8.11.09

Meneroka Alam Bunian

Bunian amat sinonim dengan masyarakat Melayu...Sebelum jauh kita melangkah..baik DEN jelaskan..bunian ialah bangsa JIN..mereka suka mengambil rupa bentuk manusia berbanding JIN2 yang lain..Oleh kerana mereka berbangsa JIN maka sudah pasti mereka tertakluk kepada hukum hakam agama...Mereka juga ada yang atheis...ada yang majusi..dan Islam serta lain2.


Kehidupan mereka memang hampir serupa dengan manusia..bahkan ada perkampungan mereka berada diperkampungan manusia...dan begitu juga sebaliknya...Bahkan ada setengah2 rumah manusia adalah laluan/highway keluar masuk mereka ke perkampungan..Sebab itu orang tua 2 dahulu akan memastikan membuat rumah tidak ditapak bunian atau di laluan mereka...Dah le dorang tu bergerak laju dari Monorail...Tapi memang ada juga kedengaran mereka yang mampu dari segi batin mengutip tol....Kayo beb...


Biasa juga berlaku manusia meminjam barangan seperti pingan mangkuk untuk urusan kenduri kendara..Sib baik dorang dah tak kasi loan dah zaman ni..kalau tak bangkrup le Towkey Catering...Bahkan setengah2 kes sihir melampau pun..mereka sama2 membantu...Cuma mereka ini berhati halus..mudah terluka...

Ada beberapa cara yang dilakukan untuk berhubung dengan mereka ini..Di zaman dahulu pasti ada tok moh nya sebagai perantara...atau orang2 tertentu yang mempunyai adik beradik dialam sana...

Namun untuk memasuki alam sana pula berbagai pula caranya ( cara tanpa paksaan )

a) Melalui jemputan - Kaedah ini lebih mudah - terus masuk melalui tempat2 tertentu
seperti yang di isyaratkan
b) Melalui amalan yang mereka berikan biasanya surah Fatihah dan al-Ikhlas 121x.
Namun perlu kepada keizinan mereka...Kita seakan terbuai dan berjalan2 dialam
mereka...Ianya samada didalam mimpi ...antara sedar atau tidak ataupun secara
sedar
c) Melalui Scan - mengeluarkan diri dalam dan terus berjalan kealam mereka..
d) Melalui Scan - Just memantau dari kejauhan...

Pasti ada risikonya sama ada kepada alam bunian atau kepada manusia yang meneroka itu sendiri....


Kaedah a) biasanya ada tanda atau pakaian tertentu yang akan dihadiahkan kepada mereka yang selalu keluar masuk alam bunian...dan selalunya mereka yang mempunyai isteri atau suami bunian pasti ada pakaian khas...

Al-Ikhlas dan Kaifiat Mengamalnya

Rasanya elok gak DEN berbicara bab ini...


Guru dan Sifu DEN selalu berpesan cukupkan dahalu Al-IKHLAS untuk diri sebanyak 100,000 kali...baru melangkah lebih lanjut....

Kaedah yang biasa diamalkan orang ialah sesudah tengah malam...yakni dimasukan dalam agenda Qiamullail...


Selepas Solat Tahajud after 12 pm...

Bismillah - 1000x
Selawat - 1000x
Al-Ikhlas - 1000x atau lebih...cuma minima 1,000 sehari...Semuga Allah mencampakan rasa ikhlas itu kepada kita...

Maknanya minima 100 hari le beb...

Disambung selepas Subuh seberapa yang mampu...biasanya 500x sudah memadai..

Anyway kata orang jawa....100,000x mau cari dulu untuk diri sendiri...PENEBUSAN DIRI

BUAT BODOH JE.....

Ramai sungguh yang mengadu setelah mula membuat amalan yang DEN ajar...macam2 datang...gangguan le ke hapa...Relax Bro....


Dizaman dimana maksiat berleluasa...tiada cahaya berkelipan memancar...maka jangan lah dibandingan di zaman para sahabat r.a..Cahaya mereka kalau boelh dikatakan atau disukat..pasti melebihi pancaran Sportlight Stadium yg paling besar sekali pun...namun cahaya mereka tiadalah kelihatan kerana di selubungi oleh cahaya Nubuwah dari Rasulullah s.a.w...


