Telah berkata seorang syeikh yg arifbillah :
Wahai mereka yang baru belajar, hendaklah engkau menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada ilmu Tauhid. Engkau belajar ilmu Fiqh untuk mengesahkan hukum, namun malangnya lalai dari mengenal Tuhan yang menurunkan hukum,
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani r.a berbicara :
Tiada membezakan seseorang itu dengan mereka yang mencapai darjat kewalian di sisi Allah pada ibadah dan ilmunya, tetapi yang membezakan ialah kekuatan dan kebesaran jiwa dalam menghadapi sesuatu lantaran kekuatan aqidah mereka.
Memahami aqidah adalah sebesar besar ilmu dan terpenting dalam menentukan amal kita diterima
atau tidak. Ia boleh membawa kepada dosa yang tidak akan diampunkan Allah s.w.t atau pun membawa kepada kecintaan yang hakiki ( mahabbah ) kepada Allah s.w.t.
Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) menyusun sifat 20 untuk memudahkan orang awam memahami dengan mudah akan sifat sifat Allah s.w.t. Bahkan boleh menolak fahaman Muktazilah, Qadariah, Mujasimmah dan lain2 yg dikembangkan dengan campur aduk
golongan munafik serta ideologi Yunani serta lain. Pegangan ini lah yang dibawa oleh semua ulama semasa menyebarkan Islam di Nusantara. Sifat 20 disusun oleh Imam Abu Hasan Asya'ari r.a serta Imam Abu Mansur al Maturidi r.a.
Puak Wahabi telah menolak sifat 20 bahkan ada Wahabi extremis mengatakan mereka ini sesat dan syirik. Dalil mereka ianya tiada di zaman Rasulullah s.a.w. Inilah akibat kalau terlalu mudah menjatuhkan hukum. Sifat 20 bukannya mazhab tetapi sekadar metodologi untuk membincang dalam kaedah yang teratur. Imam Abu Hasan Asya'ari r.a seluruh ummah kepada aqidah para Salaf yang benar dengan kaedah yang tesusun rapi. Apa yang tiada di zaman para sahabat ialah kaedah perbahasan namun dasar aqidah dan pegangannya sama sahaja. Penolakan Wahabi samalah seperti mereka menolak fahaman mereka sendiri. Ilmu ilmu dalam membahaskan hadis, sistem tatabahasa arab seperti nahu, saraf dll TIADA di zaman para sahabat r.a. Namun ia adalah penting untuk kita umat yang terkemudian untuk mudah memahami ilmu.
Awal Agama Mengenal Allah.
Berkata Arifbillah :
Barangsiapa mengenal dirinya, maka mengenal ia akan Tuhannya. Sesiapa yang mengenal Allah, maka binasalah ( fana ) dirinya.
P/S ( ramai keliru mengatakan ini hadis...ia bukan hadis )
Dalilnya ada yakni dari ayat 21 Surah Adz- Dzariyat marfumnya :
Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak melihat ( tanda-tanda dan bukti kebesaranNya )
Firman Allah s.w.t diatas adalah sebagai pembuka segala rahsia dalam rahsia. Ramai diantara kita yang mencari dan masih mencari...semuga Allah s.w.t memperkenalkan Dirinya pada anda. Namun jangan putus berdoa agar kita semua didalam Rahmatnya..kerana salah pencarian salah berguru...bukan kepalang binasanya...
Hanya Alllah s.w.t zat Wajibal wujud dan wujud dia pada DzatNya. Semua yang wujud dialam ini bukan wujud pada dzat tapi wujudnya di wujudkan Allah s.w.t. Atau barang yang kena jadi. Semua yang wujud ini di wujudkan Allah s.w.t untuk menunjukkan sifat keagungan dan Kebesaran Ilahi.
Firman Allah s.w.t dalam hadis Qudsi, marhumnya ;
Aku adalah Kanzan Makhyan ( yang terpendam dan tertutup ), Aku ingin ditemukan dan dikenali, Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenalKu.
Alam dan kita ini tiada lain melainkan menyatakan adalah ayat ayat Allah s.w.t untuk menyatakan DiriNya.
Kita ini menunjukan wujudNya (DzatNya) SifatNya, Asma'nya serta AfaalNya. Kalau kita melihat diri kita dan alam tanpa melihat wajah Allah, maka kita termasuk golongan yang dihijab/terdinding dengan waham (kegelapan nafsu dan khayalan aqal )
Adapun tingkatan nafsu ini ditafsir ulama sufi dari surah al Mukminun ayat 17 Marfumnya
Sesungguhnya Kami telah mencipta keatas diri kamu tujuh jalan (nafsu).
