11.6.09

Suatu Pendedahan Yang Memeranjatkan

from Dunia Mistik
to darulsaka@gmail.com
date Thu, Jun 11, 2009 at 3:08 PM
subject Re: Khazanah Dunia Mistik RE: bantuan
mailed-by gmail.com

hide details 3:08 PM (16 hours ago)


Reply

Follow up message
1 lg. Sekadar berkongsi cerita * pengalaman fasal kes Saka.

Dulu dalam tahun 1995 penah ada abg saya cakap dan desak kami bahawa
Ayah kami ada Saka keturunan. ini kerna abg saya cakap ayah sering di
ganggu dan selalu Gagal dalam apa2 perbuatan. menurutnya, kami ini ada
saka dari keturunan ayah saya. lalu dipaksanya utk rawat dengan
guru-nya. kami pn dngan rasa ingin berubat, bawa ayah rawat dengan
sorang Dr. pakar buang saka. (Dr. J**** dari Kl, bekas penyarah di
IPTA tersohor KL). malangnya, itu semua mengarut belaka. dia guna
pakai cara pukul di badan sampai lebam2 badan ayah saya. Saya juga
diminta buat benda yg sama, sampai kayu asam dah tak guna. di
TABUH-nya saya dengan Tangan pula. Lebam2 juga saya time tu. Masih
ingat lagi, time tu berubat di Hotel terkenal di Perlis (kebetulan Dr.
J nie ada Outstation di sana). Sesudah di TABOH kami, kami di minta
mandi air perahan limau nipis. di minta kami siram dengan air
berkenaan bertujuan Hapuskan maklum yg duk melekat dlm badan.

Time tu tu tuan, saya masih budak2 lagi. tak salah saya, baru darjah 5
dan ayah baru lepas pencen (57 Tahun). Pedih dan senak yang amat
sangat bila di buat begitu pada kami. Ini punya abg saya yg terlalu
taksub dengan guru tu ( Dr. J kaki putar belit) fasal2 hal dunia jin
dan mistik alam jin. ( tuan boleh rujuk mengenai penulisan karut dan
seronok sendri tentang Guru (dr. J) ini.

Sampai sekarang saya tak boleh pandang dan terima orang yang
sedemikian rupa. bila saya dah besar dan meningkat dewasa, saya dah
mula fikir. bahawa cara dia rawat adalah dengan pakai otak dia sahaja.
seronok2 nak tolong orang, ilmu dan kemahiran tak tara mana. Janji,
duit masyuk. pada mulanya kami ingat, time rawat masa tu Lillahi taala
(tolong sebagai kenalan pertama). Rupa2nya, lepas rawatan dia cakap
kena bayar pengeras rawatan sebanyak rm200 seorang bermakna 2 orang
adalah Rm400. Tuan, kami datang dari jauh hulu Kedah nak ke Kangar
Perlis tu (rumah kami di K**** ******, Kedah). masa perjalanan ke sana
hampir2 2 1/2 jam ikut jalan bukit kayu hitam. fasal duit tu rasanya
tak kisah sangat jika berbaloi dengan hasil yg dibuat. ini tidak,
sakit buleh, duit pun habihhh...

jadi, saya minta kepada pesakit @ yang mahu berubat. bertanya dahulu
pada kawan2 atau kenalan jika mahu berubat. takut tersalah pilih org
yg mahu berubat. sebelum terkena, baik saya kongsi dahulu kisah nie.

*tuan darulsaka. kalau boleh postkan email sy nie dlm blog tuan
sebagai kongsi pengalaman. saya benar2 mahu tuan siarkan fasal email
saya ini.

www.duniamistik.com

8.6.09

Menangani Ibu Santau

Ramai perawat berkebolehan membuang santau samada berisi atau tidak...Menangani santau biasa yang bermacam ragam sahaja sudah cukup memeningkan perawat. Biasanya perawat yg berpengalaman akan menolak untuk mengambil kes pesakit terkena Ibu Santau samada sengaja atau tidak.

