..
kiblat mata kita tempat sujud kan tuk..
manakala kiblat hatikita ialah Allah..
ini apa yg diberitahu kepada saya
oleh ayah saya..
maafkan saya.. mohon pencerahan ya tok
وجهت وجهي للذي فطر السموات الارض حنيفا مسلما وما انا من المشركين.
ReplyDeleteAlamak...Sebaris Jew...
ReplyDelete"Ado Den terbaca didalam internet..akan persamaan yg diungkit para orientalis..dan forumer Islam gagal menjawap dgn baik...."
ReplyDeleteIyo iyo. Memang payah nak jawab.
Orientalis ni ahli kitab. Jadi siang malam mongadap kitab, sobab nak hancurkan Islam. Mereko muleh ajar kursus2 Phd Agamo Islam kepado umat Islam. Sobab tu mereko boleh kuasai dunio.
Ooo gitu ke..isk isk..
ReplyDeletejawapan yang simple ialah ketika perhimpunan di adakan seperti di sekolah ke hari kebangsaan ke atau mana2 pasti semua akan berdiri mengadap ke arah bendera di hadapan sambil menyanyikan lagu kebangsaan. Adakah semua orang ni sembah bendera tu? Bendera tu sekadar tanda perpaduan rakyat. Begitu jugak dengan Kaabah ianya sebagai tanda perpaduan umat islam bukannya Tuhan. Tu jawapan ngikut tahap den yang menggong la.
ReplyDeletebanyok den blaja dari blog ini... terima kasih di atas hakikat itu..
ReplyDelete"Begitu jugak dengan Kaabah ianya sebagai tanda perpaduan umat islam bukannya Tuhan. Tu jawapan ngikut tahap den yang menggong la."
ReplyDeleteTak mengong. Ini bagus. Jawaban Den yang bawah ni lagi mengong:
Kalau botul umat Islam sombah batu, kenapo bilo naik kapaltobang, atau kapalsolam, mereko tak solat meniarap, terlentang atau mengiring.
Keles korang....kalau dapek jawab camni..takdelah den risau....
ReplyDeletepergh bangAdi the power renges :)
ReplyDeletemohon disambung lagi critanya bangBlagak ... :D
salam
ReplyDeleteadi said
ReplyDeleteBegitu jugak dengan Kaabah ianya sebagai tanda perpaduan umat islam bukannya Tuhan. Tu jawapan ngikut tahap den yang menggong la.
Kalau penyembah berhala jawab cam tu gak camno?
Deng jwb sembah Allah je...hanyo dio yg lyk disembah..dah DIO suh mghdp kaabah, kito hmbo mnurut yo la..apo nk tkwil lg...namo pon hmbo...tu pun blum tntu Allah hingin jd Tuan kito...perasan yo lah kito...kito keno brusaho utk jd hambo DIO barulah DIO pon sudi jd Tuhan kito...
ReplyDeleteMaaf tok deng meraban...
Silakan sambung tok...
Soklan pelik2 toksah lyn tok yo...org x tahu tanyo nk tau, org dh tanyo nk cr silap org lain yo..mncomar umah oghang yo...
Comey Tok..hehehe
ReplyDeleteMinto tunjuk aja,
ReplyDelete"maka engkau iqtikadkan bahawa Allah Taala itu tiada ia di Kaabah. Tiada dikiri, tiada ia dikanan tiada ia dihadapan dan tiada ia di belakang dan tiada ia diatas dan dibawah."
maknanyo kena iktikad takdo dulu kemudian baru iktikad ado pulak?
salam tok dan kengkawan..boleh diterangkan ayat dibawah ni..den tak cerah2 dr tadik ni...baco 3-4 kali pon kurang jelas maknanya...
ReplyDelete"Maka tatkala ikrar itu disebutkan pada mula dijadikan Allah taala batu."
wongtoru..
ReplyDeleteayat tu ado sambungannya..lihat pada maksud keseluruhan. kalau boleh, janganlah main cedok2 jer..
salam ...
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih tok..
ReplyDeletetqvm sifu...
ReplyDeleteMAKSUD TOK, IKTIQADKAN: LAA HAYYU, LAA ALIMU, LAA SAMIUN, LAA BASIIRAN, LAA QAADIRU LAA MURIIDU, LAA MUTAKALLIMU BIL HAQQI ILLALLAH... LAA ILA HAILLALLAH..FANAKAN DIRI LEPAS ITU TERUS TAKBIRRATUL IHRAAM, ALLAHUAKBAR...?
ReplyDeleteMOHON TUNJUK AJAR TOK...
ReplyDeleteassalam,.nak tanya tok kalau salah tolong tunjukkan.saya yang jahil lagi hina,..
