31.10.10

Perlukah Yuran Pendaftaran

Den dah jelak dengar ado beberapa pusat rawatan yg mengenakan yuran pendaftaran yang agak tidak munasabah.

Ada pusat rawatan mentang2 dah keluar TV mengenakan yuran pendaftaran sebanyak Rm 30/80 seorang. Rasionalnya yuran rm 30 atau rm 80 itu untuk menampung suatu sistem filing tercanggih di dunia..klick aje dah ada rekod rawatan..Di hospital kerajaan pun baru RM 1 sahaja yuran pendaftarannya..terbukti canggih...dimana dan bila ..just key in your IC..tahu bila dan d klinik mana anda pernah mendapat rawatan..

Yang bestnya setiap kali rawatan ulangan pun kena sejumlah yuran yang sama...koyak beb...kaya ustaz...he...he...jangan marah...maybe pusat rawatan Ustaz ada tempat menunggu yg canggih..Tempat Rawatan Den kecik jo...hanya sebesar 30' x 100' jo. Ada TV 29 in. Ada astro...ada disediakan minuman percuma dan kuih atau kerepek..full carpet...5 aircon 2 hp setiapnya...2 tandas..sebab itu tak berani DEN nak letak Yuran pendaftaran sebab so so aje pusat rawatan Den...Tingkat atas baru je dalam proses cat...tapi rasanya tak le sampai nak kena letak yuran pendaftaran...


Bukan semua orang mampu...so kalau dah Yuran pendaftaran rm 30/80 Air zam zam rm 20 sebotol....bawa sendiri tidak dibenarkan ! Sebotol untuk mandi..sebotol untuk sapu sebotol untuk minum....rm 90 hanya untuk air zam2 al la kasap...belum campur madu...belum campur khurma najwa...last2 rm 240 seorang...sekali ruqyah beramai ramai sampai 6 pesakit..karut le tu...mana personal touch...ingatlah Allah s.w.t masa nak cas cas ni..Walaupun Den tak belajar ugama secara formal cam ustaz2 tu..tapi Den raso tak salah Den togur..sebab Den kan sifu segala sifu.

Tapi...


Den tidak jual air zam zam sebab Den rasa bersalah meletakan suatu nilai pada air yg tidak ternilai..unless ada pengedar yg dapat buktikan margin nya memang begitu,,,tapi Den rasa somewhere and some one outhere tahu apa dah jadi pada air zam zam sekarang...opssss terlepas le pulok...


Insyaallah setiap malam Sabtu , ahli Darul Saka membuat majlis membaca aurad serta zikir nafas serta amalan2 lain di malam2 lain seperti Yasin 7 Mubin, Yasin 40, Yasin Fadhilat memohon doa supaya air yang di letakan berkartun kartun di Darulsaka biasanya 12 - 15 dozen air
1.5 liter menjadi air ibu ubat sebagai ikhtiar hamba2 yg memang tiada daya upaya kepada hadrat ilahi...harganya dijual mahal yakni sebotol 20 juta rm. Setiap minggu sold out walaupun harga sebegitu mahal. Mana2 patient yg membawa air mineral just tukar je...kita orang tak jual
Ayat Quran dengan harga yg murah tau...( itu pasala ada kedengaran..sebab ikut dalil Al-quran --- Jangan kamu jual Al Quran dgn harga yg murah...sobab tu le dia jual mahal ----- Siot punya tafsir ----- Itulah pesan orang alim...biar kita tak belajar arab ke nahu ke hapa...yang penting kita tahu dan ikut maksud sebenar dari kita menjadi golongan yg memutar mutar belitkan Al Quran tak kiralah ianya dituturkan mereka yg slang Arab walaupun dalam perbincangan bahasa melayu )
Namun ramai dah tahu..depa tak bawa air lansung dah...terus nak pakat borong air doa sebab Den hanya letak Rm 2 sebotol untuk air
mineral yang didoakan termasuk ayat 7. Buek masa ni..maximum Den kasi 2 botol je sorang...iolah orang lain pun nak gak..kesian kat ahli2 DS...nak angkat air berkartun2 ke atas..yang panjang jadi pendik..yg gemuk jadi kurus...so Den prefer tukar ganti air....air yg patient bawa
kami buat proses mendoakannya..sobab tu macam2 jenis botol ada kat Darulsaka..insyaallah semuga Allah s.w.t menetapkan kami tidak sekali kali menjual air doa sewenang wenangnya...

