Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

22.10.10

Teras Kelo dan sewaktu dengannya...

Ramai yg email Den minta Den cerita bab batu dan kayu ni...itu belum yg suruh Den cerita bab Kelembai lagi,,,pelan2.... Ada masa DEN citer le...ala cerita temberang ma,,,semua boleh buat...dari buat cerita macam betul siap slang arab lagi tapi haprak...

Teras Kelo...Teras Kemuning..Teras Bertam...apa ke mendanya..ada power ke...kalau ada dari mana ? Dari JIN ka...dari Isian ka dari alami ka ?

Ini base on thru experience....ada satu guru terkenal di Selangor...ramai anggota keselamatan pun amik macam2 dari dia....sesekali dia akan memanggil EMBAH dia dari Indon...alamak sakit perut le pulok....Bye...inilah kesan segera air LEMUJU...lawas beb...

22.9.10

Suatu Amalan - Ayat Tujuh

Lamo tak update....

Elok gak bincang pasal ilmu yang tak lekang dek Paneh, tak kuyup dek hujan...

Ayat 7 ni biasanya diamalkan oleh budak2 remaja sebagai bekal dek ayah dan atuk buek jaga diri...ada macam2 caro mengamalnya dan kalau mantap amalannya pasti ada side effect yang kita sendiri tak perasan tapi akan di perhatikan oleh mereka yang berpengalaman.

Sementara Sifu Den mengajar DEN cara nak tepek ayat kat sini...inilah ayat 7 Munjiyat

a) At Taubah 51
b) Yunus 107
c) Hud 6
d) Hud 56
e) Al- Ankabut 60
f)) Faathir 2
g) Az Zumar 38

Kaifiat mengamalnya :

a) Kaifiat tanpa ayat tambahan.
Sebaiknya diamalkan 7x pada pagi dan petang selama 7 hari.
Sesudah itu barulah di amalkan sekali pada pagi dan petang.

Tu DEN dah Update cerita Shah Rukh Khan....Siap ada Mentera lagi...The most powerful mentera on earth...

18.7.10

Syahadat Tauhid

Kalimah Syahadah terbahagi kepada 2...

1. Di gelar ia Syahadat Tauhid

2. Di gelar ia Syahadat Muhammad

Di ruang yg terbatas ini ada baiknya kita bicara serba ringkas intipati kalimah tauhid yg menjadi tunjang kenapa kita dilahirkan ke dunia ini..


Martabat Kalimat Syahadat Tauhid

Lailahaillallah -


a) La Maqbud Bihaqqi illallah

( Tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah Taala )

b) La Matlubi Bihaqqi illallah

( Tiada Tuhan yg di tuntut sebenar benarnya melainkan Allah Taala )

c) La Maujud Bihaqqi Illallah

( Tiada yang Maujud sebenar benarnya melainkan Allah Taala )


Penerangan ini masih dalam bentuk ilmu. Belum lagi masuk pada bab amal. Biasa di kata orang ilmunya sudah ada, amalnya macamana ?
Sebaiknya untuk diamalkan kaedah menurut keilmuan diatas diamalkan menjazamkan Kalimah Tauhid atau Tahlil ini sebanyak 70,000 kali sebagai asas kepada makam nafi.

Maka sesudah jazam dan mahir akan zikir tahlil tersebut dan dawam sebutan dilidah secara jihar perlahan lahan masuklah kepada :

La Hayyun, La A'limun, La Samiun, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun .....BilHaqqi illallah. Kaedah penafian ini biasa disaran oleh guru sebelum solat, sebelum tidur bahkan sebelum melakukan pengubatan dll..ini sebagai ikhtiar kita melatih bahawa tiadalah kita ini berkuasa walau secebis pun. semuanya Haq Allah Semata - mata. Bertolak dari sini terungkailah kenapa dikatakan ayat tidak memberi bekas. Pendek kata salik sudah mula masuk bab Isbat secara tidak lansung. Insyaallah kita sudah melepasi perangkap syirik khafi.