ReplyDeletesiapa yang patut kita sembah?allah,allah taala atau allah subhanahuwataala...
ReplyDeleteMAKSUD TOK, IKTIQADKAN: LAA HAYYU, LAA ALIMU, LAA SAMIUN, LAA BASIIRAN, LAA QAADIRU LAA MURIIDU, LAA MUTAKALLIMU BIL HAQQI ILLALLAH... LAA ILA HAILLALLAH..FANAKAN DIRI LEPAS ITU TERUS TAKBIRRATUL IHRAAM, ALLAHUAKBAR...?
ReplyDeleteIni pun salah satu kaedah menafikan semua....banyak diguna pakai oleh mereka yg sudah di pertengahan dan Muntahi...
Wongturu...bukannya maksud tiadakan...maksudnya hendaklah kita menafikan ALLAH itu bertempat...
ReplyDeleteAlhamdulillah kita menyembah Allah , tidak mempersekutukannya. Dialah tuhan yang kita sembah dan kepada diajualah tempat kita memohon pertolongan. amin
ReplyDeletetiada yg wujud melainkan zat...
ReplyDeleteTuk,
ReplyDeletePada yg menunaikan rukun haji difardhukan melakukan Tawaf 7 round di Kaabah...Pada Salik tatkala berzikir adakah amalan tawaf tu pada hati?...kaedahnya sama ker Tuk?...minta tolong Tuk pada si jahil nie...
tok apakah yg dikatakan mengenai mikraj dalam solat..?
ReplyDeleteNanti Den terangkan bab mikraj dalam solat
ReplyDeleteWahai sahabat, jika susah memahami posting Tok yang tinggi setelah bertanya kepada Tok, pohonlah pada Allah supaya diberikan petunjuk.... insa Allah akan dapat....
ReplyDeleteAlhamdulillah..Syukran sifu Qiyai Belagak...
ReplyDeleteInsyaallah ada izin dari Allah taala...akan DEN lanjutkan bab solat dari qiam...tabdal dan seterusnya..
ReplyDeletesabriptm, ambo setuju sangat2 ngan demo.Allahu Ahad, Allahus Somad.
ReplyDeletekhelass gitew...mutiara hikmah arifbillah.. lazat sungguh..berjelira..alhamdullilah..lagi dan lagi phellleasee...
ReplyDeletenak tidolah.. da 12 lebe ni.. emm nape bahagia benar den malam ni.. tentu banyak orang mendoakan kebahagian den.. aminn.. err btw.. nick den ini lah.. takdo nick2 lain.. den tak main pakai 4-5-6 nick.. tak jantan.. ko pada kawan yang main teropong and kata den pakai 10 ke 20 nick nak post kat sini.. gilap ler teropong ante.. or tuko je teropong.. byeeeee
ReplyDeleteeh lupa lok.. den tak suka jolok sarang tebuan, tp kalau tebuan gigit den or terbang2 kat telinga den.. jangan kata sarang tebuan, pokok2 pun den bako.. bye bye
Alhamdulillah, esei da faham. hadirkan hayat, qudrat n iradat pd Allah jua semata2. Tiada daya upaya selain dariNYA.Syukran TB.
ReplyDeletealhamdulillah tiba jua waktunya tok akan menghuraikan, sabda rasul... assolatulmikraaj alal muslimin, sesungguhnya solat itu mikraaj bagi setiap muslim, semoga allah merahmati dan memanjangkan umur tok agar dapat kami yg jahil ini petunjuk
ReplyDeletealhamdulillah... akhirnya tok sudi curahkan ilmu yg langka ini, terima kasih tok jazakallah, moga tok panjang umur agar kami dapat menumpang keberkatan ilmu tok. minta izin tok, boleh tok terangkan maksud mengkiblatkan nyawa kepada rahsia dan zat allah semata mata... macamana nak mempraktikkanya tok? mohon tunjuk ajar tok
ReplyDeleteterima kasih tok dengan penerangan ni mudahan ia memberi faham pada diri ini yang jahil.. ilmu macam ni lah membetulkan faham kita tentang tauhid sebenar....
ReplyDeletekiblat ni menunjuk arah mana kita arahkan tubuh dan hati la yer tok...kalau tak kita tak tau mana arah kita menghadap.badan hadap ke arah kaabah, hati menghadap ALLAH..