So apabila ada seorang hamba Allah mula hendak mendekati Allah...sedikit demi sedikit akan ada cahaya dirinya...umpama kelip2 dimalam hari yg tiada cahaya bulan mahupun bintang...ianya akan sesekali bersinar terang apabila cahaya ikhlas mula menerjah...Ikhlas tidak bergantung kepada banyak sikit amalan...namun kenalah mula dengan banyak supaya latihan mengikhlas kan diri bermula...Kerana itu ada setengah Tarikat mengsyaratkan murid2 berzikir 70,000 sehari...selawat..mengaji dan lain...tujuan guru ialah mudah-mudahan dengan kesungguhan murid...Allah akan mencampakan rasa IKHLAS....ini yang paling sukar...

Apabila cahaya sudah mula mengerlip...jin2 amat berminat...hek eleh..siapa pulak yg pasang lampu disco ni kata mereka...Ada yg datang ziarah dan blah...ada yang ziarah dan terus report kat Syaitan...Dan mereka keep on ziarah sehingga menganggu murid..Sewajarnya murid buat bodoh aje...terus kan zikir...maknanya sudah ada peningkatan...Kalau takda...anak JIN pun tak minat ziarah....

Kata Orang Putih...pelan-pelan kayuh...
Yakinlah...apabila cahaya diri meningkat...Syaitan akan hantar bala tentera yg berpangkat prebet kepada anda...maka jangan layan..buat bodoh aje...serah aje pada Allah s.w.t...Mereka akan terus monitor kita...sama ada kita ni jenis hangat taik kambing atau berhati waja...mereka akan menilai dimana kelemahan kita dan dimana kekuatan kita....Ramai yang tergelincir di pertengahan jalan bilamana mereka mula mengambil kesempatan diatas kelemahan atau kekuatan kita...

Contoh terbaik...apabila kita seorang penakut...asal zikir aje...dia buat lintas2..kita yang half baked punya zikir...ternampak lintasan siap menjerit ooo pocot...maknanya belum masuk lagi kalimah Allah di hati kalau masih terlatah selain dari ALLAH...Sebab itu setengah guru suruh murid berzikir sambil pejam mata...jangan le kuat sangat pejam tu....At least kalau ternampak imbasan hitam..boleh gak lari...ha..ha...


Masa mula DEN amik amik Aurad dari Guru DEN setelah lamo DEN menuntut dengan SIFU...Malam pertama DEN mula je baca Aurad dah datang macam pedang Saidina Ali yg pecah 2 dihujungnya dgn surah di dada pedang yg memancar-mancar...Dalam hati DEN..masa ni le ko nak datang..maso DEN tengah giler ilmu hikmah tu...panggil pun ko buat bangang je...So standard procedure DEN buek bodo....Berpusing2 pedang Zulfakar tersebut...Masa tu DEN keseorang di Surau Sekolah...Esoknya DEN buek lapuran kepada Guru...He said...U should know what to do...nanti lagi banyak..itu just pasir didalam lautan je...Mak aiii...DEN tipun Sifu DEN...dia kata ko amal masa ko dah tinggi..cepatle mende2 ni datang..ini dikata orang Jazbah JIN...

4.11.09

Ayat Qursi Dan Kaifiat Mengamalnya - 4

Yg ini ada kaitan dengan Lam Jalalah Qursi...Diamalkan oleh ramai guru di sebelah Patani..Ia adalah antara tahap tertinggi...Mengamalnya perlu kepada menjazamkan kesemua kaifiat yg 3 sebelum ini..

Tahap lain ialah Menjazam QURSI untuk membuka MATA BATIN....Kaedahnya akan DEN bincangkan didalam kursus pada 14 hb ini

Menangkap Harimau Penunggu Tanah

Malam tadi...DEN ke Sungai Ramal Kajang atas jemputan kawan lama masa di U dahulu....Setelah mendapat S.O.S dari kawan...DEN terus meredah LDP ke destinasi..Apa kehalnya....member just cakap pakcik dia sakit2...DEN memecut laju ISWARA GT ( GAS TURBO ) DEN...dan selamat sampai...SAMAN cerita kemudian...

