17.6.09

SUB Kontrak KERJA Membuang SAKA

Sejak saya membuka Laman Blog ini..ramai yang bertanya itu ini...dan ada juga yang memberi nama2 kepada saya untuk di Scan..Nama2 tersebut tiada kaitan dengan yang bertanya..Samada untuk menguji atau nak tahu status pesakit mereka...

Dari 10 yang bertanya...rata-rata 5 tiada kaitan dengan saka...samda pendamping atau sihir...

Maksudnya yang bertanya itu juga seorang perawat...Memang cas saya amat murah berbanding RM 250, 350, 555, 750, 777 dan yang termahal yang saya tahu ialah seorang Ustaz di Rawang Rm1,000 untuk satu saka sahaja.

Pada saya tiada menjadi hal..mungkin mereka tahu saya mampu membuang saka dengan pantas dan tanpa berjumpa secara suri...So kalau mereka letak harga yang tinggi kepada Pesakit dan menyuruh saya membuangnya bagi pihak perawat terbabit...Saya tak kesah...ini dikatakan kerja-kerja sub-kontrak....Apa yang penting yuran saya di bayar..

So mana2 perawat yang ada ramai pelanggan dan tidak mampu menanganinya ..anda boleh untuk mensubkontrak kerja membuang saka kepada saya...Jaminan 6 bulan masih terpakai...

Silakan....

Mencari dan Melumpuhkan Bomoh Santau

Kejahatan Bomoh Santau memang amat digeruni orang...Sehingga bila tiba musim santau terpaksa dilepaskan...kedai2 makan lengang dari Manjung sehinggalah ke Selatan Kedah....

Terpaksa dilepaskan adalah disebabkan mengambil ilmu santau atas dasar perlindungan diri atau turunan dari keluarga....Santau yg tidak diberi makan akan menyebabkan ahli keluarga pemilik santau menerima akibatnya..Maka mahu tidak mahu Santau hendaklah dilepaskan...biasanya melalui Angin....

Belum diambil kira Bomoh atau Pawang yang mencari makan denagn mengambil upah menyantau orang.....Sewajarnya mereka ini di balas...biar merana akan bahang Santau mereka sendiri...

Elok juga diketahui mereka2 ini...dan dilumpuhkan ilmu tersebut...Maka jika pembaca ada mengetahui sesiapa jua yang menyimpan Santau atau memiliki ilmu Santau sila e-mail nama mereka kepada saya....Kita akan lihat setakat mana kedurjanaan mereka...Kalau sudah pernah memakan mangsa yakni meninggal mangsanya...Adalah teramat wajar di balas sahaja...Insyaallah Saya diberi Ilmu Yg Luas dan Mantap oleh Allah dalam bab menangani Santau...Tiada cas perkhidmatan....FOC

Silakan...ada yang menghubungi saya kata takut mendedahkan nama2 mereka kerana dikuatiri membawa mudarat...Insyaallah Setakat ni saya belum pernah gagal menangani KES santau...dan ada bomoh Santau sudah tergolek pun....

Didalam kursus yang dianjurkan di Manjung Perak baru2 ini " Kursus Asas Rawatan Santau " saya mendapat feedback...amat banyak kes Santau ini rupanya....Cuma biasanya kes sudah terlalu parah...apabila hospital menolak baru hendak beralih ke rawatan alternatif...

Pesakit Santau harus bijak memilih perawat...biasanya 3 kali ulang..kalau sudah lebih dari itu...eloklah cari perawat lain...

Bahkan saya pernah merawat 2 perawat yang juga terkena Santau apabila mereka cuba membantu merawat pesakit santau mereka...Maka saya jelaskan Santau ini banyak kaedah dan banayk tipu Muslihatnya...Jadi semasa mengendali Kes-kes santau...hendaklah dikemaskan pertahanan diri dan jangan putus pergantungan kepada Allah..barulah segala Ilmu Lam yang di amalkan sebati dan menjadi ancaman pula kepada pengamal ilmu hitam...walaupun dalam jarak jauh...

Maka dengan ini Saya dengan berbesar hati menjemput sesiapa yang mengenali mereka yang terlibat dalam Santau samada aktif atau Pasif sila e-mail ke darulsaka@gmail.com
Segala maklumat akan dirahsiakan....Apa yang penting...nama/gelaran dan tempat tinggal atau kampung....Kejar mereka sampai kelubang cacing...

Tiada Santau Umat Aman....

13.6.09

TOYOL

Ramai sunguh yang contact saya bertanyakan barang hilang. Asyik2 toyol...sebenarnya kebanyakan kes adalah toyol kepala hitam....

Memang ada kes berkaitan toyol seperti di Cheras, Puchong Perdana, Johor, Lenggong, Kelang yang saya selesaikan. Semuanya saya uruskan dari jauh sahaja..

Cuma diLenggong dan di Cheras sahaja kes berulang...cukup seminggu sahaja ada kembali..
KENAPA ?

TOYOL ada 2 kategori a) Yg diambil dari bomoh b) Yg melalui pemujaan , yakni walaupun ditangkap toyol tersebut maka Pemilik akan memuja toyol yang lain pula..