ReplyDeletesalam, tok,
ReplyDeletealhamdulillah atas izinNya pada tok... doakan den yg baik-baik tok...
salam, bang abuhayfa...
maaf bang, den sekadar berkongsi pandangan jua, harus lah di'padu' iktiqad dgn usaha dan penyerahan (kito hmbo mnurut yo la...)
harus lah iktiqad diyakin-tahkik sedari awal usaha kita sanya Allah adalan Tuhan, senantiasa Dia cinta akan hambaNya
tak elok lah utk bersangka-perasan hanya setelah kita 'berusaha' baru lah Dia hingin jadi Tuan kita, barulah Dia pon sudi jadi Tuhan kita...
sedangkan 'usaha' kita itu pun takluk atas izinNya, Kudrat & IradatNya...
maaf den bang yo...
wassalam
ReplyDeleteDimana kibatmu? kiblatku di sini, di situ, di sanun ...arah2 yg berlainan, kan tak bersatu namanya... perkara enteng lee bende nie, sapo lah islam yg tak pandai menjawab tuh... ishkk ...semoga Allah berikan Hidayah kpd dio.
Salam,
ReplyDeleteMaksud Hadis, Sesiapa yg mendirikan solat, dia menegakkan Islam, sesiapa yang meninggalkan solat, dia menghancurkan Islam.
Tapi kan, mengapa umat Islam tahu solat tu penting tapi masih melengah2kan / meninggalkan solat.
Tok, ada ke tips2 nak beritahu mereka agar taat solat?
C20 dah faham duduk perkara...sebab itu Den selalu tekankan Allah tidak memandang amal kamu yg banyak untuk mengenalkan diriNYA..
ReplyDeleteSelalu terjadi manusia apabila beramal lebih mengharap rezeki yg lebih....namun bila Allah uji sedikit kesusahan hati seolah memberontak...kenapa rakan ku yg tak solat lansung murah rezekinya....maksudnya jelas tiada ikhlas dihati..hamaba just buat aje..allah nak masukan dalam neraka ke dalam syurga ke tu tak kisah yg penting kita dalam kasih sayang dan perhatian Allah...barulah ikhlas tahap Muntahi...
ReplyDeleteberitahu kek dio, perkara pertama yang di soal di akhirat kelak adalah solat, bukan dah berapa byk kau cari duit ...
Menjawab persoalan berkenaan kiblat tu haruslah di tengok dulu siapa yg menyoal...di tahap mana..kafir, mubtadi, mutawasit atau muntahi...
ReplyDeleteTerima kasih atas teguran tok..
ReplyDelete
ReplyDeletebetul3... susah utk lari dari mengharapkan sesuatu, liley memang dah cuba mendidik diri liley agar membuat sesuatu dengan tidak mengharapkan sesuatu walaupun perkataan "Terima Kasih ... " memang susah ..tp bak kata org jawa "ala bisa tegal biasa" .. insyaAllah ... akan tetapi masih lagi di tahap bawah kalau nak citer pasal ikhlas nie, semua doa2 yg lama yang meminta Allah beri itu dan ini tidak lagi liley buat malah telah di tukar kpd menghamba kan diri ini kpd Allah .. doa yg menggunakan perkataan ganti diri "Ku" telah ditukar kpd "hamba" supaya liley "sedar diri" ... masih tercari2 lagi untuk mengikhlaskan diri, beramal ibadat tanpa meminta nikmat balasan. Amin
Wah Sabri , sojak Den buko Darulsaka..sekali pun ko tak nak singgah..mentang2 le dah ada Sifu baru....Orang power ma siap boleh bakar tebuan dgn pokok2 ma..
ReplyDelete
ReplyDelete(Al-baqarah ayat 144)
Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
terima kasih, faham tok
ReplyDeleteTok mohon tunjuk ajar ilmu ikhlas tok...
ReplyDelete"Selalu terjadi manusia apabila beramal lebih mengharap rezeki yg lebih....namun bila Allah uji sedikit kesusahan hati seolah memberontak...kenapa rakan ku yg tak solat lansung murah rezekinya....maksudnya jelas tiada ikhlas dihati..hamaba just buat aje..allah nak masukan dalam neraka ke dalam syurga ke tu tak kisah yg penting kita dalam kasih sayang dan perhatian Allah...barulah ikhlas tahap Muntahi..."
ReplyDeleteOndeik! Buah kelapo jatuih sobijik atas kepalo ako...berpinar mato sekojep. Alhamdulillah, bila muka mata dah terang kembali. Terima kasih Tok...akhirnya saya faham...
Tetapi, maaf untuk bertanya soalan yang tak seberapa ini, bolehkah orang awam yang dhaif seperti saya ini untuk mencapai tahap ikhlas muntahi itu? Adakah jalan riadah tertentu yang perlu diambil/dilalui?