Perawat boleh mengagak akan keterlibatan ibu santau ini apabila memberi penawar santau pada kali pertama.....Dada semakin berombak...dan setelah minum air doa...sakit bertambah pasang...Ada satu kes...setelah dirawat di "Darul" dan diberi minum air doa..bertambah pasang...IBU Santau boleh disetkan parameternya..yakni kalau disetkan akan menjadi-jadi bila terkena air doa dari bacaan Ruqyah maka sebanyak mana pun di minum hanya akan menambahkan sakit kepada pesakit....Biasanya Ibu Santau jenis boleh diset kan parameternya ini dimasukan melalui makanan. Cuma kali ini tiada kaca atau bahan2 berbisa tetapi dalam bentuk minyak....Untuk Mensetkan Parameter terhadap ILMU sihir yang dikenakan kepada seseorang memerlukan suatu tahap keilmuan yang amat tinggi...
( Bomoh tersebut sudah boleh mengagak rawatan yang akan diberikan..maka disetkan kalau terkena limau sahaja..pesakit akan bertambah teruk..begitu juga kalau bomoh mengagak kebolehan perawat menggunakan sesuatu bahan..maka bahan tersebut di setkan sebagai Parameter untuk menambahkan sakit Mangsa bila digunakan )

Biasa terjadi pesakit dimandikan limau atau daun bidara ..pesakit bertambah pasang...
Tuan Guru Haji Harun DIn sendiri pernah mengalaminya dan beliau gagal memulihkan pesakit tersebut ..Tapi dari pangangan kasyaf beliau...Beliau suruh pesakit berjumpa dengan guru saya..Kisah ini kalau ada masa akan saya ceritakan dilain lembaran.

Pesakit belum berkesempatan berjumpa saya...Cuma saya pesankan berhenti minum air doa tersebut dan sebaiknya anaknya sendiri yg membacakan " selawat asal " pada air sebagai pelapik sebelum menjadi mudarat yang kronik...

Satu jenis Ibu Santau yang pernah saya rawat ialah jenis yg akan menyerang Perawat secara terus.....Yakni apabila perawat sudah selesai..memberi rawatan...Biasanya Malam itu juga perawat akan dihantar Ibu Santau dari Jauh...Maka kerana itu Perawat yang berpengalaman tettapi tidak tahu menangani Ibu Santau akan menolak....Kerana bila Ibu Santau dilancarkan...Mungkin Perawat cukup pendinding..Namun Ibu Santau itu tetap mencari mangsa lain yang berdekatan...Samada Isteri atau anak-anak...
Pesakit tersebut adalah rakan murid saya...Bila murid saya sms untuk minta izin nak merawat..Saya kata jangan...bukan level dia....kerana bila saya SCAN nampak jelas Pemilik Ibu Santau Bersedia menanti...Maka saya suruh sediakan air dan saya dokan dari jauh..Selepas dah boleh bangun dan muntah darah berhenti...baru saya suruh jumpa saya secara suri untuk rawatan pemulihan...Madu antara bahannya untuk memulihkan kekuatan badan...

Semasa beliau datang..pesakit sedang ramai...Saya terus tekapkan telapak tangan saya atas dada beliau...terus terbatuk kuat...Maka saya gunakan teknik menyerap baki santau melalui telapak tangan...Kaedah ini jarang perawat hendak buat..sebab bisa boleh terus kepada perawat...Semasa pegang dada pesakit dan menyedut bisa santau...terus saya hancurkan dalam zikir. Jin yang mengiringnya duduk diluar pagar rumah tidak mampu untuk masuk...Itulah Santau yang Ada ISI...Siap ada JIN pengiring...

Jin itu saya campak kan aje ke Mesjid Al Jenderami..Biar dia terseksa...Sebab Mesjid tersebut "hidup" . Sentiasa ada Ahli-ahli Qariah yg membaca Hizib dan berzikir...Ada sebabnya...Jin ini bangsa boleh terapung...maka takdelah dia terpijak lantai Mesjid tersebut...Cukup 3 hari..baru saya DEAL dengan JIN tersebut...Nak duduk terseksa disini atau makan Tuan Sendiri...Sebelumnya saya mestilah memastikan keilmuan Pemilik Ibu Santau itu dihapuskan yang saya lakukan pada malam pesakit berjumpa secara suri...Semalam JIN tersebut minta dilepaskan dan bersetuju MAKAN TUAN SENDIRI...



Nasihat saya kepada Perawat..kalau menerima pesakit Santau SCAN dahulu...apa jenisnya sebelum memberi apa2 rawatan. Kerana salah diagnos..dikuatiri memakan diri dan keluarga yang juga mungkin memudarakan pesakit secara lebih teruk lagi...