So siapa2 towkey air Mineral atau yang ada stock air terbaik di Malaysia...Air Gau dari Sg Gau sana muleh bincang dgn urusetia Darulsaka..sebab ahli DS dah tak larat angkat air...lebih lebih lagi dah ada setingkat lagi bangunan. Tapi air hendaklah diangkat keatas oleh pihak pembekal... Harga jual Den ialah rm 2. So kalau nak tolak kat Den...agak2 la...untung tu buek beli biskut, kerepek, ais ..air sirap...teh o panas..kopi panas...yang diletakan di ruang menunggu...bab air yang dihidang tu pun..tengok gak..ahli DS ni ada yg pemasin..payau..pemanis..so harap maaf raso memang pelik le....Namun mana patient2 lama yg tahu..depa masa bawa kengkawan datang
berubat depa siap beli krepek..kek pisang..buah2...itu semua rezeki dari Allah taala kepada pengunjung...masa DEN tak open macam ni pun...kegunaan cecah 15 kotak seminggu...So Den budget nak order 30 kotak seminggu air mineral 1.5 liter.

Limau nipis memang Den tak sediakan...Ismail Kacip kata guna limau nipis dosa tau...takut tanggal keharuman dari mandian kencing. Biasanya limau yg nampak seolah DS sediakan itu di hadiah oleh pesakit2...samada terlebih membawa atau memang mereka sengaja berniat bersedekah kepada pesakit2 lain...sehinggakan DEN cakap kat ahli2 DS..mungkin kesembuhan mereka bukan atas usaha doa DEN..tetapi ikhlas mereka terhadap pesakit2 lain maka Allah angkat dugaan tersebut lantaran ilkhlas hambaNYA...limau yg merek hadiah pula hijau2 boleh diguna simpan lama..maksudnya memberi biar yang terbaik bukan ala kadar..itu lah konsep sebenar ISLAM.


Ada Pusat rawatan di Daerah Gombak yang gah dengan perubatan mengikut syariat menjual air doa dari Ayatul Quran seperti ayat Attaubah ( laqodja akum ) ..air Yasin dan lain2nya sebotol setiap satu rm 50... Udalah le bukan dia yang baca...kayo meletup...Sekali jumpa 70 rm...
Dan berselindung di sebalik bacaan murid2 yakni mengaji...dia guna bunian...he..he...dengan orang lain boleh le,,,kalau oesakit datang badan sakit2... Dia kasi air doa siap campur paracetamol yang dikisar halus,,,memangle dalam 15 minit rasa lega..Panadol kan sebagai pain killer...wah mujarabnya doa Ustaz...he..he...balik nanti sakit balik le tu,,,kata Ustaz dalam hati,..siap ko..tu pi beli air Yasin rm 50.. Air Laqodja
Rm 50 sebotol dan entah apa air lagi...

Kadang2 dia jampi air yg dicampur ENO awal2....pesakit minum...sure keluar angin..dia pi kira..lapan belas kali sendawa..18 jin mati..he..he...he..Celakalah Ko Ustaz... Hari Sial anda telah tiba....

Sesungguhnya tulisan ini tidak bermaksud kepada mana 2 individu samada manusia atau dewa atau jin...

27.10.10

Salah Faham Penggunaan Garam Kasar

Semua orang pakat guna garam kasar la ni..untuk tujuan kasi rejam..halau..pagar dari hantu dan Jin. Betoi ka ?

Dah banyak kes garam berpuloh kilo ditabur bocor gak....Pasai apa bocor..? Adakah ia hanya untuk mengelakan siput babi masuk...tapi terlepas kalau hantu raya berkepak ? Ialah untuk enterprenuer tentu dah idae bukan...setengah2 ustaz separuh masak kata mesti tak boleh terpisah antara garam yakni mau kasi rapat ? Satu lagi idea untuk enterprenuer !