Hai abang abang..**wiNk*••**Wink
ReplyDeleteliley purple tak suka la tegur org bab solat ni..takut liley purple yang lambat solat..nanti Allah marah liley purple...biarlah diorang nak cari duit ke...
:-(
tu bukan tak nak singgah tok..darulsaka tok pagar sampai ada org tak nampak..hahaha..
ReplyDeleteJazaakallah c20...deng ungkapkan bhs utk umum yo...mmglah tiado tuhan selain Allah...wajib xdo yg lain selain Allah...cumo Allah kato Fazkuruni Azkurkum...jika kamu ingat Aku, baru Aku akn ingat kamu...Allahu...deng bdk br blaja jika deng salah tulun bimbing yo...
ReplyDeleteSilakan tok...sori deng mmndai...
terima kasih tok atas semua ajaran...
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletetqvm Tok..
mohon penerangan selanjutnya Tok
Alhamdulillah
ReplyDeletetqvm Tok
Salam Tok....Pintu Kaabah,Pintu Babussalam,Pintu Hati...ada pakai password ke..kek mano nak cari "Penjaga Pintu" ni? Johari Manikam...masih gelap lah Tok.....
ReplyDeleteBelum sampai pada pengetahuan DEN...
ReplyDeleteBab ikhlas ni kita amal aje..sebab ikhlas ni milik Allah s.w.t....dgn kasih sayang Allah pada makhluknya insyaallah dicampakan rasa ikhlas tu pada kita. Asal kita sentiasa bersangka baik.
Salam Tok minta maaf soalan tu agak merapu...ikhlas jodohnya hati yang bersangka baik terima kasih Tok
ReplyDeleteDalam sebuah hadis diterangkan bahawa setelah para sahabat pulang menunaikan ibadat haji, hanya satu orang sahaja yang mendapat haji mabrur. Para sahabat bertanya kepada nabi siapa gerangannya orang yang mendapat haji mabrur itu. Nabi menyebut namanya. para sahabat mulai mengingat-ingat nama tersebut dan dalan ingatanmereka tiada orang berhaji yang disebutkan namanya oleh Rasulullah. Maka para asahabat menulusri orang yang dimaksud. Setelah bertemu dengan orang itu, sahabat-sahabat telah mengucapkan tahniah bahawa orang itu mendapat haji mabrur, lalu orang itu terkejut dan dia menjelaskan bahawa dirinya tidak sempat untuk pergi haji pada tahun itu dan menceritakan bahawa sudah berniat pergi haji dan sudah membuat persiapan. Bila hendak bertolak dia mengetahui bahawa ada seorang jirannya yang sakit tenat, dia menolong jirannya dengan menggunakan semua wang untuk ibadah hajinya. jirannya sembuh dan dia tidak dapat menunaikan haji...
ReplyDeletemasyaAllah...tinggi sungguh kalam2 kat sini yo...xpo den kayoh perlahan...mudik ke kanan ke kiri...tak berani bermain d ombak lg...moga2 Allah mudikkan kan den sampai ke hujungnya...
ReplyDeleteikhlas makam muntahi...masyaAllah...baik n buruk d terima dengan gembira dan hati yg tenang...
Salam Tok "The Sharp shooter" jawapan yang menikam qalbu terima kasih semoga dipelihara selalu...
ReplyDeleteSama sama berkongsi madah...selagi masih hidup...kenalah teruskan dan istiqomah...sampai kita di jemput Allah Rabbul Jalil...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletebang abuhayfa,kita berkongsi sikit ye,
ayat sebelumnya 2:151,...bahawa telah diutuskanNya kpd kita, rasul yg membacakan ayat2Nya, mensucikan kita, mengajarkan alkitab, hikmah serta apa yg belum kita ketahui...
dgn segala ayat2Nya/alat/maani/akal/qalb/ruh/ nyawa/nafas/ilmu etc. yg sedia diberikanNya pd diri kita ini lalu kerana itu dianjurkan kita utk sentiasa ingat kpdNya, bersyukur dan tidak ingkar...
maka iktiqad kita dahulu barulah diikuti usaha ikhtiar utk ingat, bersyukur dan tidak ingkar kpdNya... akan natijah dr usaha ikhtiar kita itu bersifat harus shj...
cth: dianjurkan kita beramal dan berdoa dgn segala ilmu dan adap beramal utk apajua hajat kerana Allah, namun hak mutlak Allah jua utk makbul...
bang abuhayfa menulis dr sudut usaha hamba, sedang iktiqad itulah lebih utama, kan dlm iktiqad aswj, usaha ikhtiar hamba itu tiadalah memberi bekas pd menjadi/menghasil sesuatu... maka 'dipadukan' iktiqad dgn usaha dan penyerahan dlm menuju keikhlasan, bi'iznillah
dlm bab derajat, apalah sangat usaha-ikhtiar seorang hamba dibanding akan kurnia-anugerah Tuhannya kpdnya, apalah sangat usaha-amal seorang murid dibanding akan doa-musyahadah gurunya atasnya, maaf saya tok, doakan den ni yg baik-baik kek penghujung benua,
waullahu a'lam
dahsyat la ko tok..bagusss...harap2 orang tariqat banyak yang membaca benda ni..
