1.10.16

Penjara 6 Dimensi

Biasa kita dengar orang memagar umah dengan Garam Kasar Lada Hitam dan Simbahan Air Limau.


Pagar pun ada yang Ofensif dan Defensif. Kaedah Limau Penjara 6 Dimensi ini adalah jenis Ofensif.

Mana mana entiti berdekatan akan ditarik masuk dan terpenjara dalam limau tersebut.

Boleh juga kita menangkap Jin dan masukan dalam Limau tersebut. Namun itu tak sesuai kerna kalau dah dapat di tangkap ..penyekan ajele.

So Limau ini akan mengesan serta menarik Entiti Jahat seperti Jin dan Aura Negetif yang biasa di hantar ke rumah atau sesuatu tempat.

Cukup sekadar meletak limau itu di suatu tempat di perkarangan yang di maksudkan.
Menda lak 6 Dimensi ? Kerna manusia itu sendiri ada 6 lagi Dimensi ...

30.9.16

Doa Memagar Roh dan Ain



Ya Allah, Wahai Zat yang CahayaNya berada di dalam KerahsiaanNya dan RahsiaNya berada pada MakhlukNya,

Sembunyikanlah kami dari pandangan orang orang Jahat, orang orang yang melampaui batas, dan dari Kalbu orang orang yang Dengki dan yang Zalim, sebagaimana Engkau sembunyikan Roh di dalam Tubuh.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Inilah doa yang manjur melindungi Roh kita dari permainan makhluk  dan Ain. DEN ijazahkan pada yang nak Ikhtiar kaedah ini. Namun Den tak izinkan menjual Doa ini dalam bentuk apa jua pun.

Arabnya nanti Den minta Murid Den tuliskan. Sebaiknya hafal yang Melayu aje kerana lebih tersentuh.

Siapa yang mengaji Ilmu Kenal Diri pasti faham akan Bait Bait doa diatas secara Hakikatnya dan Musyahadah pula pada yang Jazam.

Ada sobab Den kongsikan doa ini ..sebab banyak na kes Roh di larikan sampai mamai mangsa di buatnya...Sampai mimpi bersetubuh dengan orang hampir setiap malam dan lain lain.

Ok la ..Ada Patient ni .. so Den stop dulu la..😴😴

Dah ado pun Arabnya.

Khaifiatnya : Baca selepas Solat atau bila bila di rasakan perlu.

VORTEX : THE FINALE

Hummak ai... ado lagi pasal Vortex ni.. ado yg whatsup Den cam cam pengalaman mereka.

Lupa lak Den nak citerkan Vortex ini tidak semestinya secara semulajadi dan kekadang ia datang kemudian samada dari Pengajian kita contohnya kita belajar ilmu Rawatan.

Pada yang belajar ilmu merawat atau persilatan atau yang mengamal Zikir Hikmah dan Tariqah kekadang Vortex itu datang sendiri dan bisa aje berubah ubah bentuknya.

Kita sendiri lebih tahu apa yang terjadi. Cuma petua Scan ialah melihat pada bahagian Pusar di perut. Nampak seperti gelung gelung Vortex. Macam puting beliung yang di lihat dari atas.

Den sendiri sekarang beberapa bulan ni jika berdepan dengan sesorang bermasalah Jin..akan menguap. Jika 3 x menguap maknanya ada 3 ekor le Jin. Namun biasanya kalau jadi camni Den terus Scan, kalau banyak na. DEN CONTROL LE. Takda la penat menguap. Gilor ko menguap je. Kang Jem lak rahang. Bilamdah mahir kita boleh masa terjadinya perkara tu buang terus je. Macam Den buang semasa menguap je.

La ni kalau orang yg cam sakit Fizikal pun dah mula menguap. Yang ni Den rasa nak block aje, leceh le .. kang ada yang lemah Anunya, jenuh le Den menguap. Tolan jo Makjun Kontol Den. Selesai.

Maka Den nak tegaskan disini dengan pengalaman kita boleh je Ejas atau Channelkan kebolehan VORTEX ini.

Apo Apo Hal Whatsup Den 0123623594.

Zaman ni semua orang dah kurang simpan kredit.. baik boli Data Plan untuk Whatsup ma.
Ado yang Sms Den, kredit Den adolah 3 - 4 Rm baki, tak dayo naj membalas. La ni banyak dah tompek ada Wi Fi ma..

25.9.16

VORTEX : Lanjutan


Di hari cuti ni Den sambung sikit aja.

1. Dari mana dan Kenapa  Vortex ini ?

Semulajadi.
Saka.
Menuntut.

2. Boleh di buang ?

Boleh

3. Boleh downgrade dan upgrade ?

Boleh

4. Camna nak elak sakit pada Tukang Vortex

Kaedah Petua
Rujuk Guru
Rujuk Perawat

Den tumpukan pada yang semujadi dan Berguru.


