11.6.11

Kembara Ke Bumi Ambiya - Mekah

Syukur atas jemputan Allah s.w.t ke bumi para Ambiya. Bermula dengan mimpi DEN melakukan tawaf 7x di Baitullah sebanyak 3x di awal tahun..Maka akhirnya DEN pun ke Tanah Suci Mekah.

Diatas Kapal terbang DEN bermunajat..Wahai Zat Wajibal Wujud...Didiklah hambamu ini...Maka bermulalah pengalaman pengalaman zahir dan rohani. Yg mana sukar diungkapkan dengan kata-kata..dan rasa kesyukuran yang teramat sangat.

Apa pun Warga Darulsaka telah mewakafkan Al Quran versi Madinah sebanyak 60 naskah di Masjidil Haram dan 10 buah di Masjidil Nabawi. ( Kalau versi lain..akan di keluarkan oleh petugas petugas mesjid. harga sebuah ialah 50 riyal...beli banyak dapat 43 riyal..dan di Madinah kami melawat Kilang Al Quran dan harga kilang ialah 31 riyal. Maka baki duit yg lebih DEN belikan 10 naskah di Kilang untuk di wakafkan 10 buah lagi di Masjidil Nabawi.

Setelah Miqat di Udara...semua jemaah pun memakai ihram..Sib baik DEN pakai awal2...DEN duduk Upper Dek selepas transit di Karachi...Kalau tidak susah BEB. nak guna toilet sempit giler. Pastu kena beratur..Yg tak faham pi amik wuduk sampai banjir lantai. ( Walhal segelas air sudah cukup )membahayakan kokpit pilot sebab banyak wiring ..last2 Stewardes kasi tutup itu bilik air..maka yg baru nak pakai ihram..terpaksalah pakai kat public..he..he..siap ada yg baru nak buka sepender ( kira macam skill mr Bean buka seluar dalam ).Maklumlah mana boleh pakai kain berjahit.


Sampai Di Jeddah terus ke airpot utk pengurusan haji dan umrah bukannya national airport mereka yang sebenar pun. Standardlah kita ni layanan kelas ketiga aje..walhal jemaah kita yg banyak create revenue utk mereka...Sabor ajelah le dengan perangai Pak Arab...Ikut standard biasa dah makan penampor SIAM DEN dah...Mini Den asyik suruh sabor aje.


Haus..tiada air di jual di tempat menunggu..Bulu ketiak hampir nak tumbuh balik dah ( sebelah bahu kanan kan kena buka - jadi yg berserabai bulu tu jelas le nampak, kalau berlendir boleh cicah capati ) baru clear semuanya dapat le beli air kat kiosk menunggu kenderaan. Biasalah harga ikut kepala lutut dorang aje...ada yang start tukar sim card Saudi Arabia. kami pun naik le bas...katanya dalam 6 jam. setelah 20 minit..turun dan tukar bas. Leceh asyik keluar masuk barang..Mini sibuk suruh tengok beg beg. Den cakap serah pada Allah aje..memang DEN tak sentuh pun...Baru nak terlelap ada suara hati sampai..baca le ayat seribu dinar sebanyak banyaknya..DEN baca sampai tertidur..sedar2 sudah di Depan hotel..perjalan tak sampai 4 jam pun...Masyaallah...Tiba around 2.30 am. ..Ikut ketua rombongan tawaf lepas Suboh sebab takut masih penat. Nak tunggu siang banyak pantangnya..masalah le..sebab masih dalam ihram..


Abang sepupu ajak pi buat Umrah terus. Subuh pukul 4.05 am. Tak yah tunggu Mutawif..kami pun meredah Kota Mekah di dinihari..pergh..macam bau gas..pedih mata..Bas jemaah semakin banyak. Masuk ikut pintu King Fahd no 79. Tertegun sebentar melihat keindahan luaran Masjidil Haram. Hati berzikir memuji Ilahi dan syukur atas jemputannya..Berjalan masuk...setelah simpan sandal..Subhanallah indahnya Kaabah. Tiada kata seindah bahasa kata orang Turkmenistan. Bismillahi Allahuakbar Walillah ilham. Maka kami pun bertawaflah. Tiadalah DEN mengikut doa2 yg di tulis di buku..melainkan DEN baca apa yg ada di Aurad. Tawaf adalah ibadat perbuatan maka yang mana tak hafal doa2 tu..tak yah le susah susah nak hafal..Yg penting jaga bahu kiri tu biar mengadap kaabah sentiasa...Kalau nak hafal doa2 tu..tunggu 14 tahun le..
DEN mulakan round pertama dengan Tasbih Ahmadiah dan seterusnya...Macam2 ragam ada,yg main cross over pun ada, kalau ikut procedure wajib dah DEN terajang..tapi pakaian ihram mengingatkan DEN...kalau terlebih angkat kaki kang terjulur pulak mamat tu...kalau cam orang pahang takpe le jugak.

Habis 7 x tawaf..kami pun buat solat hajat/sunat berdepan pintu kaabah.
Habis Solat hajat...berderu2 datang gambaran ahli ahli darulasaka berkirim doa hek eleh, mau kena cas 20 riyal ni. Tak pernah secerah itu gambaran muka mereka..memang lah hebat dan berkat Kaabah ni. DEN pun memanjatkan Doa agar doa doa mereka di makbulkan. Terus DEN berdoa..Wahai Zat yang menguasai Kaabah dan Seluruh Alam..Perkenanlah doa sahabat2 ku itu. Sembuhkan lah semua pesakit2 ku samada melalui diriku atau perawat2 lain dan tunaikanlah hajat mereka. Amin Amin Amin ya rabbal alamin.