DEN seperti biasa bukan suka tanya apa ke sakitnya...terus main redah je...masih berpakai kasual ke pejabat...sampai di kawasan banglo yang tersenggam indah....DEN pun keluar dari Iswara Turbo DEN...DEN disambut oleh pasangan suami isteri...


DEN pun bersalam...hek eleh short circuit le pulok...Ni yang maleh ni...Setelah bersembang2...DEEN lirik2 le kesana sini...ada kawan rupanya dalam kawasan perumahan ini...DEN pun minta air...DEN pun pegang le..( buat eksen je ) Terus DEN nampak Sekor JIN...DEN kata asal ko...TERUS jadi rimau...ummmak ai besar beb...kepala je dah dekat besar bonet depan kereta Kancil...Kalau besar Alphard tu....Wa lari dulu beb...Wa tanya yang ko mengaum ke tanah buat apa..memang terkencing le orang mendengarnya..nak mengaum pun cam rimau biasa dahle...( Harimau Ghaib kalau mengaum ke tanah pasti lama tidak diberi makan dan dalam keadaan marah - bergegar bumi )

DEN pun tanya kat Tuan rumah...ada rimau ke sini...DIA cakap ada..beberapa kali terserempak dan mendengar dia mengaum...amat kuat sekali. Bukan dia seorang sahaja...SIB baik den tak suruh tengok dalam air...kalau tak nampak...bukan rakyat Malaysia..Dia pun bercerita..dah ramai bomoh dan Ustaz...dia panggil..semua surrender..last sekali bomoh pompuan Indon..rebah dan sempat tipun suami dia ambil dia balik...DEN kata mudah je ni...SO DEN bawa le balik...Besar dari ISWARA GS DEN beb....Rare species ni sayang beb kalau bunuh...Jenis camni bukannya buat jaga tanah sahaja..ianya lebih kepada perubatan ..maknanya Tuan Asal dia dahulu pasti pengamal perubatan...Masalahnya dia jual tanah dan tinggalkan Harimau tersebut sekali...kira Buy Land Free Tiger...Walhal nak kasi makan..cukup bertih sahaja...kalau makan ditapak tangan..maka kita boleh naik atas dia buat jalan2.. 5,000 cc tu... Kalau makan tabur...yakni makan macam ayam kampung..maknanya just boleh suruh...buat itu ini...

Cara DEN bawak balik...lain sikit..DEN suruh dia lepak kat satu Pengupah SIHIR yg suka main rimau..( Namun rimau dia yg 17 ekor tu DEN dah pernah buang dulu...) Kan DEN dah kata..buang rimau ghaib ni peanut je...Bawak dalam kereta berat le macam DEN ke Manjung dulu...SIB BAIK ISWARA GAS TURBO...sampai gak ke MANJUNG..2 ekor dalam botol...LAST2 DEN suruh depa keluar ikut dari belakang..baru le laju...

Setelah selesai doa..DEN pun memohon untuk berangkat pulang..Ramai Patient dah tunggu di rumah...Sedang DEN syok2 Drive Guna ISWARA GS DEN...masuk satu SMS di NOKIA E71 DEN... Jeng..Jeng..Jeng...

" BANG SOS....ada JIN tengah Mengamuk dekat Apartment SJU...Minta abg bincang " begitulah lebih kurang SMS tersebut...DEN kata dalam hati peanut je ni....DEN kan dah bawak balik SANG BELANG TANAH.....Den cadang nak suruh Pak Belang yang baru DEN jadikan PET...Baru Pak Belang atau nama nya GARFIELD tu melangkah...DEN terscan...umak aiii besaunya JIN...dah macam anak kucing le, GARFIELD aku ni....mati penyek je kena pijak dengan JIN tu...DEN sukat adalah besar anak kucing je dibanding dengan Manusia dewasa...Jauh benar sizenya...ini bukan JIN Mike TYSON dah...Ini dah satu species dengan JIN yang menghuni dekat Kementerian Kewangan Brunei...Semua Ustaz Darul dari Malaysia yg terkenal dah try buang...FAIL...Syeikh dari DARUL SAKA je belum try....

Perghhh semangat..kalau tak mati Garfield DEN....