19.5.10

Menguasai Ilmu Amanah

Salah satu ilmu tahap tinggi yang lebih tinggi dari semua ilmu tenaga dalam di dunia. samada mereka berkumpul bersama...tidak akan mampu menandingi ketinggian ilmu Amanah. Ilmu ini hanya boleh di miliki oleh orang Mukmin sahaja. Wahabi tidak boleh.

Ianya boleh menjadi tanda aras seseorang itu bertaraf guru atau tidak. Menguasai 2 cabang Ilmu AMANAH ini amatlah sukar dan amat jarang seseorang dapat menguasai kedua dua ilmu AMANAH ini serentak. Satu nya bersifat Fizikal dan satu lagi Metafizik. Kedua-duanya boleh di buktikan melalui kaedah tertentu mengikut aturan ilmu tersebut.

Ilmu ini pada dasarnya bermula dari ADAM...yakni KOSONG atau ALIF DAL MIM.( Allah Berdalil Muhammad ). Banyak supanatural yg bergelar supergrandmaster dari kaedah Reiki dan pecahannya yang mereka ingat, dapat di Islamkan dengan menambah perkataan berbau Islamik samada di depan atau dipangkal perkataan Reiki...atau pun ditukar keseluruhan namanya...( Namun perlulah diingat BABI kalau disamak ke hapa tetap ia BABI ) mungkin ada mencedok sereba sedikit kefahaman yang masih berupa ilmu dengar dengar sahaja tanpa memahami dan mendalami dan melazimi ilmu itu sendiri.


Memang agak kasar sikit perkataan DEN ..namun kebenaran tetap perlu dinyatakan..Tak kiralah seorang yg bertaraf ustaz yg mempelopori sesuatu ilmu berlandaskan ciplakan dari Tibet atau Pendita Jepun. Islam itu lengkap. Allah maha pengasih..pasti dan wajib ada pada Islam ilmu yg melebihi semua ilmu berdasarkan kaedah tenaga dalam atau mana2 pendita shinto atau tibet atau apa jua. Ingat itu...Wajib kita percaya dgn Akal dan tasdik di hati ISLAM is perfect. There is no alternative....only ISLAM.

Sehingga ada yang menjadi seolah ajaran sesat HU di jadikan seperti lambang YIN dan YANG..ada dalam internet, ada Hu di sebelah gelap ada Hu di sebelah cerah. Semuga Allah memberi petunjuk kepada mereka. Mereka ini telah terpedaya sebagaimana puak nasrani terpedaya dengan permainan halus kaum yahudi...lihat sahaja betapa Nasrani berpecah pecah dan berlambang lambang yang pelik....sekarang ia
menular kepada ISLAM..tapi DEN yakin ALLAH akan memelihara satu satunya agama yang telah di RedhaiNYA seperti yang termaktub
Ygcdtytgdtdhtffxbrrtrgfddalam al Quran. Akan ada hambanya yang mampu menghurai akan keindahan ISLAM dari sudut2 yang telah ditentukan mengikut ilmu yang di turunkan.

Suatu masa nanti kalau Umat Islam tidak sedar...pasti Islam itu akan menjadi perlambangan yg di buat oleh tangan-tangan orang Isam sendiri. Mereka mengolah Reiki dan sebagainya untuk menjadi ISLAMIK. Islam dah lama ada ilmu sebegini bahkan Rahsia huruf Ba itu sendiri semasa Adam a.s di jadikan telah menjadi nama kepada benda2 yg mana para malaikat sendiri tidak tahu. Maka nasihat DEN..belajar jangan kepalang ajar..tahu sedikit terus nak olah jadi pelik2..kita bertanggung jawab atas ilmu yg kita modified atau sebarkan.