Kenapa tak dibuat pagar rumah itu dari kristal garam..ikut budget le..nak warna warni pun boleh...kalau mampu buat pagar garam yg tebal dalam 1 kaki..siap ada tajam2 diatasnya sebagaimana design pagar masa kini..ikut kreaviti le..siap ada salur trasparent yg boleh mengalirkan lada hitam dengan air ruqyah..dan sentiasa boleh di top up atau diganti...Pagar Garam Kristal ini pula berfungsi untuk menghalang binatang pencuri dan Jin...kan boleh buat bisnes..boleh dikembangkan kepada kaedah pasang siap..lepas tu semua pokok di kawasan berhampiran boleh dihiasi dengan kristal garam biar jadi macam krismas tree...Santa Claus pun sangkut...


Ilmu ni bukan boleh main semborono aje...ikut kaedah orang tua2... Bertanyalah kepada yg ahli sebagaimana firman Allah s.w.t.

Tidak perlu pun rapat2 garam tu...sebab ia hanya satu bahan sandaran atas doa atau zikir yang diisi...ada petua dan kaedah serta doa semasa membaling garam. Bukan DEN tak pernah buat main garam2 ni..tapi la ni Den tengok semua main garam dan tabur macam nak bagi anak ayam makan...kurang afdal kata orang yahudi...



Den masih tingat masa Den selalu ke Batu Pahat..ada satu round about yg besar nala pokoknya..asal nak potong pakai apa pun..mesin rosak..Last 2 depa biaq gitu ja. Den ajak kawan Den ke tempat tu sebab kebetulan Den ada setengah kg garam yg sudah siap di campur dgn lada hitam...memang Den simpan dalam dashboard...He..he..kepala nak mendajal aje...Den selalu ulang alik dan biasanya pukul 1 am lepas Den sayang mini Den..pelan Den meluncur laju laju membelah pagi melalui simpat Ampat ke Melaka Refinery...Biasa beb...memusing tak jumpa jalan kuar..parking tidur...tau2 betul2 sebelah kubur...Den ni dari Sekolah Menengah Sains Selangor meme suka cari dan kejar hantu...werewolf kejar balik pun ada...baru tak cukup tapak kaki lari...


Kirim salam pada kawan2 Den di Batu Pahat...bila lagi nak belanja DEN makan Bariyani Gam tersedap pernah DEN santap...Musim cuti sekolah dah dekat..kayolah korang dapat menyunat seramai teruna boleh di Batu Pahat...kalau masa potong tu terjumpa yg kebal..ketuk je lutut budak tu...masyuk beb...


Sampai dekat roundabout .. Den terus pecut..Den cakap turunkan Den..gilo ko...berapa ramai bomoh besar2 ustaz dah try ko saja cari penyakit...Dia tak tahu masa tu DEN adalah apprentice Sifu segala Sifu...bila dia dah habis terkejut dari cadangan Den nak turun baling garam...baru Den cakap Den nak buat apa...ialah..jalan tu kan sibuk....so kena lah kami jalan lewat pagi...Den cakap..Den tak mainle tabur2 ni..kata orang Nigeria ..apa barang...Den cakap kalau tabur kena kat buku lali Jin tu je..sure tak jadi apa...tak pedihkan mata...
Den cakap Den nak baling segenggam garam di setiap biji mata JIN tu..barulah tak cukup stadium merdeka menadah air mata Jin....dan boleh pekak makhluk halus yg mendengar jeritan nikmat dari JIN yg kon baling garam kat mato..menda ni korang boleh cuba...korang tangkap Ustaz yg cakap banyak tu..bukak mata dia dan try baling garam kasar...bandingkan dengan garam yg korang baling kat buku lali dia...U can try this at HOME...

So faham kan apa yg Den cuba sampaikan.....
Dan satu lagi fahamlah...segenggam garam kasar adalah lebih afdal dari 18 lori garam kasar. Apa yg penting ialah kaedah dan niat kita..Jangan sekali kali di jadikan ia seolah wajib...takda pun takpa...baca aje selawat Azimiah Kabir atau Selawat Kamiliyah...jauh bezanya...tapi Wahabi memang tak pakai Selawat ini..siapa baca selawat ini berdosa kata mereka..sebab itulah sampai bila pun depa tetap dibawah tapak kaki kiri DEN.

