13.10.09

Santau - Tawar Bisa : D.I.Y

Do it Yourself...

Nak buang santau ni kacang je kata mat salleh....So disini DEN turunkan kaedah DIY.
Buek Sendiri....Takde keluar pelik2...Yg penting kita sihat...Lopeh ni banyakle bomoh santau menganggur...Kalau terasa Gian nak menyantau..try le kat DEN..Kita tengok siapa yang kena..Perawat pun dah tak leh beli Alphard....beli je Iswara ..pastu pakai NGV...

Petik apa2 kelapa muda ...carilah kelapa yang rendah...macam kelapa Gading ke...Yang penting masa panjat tu jangan le pakai kain pelekat...Kang ada benggali lalu dia kasi pisau cukur 20 sen...ingat cerita pisau cukur...Make sure jangan jatuh ke bumi...Mangsa pasti tak larat panjat...suruh le anak dara panjat ( ni den tokok tambah jo )....

Kelapa yang nak diambil tu mestilah hari Khamis selepas zohor sehingga sebelum maghrib Jumaat...Sebiji je...lebih takpa..tapi kena simpan le.

Potong kat bahagian atas sekadar nampak air kelapanya.. .Campurkan
a) Garam kasar dalam 3 ketul kecik..nak besar pun DEN peduli apa
b) Cili api 3 biji dipotong halus oleh Chef Wan
c) Carrot..sebanyak satu inci cukup...dihiris halus

Masukan bahan2 tersebut dalam air kelapa tersebut ...tutup balik dengan beks potongan...sebelum potong tu...bacalah Selawat..Fatihah..seribu dinar 3 x atau apa2 doa pun...tutup..
Biarkan semalaman...Kata orang berembun..tak yah letak luar rumah...Esok Subuh...untuk yang solat subuhle..kalau Solat subuh pukul 7.30am itu solat sembah matahari...Lepas nafas tarik nafas,bila nafas dah cantik..baru minum mende nikena buek sebelum makan dan sebaiknya sebelum gosok gigi...Baca bismillah...lepas tu minum senafas sahaja....yg lebih tu buang....biasa dada akan rasa penuh berangin....Tanda ada bisa santau menjadi tawar..bisa akan keluar ikut peluh dan dua saluran najis...banyak minum air kosong...

Ulang lagi minggu depan..begitulah..lama2 hilang le....Rasa berangin menggelembung di dada akan berkurangan ...

Pesanan dari D.I.Y ...U can do this at home...Free of Charge...tak yah kena tepuk ke hapa...mengarut je...

Kaedah ini juga boleh diguna untuk mengesan samada kita terkena santau atau tidak...

Habislah cito2 Den yang Zuhud ni...nak beli Alphard...dapat beli Toyota Estima 3.0 V6 A 00 -05 dahle...

8.10.09

Barangan Mistik - Kesan dan Kaedah Membuangnya

Pemilik-pemilik barangan Mistik kekadang tak minat pun pada khadam-khadam yang mendiami barangan tersebut..Mereka cuma berminat kepada kesenian kepada keunikan barangan tersebut samada dari segi seni...kesukaran mendapatnya...kecantikan..kehalusan pertukangan...nilai dari segi sejarah dll sebab tersendiri.

Membuang khadam2 dan penjaga ni bukan semudah main buang kelaut atau baca ruqyah atau serapah atau rendam air yasin terus hilang....

a ) Khadam tak semestinya duduk dalam barangan tersebut.
b ) Khadam yang diikat atau di paksa duduk dalam barangan tersebut.
c ) Khadam yang datang menyibuk bila ada barangan mistik yang sudah kosong.
d ) Khadam berupa SAKA yang mendiami barangan.

Untuk membuang khadam2 tersebut perlulah di ketahui apakah jenis2 nya at least seperti di atas...Kalau tak nanti tebal bibir membaca Ruqyah...Khadam hilang sekejap datang balik..lepas tu terdetik dihati...tak power pun Al-Quran...lansung batal iman...Walhal kaedah tak betul. Umpama sakit kepala cek kat kepala lutut..kepala juga...

7.10.09

Ilmu Wafaq dan Pengisiannya

Suatu ilmu yang amat sensitif...seperti yang DEN selalu cakap...Manusia ni selalu terhijab oleh apa yang dia tak tahu...Manusia pertama yang diketahui menggunakan ilmu rahsia mengenal huruf ini ialah nabi Allah Isa a.s. yakni 3 huruf...Huruf2 tersebut ialah Alif Ba dan Ya.

Tapi ada satu kumpulan rock tu mulakan dengan C.I.N.T.A ...lima huruf beb...