Atas dasar itulah DEN berani cakap..kalau di kumpulkan semua SUPER grandmaster seluruh dunia samada yg kafir atau Islam tidak dapat mengalahkan DEN dalam bab Ilmu AMANAH walaupun mereka berganding bahu serentak...tak kiralah mereka berangan menyedut seluruh energi sehingga di sedut semua energi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Masih ia di bawah tapak kaki kiri DEN sahaja. Nah ...satu cabaran sudah diberi..bila2 masa sahaja DEN sanggup melayani sayembara BAB ilmu AMANAH, tetapi kalau kurang dari 7 orang serentak...dont waste my time. Akan DEN tunjukan kehebatan Ilmu ISLAM..tak yah habis beribu2 belajar Ilmu Supergrandmaster. Cukuplah letakkan Ikhlas kepada Allah Taala dan kita sentiasa di dalam ( perhatian ALLAH taala - suatu kalimat yg aruah Guru selalu sebut...yg tiba2 diingat kembali oleh murid kepada Wali Allah yg baru berpindah Alam minggu lepas, Ustaz Wan Asrul. Wali ALLAH ini salah seorang penguasa ILMU AMANAH ) .

Masih DEN ingat beberapa tahun dahulu bila DEN duk kutuk Geng2 mengarut dari Tibet dan Jepun ni...Mereka siap hantar energy le kununnya...Masa tu fDEN dalam Komuter dari seksyen 18 Shah Alam...Kebetulan DEN Tgh Smebelit..So DEN just kaut je energy yg depa hantar tu masukkan dalam Usus kecik dan besar...terus lega DEN melepas...he..he...sampai sekarang puak2 tu still tak puas hati...Macam
yang DEN cakap..tarik le ilmu DEN..sebab ikut kata mereka ..mudah ajer mengosongkan ilmu seseorang...itu semua temberang taik minyak
je..Akhirnya DEN juga bertambah menjadi Super SAIYA Supergrandmaster Sifu segala Sifu aka WONG BO HONG...


Penceritaan ini mungkin akan menjadi terlalu panjang atau setakat satu rangkap sahaja lagi kerana DEN menunggi isyarat samada boleh atau tidak didedahkan Ilmu AMANAH ini pada umum. Terlebih lagi DEN ado cerito temberang yang lain lagi...yg DEN alami malam tadi..lain sungguh permainannya sehinga DEN terpaksa menggunakan Zikir Alif yang empat...ZAT SIFAT ASMA' A'FAAL meletak zikir itu pada martabat Wahdiah dalam mengatasi Ilmuan pada martabat Ruh (Alif) di sudut hati...Bersedialah..kerana Bioskop sudah menempah Filem DEN untuk di tayangkan di layar perak sedikit masa lagi.
Mungkin akan memecah rekod BOX Office atau mungkin akan rugi...Sama macam manusia yg di beri modal nafas oleh ALLAH RABBUL JALIL utnuk digunakan semsa menjadi khalifah di alam ini...apakah di guna modal tersebut sehingga RUGI atau UNTUNG atau BREAK EVEN ( yg biasa di capai dengan zikir nafas )


Setiap umat Islam merupakan putera dan puteri khalifah. Apabila menjadi mukmin barulah layak memegang amanah seorang khalifah Allah di mukabumi.

11.4.10

Latihan Silat

Malam ini Pro DS ditutup utk memberi laluan kepada latihan silat Gerak WFH. Semalam malis pengijazahan kepada 29 pendekar WFH....suatu jawapan dan alternatif kepada silat gerak tanpa penggunaan JIN.

Latihan akan dikendalikan juga oleh Sifu Segala Sifu...
Super Saiya Grandmaster Wong Bo Hong...Malam tadi 12 hb. Wong Bo Hong pakai kain je.

Gerakan silat peserta semakin kemas dan reliable..insyaallah kalau ada kes rasukan melampau...boleh le kunci


Road tour ke East Coast - Hentian di Kuantan sedang dirancang atas permintaan sedikit orang. Jangkaan bulan May 2010....