Biasanya Vortex ni kena pada Tukang Urut. Asal dia sentuh je mula le nak sendawa.

Perawat juga ada yang mengalami keadaan seperti sendawa, menguap, termuntah dan mengantuk serta lain lain abnomaliti apabila berdepan pesakit yang ada masalah berkaitan Jin dan Sakit Biasa.

Di nasihatkan jika Vortex jenis lambat mengeluarkan bisa dari badan elakan menyentuh lebih dari seorang yang bermasalah fizikal atau mistik.

Biasa bisa akan keluar melalui najis. Jika sekadar sendawa itu lebih pada deteksi awal dan juga mengalihkan angin dalam kadar sepontan. Ini tidak merbahaya.

Pada mereka yang semulajadi mereka sebaiknya mengenal pasti ketahann mereka sendiri dari pengalaman walaupun mereka bukan seorang perawat.

Rawatan Umum ialah membaca Fatihah dan telah air liur dengan makrifat untuk menyembuh Zahir dan Batin.

Boleh juga di latih mengalirkan ke bumi. Atau cam wiring le ..pembumi. Tidak semestinya kena tepuk lantai beb. Kalau tengah duduk bersila ok le. Just pegang je apa apa objek seperti dinding tiang dll ..lepaskan.

Tarik buang .. biasa di gunakan pada yang sudah biasa.

Pengalaman amat penting sampai Si Vortex dapat membezakan jenis yang di hadapi.. Bisa Angin , Santau , Jin dan lain lain.

Ada yang mampu menanganinya dan ada yang sekadar tahu aja kerana sudah berpengalaman tanpa mengetahu cara nak handle. Boleh di katakan ia salah satu kaedah Scan.

Namun bukan semua Vortex boleh mengesan dan berkesan pada Jenis Fizikal dan Metafizik. Namun tidak di nafikan ada yang mampu deteksi kedua dua atau hanya salah satu samada Fizikal atau Metafizik.






Apa apa hal nak contact Den guna Whatsup jo. Free ma 012 3623594. Guna Sms kredit kurang sebab boli Data Plan Maxis Rm 30 sebulan.

Den hanya perlu Gambar Nama Alamat Tarikh Lahir.

23.9.16

VORTEX : MENYEDUT .. Apakah ia baik atau tidak ?

Malam tadi Den di datangi 2 grup patient. Anaknya masih tak bercakap walau 3 tahun. Den cakap normal le tu, just kasi dia main Tab atau Handphone yang ada permainan dan Video pembelajaran. Minda budak cepat je absorb. Den top up budak tu.. udah aktif semacam jo.

Nanti bila dia tiba tiba boleh berkomunikasi kita akan tokojut sebab Vocabulary dia banyak. Zaman dulu lain le mak bapak kurang interaksi dan tiada alat bantuan.

Dalam pada tu Den terasa cam ada daya sedutan.. masa Den sedang ubek sorang lagi. La KAT BADAN DIA CAM ADA ANGIN PUSAR. VORTEK LE BAHASA BANJAR ALAI setelah Den scan.

Den tanya ..awak ni kalau pegang orang ada sakit ..awak ada terasa ke .. Ye Tok. Tua tak pasal Den. Den kato kek dio.. Awak ni kalau owang ada sakit fizikal awak pegang pun awak terasa..

Kalau ado Sihir lagi la..Kalau ada barang pada seseorang pun silap silap berjangkit.

Yang toruk ..kalau ziarah orang mati pun badan dio sakit sakit.

Sakit tu tak lamo tapi rimas le jugak. Ada yang sendawa, gatal, bisa , pijar , tokontut, menguap dan lain lain. Kadang kadang bergantung pada jenis sakit gak. Kalau yang Extreme boleh demam si Vortex beb.

Den raso kek Blog atau Fb takdo lagi temberang pasal Vortex ni...

Persoalan

1. Dari mana ?
2. Kenapa ?
3. Boleh di tutup ke ?
4. Camna nak elak sakit pada Tukang Vortex
5. Boleh Upgrade ?
6. Boleh Downgrade ?

Tengok la .... kalau ada umur yang panjang .. Den story lagi..

Apa apa hal nak contact Den guna Whatsup jo. Free ma 012 3623594. Guna Sms kredit kurang sebab boli Data Plan Maxis Rm 30 sebulan.

Den hanya perlu Gambar Nama Alamat Tarikh Lahir.

18.9.16

Mengapa Orang Mempunyai Saka Biasanya Teruk Gaban Sihirnya

Saka asasnya sebagai pelindung keluarga. Begitulah. 😁

Namun beberapa Kes yang di rujuk pada Den memang melampau tahap Sihirnya. Campur campur jenis Sihir dan berulang ulang.

Usah citer soal Tok Cha, Tok Batin, Pawang , Bomoh, Sami dan lain lain. Tok Bomoh pun guna scan juga bila nak mendajalkan mangsa.