Tingkatan nafsu mengikut dari yang terendah/terburuk ialah
1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhimah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah
Mereka adalah golongan yang syirik dalam penglihatan, pendengaran, sentuhan pemikiran dan perasaan apabila kesemua diatas tidak dikaitkan dengan Allah. Melihat diri dan alam tanpa melhat " wajah Allah " bersamanya adalah Jahil Muqarab, yakni Jahil pada TuhanNya , tiada mengenal Keesaan sifat Allah s.w.t dan jahil pada dirinya yakni tidak mengenal ia akan Haq pada dirinya.
Dimana kamu menghadap disitulah wajah Allah s.w.t ( al-baqaroh : 115 )
salam, femes la FB skrg
ReplyDeleteInilah yang dikatakan jalan keluar untuk antaranya menyampaikan Ilmu Allah secara sempoi dan bijaksana.
ReplyDeleteBagusnye, walaupun tak berape nak tangkap tapi seronok baca. Senang bahasanye.
ReplyDeletealhamdulillah.. allahu akbar... ya allah ya allah ya allah... wahai zat yg wajibul wujud... aku bermohon agar KAU permudankanlah urusan kami dalam perjalanan mengenal Mu ya allah,wahai zat yang suka dikenali wahai zat yang maha agung lagi penuh kemuliaan...
ReplyDeleteperkenankanlah wahai zat yang menguasai segala sesuatu ... aminnn
salam,cantik penerangan....Ya Rabb bukakan pintu2 Rahmat & Rahsia hikmahMU..TB nak tanya ada tak anak murid tok kat Kota Kinabalu?
ReplyDeletesyabas bette,syabas bette... teruskan merungkai rahsia segala rahsia tok...doakan kami pejalan2 & pencari2 semoga dapat berjalan dan mencari Yang Abadi & Yang Hakiki...amiinnnnn
ReplyDeletealhamdulillah..sudh lama mnunggu coretan tok segini..ni kesinambungan ilmu mengenal diri ke tok..mekasih atas ilmu yg dicurahkan..
ReplyDeleteTajalli, apakah pula maksud akan ia?
ReplyDelete"i like"
ReplyDeletealhamdulillah..dah lama menunggu saat ini..teruskan sifoo
ReplyDeleteSalam, TB teruskan "tabligh" kan ilmu Allah yang hebat ini. insyaAllah pada sapa2 yg nampak lorong yg telah TB rintis ini dihadapannya tentu akan ada "Highway" untuk dilalui.
ReplyDeleteMasyaAllah, Bukan Highway dah namanya Bro antidevil.. Dah ibarat macam Padang Pasir luasnya!!!
ReplyDeleteMana jer nak jalan boleh jalan.. Mana jer nak gerak, boleh gerak.. Gasakkan aje ape orang nak cakap.. ah ah ah ah 1000x..
p/s: apekah aku sudah buka rahsianya?? i don tink so.. hua hua hua hua 5000x huhuhuhuhu 10,000x
tq Tok
ReplyDeleterasulullah tahap nafsu kamaliah..
ReplyDeletetahap mutmainnah syarat paling rendah yang di redhoi Allah memasuki syurga..
macam mana ye tau tahap nafsu kita tok?Siapakah orang2 yang ikhlas semata2 kerana Allah tok?
hebat-hebat, onlineinsurance nih. bahasa org tua kamu bahasa muda hehehe. sbb macam2 "highway" bole pilih hehehe. sebarkan hanya pada ahlinya saja supaya tak timbul fitnah sbb ilmu Allah bertahap-tahap dan akal manusia pun macam tu juga. apa pun teruskan usaha murni saudara2.
ReplyDelete
ReplyDeleteYa Allah, wahai Zat Yang Ujud lagi Maujud, Lindungila Aku dalam RahmatMu. Amin
tuan online insurance, kalau den nak beli insurance muleh den call no lama ka Wak? ke ada no. baru?
ReplyDeleteIya Tn Art..
ReplyDeleteBoleh.. No Lama jer.. tak ader no baru pun..
terima kasih atas pencerahan TB..
ReplyDeletesalam...hujah menarik..teringat ana pada islam hadhari yg di bawa ayahanda pak lah..bagaimana pulak tu?
ReplyDelete