6.6.09

Pendamping atau Dampingan

Apakah beza Pendamping dengan Saka...

Dari segi teori tiada beza...Hantu Raya yakni tahap terendah dalam ranking hantu boleh menjadi Pendamping dan Juga Saka.

Seorang bomoh yang berdukun biasa akan membela seekor atau lebih hantu raya...Kalau Hantu raya dari penuntutan kita gelar pendamping...Tetapi bila Tok Bomoh sudah mati maka dampingan beliau mungkin turun ke Waris dibawah...Barulah ia digelar SAKA...

Lain perguruan lain kaedah dalam menghadapi Jin jenis Saka maupun Pendamping...
Ramai yg kurang faham..apabila Ustaz memberi garam beserta lada hitam yang di rukyah untuk ditabur keliling rumah...Masih terdapat gangguan SAKA...Kenapa ye ? Saka adalah Family member...mereka tetap akan dapat masuk....kecuali memagar dengan kaedah tertentu sahaja....Kalau setakat ayat2 Ruqyah..lupakan...Jin Sihir memang akan tertahan ataupun Jin liar...Namun pagar tetap bocor kerana JIN2 amat mahir melepasi pagar2 ruqyah tersebut terutama JIN liar yg kawasan penempatan mereka dicerobohi manusia....

Ada saya ceritakan serba sedikit dalam forum bagaimana mereka tetap boleh masuk walaupun dipagar secara ruqyah...

So kepada Perawat-perawat yg mengaku perawat Islam ..sila beri perhatian...Sudah terlalu kerap di kedengaran .... Ustaz dah pagar tetapi kenapa kena lagi...jangan Jumud..Ilmu Allah amat luas...Dalam Al-Quran memang dah ada pun..cuma kita selalu memandang yg selapis...

Berbalik kepada dampingan...ia diperolehi melalui

1) Penuntutan

2) Transfer - melalui barang atau secara jarak jauh sebagaimana yang berleluasa di internet sekarang . Saya amat melarang sebab murid terpedaya dan akhirnya menjadi saka...mula 2 rajin beramal pasal ilmu...lama2 bila dampingan menguasai kita menjadi malas beramal...

3) Dari asal baka yang kurang elok...Maka biasa kita dengar seseorang itu selalu cuba didampingi oleh bunian la..Tok Syeikh dll...Kita pun dengan mudahnya kata..bertuah dia..Sebnarnya itulah tanda malang..bukan salah mangsa tapi salah mak bapak...Semasa bersama kurang berdoa...maka ada percampuran benih JIN...Jin seperti bunian memang suka jenis budak2 yang begini sebab ada genetik mereka...Boleh dikenali...lelangit hitam, degil yang amat sangat, senyap yang amat sangat dan lain2 yg hampir mencarik adat...

Jika benih semasa mengandung melebihi 70 % benih JIN...maka potensi untuk bayi tiba2 hilang dalam kandungan adalah amat besar .....

4) Mangsa melalui sesuatu kawasan yang agak keras...Ada juga makhluk halus yang berkenan menjadi Dampingan...Jenis ini biasanya amat pencemburu...Membunuh benih....

Kelak kalau ada kurnia Allah kita akan membicarakan kadah membuang Dampingan.
Kenapa ramai yang gagal membuang dampingan walhal..teramat mudah tak sampai 10 detik sahaja....Kalau ada Ustaz yang mengatakan hanya Kaedah JIN sahaja mampu membuang dengan Pantas...ingatlah kaedah Ifrit di Zaman Sulaiman a.s. dikira lambat berbanding dgn Asif Barkhiya....Silalah dalami ilmu anda...Takan kita mengubat 10 tahun masih ditakuk itu sahaja...

Apakah beza membuang saka dan dampingan walaupun ia jenis yg sama seperti pelesit...begitu juga pelesit yang dihantar untuk melakukan sihir...apa bezanya...

Menyusun Saka

Di zaman ini masih ada juga mereka yang berminat untuk mendapat perkhidmatan dari alam Ghaib....Mendapat Perkhdimatan ini banyak risikonya terutama kalau kean sampai kena bertapa...Maka kenapa tidak diguna pakai yang sedia ada sahaja seperti SAKA

Maka Bermulalah akan ia suatu Ilmu Menyusun Saka....