Tiada Had Umur....Paling Muda Tingkatan satu...pompuan lak tu...

Yg hafal Doa Nurun Nubuwwah lagi best...

24.3.10

Wong Fei Hong Berkunjung di Darulsaka

Pada 23hb March...Saudara Wong Fei Hong dari Po Chi Lam berkunjung ke Pusat Rawatan Pro Darulsaka. Suatu sejarah termerai antara 2 pusat perubatan terkenal. MOU sudah disepakati antara 2 Pusat Rawatan.

Kisah bermula bila seorang Murid kepada seorang Guru yang amat tinggi Ilmu nya di Bidor membawa sepasang suami isteri. Mini DEN naik heran kenapa sekarang ni asyik ada aje pesakit mengamuk ke hapa dulu...dalam 3 bulan adalah sekali. He..he..DEN diam jo..

Sebenarnya DEN nak latih mereka yang sudah mengikuti kursus terdahulu yang berminat mendalami ilmu perubatan. Maka mana patient yang ada mende dok ikut dia. DEN akan kasi panas sampai dia merasuk dan terus kunci. Sebagai latihan kepada pelatih dapatlah mereka try guna apa jua kemahiran yang depa ada. Ilmu Telapak Besi ke hapa.ke..zikir maut ke atau Rukyah..janji inilah medan terbaik..sebab Jin dah tak boleh lari.

Mulanya minggu lepas DEN ada tulis di Mailing List pasal DEN nak conduct kelas PERMAINAN JURUS dari tahap Novice hinggalah ketahap Pro. Takdelah asyik main jurus2 terpelanting..itu hanya mainan budak2 aje, kira novice.

So masa DEN tengah belek2 buku daftar pesakit disebelah isteri tercinta...tiba2 minah ni terkam ke arah kami dan terus terpelanting ke belakang. Itulah yang dikatakan kesan tolakan secara auto reflex, pastu dia berguling-guling membebel dengan segala butir perkataan yang sukar dimengertikan, apa yang pasti ia pasti sakit.Nasib baik lantai carpet 4mm. Dulu pernah tengah berdiri jatuh berdentum seorang lelaki...tak sompek nak menyambut. DEN cuba menajamkan telinga, apa gak dia cakap ni. Bila berpusing balik kearah DEN...rupanya cakap Cina ma. Dia kelam kabut sebab dikelilingi 7 pelatih yang mantap2. Last2 mai kat DEN. Alang-alang dah cakap cina...DEN ingat nak ulah dalam bahasa banjar aje.

Kalau DEN teruskan citer ni dah tentu WAHABI cop Khurafat dan syirik je..tapi yg WAHABI DEN dah tak kesah sebab sikap DEN pada mereka..bagimu agama mu bagiku agama ku. Yang DEN hangin bila jenis perawat yang mengaku guna Ruqyah yang ingat semua Ilmu ALLAH s.w.t telah dikuasai...sikap mereka seolah lebih WAHABI dari WAHABI sendiri dalam perubatan. Kalau tidak masakan Ustaz xxxxx terluka hatinya. Ilmu agama seperti kalau berdasarkan pada Sijil dan ijazah sahaja maka jadilah seperti sebilangan perawat sekarang ini yang telah diijazahkan Ruqyah oleh Ulama WAHABI yang cukup terkenal. Pada DEN kalau dah tahi balutlah dengan sutera tetaplah ia TAIK yang masih ada AIN, BAU dan RASA nya. Rasanya dah ramai tahu siapa Ustaz yang menurunkan Ijazah Perubatan Ruqyah Yang di Sanad kan kepada Ulama WAHABI. Siap ada buku rujukan perubatan lagi. WAHABI ini dah masuk bab Aqidah beb...Dulu depa cakap bab Aqidah..tapi bila dah kena serang balik oleh ulama2 Sunnah terus mereka kata percanggahan hanyalah dari segi Furuk sahaja..just cabang...semuanya cuba menagih simpati masayarakat. Kalau Furuk, kenapa perlu kepada Wahabi lagi..Sebab Ahli Sunnah Wal Jamaah ada 4 Mazhab...yang memang ada beza dari segi furuq. tapi Aqidah tetap disepakati.

