13.2.11

PLAGIAT ATAU COPY CAT

Ada DEN terima panggilan meminta izin untuk menerbitkan sebahagian Artikel
dari Blog DEN. DEN izinkan.

Maka disini mana2 pihak yang didapati meniru atau menyalin kembali sebahagian
atau penuh mana2 isi blog DEN akan DEN buek sesuatu. Samada tindakan melapurkan
kepada pihak berwajib atau tidak..terserah pada budi bicara DEN. So Den kasi
tempoh seminggu dari tarikh hari ini....

8.2.11

Selamat Harijadi Untuk DEN

Untuk semua pembaca cerita cerita temberang DEN...Hari ini adalah
hari kelahiran DEN di Sungai Manik Perak. (Made in Pengkalan Chepa,
Kota Bharu)

Insyaallah DEN akan putuskan suatu hadiah yang akan DEN umumkan sedikit
masa lagi.

Alhamdulillah DEN sudah bertambah muda belia...he..he..he..

5.2.11

Rahsia Huruf Nun

Inilah suatu huruf yang tiada bertemu mati. Huruf ada 2 kumpulan.
Ada yang Bertitik dan Tidak.

Den lebih suka membincangkan huruf NUN dahulu. Ada dua komponen pada
huruf Nun..yakni Titik dan Nun. kelebihan ada pada keduanya..namun untuk
alam nusantara sini..ramai pendekar maupun perawat menggunakan titik pada
huruf nun... NUN Wal Qolam...
dn
Kaedah titik NUN memerlukan mereka yg tinggi serta dalam pandangannya
tertumpu pada hati batin. Bila memandang sesuatu melalui titik NUN hendaklah
sampai putus makrifat kita akan sesuatu perkara. Ia memerlukan latihan.
Dalam kebanyakan tarikat seperti Naksyabandi tumpuan mata dan arah pandangan
akan tepat kepada hati batin. Oleh kerana itu memandang melalui titik huruf
NUN tidak dapat lari dari amalan zikir khofi. Kaedah terbaik memantapkan
ini ialah melakukan teknik zikir nafas samada biasa ataupun tongkat lidah.
Namun bagi mereka yang biasa menggunakan teknik ini..zikir nafas tanpa
tongkat lidah lebih sesuai. Ia selaras dengan pernafasan yang empat. Agak
sukar difahami Nafas Tanafas Ampas Nufus..Nufus memang sukar dicapai kerana
nafas ini adalah nafas yang paling rahsia dan menjadi Rahsa dan seterusnya.

Bagi mereka yang menguasai teknik ini cukuplah untuk menjadi seorang perawat
yg berkaliber. Ianya boleh menangkap JIN dan memenjarakannya. Penyakit zahir
dan batin boleh di ikhtiarkan. Asal sahaja rajin berlatih dan berdoa.
Maka perhatikan ungkapan " Ayat tidak memberi bekas ".

Maka kalau jumpa orang2 tua...cuba cubalah tanya mereka bab titik pada huruf
Nun. Biasanya sebagai sikap standard..samada mereka kata tak tahu atau belum
masa...So pandai-pandai le bodek...


Kenapa zikir nafas Tongkat Langit tidak berapa sesuai ? Apabila kita berzikir
nafas samada sedut Hu tahan Allah keluar Hu atau sedut Hu tahan Allah keluar
Allah atau sedut Allah tahan Allah keluar Allah atau sedut Allah tahan Al lah keluar Hu
atau sedut Allah tahan Hu keluar Allah dan seterusnya ....DEN katakan untuk
mengubat atau mendinding atau apa sahaja menggunakan Kaedah Putus Makrifat
pada Titik NUN. Tumpuan yg amat tajam akan menyebabkan kerutan di antara 2
kening dan amat memeritkan untuk beginner. Ianya bukan Scan tapi amat halus
seolah scan jua yakni kalau yang mengamalkan kaedah ini sudah tajam dan jitu
tahap Putus Makrifatnya.


Untuk kaedah Tongkat langit pula biasanya kalau dalam perubatan di gunakan
kaedah zikir 4 Alif....Ia akan berkait rapat kepada Zat Sifat Asma Afaal.
Hendaklah merujuk pada yang arif dimana rahsia Rahsa. Fahami dahulu kedudukan
Alif yang Di depan, Dalam Atas dan Bawah. Jika tidak akan timbul
salah faham penggunaan A dihadapan basmallah dan lain-lain. Manusia selalu
terhijap oleh kedangkalan ilmu. Ini baru bab Basmallah, belum lagi kalimah2
yang lain. Untuk menghurai lebih lanjut rasanya sukar dalam bentuk perkataan.
Sebaiknya rujuklah kepada Guru memasing. Ianya amat mudah untuk di jelaskan
dengan kaedah Face to Face talk.

25.1.11

Jin yg kecewa untuk hidup - 13 SG

Kisah dongeng ini diberitakan berlaku tidak sampai 1 purnama lalu. Den dikunjungi oleh sepasang suami isteri. Mood Den sedang hangin sikit.
Selalu den akan bersembang sambil membiarkan radar menjalankan tugasnya. Den terus aje activate aura saiklun. Jurus aura Saiklun bermagnitud 44 kaki radius. Biasanya pesakit akan merasa amat tidak selesa.
Pesakit mula gelisah dan akhirnya membentak " jangan kacau aku ". Den tersenyum kambing.

Apsal lak Den tak leh kacau - DEN membalas bentakan Jin.
Aku sayang dia. aku suka kat dia - balas si Jin dengan siotnya.
Dia kan dah ada suami ? - DEN mula naik hangin
Tapi aku dah sayang kat Dia ... - balas si Jin.
Ni kalau DEN layan ni 200 jam tak habis..nak bersayembara, DEN dah muak..
Ko Jantan ke Betina ? sergah DEN..
Jantan...dengus si JIN...

He..he..he...Datang dah idea baik punya..
OK...sekarang DEN Gunting anu ko..DEn pun terus gunting anu si JIN...
Terkedu dan tak terkata apa si JIN...
DEN panggil apperentis...Ambilkan tasbih 500...DEN lingkarkan pesakit
dalam tasbih 500 agar tidak keluar merayau rayau. Apperentis2 pun
memulakan zikir tasbih Ahmadiah. DEN pi keluar makan malam. DEN
perhatikan melalui tingkap kaca...Kemudian DEN minta TPB dan kawan pompuan
dia pi Setel..DEN tengok Astro lagi baik. Dalam 5 minit...TPB kata dah setel.

He..he...dorang hairan apsal cepat sangat...DEN jawab..Jin tu dah putus asa
untuk hidup..sebab anunya dah kena potong...

20.1.11

Satu Kesan Abadi

he..he..he..

http://www.youtube.com/watch?v=B8J5suY-_5c

Inilah yang mengaku Guru ..ada 520 buah..sekali kena kunci dengan DEN terus dendam
sampai hari ni...tu yang kutuk dari kejauhan je..ha..ha..ha..

18.1.11

Rawatan Resdung dan Urut

Darulsaka ada menyediakan rawatan Resdung secara tangas dan ubat serta bedak.

Rawatan Urut juga ada disediakan.

Doa Pendinding - Roh

Ya Allah, Wahai Zat yang CahayaNya berada dalam kerahsiaanNya dan RahsiaNya
berada dalam makhlukNya, sembunyikanlah kami dari pandangan orang-orang yang
jahat, orang-orang yang melampaui batas dan dari kalbu orang-orang yang dengki
dan orang-orang yang zalim, sebagaimana Engkau sembunyikan roh didlam tubuh.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.