1. Tengok Pendinding mangsa..

a) Ada mengamalkan Ruqyah sebagai pendinding

b ) Mengamal Petua

c ) Memakai Tangkal

d ) Memelihara Pendamping

e ) Mengamal Zikir Zikir

f ) Ada Saka

g ) Lain Lain

Biasa dah tahu apa halangan Sihir nya barule dia bikin dia punya kerja dan di beritahu Kos termasuk GST.

BIASA kalau Saka ni... Tok Gomoh akan ejas le Jin Pendekar Black Belt Kaler Biru. Kalau Yellow Belt alamatnya Tok Gomoh kena buat upacara Pengkebumian Jin Peliharaan dia.

Jika Saka banyak... maka Tok Gomoh tak guna Jin Jin dia.. kerna sayang takut cedera atau mati. Maka mereka mula menggunakan  Jembalang Tanah, Hantu Tinggi atau Puaka yang jenis FreeLance.

Pasti ada Tumbalnya. Kira cam upah le. Ayam Selasih Hitam. Darah Kambing Lembu dll.

Untuk Perawat yang tidak nampak. Mereka terus Ruqyah atau Jurus je. Nasible siapa yang kena. Namun kalau main Boh... Perawat kepenatan. Jenis yang main Tumbal ni..kalau sembelih memang bercantum balik beb. Maka give up le Perawat.

Pada yang boleh Scan.. mereka kena tahu bezakan Saka atau Kiriman Poslaju orang.
Kekadang Perawat pun terkentut kentut juga nak handle atas beberapa sebab.

Mungkin

a ) Perawat tak sihat
b ) Perawat banyak na Kes
c ) Perawat tak ikhlas bila dapat ciput.
d ) Memang tak terror
e ) Tenggelam Punca
f ) Sikap pesakit atau keluarga yang tidak di senangi perawat.

Ada juga Perawat mampu buang Jin Jin Sihir namun Hantaran berterusan bahkan di tambah lagi bomoh bomoh berbeza serentak.

Maka pada Den sebaiknya asingkan dahulu, Saka walau camna handalpun kalau berterusan kena Attack .. mereka pun semput beb.. minta Oksigen. So bila ada Perawat duk titik Jin Jin tu.. Depa dapat le berehat dan merepair kecederaan sampai merangka strategi baru.

Bukannya Den galakan bersekongkol dengan Saka. Cuma sebagai Perawat .. kita kena ada Art Of War. Kita pun perlukan Rehat. Kita buang siang.. malam depa mai team lain pulak. Letih bab. So masa tu biar le plak Saka amik alih. Kira Tag Team le. Hulk Hogan Tag The British Bulldogs.

Kadang Perawat dia sengaja biar je Saka Saka tu. Walau dah setel. JUST INCASE kena enjut balik secara Gerila. Kira Bodyguard le.

Lagipun nak buang Saka ni kacang je. Sihir ni je yang leceh, Saka BUANG depa tak mai dah. Sihir ni berulang ulang.

Bukan tak biasa .. Perawat yang Mahir dan Boring takda nak buat apa depa lagakan Jin Saka dan Sihir. Depa buat makrifat Gelanggang Boxing Berpagar Elektrik dan suruh depa lawan.
Bila tengok Saka cam nak kena Technical Knout Out je, Depa pun turun tangan enjut Jin Sihir. Kira Tak Aci le.

12.9.16

SAKA - Antara Kaedah Paling Mudah Nak Buang

Banyak sangat kaedah buang saka yang ada,

Putus Perjanjian
Ruqyah
Jurus
Lain Lain.

Antara kaedah termudah ialah Just panggil aja Saka tu mai duk tercongok depan kita dan sembang 2 3 perkara.
Pastu buang le. Lagi mau tanya ka.

Syaratnya jangan sampai dan merasuk. Kalau dah merasuk kasi tenang dulu, bila nampak saka kat luar terus panggil mengadap kita, mesti mai punya.

Kaedah ini amat mudah untuk Saka dalam pusaka lama. Kacang habis. Panggil aja Saka tu depan kita dan ejas le nak buat camna. Nak bunuh, nak buang, nak simpan, nak ikat kat tengkuk orang dll. Pusaka lama tu pi cuci le dengan Air Beras ke hapa. Tak usah le di buang dalam Sungai ke hapa.

Boleh gak di jual, atau di isi Khadam BARU.

Apa jenis Saka pun sama aja .. Rimau , Puteri , Tok Syeikh , Tok Wali , Ifrit , Jembalang, Pari Pari, Bunian, Dewa dll. Panggil aje. Biasa yang ngaku Syeikh dan Tok Wali ni kita katok kepala dia kuat kuat sebab ini konfirm nak rosak Iman orang aje.



WHATSUP ONLY 0123623594