Kursus Rawatan Asas Perawat

Insyaallah Darul Saka akan mengadakan kursus asas rawatan mengikut jalan as Sunnah.


Tempat : 10a, Jalan Anggerik Vanila 31/Af Kota Kemuning Shah Alam..

Tarikh : 27. Nov. 2010

Yuran kursus : Rm 250

Masa Official : 9 am hingga 6 pm. Un official lepas maghrib sampai 10 malam.


Sila email minat anda pada darulsaka@gmail.com

Ini detail tempat dan alamat kursus.

http://kursusdarulsaka.blogspot.com/


Antara yang akan di Sentuh..

Asas Ilmu Lam Jalalah
Pendinding dll

26.10.10

KENYATAAN RASMI DARUL SAKA

Musuh nampaknya masih tak berpuashati dan sekarang menggunakan nama Ustazmadi seolah olah nak murid DEN yg dimanahkan untuk menyerang sesebuah pertubuhan. Si pengecut sudah tiada daya dan kehilangan idea idea untuk mengalahkan DEN..SIFU SEGALA SIFU maka cuba melaga lagakan DEN dengan sebuah pertubuhan lain yakni BSS.
Beliau telah mencabar kononnya bagi pihak Darul Saka. Mamat ini berharap DEN akan tumbang di serang oleh beribu2 ahli BSS...Dia ingat ahli BSS tu bodoh macam dia.

Jawapan DEN..DEN tidak pernah mencabar sesiapa di blog orang..itu kurang ajar namanya..Seperti biasa DEN hanya mencabar di BLOG sendiri sebagaimana pengetahuan korang.

DEN seorang pejuang..andaikata semua murid DEN atu Ahli Darulsaka meninggalkan DEN atas sebab2 keselamatan atau apa jua..DEN still fight to the Death. Kandung DEN dalam Alif..Binasa Alif Binasa DEN.

DEN raso mungkin DEN akan keluarkan gambar mamat tu yang memang ada dalam simpanan DEN untuk dibuat perbandingan kepada mereka yang mendalami ilmu Firasat Muka didalam BLOG ini.. DEN tak berapa gemar ilmu ini sebab DEN tak mahu berburuk sangka dengan orang dalam pertemuan pertama. Guru yang mengajar DEN serba sedikit ilmu firasat ni pun berpesan itu hanya luaran sahaja..namun jika hati dia sudah disulami zikir maka peluang dia untuk berubah dari tabiat itu tetap ada.

WIRID ASMA 7 HARI

Wirid ini sudah lama di amalkan di gugusan Tanah Melayu. Bermula dari Pesantren atau sekolah pondok...Ia sebagai suatu Jawapan atau Alternatif kepada kehebatan ilmu kanuragan atau ilmu berpaksi kepada Ilmu Dewa Atau Jin yang masih menular walaupun sudah berdekad Islam di kembangkan ketika itu...

Den rasa ADA BAIKNYA JUGA AMALAN INI DI BINCANGKAN DISINI agar kita dapat menilai betapa hebatnya ilmu ISLAM itu kalu kita tidak JUMUD..Amalan ini diamalkan ulama2 terkenal antaranya Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari.

Amalan ini amat mudah cuma ada masuk bab berpuasa...makan makanan yang tidak berdarah dan tidak tidur semalaman...Tujuan amalan ini ialah sebagai pergantungan sepenuhnya kepada Allah s.w.t dalam menghadapi Ilmu Kanuragan yg hebat2 seperti Rawa Rontek..Lam dll..

Ada patient..so i rest my case..

Amalan bermula petang Ahad selepas maghrib. Hendaklah dimulakan secara berterusan 7 hari. Jika tertinggal maka hendaklah diulangi kembali.

Hari Ahad

Amalan zikirnya ialah Ya Hayyu Ya Qoyyum sebanyak 500x.




















Pantangnya ialah tidak dibenarkan memakan benda benda yang bergantung kepada benda lain. Contoh Nasi dengan lauk. ini hanya untuk sehari semalam sahaja

Insyaallah kita akan dipelihara oleh 5,000 malaikat.


Hari Isnin

Amalan zikirnya ialah Ya Rahman Ya Rohim sebanyak 400x.