2.11.09

Hari dan Ketika Lemah Insan

Setiap Insan pasti ada hari lemahnya....So seharusnya kita mengenali bila tika dan waktunya kita berada dalam keadaan paling lemah ( FRAGILE - Handle with Care ). Mengetahui tahap terendah kita membolehkan kita bersedia akan kemungkinan kita di sihir orang walaupun kita seorang OTAI...

Kajian mendalam boleh juga menjurus kepada ilmu pecah rumah...Maso DEN di Kantin dulu..selalu berlaku pecah rumah di rumah Guru...DEN perhatikan trend nya sama..dan masa berlaku jua tak lebih dari 2 jam....Bila dihalusi ilmu ini banyak digunakan oleh pejuang2 di zaman Belanda di Indonesia..ketika memecah masuk ke Gudang penjajah...Tiada jampi serapah hanya berbekalkan rajah harian serta mingguan....Pendekar boleh masuk dengan selamat selama mana petua dari rajah tersebut di patuhi..katakan dalam petua mengikut sekian hari...seperti khamis 2-3 ptg...maka Pendekar akan masuk menyelinap pada ketika itu sahaja...Waktu lain..memang mencari nahas..

Cara termudah ialah melalui pernafasan....Kita boleh rasa pernafasan kita yang keluar melalui hidung...Biasanya kalau pernafasan stabil dan keluarnya nafas dari hidung itu sama ..maka kita dalam kondisi yg baik...Tapi Make sure taik hidung tak blockage..Atau resdung...Kalau sebelah kiri yang kuat maknanya ketika itu kita dalam keadaan paling lemah...Sebelah kanan kuat maknanya kita tengah Top Form...Melalui kaedah ini...turun naiknya keadaan kita samda lemah sederhana atau kuat akan berubah-ubah dan mudah di monitor...

DI BAWAH RODA KEHIDUPAN - D.I.Y The Series

Ramai yang berjumpa dan Email DEN bab kesusahan dalam hidup...Apa yang dibuat seolah2 tidak menjadi...berkasih ..putus ditengah jalan...Berniaga ..Modal habis..rugi pula..bersama isteri ..dayung patah ditengah jalan ( ni saja je, lauk tambah ma ).
Bertunang putus..anak2 buat hal...DI pendikkan cerita bak pepatah Melayu ada berkata
" SUWEY HABIS "...

Perlulah difahami...setiap insan ada roda kehidupannya sendiri..buak selamanya kita diatas dan biasanya "selamanyalah" kita di lenyek Roda Kehidupan..Penyek habis..Sudahlah susah kena penyek lagi...

Menghadapi hidup di kitaran terbawah roda kehidupan memang amat mencabar...IMAN serapuh habuk rokok...ditiup angin...bertaburan lah ia...Petua Sifu DEN ialah..perawat hendaklah menganggap seolah menolak kereta manual yg lemah baterinya...Perawat hanya berdoa setakat menghidupkan enjin sahaja...Menolak dan memastikan enjin berjalan lancar tetap pada diri pesakit...Bila engin sudah mula bergerak..pastikan tolakan semakin laju baru le boleh masuk gear 2...dan enginboleh dihidupkan...

Kaedah D.I.Y ialah mengambil limau sebanyak 6 biji...bacakan basmalah..selawat ..fatihah dan ayat seribur Dinar 11x bagi yang sudah jazam...kalau belum bacalah 41 x...Kemudian potong limau tersebut mengikut kaedah yg DEN dah ajar dalam blog ini...masa memangkah di limau itu berdoalah...Wahai Zat yg Ujud lagi Maujud.. ..DEMI KASIH MU KEPADA KU ..angkatlah SEGALA DUKA DAN KESUSAHAN dari diri ku ( sekeluarga )...Baca ayat iyya kana buduwa iyyakanastain ( ulang doa atas 3x ) lepas tu pada ayat Ihdinassirotolmustaqim ( masukan doa - Tunjukanlah aku jalan yg Lurus )...Tahan Nafas di perut...zikir ALLAH..ALLAH 33x dan hembus Hu pada limau...

Mandi sekali 6 biji limau tu....
sesudah mandi...buat le solat hajat..mohon murah rezeki dan sebagainya...sambil banyakan membaca ayat seribu dinar...