Sampai Zohor Asar masih ado lai gambaran keluar, Adus leceh ni. ..teringat pesan guru, sebaiknya tutup..kang susah nak beramal...Esoknya DEN sms ke Wakil Darul Saka masukan dalam mailing list, tak yah dah main hantar jauh2..pakai SMS jo..DEN nak tutup scan..

Kemudian kami ke Safa membuat Saie 2 pusingan...dengan gagahnya...lepas itu tunggu azan Subuh..selepas solat sambung semula sehingga lengkap 7 round..terasa lega yang amat sangat dapat membuat Umrah Wajib ni. Balik ke hotel..DEN padamkan lampu..maka kami pun bertapa di Gua Hira'. Bangun pagi tiba2 terasa kaki semacam je..Hek eleh..sakit tapak kaki dan betis...adus.....jeng jeng...tengok teman sebilik yg lain pun mengaduh sama...kah..kah..kah...ayam bandar !


DEN dah janji tak nak interfere dengan mana2 JAN JIN JUN selama di Mekah...Tetapi..kwang..kwang..kwang...

PUJI QODIM BAGI QODIM

Maka berlakulah puji Qodim bagi Qodim.


Puji Qodim bagi Qodim
Puji Qodim bagi Muhadas
Puji Muhadas bagi Muhadas
Puji Muhadas bagi Qodim


Insyaallah terjawap soalan, didalam Solat Siapakah Yang memuji dan siapakah yang Di puji ? Maka kenallah diri kamu itu siapa. Usul Mengusul lah secara mesra. Allahuakbar

Den Selamat Kembali Ke Tanah Air

Syukur akhirnya DEN selamat balik ke tanah air....Semalam 10.June.2011

26.5.11

Den pi Umrah

insyaallah today, Jumaat 27. May.2011 Den bersama isteri akan ke tanah suci Mekah. Sejuta kemaafan
Kami pohon jika ada salah dan silap kami selama ini.


DARUL SAKA masih dibuka sepenuh masa , pagi sehingga malam.
Perawat ialah Pak Mertua Den yg di kenali juga sebagai

Pak Wan HP : 0193461946.
Pembantu, Adi : 0129845176

19.5.11

DEJAVU

Dejavu adakah ia berkaitan dengan Keabadian Masa - Suatu Hipotesis ?

Apa yang selalu menjadi kesalahan ialah bila seseorang itu merasa pernah menjadi seseorang di zaman dahulu...Ini adalah fahaman reinkarnasi Hindu dan banyak agama lain...Macamana pula orang Islam terjebak ? Suka melayan perasaan..maka syaitan akan mengujudkan bayangan seolah2 kita di zaman silam dalam watak berbeza..ianya secara khayalan atau mimpi. So ianya BATHIL.

Dejavu biasanya suatu pengalaman yg di rasai oleh Diri Terperi samada didalam mimpi atau kembara rohani yg di sengaja atau tidak..Maka bilamana kita melalui pengalaman secara zahir..baru kita terlintas bahawa kita rasa rasa memang pernah ke sesuatu tempat. Katakan kita bermimpi ke sebuah rumah di suatu tempat...2 tahun kemudian memang benar kita ketempat tersebut maka pasti kita terasa seolah dah pernah pergi ketempat tersebut

Kursus Sifat 20 Tahap 2 serta Mengenal Diri Tahap 1

Insyaallah Kursus Sifat 20 tahap 2 akan diadakan di darulsaka pada 20-22 hb Mei.


Maka dengan ini Darulsaka ditutup sementara untuk rawatan. ( Jumaat sehingga Ahad ) Tapi kalau santau tu boleh le..

Syukur kursus telah berjaya dilaksanakan..memang pening kepala..tetapi sekurang kurangnya terbuka sudah sedikit akan rahsia rahsia diri...Asas kepada martabat tujuh serta penghayatan kepada Zat Sifat Asma Afaal..

6.5.11

Keabadian Masa - Suatu Hipotesis

DEN dulu ada bertanya kepada aruah Guru dan guru2 yg telah sampai kepada makam hakikat
akan bab ini. Dalam pengajian keabadian masa ianya amat luas dan hendaklah dikumpulkan beberapa cabang ilmu untuk memahaminya. Tidak dapat tidak ianya mesti bermula dalam pengajian sifat 20 yang mendalam bukan setakat menghafal. Guru biasanya membahagikan ia kepada 4 wajah. Pembahagian 4 ini pecah kepada beberapa ilmu cabang yang biasa diguna oleh pendekar..perawat..ahli sufi. Keseluruhannya tetap berbalik kepada bermulanya semua ini dari satu titik. Berkembang ia kepada 4 sifat maani sebelum di cernakan lagi 3 sifat maani. Bertitik tolak dari kandungan ibu yang berpaksi kepada Wahdaniyat.

Penjelasan dalam penulisan amat sukar sebab itu tiada sebarang dokumen bertulis mengenai ilmu keabadian masa. Ianya melangkaui ilmu Rahsa dsbnya. Perlu dilalui baru kita faham. Ianya sebagai suatu catatan kepada DEN sahaja incase suatu waktu kelak DEN terlupa..