ReplyDeleteTok tulis:
ReplyDeleteSelalu terjadi manusia apabila beramal lebih mengharap rezeki yg lebih....namun bila Allah uji sedikit kesusahan hati seolah memberontak...kenapa rakan ku yg tak solat lansung murah rezekinya....maksudnya jelas tiada ikhlas dihati..hamaba just buat aje..allah nak masukan dalam neraka ke dalam syurga ke tu tak kisah yg penting kita dalam kasih sayang dan perhatian Allah...barulah ikhlas tahap Muntahi...
------------------------------
Tok, bagi yang berkeluarga berat nak pikul ujian ini kalau berkait bab rezeki sbb kalau seorg diri tak apa tapi bila melibatkan isteri dan anak yg mempunyai tahap kesabaran berbeza-beza, terasa sgt bebannya kpd kita. mohon pencerahan .. apa amalan yg perlu ditambah..
Salam... Assolatu Doa...Doakan saya Tok
ReplyDeleteSebaiknya amal aje doa seribu dinar 40 x sehari selama 41 hari...maka insyaallah pergantungan kita pada allah semakin mantap.....pertolongan dari semua arah.....
ReplyDelete
ReplyDeletetanpe wuduk dan di sambunga2 pg dan ptg boleh ekk tok ;)
assalam tok,saya lagi jahil lemah tak berdaya nak bertanya tok,...sebenarnya tok siapa yang sebenarnya kita sembah dan siapa yang sembahyang tok?
ReplyDeletebahaya nih..emmm
ReplyDeleteBiasanya itu dijawap pada tahap muntahi...pada amal bukan pada ilmu
ReplyDeleteterima kasih tok...
ReplyDeletepada amal bukan pada ilmu maksud tok?
ReplyDeleteSalam Tok,
ReplyDeletenak tanya sikit sbb saya jahil sgt dalam perkara2 yg mcm ni.. Tapi terasa sgt nak tahu. Ada beza ke apa yg di pelajari di sini dgn pelajaran tariqat? Maaf tok kalau pertanyaan ni kurang sesuai dgn tajuk crita. tqvm.
C20....deng stuju....deng pon br nk blaja mngnl Allah & dpt rzk jmp tok...jazaakallahu khairan jaza'...
ReplyDeletesalam tok..
ReplyDeletedah lama dok komen..sambil2 nak tahu jugak;
jalan mushahadah ni mcm mana tok?
yerla...nak dapat lesen comfirm kenala dlu dapat lesen L pastu terus kepada lesen P pastu barulah comfirm...atau kaedah paling bayar sahaja (lesen terbang)tapi risikonya tinggi. mohon tok jelaskan yo...
Salam,
ReplyDeleteTok, apa sebenarnya maksud ikhlas? Setengah orang kata ikhlas tu rahsia Allah, hanya Dia saja yang tahu.
Ada orang kata, ikhlas tu buat sesuatu kerana mentaati perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan sesuatu tu kerana meninggalkan larangan Allah s.w.t.
Kayu pengukurnya seperti, kalau kita solat sunat di mesjid, ramai orang masa tu, sama saja seperti kalau kita solat di rumah yang ada hanya kucing aja, bukannya kalau di mesjid kita rajin solat sunat muakad, tapi di rumah malas pulak.
Confuse...
tok nak tanya nih..pasal ayat kursi tu kena baca sekaligus ke camna tok..mohon pencerahan..
ReplyDeletetapi kan tok..kalo kita baca ayat² tertentu pada kadar² tertentu..dan macam mengharapkan sesuatu...tu mcmana eh tok...adus...kompius...kalo bab ikhlas baca 3 butir buku pon xtentu dapat jawapan<--- dgr daripada org² bercerita..
salam smua..
ReplyDeletesalam
ReplyDelete"Biasanya itu dijawap pada tahap muntahi...pada amal bukan pada ilmu "
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Tok. Terasa sejuk di hati jawapan Tok. Terserlah jawapan seorang ariffbillah.