Pantangnya ialah tidak dibenarkan memakan benda yang bernyawa seperti ikan atau lembu atau babi dan lain2. Ia hanya untuk semalaman sahaja.


Insyaallah kita akan dipelihara oleh 4,000 malaikat.


Hari Selasa









Amalan zikirnya ialah Ya Malik Ya Quddus sebanyak 500x

Hendaklah menjalani puasa sunat sehari semalam.

Insyaallah kita akan dipelihara oleh 3,000 malaikat.


Hari Rabu

Amalan zikirnya ialah Ya Rabb Ya Mannan sebanyak 700x

Hendaklah berpantang tidak boleh makan makanan yang bergaram seperti Fun Fries dll sehari semalan. Kerjasama dari suami isteri amat penting..jangan le masa isteri atau suami nak mengamal masa tu le nak mengeram cam rimau. Sonangnya kasi je ubat tidur double dose pada pasangan anda supaya tidak menganggu..


Fadhilatnya semuga Allah s.w.t akan memberkati segala amalan kita dan juga menerima syafaat dari Nabi Ibrahim a.s.


Hari Khamis

Amalan zikirnya ialah Ya A'limu Ya A'zim sebanyak 800x.


Hendaklah berpantang minum air sehari semalam.

Fadhilatnya kita ditakuti binatang buas dan mendapat limpah berkat dari Saiyidina Ali k.t.w

Insyaallah kita di pelihara oleh 8,000 malaikat.


Hari Jumaat

Amalan zikirnya Ya Syafii Ya Mughni 600x


Hendaklah dijauhkan dari memakan atau meminum dari barangan yang kena api...microwave tu pu sama le tak boleh...kang ada lak yang kena sekeh untuk sehari semalam

Fadhilatnya , terlepas semua aniaya dan marabahaya serta diberkati dan diterangi hati kita oleh Allah s.w.t serta mendapat syafaat dari
Penghulu segala Rasul...Rasulullah s.a.w. Dipelihara kita oleh 6,000 malaikat.


Hari Sabtu

Amalan zikirnya Ya Fatah Ya Rozzaq 400x

He..he...ramai kantoi kat sini...semasa mengamalnya tidak boleh tidur walau sepincing pun sehari semalam...

Fadhilatnya ialah apa jua yang bernyawa tidak dapat memberi mudharat dan di selisihkan Allah s.w.t kepada yang lain serta limpah berkat dari Nabi Noh a.s. Dipelihara oleh 4,000 malaikat.


Sesiapa jua yang ikhlas mengamalnya serta yakin di hati ..insyaallah kita akan dipelihara oleh 46,000 malaikat dengan izin allah s.w.t jua...
Namapak mudah sebab jumlah zikirnya terlalu rendah..so itu yang menyebabkan dugaan lagi berat. Maka kerana itu guru biasanya melatih murid zikir ismu zat atau apa2 jua zikir sebanyak banyaknya menutup ruang kosong....

Amalan ini tidak boleh putus..putus kena ulang dari hari pertama...Deb cadangkan sebaiknya sebelum mengamalkan ayat ini jazamkan dulu ayat 7. Sebaiknya lagi berdepan dengan Den lutut bertemu lutut mengambilnya sebagaimana mengambil Talkin Kalimah Tauhid dari seorang guru ke murid...namun Den dan tulis ni maknanya Den dah kasi ijazah umum..at least u can try this at home....kata orang ambil rasa...Den rasa korang semua kantoi punyalah...Namun kalau memang anda tentera Allah yg terpilih..waima anda buka seorang yg tekun, alim, warak insyaallah pasti dimudahkan oleh Allah s.w.t. U will know what i mean....


Mana yang dah jazam amalan Asma ini..apa dipandang amalan berJIN apa dipandang barang berkhadam Dewa ke hapa..kata orang Sungai Manik...apa barang beb.... ! sio sio jo nama atuk Den Hj Saleh Sg Manik....


Yang nak copy paste pastu nak jual...riban riban dipersilakan semuga hidup anda tidak berketurunan...

Yg Fakir, Aku Haq Allah

Sifu segala Sifu

23.10.10

KELEMBAI

Gapo dia mamat ni ? Beruk ko ? Nate ko ? Berayuk ko ?