1) Kategori a - amat mudah..10 detik sahaja
2) Kategori b - amat mudah..10 detik sahaja..cuma bila pemilik memuja yang baru hendaklah ditarik ilmunya agar beliau tidak berkemampuan lagi memuja toyol yang baru...

Saya ada menghuraikan dengan detail akan jenis-jenis toyol disebuah laman WEB secara terperinci..


Saya tidak meletakan sebarang harga untuk kes membuang TOYOL cuma anda hanya perlu menderma Rm80 atau lebih secara terus kepada Tabung Bersamamu TV3...sila buktikan slip pembayaran...Baru saya buang..Maklumat yang perlu ialah nama salah seorang mangsa, nama taman dan daerah.

Saya terpaksa meletakan syarat begini kerana pengalaman semasa saya membuat kempen mengutip derma untuk sebuah surau ditahun lepas yakni membuang saka dengan hanya RM30. Saka sudah dibuang..PESAKIT tak tunai janji...Kalau untuk surau pun dah berani mungkir bagaimana kalau untuk tujuan lain..Namun ada juga pesakit yng menderma lebih rm100, 200 dll. SEMUGA ALLAH merahmati mereka..

Mandi Bunga

Ramai Perawat tidak jujur apabila mengesyorkan kaedah mandi bunga.
Apa sebenarnya mandi bunga itu sendiri hendaklah dijelaskan....


Mandi bunga bukannya untuk anak dara tua dan janda sahaja...Ia boleh sahaja kepada setiap lapisan umur tanpa mengira jantina....


Lazimnya Mandi bunga dilakukan untuk menaikkan seri wajah...Seri Wajah boleh luntur akibat Stress, Mainan Sihir seperti pelalau ( Penghalang Jodoh ), Kesan Sihir yang berlarutan, terkena apa yang dikata Cuca mayat, Terkejut yang amat sangat, mainan sihir yg melibatkan menyimpan semangat/rawan/roh dan berbagai sebab yang lain.

Memulihkan Seri Wajah adalah antara lainnya dilihat menarik..mudah mendapat kawan, musuh lembut hati, untuk temuduga dan lain-lain lagi.

Mandi Bunga hanya suatu pembaziran jika perkara2 yang menyebabkan Seri Wajah tidak dibuang terlebih dahulu...Mengikut Kaedah Tradisi..hendaklah dilimaukan pesakit setelah sihirnya dibuang/pulihkan atau rawan pesakit dikembalikan kepada Diri Terdiri dengan sempurnanya.

Biasanya jarak antara Mandi Limau penutup dengan Sesuatu Mandi Bunga ialah 7 hari...

Dewasa ini ramai perawat melanggar batas-batas agama bila perawat lelaki memandikan pesakit wanita. Sebaiknya perawat wanita yang melakukan mandian itu kepda pesakit wanita begitu juga sebaliknya.

Mandi bunga juga hendaklah berhati-hati kerana ada perawat yang mengambil kaedah mandi bunga Bunian..Antara tanda2 nya ialah ada unsur kain kuning atau warna2 tertentu samada sebagai kain basahan atau ditempat rawatan dimana perawat duduk dalam kelambu berwarna...Mandi kaedah Bunian ini boleh menyebabkan kita mendapat seekor pendamping yang bertugas seolah-olah menaikan seri muka kita....Maka berhati-hatilah..janagn tersalah pilih perawat.

Ketahanan Mandi Bunga ialah selama 6 bulan...selepas itu seri akan menurun secara beransur......

11.6.09

Bedah Batin - Kanser Payu Buah Dara

Isteri saya yang akan melakukan operasi Bedah Batin terhadap Pesakit Kanser Payu Buah Dara...Saya hanya membekalkan air doa supaya sakit akibat bedah tidak terasa dan pemulihan....

Pembedahan ini sebaiknya di lakukan secara suri....

BALAS ATAU TIDAK

Ramai mempersoalkan kenapa saya suka membalas perbuatan sihir...dan ramai juga yang menyokong.....

Saya tidak sewenang-wenangnya membalas perbuatan sihir...Kena lihat dulu sebab apa sihir dikenakan...Tetapi Penyihir yakni Toh Bomoh..memang saya akan balas..Sebab saya berpegang kepada falsafah " Tumbangnya seorang bomoh Hitam akan menyelamatkan ramai mangsa sihir bomoh tersebut ". Biasanya kalau bomoh Komersial ..mereka akan segera berundur bila saya berbicara secara batin dengan mereka...Yg selalu melawan ialah bomoh yang ada harga diri dan di ceruk2 kampung atau hutan dan Tok Cha...Alhamdulillah..tidak pernah pula saya kalah atau gagal...

Untuk Pengupah..Biasanya ada sebab tertentu kenapa mereka sanggup berbuat begitu...maka dari sebab itulah yang menjadi timbangtara untuk saya membalas atau tidak....

Respon terhadap E-mail Tersebut

darulsaka@gmail.com
to Dunia

show details 4:15 PM (15 hours ago)


Reply

Follow up message
Anda berbicara ttg dr jahid ke.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Dari pemerhatian Saya Saka Masih elok bebas berkeliaran.......