Salam sejahtera semua
ReplyDelete"Biasanya itu dijawap pada tahap muntahi...pada amal bukan pada ilmu "
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Tok. Terasa sejuk di hati jawapan Tok ni. Terserlah jawapan dari seorang Ariffbillah.
tok skrg semua posting kena tapis ker plak? ssh ar mcm gini.
ReplyDelete
ReplyDeletezuhairi, ayat kursi ke ayat seribu dinar ...:)
salam,
ReplyDeletebang clat, pertanyaan abang berikut,
"sebenarnya tok siapa yang sebenarnya kita sembah dan siapa yang sembahyang tok?"
pada pandangan saya, tok dah ada tulis kat atas tu secara jelas-nyata namun harus jua 'tersembunyi' dibalik ayat/kalimah/istilah yg tok tuliskan bagi yg terlepas pandang... baca lah dan renung kan dgn ihram, bi'iznillah jumpa lah jawabnya nanti... nak laie komeh diteguh-padu ia dgn zuk amal...
wassalam
Salam Tok, maaf, nak minta penerangan mengenai PENAFIAN semasa solat. Adakah ia bermaksud semuanya ditiadakan hanya allah semata-mata walaupun sekojap. jika itu dimaksudkan, cam no kito nak lakukannya..maklumlah cam den ni, ibarat kapal kocik dilautan..Tolong torangkan yo Tok. bab-bab ini sodap Tok..den ni selalu jo terkucil...
ReplyDeletesabriptm said..........
ReplyDeletedisember lalu mak den g haji... so den sms lah.."mak tolong doakan syahadah diangkat martabat dan suci"
mak cakap... bila den call.. "dah.. mak dah doa depan kaabah."
petusssss...... tak sampai 3 hari lepas tu.. badan den mula sakit2.. muntah2... and baran2...
demam... ingat cikunya or H1... and masa tu den terpandang balik amalan den.. astafirullah... baru nampak semua (YANG LASSSST ) adei... kalu aku mati camana ya..
3 bulan den menanggung.. gangguan masa tidor... prasangka itu dan ini.. berat den dari 98kg turun ke 84kg dalam 3 bulan.. seluar dari saiz 40 ke saiz 34.
so den nekat.. aku nak balik ke basic.. aku tak kawan lagi dengan dunia mcm ni..
Jika ada rezeki batin iaitu yg Maha Berkehendak mahu begitu dan begini ...sepatutnya tiada lagi persoalan itu begini, begini begitu.. terima sahaja.. dari segi ilmu theory memang manusia berkehendakan yg ideal..
ReplyDeletekita beramal bukanlah untuk ke syurga atau neraka,
ReplyDeleteitu tidak ikhlas namanye...
Tujuan hidup kita hanya lah KEPADANYA...
seribu tahun semayang pon blom tentu syurganya...
hanya dia yg layak bg apa yg dia nak kpd hamba2nya. diakan ALLAH... Yang MAHA ESA.
maaf,hamba baru belajar... tlg betulkan tok..
Salam Tok apakah ada Ikhlas tanpa "Fana'" maaf jika solan ini agak "over"....
ReplyDeletesoalan seven65,
ReplyDeleteIlmu yg ada disini meme selari dgn jalan tarikat hakikat makrifat dan musyahadah...cuma cara penyampaian guru berbeza mengikut tahap murid..
Den ada 250 helai nota catatan Den bersama aruah Guru...maka dari situlah DEN guna buat menapis sesuatu ilmu yg DEN dapat dari mana2 Guru...kita tak boleh main borong aje...sebab yg maksum hanya nabi s.a.w . guru camna hebat pun mungkin ada silap..sedangkan imam Ghazali di persoalkan orang...
Wajib kita menuntut yg asas dahulu...bukannya main ambil yg tinggi tinggi yg kekadang kita pun tak faham dan main borong aje...bahaya dan naas...sebab itu DEN sentiasa rujuk pd Guru kalau ada keilmuan yg pelik2 agar dapat dijadikan sempadan..sentiasa bermuzakarah....
Di awal 80 an...ramai orang haus keilmuan begini..termasuk hj anuar..sehingga berulang alik ke Seremban mendengar kuliah bab megenal diri dll..selepas 2 minggu beiiau memberi teguran ada sedikit kesalah fahaman pada membicarakan bab ahdah wahdah wahdaniah dan roh...maka selepas itu pula beliau pula diminta memberi kuliah. berulang alik lah beliau mengajar selama 6 bulan...kebanyakan yg mendengar kuliah adalah khalifah tarikat yg berbeza beza...ini menunjukan walau apa jenis tarikat dan jalan ketuhanan pasti ada titik pertemuan keilmuan itu...sebab memasing mengesakan Allah..satu tujuan...Hj Anuar byk mengambil ilmu hakikat di Sabak Bernam seperti Guru Amdan dll..dari Tok yah Ramli Kedah...kalau tidak takan dia diakatakan muryid 4 tarikat...