Bertaubatlah perawat2 yang telah menerima Sanad dari Ulama Wahabi tersebut. Setakat ada sanad dari Ulama tersebut yang bersambung kepada Muhammad Bin Wahabi laknatullah tu tak yah la. Buang ke tong sampah aje.

Punyalah ramai ulama Sunnah..ulama WAHABI gak yang korang amik sanadnya..Itu pun sibuk nak tanya Ilmu DEN atau Ustaz xxxxx mana sanad dan Gurunya.

Sampai tukang urut pun dikata ada JIN...nak sangat JIN...nanti kalau stok dah banyak DEN janji DEN kasi.

Seribu Karomah

Guru dan Sifu DEN pernah bercerita...ada 1,000 karamoh para Wali...Karomah dalam bidang perubatan adalah yg terbawah sekali.

Pada kengkawan semua..bila DEN bawakan kehebatan perubatan Islam, ramai suidah terpinga..walhal Wajib kita memandang ALLAH s.wt. itu tiada tepi IlmuNYA...Sebab itu bila kita pandang sesuatu Ilmu itu kita pandang kepada kebesaran ALLAH s.w.t maka akan kita tunduk dan patuh padaNya. Jadi tidak timbul soal riak, ujub, berlagak dan sebagainya. Pandang kita pada kebesaran dan keagungan ilmu Allah s.w.t, insyaallah akan dikurniakan lagi ilmu2 yang lebih hebat dari khazanah perbendaharaanNya. Setakat mana Guru boleh membimbing..kalau tidak dari GURU SEBENAR GURU.

Bila kita namapk atau dengar seseorang yang hebat ilmunya..pandanglah pada kebesaran ALLAH s.w.t. Ilmu yang ada sebagai pinjaman sahaja..bila2 boleh di nyahlupuskan. Malam tadi ado DEN terima kes seorang alim yg nazak..STUCK dia kerana sayangkan ilmu yg berlebihan..macam yg Ustaz Wan Asrul kata URI. Mereka ingat saka...DEN pesan pada waris depa just bisikan Innalillah....kembalikanlah pada Empunya Mutlak segala yang ada di Alam maya..macam yang diselalu dilafaz oleh aliran Musyahadah..Aku Haq Allah.


Den bawakan story dongeng ini sobab DEN tak mahu ada kedengaran Guru yg takut nak ajar ilmu mereka..takut murid lawan towkey. Martabat guru tetap istimewa, Sifu DEN cakap DEN dah jauh meninggalkan guru2 DEN dalam bab kerohanian mahupun ilmu batin...namun sebagai Guru, mereka ada share dan martabat tersendiri..Contohnya setiap kali Fatihah kita tak lupa hadiah fatihah pada Guru-guru..Sedangkan adakah yg terlebih baik dari Fatihah yang lebih baik dari bumi dan isinya ? Ini baru betul sistem perniagaan PIRAMID yang halal. lEBIH BANYAK kita luahkan lebih banyak ilmu baru yang kita akan dapat...Cuma kata Guru meletak sesuatu pada tempatnya..kalau tak kita telah berlaku zalim.


Antara karomah yang menduduki tangga teratas ialah seperti karomah yang dikurniakan kepada Imam Nawawi..pengarang Kitab Islam terbanyak di alam ini. Karomah berupa penghuraian Ilmu yang mantap dan jelas sehingga menjadi panduan Umat terkemudian..begitu juga Ibnu Sina dan tokoh2 keilmuan Islam yang lain. Kalau ada orang Islam dapat mencipta suatu bom atau senjata yang dapat mengentarkan hati musoh islam..maka itulah antara sebesar2 karomah...