Saka boleh terbatal perjanjiannya melalui beberapa cara ;

a) Tamat Tempoh perjanjian...paling lama yang pernah didengar ialah 7 keturunan. Perjanjian boleh di sambung semula. Biasanya keturuann di bawah seperti keturunan ke 7 sudah tidak tahu cara berhubung dengan Sakanya. Kecuali memang dia terlibat secara lansung dalam bidang yang memerlukan bantuan makhluk Ghaib...Seperti Bomoh dan lain2..Mereka boleh sahaja menyambung kontrak dengan saka tanpa bantuan orang lain yang berkebolehan.

b) Tamat akibat tidak menjaga perkara-perkara didalam perjanjian semasa mengambil Saka. Ada keadaan Saka akan pergi begitu sahaja bila waris seolah-olah tidak mengikut kaedah2 menjaga yang di perturunkan..With no heart feeling... Saka jenis begini katakan putus di waris keturunan ke 4 dan tetiba waris yang ke tujoh berminat maka Suatu kontrak baru boleh dimenterai...Sukar atau tidak menjalin kontrak baru bergantung kepada Jenis Saka dan tentunya melibatkan apa tugas Saka sebelum ini...Seorang pakar Saka boleh sahaja melihat ke belakang...apakah jenis dan tugas saka sebelum ini...dan boleh berhubung terus dengan Saka untuk mengetahui akan syarat-syarat mengikat kontrak. Biasa saka akan memberitahu kaedah2 menyediakan bahan2 seperti kali pertama mereka membuat perjanjian dahulu...Atau ada syarat dan barangan baru yang di perlukan...sesuai dengan perkembangan semasa...

c) Ada saka datang melaui barang seperti bulu kaki Hantu Tinggi, kerambit, keris, keronsang, cincin dan lelain barangan...Maka Selagi barangan ini terpelihara..saka masih dikatakan berfungsi mengikut amanah dan perjanjian mereka yang mula2 mengambilnya dahulu...Namun walaupun barangan ini telah musnah dek usia...Masih ada jalan untuk mereka berkhidmat kembali dengan syarat hendaklah dihubungi akan saka tersebut...

" Bagaimanapun kaedah membuang barang2 pusaka ke laut/sungai sebagaimana banyak dipraktiskan oleh perawat2 Darul amatlah kurang mujarabnya....Pertama kena pastikan Saka diikat bersama barang tersebut. membuang barangan sahaja tanpa melibatkan Saka...akan menyebabkan Saka lebih mengganas dan mungkin mula mendiami tubuh manusia pula...disebabkan Perumah mereka musnah..."

" Sebaiknya buang aja saka tu..dan barangan tersebut di jual..boleh juga dibuat upah membuang saka..Ada perawat sanggup mengambil keris bersaka sebagai bayaran...Barangan yang terdiri dari misai rimau atau hidupan...Flush aje..."


d) Saka yang dibuang oleh perawat...Perawat yang tidak mahir paling lama 1-3 tahun dan ada yang 3 hari sahaja sudah kembali. Saka akan bebas kembali...( Carilah perawat lain kalau 3 hari dah balik, mungkin bukan tahap dia untuk handle semua jenis saka )

Kalau Saka yang masih berminat dengan Tuan lama biasanya kehadiran nereka ialah melalui petunjuk mimpi. Tindak balas saka biasanya bergantung kepda kaedah membuang saka oleh Perawat suatu ketika dulu...Jika kasar caranya seperti menyembelih tapi tak mati, Rukyah yang membakar sebahagian tubuh mereka...mereka akan berdendam....Dan biasanya syarat2 yang dikenakan jika tiba2 Waris sudah tidak tahan diganggu akibat tiada perawat mampu membantu atau tiba2 berminat membela Saka kembali biasanya lebih ketat....Ada setengah2 perawat yg diminta untuk Setelkan masalah ini terpaksalah bersabar dengan karenah Saka tersebut....Ini berbeza dengan Saka yang datang membalas dendam selepas mereka mampu kembali..biasanya mereka sudah semakin hebat dan not alone anymore...Maybe depa bertapa kut...Maka kalau perawat yang pernah membuangnya dahulu masih di takuk lama....maka bersiaplah....Dendam Kesumat....