Mana yg dah ikuti kelas DEN dah jelas matlamat akhir ilmu ini...
wealo said...
ReplyDeleteTok, bagi yang berkeluarga berat nak pikul ujian ini kalau berkait bab rezeki sbb kalau seorg diri tak apa tapi bila melibatkan isteri dan anak yg mempunyai tahap kesabaran berbeza-beza, terasa sgt bebannya kpd kita. mohon pencerahan .. apa amalan yg perlu ditambah..
Kalau boleh den nak kongsi pengalaman den dongan wealo.....den bab agamo ni setakat basic tu taula den tapi pada satu hari dulu sebolum den nekad nak berhenti kojo atas sobab-sobab tak sebulu lai dengan boss den yang bongkak den berkato dalam hati den rezki tuhan yang bagi bukan boss den tu..dan mulai hari den beronti tu den nekad dongan kato-kato tu sampai ponah den jadi drebar teksi....tapi hati den ni lobih bahagio dari kojo den yang glamer dulu.Kekadang kalau dipikir aan tak dapek sebanyak dulu tapi tak ponah lak den raso susah nak tanggung bini dan limo anak den.
Tontang ayat seribu dinar tu memang botolah kato tok kalau diamalkan ado jo rezki tu datang dalam berbagai kalau tak dari kito dapat kek anak-anak kito bak kato orang tu anak bini kito totap makan dan hidup macam biaso .Allahuakbar
alhamdulillah..mekasih tok.
ReplyDeletemahal ni bang..
ReplyDeletemekasih..
Alhamdulillah..trimakasih bk tok. Sebenarnya saya masih mencari jalan utk lebih menngenal Allah Dan mendekatkan diri kepadaNya. Saya dah baca semua tulisan tok kat blog ni..Dan terasa terpegun sgt ..jahil sungguh saya jahil. Saya pernah jumpa tok pada 1 Muharram yg lepas. Ingin sekali mahu belajar dgn tok..kalau ada keizinan Tok....Camna caranyer Tok?
ReplyDeleteMohon maaf dan Terimakasih sekali lagi.
baca lagik ....
ReplyDeletesalam Tb dan rakan2 doa untuk pintu langit terbuka supaya doa dan amalan diangkat ke langit ada ke tok.betul ke kalau pintu langit tak terbuka segala amalan tak diangkat.bab Allah terima atau tak itu hal lain.
ReplyDeleteTo Akak72...terimakasih..Insy saya ulang baca lagi...
ReplyDeleteSetven65...den hanya ingin menunjukan kehebatan allah....penceritaan DEN itu hanya berkisar pada karamah terendah dari 1000 karamah...tapi kalau tulisan DEN dapat melembutkan hati yg keras dan kembali mengesakan allah..itulah antara karamah terbaik...
ReplyDeleteterima kasih atas ilmu ini....
ReplyDeleteAsslmkum Tok, betul org kata setinggi karamah, istiqamah dalam menyembahNya?
ReplyDeleteTok, betul kekaramah terbesar, istiqamah dalam menyembahNya?
ReplyDeleteSalam TGTB, 3 hari lepas, diawal tidur ada menyertai menghantar jenazah ke perkuburan. Dalam perjalanan berlaku ribut/halangan menyebabkan penguburan x dapat dilakukan. Lepas tu saya terjaga. Saya x pasti samada hayalan/mimpi. Ada makna ke Tok?.
ReplyDeletePada tahap tertinggi Karamah ialah tiada lagi karamah...cukup di dalam QurbahNya sahaja...
ReplyDeleteSalam Tok......Nak Raso boleh? Musyahadah Di....QurbahNya
ReplyDeletesyukran jazila ya TB...lengkaplah pemahaman den, ari tuh termengah2 nak salin nota tok ni...dah la tak lengkap, jadi lain maksudnya (penat kena paksa diri jadi typewriter masa tu)
ReplyDeleteAllahu Akhbar...itulah Hari Raya bg Ariffinbillah...Ahlullah...
ReplyDeleteterima kasih ats penerangan kiblat yg tok nyatakan di ats. Alhamdulillah...
ReplyDeleteDlm satu hadith
ReplyDeletesemasa Nabi SAW sdg solat brsama sahabat, ada seorg shbt yg bc doa iftitah yg pndek..smpai wa subhanallahi bukratan wa asiila..bila selesai solat, Nabi brtany siapakah yg mmbc sekian sekian, mk akui shbt trsbt yg dia ada mmbcnya...Nabi SAW mmberitahu, swktu shbt td mmbc doa trsbt, Baginda nmpk pintu2 langit terbuka luas...semenjak itu shbt2 Nabi tidak meningglkn doa iftitah setiap kali solat..