12.3.10

SIHIR - MALAM PENGANTIN

Hek eleh...biaso orang dulu2 suka buek pedajal...mak ayah dah sleep..sedaro maro dah titun...suasana dah sonyap..tingal sepasang merpati sejoli duk dak..duk dak..duk dak..Iolah upacara pecah tanah le katakan...

Tongah sodap2 bila sampai final part nak Piling jo...Dayung Patah...Hishhhh kecewa..Jenuhlah ditimang-timang..di jontik2 di belai2 tak gak mau dia naik..merajuk kut..hati berderau...yg Hero dah teraso kepalo dihenyak Steam Roll...Yg mini diam jo..nak merengek malu le pulok...so malam berlalu begitu...di pagi hari...Kuli dah bangun..Hero pun kata..malam tadi penat...tu pasal tak naik...he..he..pagi2 dah bangun..Towkey belum bangun...Mulakan balik acara yg terhenti...sampai nak Piling aje..zap...patah lagi..Aduss...tepuk dahi...

Sihir camni biasanya kengkawan je yg buek...saja nak pedajal kawan...lepas tu paginya ado yg kena golak...di ketawa kan kengkawan...kasar gurau...

Namun kalau dah lebih 3 hari tu bukan gurau dah...Tu mangkuk ayun namanya...

Banyak kaedah nak gurau camni..tapi make sure kawan tu jenis boleh buat gurau...kang berparang...

Dulu ada DEN terimo kes...DEN tgk omak budak jantan sendiri yg upah bomoh buek kat anak laki dio...mental punya mak...dah tak suka menantu...ada ke buek camtu...tapi kalau fikir balik..maybe dia ada niat baik...kira dia taknak menantu tapi dia nak pulangkan balik pada keluarga still intact ( Janda berhias )...takdolah orang suspek apo...cumo kelemahan anak jantan dio yg tak jantan...masalahnya dia buek pakai pisang emas...yg masak sebiji di atas peti...last2 terus mati...Omak dio terlupa buek caro pisang omas ni ada risiko...jangan sampai pisang tu layu habis atau dah tinggal kulit jo..alamat tak dapek nak nolong lagi...tak bercucu le makcik oi...


Itu ikut cara tradisonal le. Sebenarnya masih muleh di ubat...sebab pada hakikatnya pisang tu pun dari tiada menjadi ada menjadi tiada...So kita gunakan lah hakikat semua tu takda..yg ada hanya Allah jua...Ada orang cepat panik bila perawat kata..dah tak dapat nolong sebab mende2 tu dah musnah..samada daun keladi yg diikat tali kasut dan lain2...


Lazimnya kaedah jenis ikat, perawat kenalah prihatin sedikit...sedangkan tangan yg lama tertindih meja pun rasa kebas...inikan pula menda yang lama diikat tanpa ada aliran darah pastilah kebas...Walau sudah dipulih sihirnya...kenalah di alirkan kembali dan diadjustkan urat2 zakar tu. Kalau sapu minyak Kelapa Kotai pun ok...he..he..he..

Biasanya kes camni akan berlarutan. Meskipun pasangan tersebut berjaya melakukan upacara pecah tanah.. Antara kes yg den temui...suami terasa amat sakit seperti di garit jarum...lantas cepat berhenti. Isteri pula ada yg sampai tahap busuk hanyir sehingga terpaksa masuk hospital.

10.3.10

AYAT EMPAT - Ijazah Umum

Dah sampai masanya Umat Islam mengamal apa2 yg memang dari khazanah para ulama dahulukala..Seperti yang DEN cakap sebelum ini..ayat 4 ini asalnya standalone...Simpan lamo 2 kat dado pun buek berat otak dan tanggungjawab...So DEN turunkan amalan ini beserta Ijazahnya sekali...

