20.12.11

LANCAU

Mende pulok ni. Sebagaimana biasa semua ceritera2 dan artikel2 di dalam blog ini adalah sekadar cerita penglipur lara semata mata.

Insyaallah Den akan mengarang sehingga habis kali ni. Suatu dongeng tahap biasa aje.

Den baru sahaja habis berentap dgn Jin dalan bilik rawatan dan terus melangkah keluar untuk mengambil air buat menghilang dahaga. Bila Den melangkah kembali ke bilik rawatan, tiba 2 datang sekeluarga pesakit, memapah seorang patient yg sedang merasuk. Adus belum masuk darulsaka dah merasuk. Den

tenung terus terjelepuk depan pintu.

Tu dia jurus dari mata turun ke hati. Ilmu ni lama dah den belajar dulu masa form three. Bila dah baiah aurad, Den dapek mantapkan lagi. Buek masa ni ada sorang pelatih sudah di ajar. Mak ai, sejak hari tu sampai sekarang, matahari susah nak memancar, asyik mendung aje.

Sambungan Part 2 Tulisan pertama di Tahun 2012

Patient terus mengucap dan istigfar serta berzikir. Mangkuk ayun tu kalau dengan Ustaz Ustaz lain boleh le nak tipu. Keluarga pesakit tengok Den buek selamba badak aje.
Setelah Den tenung di sudut hati nurani dan zikir jauh disudut dgn kaedah mesrakan diri , Den terus aje sergah, kepala hotak ko lah nak mengucap bagai. Kalau dah kafir tu buat le cara kafir. Banyak lah songeh ko. Karang aku terajang baru tahu. Habis segala kutukan Den lemparkan Terperanjat mereka yg disekeliling bila tengok Den bertukar jadi Power Rangers.


Last last pesakit yg kerasukan tiba tiba menukar rentak. Bercakap dalam bahasa Cina merepek repek. Hek eleh terkejut hanuman Den. Semua mata memerhati pada Den yg masih utuh dan hensem. Den terus lontarkan perkataan SAKTI ,
" LANCAU " ! tersentap perasuk. Diam dalam 1 minit kemudian merapu lagi dalam bahasa cina yg amat membingitkan telinga. Den apa lagi terpaksalah menggunakan hikmat Loceng Emas Singa . " LANCAU " ! Terus sedar patient tu.

Heran keluarga pesakit, sebelum jenuh merawat di Pusat Rawatan yg menggunakan Ruqyah tak setel. Den hanya tengking perkataan sakti LANCAU je masalah dah setel.

He he he, sebab itu mau boleh scan. Ini asyik tuduh syirik aje orang yg guna scan. Last last bila Jin tipu dengan mengucap dan mengaji kita pun percaya dan terpedaya.

So itulah cara Den, kalau Jin Kafir merapu , memang Den maki habis punya.

18 comments:

  1. Salam Tok Belagak, diharapkan Tok akan terus berkarya memperkenalkan amalan kaum sufi yang terbilang.

    ReplyDelete
  2. Saya orang pertama... Kenapa guna perkataan ni Tok... La_c_u ... Maksud dia lucah Tok... By the way nak ucapkan rasa syukur atas tips dan berkat doa Tok isteri saya dah pregnant 7 bulan... Doakan saya sekeluarga diberi kesihatan mental dan fizikal dan jadi hamba Allah yg soleh... Aminn... -- Effendy dan Nur Akmal from Ampang, Selangor

    ReplyDelete
  3. Assalamu 'alaikum, sambung Tok, lama tak baca karya Tok, dongeng pun ada pengajaran, nak tahu kenapa tajukpun dah tuuut.....

    ReplyDelete
  4. saya amat terkesima bab ini..
    sangat mendalam maksudnya..

    ReplyDelete
  5. salam tok hehehe patutlah asyik mendung jer hehehe

    ReplyDelete
  6. Cite da abes ke tok? Mane kaitannya dgn topic tu? Hahah, power jurus tok, yelah da 300 taun umur tok hehe mohon bimbing kami anak2 yg baru lahir ni tok.. Belum mimpi mayat sendiri lg..

    ReplyDelete
  7. Perrrhhh....Ilmu jurus mata turun ke hati.macam Panah Arjuna ke Tok?

    ReplyDelete
  8. salam tuk berlagak... sambung.. dah lama tggu ni..

    ReplyDelete
  9. salam....nk tw kt kuantan ade kew darulsaka nie..klo ade leh bgtw lokasi dgn dgn sape sye leh contact...sbb nk ubatkn mak...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.

    Saya ada seorang kawan setempat kerja, menghidapi penyakit Psoriasis, sejenis penyakit kulit. Dengan Izin Allah, boleh tok blagak serta rakan seperjuangan pulihkan? rasanya lebih 3 tahun dia diuji dengan penyakit tu, dah banyak ubat dia guna tapi masih tiada tanda nak sembuh. Kalau boleh diusahakan, nanti saya khabarkan pada dia supaya jumpa tok. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam. Saya ada email ke darulsaka@gmail.com berkenaan masalah adek saya. Mintak jasa baik pihak tuan utk selesaikan kes santau yg tak sudah-sudah ini. No saya 019-2919375 (Shafri)

    ReplyDelete
  12. salam tuan
    sekadar bertanya
    dah tengok ke kitab tafsir baru hj ahmad laksamana hj omar 'alfathun nawa'
    cuba la layari alfathunnawa.blogspot
    tafsir diambil dari alam ketuhanan mengikut sesetengah cakap orang

    ReplyDelete
  13. takkan tok belagak tak ada anak murid yang boleh sambung cerita bohong ni. sia sia saja jadi anak murid tok belagak kalau citer bohong macam nie pon tak boleh sambung

    ReplyDelete
  14. itulah yang dinamakan "ayat tidak memberi bekas"..jika iktiqad pada Ilahi sudah tiada persoalannya lagi..maka guna ayat per pun xdehal punyo...malah guna lagu "mak lang" nyanyian saiful apek pun boleh...hohoho..ilmu Allah itukan luas dan tak bertepi..

    ReplyDelete
  15. prehu apa maksud mimpi mayat sendir?nak tau jga..

    ReplyDelete