Perbincangan memang banyak bab ini...dan khilaf ulama pun banyak...Kita kenalah balik kepada asas....Bagaimana Imam Ahmad..di penjara oleh pemerintah kerana ketegasannya mengatakan Al-Quran itu bukan Makhluk. Bertolak dari sini seharusnya mereka yang memegang akan iktikad bahawa Al-Quran itu bukan Makhluk seharusnya memahami pula akan Kalimat Auzubi kalimatil lahittammah min syarima Kholaq. Aku berlindung dengan kalimahNya dari kejahatan Makhluk. Apa kah yang membentuk Kalimah tersebut apabila dinyatakan secara zahiriah. Pasti ianya terdiri dari huruf-huruf. Kata orang " PEN and The Tablets "..Bahasa Inggeris ini lebih mudah merungkainya..

Sedangkan kita yang bertaraf makhluk ini pun asal lahir aje kebumi sudah menangis..Siapa yang memberi kita kuasa untuk menangis...Pastilah Allah s.w.t. Maka adakah malaikat-malaikat dihantar sebagai khadam untuk menyebabkan seseorang bayi itu menangis ? Pergerakan kita sehari-hari adakah ada khadamnya ? Pasti tiada .... Bandingkan pula dengan Kalimah Al-Quran yang terdiri dari Huruf-huruf yang " Bukan Makhluk " ?

Kitab Imam al-Ghazali berkenaan Wafaq tu sebenarnya di tulis oleh ulama2 selepas beliau..yakni murid2 beliau. kajian yang lebih mendalam dilakukan ketika ISlam sudah menghampiri kemuncak dalam pengembangan ilmu.


Kalau di halusi maksud ertikata penulisan DEN diatas..dan diterjemahkan dalam bahasa pengajian Tasauf...Allah s.w.t itu melakukan apa pun didalam Kebesaran IlmuNya. Tanpa khadam...tanpa apa-apa pun sandaran tetap ALLAH s.w.t mampu memberi kuasa sesuai dengan Kebesaran IlmuNya...

Zikir dan Nafas serta Kaitannya

DEN dah mula hangin ni....Ramai sangat dah tersangkut dengan Ustaz2 Celup..belajar Reiki ke hapa lepas tu adjust fine tune sistem pembelajaran masukan sistem pernafasan...last2 tersedut JIN beruk entah dari mana..ini semua karut je...Ada yang kritikal lagi teruk, asal ingat Allah aje..badan bergetar...kalau getar zuk atau fana takpe le jugok, ini getar pasal seolah-olah dah assign Allah hanya KATANAMA sahaja...susah nak buang beb...sebab ingat Allah je terus sangkut...

Sebenarnya tak yah main nafas-nafas ni...zikir aje Allah..Allah..dengan merendahkan suara kamu..Relax je....Nanti kalau dah mampat ..dada dah mula sesak..barule minta guru luaskan salur 4 nafas tersebut..Napas Tanapas Ampas Nupus...Tidak boleh di buka besar terus..sebab kalau zikir ciput ..lubang nafas besar ..ia mengalir perlahan..camna nak cuci karat..Kalau zikir banyak lubang nafas kecil...maka sesak lah dada..kalau ngam2-ngam barulah sempurna ZIKIR JET ( Macam Water Jet ) ..laju berdesup..mudah tanggal karat2 dihati...So always refer to your guru..Sebab Guru wajib tahu petua-petua ini sebab nak jadi Guru minima nya mesti boleh tengok siksa kubur..atau paling rendah pun boleh melihat dengan matahati yang dalam...Membesarkan keempat-empat salur nafas ni adalah secara berkala dan ianya tidak sama dari seorang salik ke seorang salik...Sesak nafas juga mungkin disebabkan ada gangguan dalam badan samda angin atau pun jin dan makhluk ghaib..Zikir yang mula dah nak mantap akan mengakibatkan hawa angin bergerak...begitu juga akan mengancam makhluk halus yang menumpang..maka Guru kena tahule...kalau tak tahu..belajar le lagi sebelum mengaku Guru...DEN kira lain sebab DEN kan Sifu....

Zikir itu sendiri banyak levelnya...nanti kalau dah tinggi perubahan antara perlahan...senyap...di Qalbu akan sentiasa goes around...macam kalau kita terlebih dengar orang mengumpat...pasti secara auto kita terzikir secara kuat sekadar cukup didengari telinga sendiri...zTongkat lidah akan datang kemudian bila ia nya sebagai melengkapkan litar insan itu sendiri...Hu Allah..Allah Hu itu hanya sebahagian je..ianya boleh dibuat sebagai pakaian kepada Pakaian roh kita yang dalam..atau sebagai ilmu keduniaan...

6.10.09

Kita Buek Setakat Mampu

Biasolah dalam peningkatan rohani..hati sudah mula bercahaya...ilmu perubatan sebgai contoh sudah pun mantap..maka raso nak tolong semua orang yang sakit..bukan setakat satu opis..bahkan satu jabatan satu kementerian atau satu negara.asal dengar je orang kena sihir..hati meruntun nak tolong...Namun apo kan dayo ..tangan duo..kaki duo...lagipun apo dayo kito...Allah s.w.t juo punya daya..