Ujud ke ? Zaman bila ? Ado lagi ko ? Fenin palo kawe......

Gamoknyo kawe pakat beli panadol selalu mikir menate ni !

Power sangat ko....?

Dengan Hanuman mana kuat ? Mano pulok margi Hanuman ni ?Adus.....Kelembai dok selesai mai pulok si Hanuman ekor berapi....kena pi beli Panadol Mestrual le gamoknya....

Sabor...ini layout untuk cerita temberang DEN akan datang.....


Kelembai ialah Sejenis Jin Berkepak yg dikatakan salah satu barang permainan DEWA. Ada beberapa Jenis Jin Tahap tinggi yang juga merupakan barang2 permainan DEWA..Oleh kerana tuan tuan Depa ni Bangsa DEWA...maka terserlah lah kehebatan mereka contohnya KELEMBAI...

KELEMBAI biasanya digunakan oleh Pelaut-Pelaut. Ia sejnis JIN yang amat Tinggi kuasanya dan boleh menyeberang laut...boleh menstabilakn Gelora laut dan mengalahkan Puaka Laut yang cuba mengganggu pelayaran.

22.10.10

Assunnah dan Wahabi

Apakah beza terbesar antara Assunnah Wal Jammaah dengan Wahabi.

Bab Aqidah

Wahabi menjatuhkan hukum syirik belajar sifat 20....mereka mengamalkan tauhid tiga serangkai...

Wahabi menjisimkan Allah yakni golongang Mujasimmah contohnya Allah bersemayam di Qursi yakni bertempat mengambil dalil secara direct walhal ianya ayat Mutasyabihat...Satu soalan sebelum Qursi dibina mana pulak Allah duduk ? He..he..pasti korang dijatuhkan hukum kafir kalau tanya soalan camni...
Dalam Assunnah Waljamaah pula Allah itu sedia ada tiada mula tiada akhir tidak ia menyerupai mana mana makhluknya yang memerlukan tempat kerana semua makhluknya yg zahir dan ghaib ada berjisim dan berjirim...maka itu dikatakan Laisakamithlihi....tidak serupa lansung dgn makhluk ciptaannya

Bab ini Tidak ada satu pakar Wahabi pun berani berdebat dengan Syeikh Fuad Al Rembawi seorang wali allah yg memimpin tarikat Ahmadiah di Rembau...Guru beliau merupakan Ahlul Bait yg digelar MUJADID di abad ini...Syeikh Muhammad Maliki...

Ustaz Abu Syafik lebih jelas penerangannya didalam blog beliau...mana2 yg ingin tahu bab 2 dalil ilmiah pergi baca blog dia...

Den amik bab perubatan je...Den kan sifu segala Sifu...so Den rentap dengan perawat2 Wahabi je le,,itu je ilmu DEN...
Wahabi menolak tarikat sebab katanya nabi tak buat...selawat syifak siapa yg amalkan berdosa besar...selawat kamiliyah siapa amalkan berdosa...sedang perawat aliran Sunnah memang sentiasa amalkan selawat2 ini dan lelain lagi seperti selawat Azimiah dll...


Ada dijual cd WAHABI hasil konsiprasi Yahudi di mana2 kedai menjual buku2 doa...rm5 aje...korang beli dan dengar...siapa guru si Muhammad b abd Wahab Laknatullah itu sebenarnya...siapa 2 isterinya tu..kafir yg menyamar islam..agen mossad...he..he..he...Wahai pencinta WAHABI..buat le solat hajat mohon Allah tunjukan apa dia tengah kena di alam barzah...buatle...mohon dengan hati yg ikhlas..kalau nak benar2 yakin berjuang diatas platform Islam yang benar...tok sah bising2...ini perjuangan..kalau setakat bangun malam solat taubat dan buat solat hajat mengenai bab penentuan asas perjalanan perjuangan pun malas...lupakan ajelah hasrat nak jadi pejuang Islam...Den cabar pemuka2 Wahabi atau siapa siapa yg was was buatlah solat hajat mohon petunjuk atau istiharah....barulah kita yakin kita mati dijalan kebenaran....