4.6.09

Membezakan Kategori Saka

Saka terdiri dari berbahagi kepada beberapa Kategori....

Biasa yang dijumpai ialah jenis Saka Diri....

1 ) Saka Diri - Saka yang memang untuk pesakit itu 100%. Tidak turun kepada adik beradik sebagaimana lazimnya...Saka jenis ini kalau dia rasa dia boleh mengalahkan perawat yang hendak membuang atau membunuhnya. Dia akan melawan atau mempermain-mainkan perawat secara berdepan...Merasuk..bila di jurus dirukyah dan sebagainya...Saka jenis ini nampak sukar tetapi mudah sebab dia tidak akan melompat ke pada waris-waris yang lain....

2) Saka Sekeluarga - Saka jenis ini bukan 100% milik pesakit...Jika berdepan perawat yang handal..Saka jenis ini akan mencari perlindungan pada waris-waris yang lain...Maka Sebab itu kedengaran..kami dah buang saka...tapi kenapa datang balik..Sebenarnya saka itu tidak dibuang...cuma dia melarikan diri sahaja...kemungkinan tidak balas yang lebih aggresif tetap ada......

3) Saka Keturunan - Saka jenis ini amat leceh...Sebab ia melibatkan ahli keluarga yg lebih besar...dan Saka ini tidak bersendirian...Bercampur dengan saka-saka dari ahli keluarga yang lain tapi masih dalam satu rumpun keluarga. Biasanya perawat yang tidak cukup mantap...akan diserang oleh berjenis-jenis saka samada jenis pelesit, polong, hantu raya, pontianak, langsuir, jembalang, hantu tinggi, Jin ifrit dan lain-lain...sehingga tumbang.... Ramai perawat tidak faham konsep ini...

Katakan seorang Onyang 4 keturunan dulu...membela 3-4 jenis hantu...matinya menjadi saka kepada waris dibawah...Orang dahulu ramai isteri...Isteri2 beliau pun ada memakai buat bekalan diri..bayangkan berapa banyak saka-saka diturunkan ke waris dibawah...belum mengambil kira waris-waris pun ada yang menjadi Guru Silat , Tok Bomoh, Bidan, Pawang laut, Pawang Sungai, Pawang hutan dll...percampuran antara saka saka ini menambahkan jumlah mereka hasil persetubuhan sesama mereka...

4) Saka Adat - Saka Adat ini lebih luas...namun tiada kes sehingga meracau atau melawan...mereka tidak akan campur tangan...Kecuali ada ahli keluraga dalam sesuatu suku yang mula upacara memanggil perkhidmatan mereka....apabila seseorang waris mula memanggil...maka masalah pun bermula...Cuma hendak memanggil nya sukar sedikit kerana melibatkan adat istiadat...sesuai dengan namanya Saka Adat...Jin yg menjadi Saka Adat teramat Tua...Dan setakat ni tidak pernah Saya jumpa yang ISlam...

Kesan-kesan akibat membuang Saka

Kerana sulitnya membuang saka dan karenah menangani membuang saka maka ramai perawat meletak harga yang amat tinggi seperti RM 350, 555, 750 , 1,000 dll....

Saka ialah Warisan...Bukan semua warisan rela di pisahkan dari keturunan pesakit...Bagi Saka yang Islam ( JIN ISLAM ) biasanya amat mudah sebab mereka hanya menunggu kata putus dari keluarga terlibat sahaja...Mereka mungkin sudah berkhidmat lebih pada 4 keturunan..Biasa Saka dijanjikan 3 tahun, 5 tahun atau 7 tahun.. bagi yg SAKA beragama ISLAM...mereka jua seperti kita , ingin menghabiskan sisa-sisa hidup beramal Soleh...Samada di mekah atau tempat lain itu bergantung kepada mereka...SAKA dari jenis ini hanya perlu seorang yg boleh berhubung dengan mereka sahaja..tidak kira ahli keluarga sendiri atau perawat...Jenis begini bisanyan cukup di lafazkan memutuskan janji Atuk Nenek dahulu kala...