Deng petik dlm rncngn duniaku buku setiap kamis mlm jumaat kredit to Ikim.fm
apabila tok berbicara...ilmu byk den kutip...
ReplyDeleteTok B, terima kasih atas perkongsian ilmu. Besar manfaatnya, di doakan agar Tok B mendapat limpahan syafaat dari yang Maha Khaliq.
ReplyDeleteQurbah Allah....
ReplyDeleteSalam ..
ReplyDeleteSatu konsep yang hakiki tapi bukan senang untuk menghayati .. teruskan Tuan Belagak .. benarlah apa yang Al Quran nyatakan .. dalam sedar tak sedar kebenaran tu terbukti cuma pada pandang 1per sejuta tak perasan pun .. deep ..
p/s .. hints .. di mana N.Adam .. apa Allah suruh bila Adam dah dijadikan .. sujud .. natijahnya
Pada tubuh adam yg bernama Muhammad ini mengandungi rahsia diri sebenar diri.....maka hendaklah kita pegang amanah tu kemas kemas...
ReplyDeleteBab ikhlas ni kita amal aje..sebab ikhlas ni milik Allah s.w.t....dgn kasih sayang Allah pada makhluknya insyaallah dicampakan rasa ikhlas tu pada kita. Asal kita sentiasa bersangka baik.
ReplyDeleteJika hati tidak tersentuh dengan nukilan TB ini, pasti ada yang tak kena pada hati kita..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Alhamdulillah kerana menemukan aku dengan hambamu yang begitu tulus dan ikhlas hatinya..semoga TB n keluarga sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah swt..amin..
Salam Tok, Nak tanyo apo maksud rahsia diri sebenar diri.....maka hendaklah kita pegang amanah tu kemas kemas...
ReplyDeletePimpinlah kami tuan macamana hendak memegang amanah tu kemas2 tok....
ReplyDeleteassalam....
ReplyDeleteterima kasih atas penerangan tok,..semoga allah memberkati perjuangan tok.dan co2 juga.assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhu...
Salam Bismillahi Majreha....
ReplyDeletepeh...lama tak online telepas tajuk best...bab menghadap kiblat memang ramai yg keliru, sampaikan umat islam diejek mnyembah dinding, kerana tak dpt jwb pertanyaan kuffar..sambung lg tok..bab dlm doa iftitah inni wajjahtu pun ada yg salah anggap kita menghadapkan wajah kpd Allah dgn membayangkan Allah ada di dpn sedang kan Allah maujud bila makan (wujud Allah tiada bertempat)..sedangkan di situlah terkandung sebahagian rahsia khusyuk bila menumpukan seluruh anggota jiwa raga kpd pencipta dlm solat..
ReplyDeleteBanyak Guna nya doa iftitah ni dalam perubatan
ReplyDeleteAbiDamia said...
ReplyDeleteSalam Tok....Pintu Kaabah,Pintu Babussalam,Pintu Hati...ada pakai password ke..kek mano nak cari "Penjaga Pintu" ni? Johari Manikam...masih gelap lah Tok.....
Sebelum ni DEN cakap belum sampai pado DEN...alhamdulillah sekarang sudah ado pengetahuannya pada DEN
salam tok, blh ke terangkan pd saya perihal "solat daimun" pd org kenal diri yg mengaji tauhid(ilmu makrifat)apa klu dh makrifat solatnye lain ke? mintak tok tlg huraikan....
ReplyDeleteSama aje solatnya cuma quality nya berbeza...
ReplyDeletesy ada tnya sesetngah guru dia kata solat yn berterusan tanpa putus.... btl ke tu tok?
ReplyDeleteSalam Tok, dah sampai ke mercu Tok huraikan pada kawan2. tahniah atas ilmu Allah yg dipanjang2kan yg memberi manfaat kepada semua umat. teruskan usaha yg murni ini Tok.
ReplyDeleteSalam Tok...bila menghadap kiblat kenapa perlu tawaf....pusing lawan jam...orang pusing kita pusing kalau tak pusing boleh ke?
ReplyDeletetok, cmna dlm diri kita ni ada diri rahsia yg tok citer tu? boleh ke tok tlg bagitau?
ReplyDeleteMutakalif Wahdah......?
ReplyDeleteminta diijazahkan amalan ayat 1000 dinar tu tok
ReplyDeleteakal, hati , nafsu x perlu..boleh ke..?
ReplyDelete