Memang kelihatan baik..pada permulaan...namun..bila dah semakin meningkat ..ia dah jadi barah..Kita kena faham..Allah maha pengasih...adolah sebab-sebabnya kenapa Allah s.w.t izinkan semua sihir tu berlaku. Kita sebagai perawat janganlah nak jadi Tuhan pulak...Bila kita kecewa tak dapat nak merawat semua di sebabkan terlalu suntuk masa...terlalu ramai...pulangkan balik pada Allah s.w.t ingat makam Innalillah...Actually kita takdo hak pun nak terdetik dihati kenapa lah kita tak dapat rawat semua tu...Apakah kita ni seolah-olah mempertikaikan cara ALLAH s.w.t mentadbir semua makhluknya...Orang yang sakit tu..ada yang masih boleh kencing..makan dan sebagainya walaupun disihir...Allah masih menurunkan rezeki kepada hambanya walaupun di sihir...

Ia umpama kita mengeluh bila rasa hari dah nak hujan...Kalau mengikut makam tasauf tahap innalillah..biarlah..no komen....pada mereka ditahap ini sudah dikira "BERDOSA" kalau ada komen...Begitu juga kalau kita cakap..nanti kalau aku kaya..aku nak bantu semua orang susah..Lupakah kita kepada YANG MAHA KAYA...Apakah Allah s.w.t tidak memberi rezeki kepada sekelian makhluknya selama ini, kita pula cuba mengambil alih tugas tersebut...

So..kepada perawat2 sekelian...buek setakat yang mampu...itu yang ALLAH dah lorongkan...mana kes yang sampai buek setakat mampu...BAB-BAB makam Hati yang tinggi ini ada dibincangkan oleh seorang WALI AGUNG..bernama Ibnu Atoillah dalam kitab HIKAM...Sifu DEN pesan..sepatutnya kita mengubat akan meningkatkan keimanan kita..kalau dah makin turun..sebaiknya di berhentikan...kembali bersuluk..mengadjust kembali apa2 yang tidak kemas sebelum berjuang di landasan perubatan...Jangan tergelincir menjadi Ustaz Cabul dan sebagainya..

Siapo Yang Punyo Ambil Balik

Sudah 3 malam DEN dan Mini dapat petunjuk...ramai orang tak suko cara DEN dan khianat kat rumah DEN..Nak khianat direct takut...tapi nak khianat rumah DEN...Atas rahmat Allah s.w.t Diri dalam DEN banyak di beri panduan dari Guru Sebenar Guru...malam ketiga jelas petunjuk...Pulangkan balik apo juo yang dihantar. He..he...he...bilo DEN dapat petunjuk gini...tipun sifu..dia kata petunjuk suruh balas kena balas...bestnya..bestnya...Alang-ang makan burger mari kita telan denagn Cheesenya sekali ( semalam ado orang belanja DEN makan kat Secret Recipe ) So mari le test DEN....DEN tantang semua cabaran..Ramai2 pun takpa...DEN sorang je....Macam DEN cakap...Kita harus menuju makam Innalillah...Apa yang berlaku biarlah..no komen...


Kita tidak akan mampu memuaskan semua pihak...Macam DEN ubat pesakit memang cara DEN mudah..tapi bomoh2 wajib DEN titik...Pesakit mungkin suka sebab potensi ulangan sihir berkurang atau takda lansung...Tapi sebelah bomoh dan pengupah sihir memang tak suka banget...

Ramai bertanya DEN...Sifu tak takut ke kena hentam atau keluarga kena hentam...Selagi Allah s.w.t merahmati DEN dan keluarga apa nak takut...kembali kita ke makam Innalillah...Pasti ada amalannya kan sifu ? Ini soalan nak korek ilmu dan nak minta DEN ajar...Tapi pesan guru DEN..letakan Ilmu kepada yang mampu memikulnya...Macam yang DEN cakap...DEN mengamal zikir malaikat dan juga zikir nama..maka apa2 niat buruk DEN akan tahu terlebih awal...untuk mini DEN melalui mimpi...untuk DEN melalui Diri Dalam DEN...Cuma lately DEN buek tak indah sebab dah mangli kata orang...maka petunjuk di perjelaskan lagi melalui mimpi..maka kenalah DEN take action...