Namun ada perguruan menjadikan ianya salah satu dari 4 tahap. Kalau mengikut kaedah DEN, ayat 4 ini hendaklah diamalkan 4x sahaja dalam sehari..sekali2 lobih tu apo lak salahnya...

Niat hendaklah dijaga agar tidak memohon khadam atau apa2 yang sewaktu dengannya..Mohonlah menjadi Khadam Allah s.w.t.

Pemakainnya apabila sudah sebati...boleh sahaja di baca 5x sebelum pergi bertempur. Kenapa 5x ? Sebab ada 4 kat kiri kanan depan belakang kita dan termasuk diri kita jadilah 5...

Amallah dengan istiqomah..betulkan niat...Insyaallah orang kebal ke hapa ..rembat je..menyembur darah...

Pengamal yang mantap zikir Allah..Allah dihati...muleh mengaplikasikan jurus ini tanpa ayat...boleh disertakan dengan Lam Jalalah atau yg lebih tinggi lagi.

Dalam rawatan, mereka yg telah jazam..boleh menggunakannya dalam merawat. U will see the difference..Letak telapak tangan anda pada belakang pesakit yg ada gangguan Jin..dan larutkan diri sampai terasa kita dah tiada ...bila tiada maksudnya tiadalah daya upaya lagi...menafikan diri yang ada hanya lah ALLAH s.w.t....sambil membaca ayat 4 ini berulang2 atau pun just pick up any 1 out of 4 tu...

23.2.10

AYAT EMPAT

Ayat ini amat Famous....Sehingga dijadikan salah satu silibus kepada perguruan Selendang Merah...Sebenarnya amalan Ayat 4 ini adalah standalone pada asalnya...

Namun kerana keghairahan mencari kehebatan dengan jalan pintas...maka timbullah dakwaan pengamal ayat 4 didatangi singa ke hapa...Panas dan menjadi pembaran..Ini kerana niat semasa mengamal tidak dijaga...adap mengamal juga tidak dijaga...

Sewajarnya sesuatu amalan itu tidak dipaksa untuk menjadi/jazam/sebati. Amalkan seikhlas yang mampu...Amalan ini merangkumi Tasbih Yunus, Ismul Azom - Asif barkiya dll...Maka sewajarnya natijahnya baik..Namun bila beramal dengan niat mendapat kekuatan biasanya khadam yg menjelma...Sewajarnya kita berniat menjadi Khadam kepada Allah s.w.t

Ramai juga DEN ijazahkan amalan ini..namun maybe sebab ianya terlalu pendik dan lazim maka tidak diambil berat..Walhal ianya sahaja sudah cukup merangkumi semua aspek ilmu kebatinan dan hikmah...

Mengambil Amalan ini harus berhati2..kerana mengambil dari guru yang sudah tersalah langkah mengamal untuk mendapat khadam maka muridnya secara otomatis mewarisi ilmu Ayat 4 yang berkhadam...

Kaifiat mengamalnya pun haru diikuti dengan sempurna supaya tidak timbul unsur2 side effect yg kurang disenangi...

10.2.10

Bismillah 6

Dah ramai orang tahu akan Bismillah 6 ini...Namun disebabkan ianya selalu digandingkan dengan Doa Nurun Nubuwah maka DEN dengan ikhlas hati mengijazahkan kepada sesiapa pun yang berminat tanpa apa2 bayaran.

Ia biasa dibaca selepas solat. Dalam perubatan biasanya di bacakan pada limau sekali. bersama Doa Nurun Nubuwah. Ianya suatu pagar
yg ampuh jika diamal dengan tartil dan istiqomah..bahakan cara menjazamkannya amat mudah 100x sehari...tidak terikat pada waktu dan tidak perlu serentak atau one shot.


Pakaian Pendekar dahulu kala ketika ingin bergerak ke Medan pertempuran.

Mematikan Bisa Santau.

Penaik Seri Wajah.

Juga dibaca pada hajat yg amat penting.