SAKA dari jenis ini biasanya tiada masalah yg mendatang kepada pesakit...kecuali pesakit yg sentiasa dalam serangan sihir dimana SAKA ini tolong melindungi...Bila di buang...Sihir berleluasa...Namun SAKA yg Islam dan Soleh...akan bantu juga cuma tidaklah mereka terikat pada perjanjian lama...Mereka tolong atas dasar sesama Islam sahaja....Kalau ikhlas...Allah kurniakan mereka ganjaran Pahala...Cuma sikap kita sebagai pesakit ialah..bantuan dari ALLAH..kita hanya berdoa dan berusaha...Apa bentuk pertolongan tiadalah boleh kita tetapkan...

SAKA dari jenis JIN KAFIR.....Saka jenis ini memang sukar....Sebab ia umpama membela harimau...Sudah terbiasa bersama manusia ...tiba-tiba hendak dibuang memang akan memberontak...Sesudah dibuang..biasanya ada side effect. Mengikut Umur dan apa yang pesakit buat sebelum ini.
Untuk orang yang sudah berumur...bila dibuang..Dia akan merasa terlalu lemah..maka disini memang saka itulah yg menumpang di badan pesakit maka seolah pesakit kuat...

Saka yg jenis mendiami tubuh pesakit pada awalnya tidak dapat membezakan kerana pesakit masih muda...cuma sekali2 terasa sakit ditengkuk..bila umur lanjut...Saka kemungkinan sudah menguasai 60%-70% kekuatan pesakit...Pesakit masih boleh berjalan cergas walhal itu kederat SAKA...Membuang saka ketika ini akan menyebabkan pesakit menderita keletihan yang amat sangat....Maka perlulah disediakan pemulihan perubatan...


Bila sampai masa..Pesakit sudah tidak mampu tanggung...maka pesakit akan terbaring...lama-kelamaan pesakit tidak dapat mengawal diri..SAKA akan mengambil alih... Ketika ini terdengarlah cerita badan kurus tapi makan seperiuk nasi...
Membuang Saka ketika ini..biasanya AJAL telah hampir tiba...Dalam 2 tahun ini sudah 7 kes..bila saka dibuang oleh saya...Pesakit menyahut seruan Illahi...Namun keluarga mereka sudah maklum...dari membiarkan pesakit sekejap seolah nazak sekejap Ok..

2.6.09

Pengalaman Membuang Saka

Dalam minggu lepas seorang waris kepada pemilik saka meminta Saya membuang saka makciknya...Saya perhatikan sakanya...Bloeh saya agk apa akan terjadi kalau saya buang...Peduli apa..saya pun buang..buat apa bergantung harap pada saka untuk menjaga diri...

Malamnya makcik tu dah menjerit dan meracau....Bila saya baca msg dah terlewat...Sekali lagi Waris tersebut msg katanya jadi balik meracaunya...Saya suruh sediakan air ...saya doa dari jauh aje...Mulanya ingat nak rentap aje...tapi bila JIN sudah bertahan di Jantung maka terpaksa guna cara lain....Air itu saya suruh minum...Tidak mahu..saya kata kasi aje..lepas minum terus tidur...

Saya terus perhatikan Jin Hijau berkilat bertanduk yg sudah keluar dari badan...Semacam aje species ini... OOO inilah Jin kategori kafir yg boleh dibunuh kerana bersekongkol dgn Iblis.....

Ibu kepada makcik itu pernah mengamalkan ILMU SANGKABUNUH....Sejenis ILMU yg teramat SESAT...Jenis mentera...yg antaranya Izrail pun tak boleh cabut nyawaku...melainkan ALLAH...dan tidak akan mati....Sebab itu masa beliau menghembus nafas terpaksa dibuka atap...kononnya ALLAH akan cabut nyawa...Nauzibillahi minzalik...

Walau sudah keluar dari dari pengamal...masih berniat nak menjadi " masalah ". Selama ini saka makcik tu yg menghalang...Cuma kurang le ilmu saka dgn JIN Sangkabunuh ni...Bila Saya buang aje saka dia, JIN tu tak lepas peluang terus merasuk....Sebab itu kita kena selalu ingat bila buang saka..byk benda asing akan masuk sebab Highway dah besar..sampai perawt dituduh membohong..walhal yg masuk ialah JIN2 liar, Jin2 Sihir dll....Maka kerana itu saya menawarkan 6 bulan jaminan dari kes2 susulan akibat buang saka.....

Walau ada saka yg seolah pendinding tapi bergantung harap pada mereka boleh menjerumuskan Iman kita....Cukuplah Allah sebagai Pelindung...