Macam Sifu DEN dulu bila tok moh indon tak dapat tembus...mereka combine 4 orang buat solat hajat 12 rakaat dengan Bismillahirahmanirrohim 12,000x...ulang 3 malam...Petunjuk datang dalam scan....sejadah berdiri senget...maksudnya kaedah betul tapi disalah gunakan...Sampai DEN nak masuk campur pun sifu tak kasi...Yelah..masa tu DEN tahap murid lagi...lain le sekarang tahap sifu ma.( belagak tak habis )..Nanti korang tergolek buat susah aku je nak cover....Tapi DEN buek juga solat hajat nak lawan...Sah murid dogil...Dasyat sungguh..sebab doa mereka di terima Allah s.wt. sehingga sampai tahap Para Wali memberi panduan menyorok kan Diri Dalam di suatu tempat yang amat istimewa sambil munajat...Berdesup2....Akhirnya ...bila doa sifu pula makbul...mende2 tu balik ke mereka di Sumatera...GOL for good...Sifu DEN cakap..ko buek solat hajat yo...leceh gak dapat Sifu Kasyaf ni...Cerito ni panjang sebenarnya..dari mula lagi rakan seguru dah kena...melarat le kepada sifu DEN...Bomoh2 tu tak puas hati sebab Sifu dok cover...Budak2 forumer pun ada terlibat bila dorang bawak senjata2 berkhadam di Kantin DEN...cerito dah macam cerito koling..banyak na pusing2..naik lori turun lori..Upah tok2 moh tu rm 1,000 jo..tapi kat indon..juta2 lemon le tu...

4.10.09

Epilog Cinta

DEN nak tulis bab Cinto le pulok..walau goli tengkuk DEN....
Akan DEN bahagikan kepada 6 episod..dah macam cerita MOMOK le pulok....

EPISODE PERTAMA

Seorang Pesakit wanita selalu diganggu makhluk misteri..puas sudah berubat..last2 dia pun pergilah bertemankan seorang rakan forumer lelaki ke rawatansihir. Jumpa abg Ramz...Dia ni perawat yg kononnya anti Scan...Last2 dia kata gangguan ni dari makhluk yan dihantar ex-boyfriend...( agak2 dia pakai scan ke hapa ). Pesakit camtu juga..last2 kawan forumer tu cakap...pada pesakit..dia saja nak tengok camna perawat yang mendakwa perawat Islam ni berubat..Dari jawapan dia pastilah scan..tapi scan merapu kapunden le...Katanya sebenarnya ko ni ada ambil minyak pengasih...Gangguan tu dari Khadam minyak tu...bukan dari sihir oleh bekas Ex-Boyfriend sepertimana kata ustaz Ramz tu..Buat dosa kering je...Lepas dia buang terus tiada gangguan...
So berhati-hatilah mengambil minyak pengasih...ia boleh memakan diri...Dan yang tak boleh scan janganlah cakap lebih itu ini...atau kata scan tu telek ke hapa...last2 sendiri yang telek..siap buat tuduhan pulak tu..just buat ubat dan doa dahle...

EPISODE KEDUA

Kisah bermula bila DEn di jemput oleh salah seorang Ajk PIBG untuk melihat ayah beliau yang terlentang lama di sebuah pusat rawatan di Gombak...Seprtibiasa..dalam perjalanan DEn pastilolap..tau-tau dah sampai...dah pukul 11 lebih masa DEN sampai..
DEn masuk le bilik rawatan..anak2 pakcik pesakit masin sedang lepak diruang tamu...DEN terus ke bilik pesakit..Alamak.dah ada Notis Kematian..takpolah..pesan sifu DEn...Jangan mendahului Takdir... DEN pun pesan limau nipis...Baru DEN pogang jo...Anak pompuan dia di luar dah menjerit...Lawa siot...seorang janda...DEN agak dah...sobab masa masuk tadi dah ternampak kelibat hitam..walaupun DEn bolum bukak scan..Agaknya makhluk tu gementar sebab DEN kan Sifu...Tu yang menggelabah semacam je...DEN terus adjust doa untuk si Awek tu...DEN terus buang...masa tu dah terbayang2...pelakunya...Ini rasanya dia kena sihir oleh bekas perawatnya sendiri seorang Ustaz...Lepas itu barulah mereka bercerita...memang mereka sekeluarga dah tahu....Dah puas berubat tapi tak lepas...Mulanya mereka berubat pasal Awek ni isteri kedua seseorang...Kononnya kena ilmu sihir isteri pertama...Maka Awek Cun ni pun pergilah jumpa seorang perawat ustaz ni...

Come lote punya pasal...Ustaz pun meleleh gak air liur beb, Mana cukup sorang je ma..Mesti ikut sunnah...Bukannya dia selamatkan rumahtangga..bahkan dia tolong putuskan lagi...Selepas bercerai..janda ni pulak dah macam gila bayang kat Ustaz kemaruk nak berbini lagi satu..Cepat2 ahli keluarga yang perasan perubahan sikap membawa Janda ini berubat..sampai merata...sekejap pulih sekejap kena balik...bahaya kalau Ustaz dah jatuh cinta ya....


EPISODE KETIGA