29.5.09

Mengesan Santau

Kaedah mengesan santau yang tepat dan mudah boleh membantu mangsa dari menderita berlarutan.

Kebiasaannya pesakit sudah terlalu uzur baru dapat dipastikan sudah terkena santau. Beribu ringgit melayang membuat pemeriksaan doktor pakar. Bahkan ada pesakit yang sudah biru kukunya.
Terdapat beberapa kaedah untuk mengenal pasti samada sakit diri ataupun sihir samada santau racun dan upas. Dalam keterbatasan ruang dan masa maka biarlah saya menghuraikan kaedah2 mengesan santau sahaja

Kaedah biasa yang digunakan ialah
1) Menggunakan kelapa muda, telur, sirih
2) Scan samada gerak, hati dan pandangan.






Rr

28.5.09

Lanjutan Tentang SANTAU

Sebelum merawat santau perawat hendaklah memastikan apakah pesakit terkena santau berisi atau kosong.

Berisi disini bermaksud ada jin bersama santau yg dibawa. Kosong maknanya sesudah menghantar santau, jin tersebut terus belah.

Maka untuk santau berisi perlulah dibuang Jin dahulu. Barulah ditawar akan santau tersebut.
Tahap begini biasanya akan ada perlawanan antara PERAWAT dan PENYANTAU.

27.5.09

SANTAU

Ada banyak kaedah membuang Santau....

Kalau nak yg payah ..bawakan kelapa muda + garam kasar 2 ketul + Carrot 3 hiris + cili api 3 biji + air mineral.

Kalau nak mudah bawa aje air mineral....2 botol....

Saya tidak guna kaedah tepuk belakang kerana lambat dan bukan 100% baik..kena rajin ulang...

Nak pulangkan balik pun boleh....

Saya belajar banyak cara maka dengan melihat tahap dan jenis Santau barulah saya pilih kaedah yang tidak sakit....dan cepat....

Insyaallah mudah je....

20.5.09

Laman WEB

http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/board,70.0.html

19.5.09

Selain dari Buang Saka adakah perkhidmatan lain ?

Memang saya ada menyediakan perkhidmatan2 yg lain.....cuma buang saka saya menganggap diri saya no 1 kerana saya perhatikan tiada yang dapat buang lebih pantas dari saya....

Termasuklah buang susuk - tanpa perlu menyediakan apa2 barang kecuali air dan limau. Air dan limau hanya sebagai "tambahan" jikalau ada side effect akibat buang susuk...

Membuang Pendamping samada dengan Izin atau Tidak....
Dengan Izin terlebih Mudah....tanpa Izin pun mudah juga.....Tanpa apa2 barang...Dari jauh pun boleh....Mudah sahaja....

Pagar rumah....kalau pencuri terperangkap....boleh dibelasah sebelum dihantar kepada Polis...yakni tidak perlu diberi makan dan nasihat kepada pencuri sebagaimana ilmu orang tua-tua dulu...Pagar ini adalah untuk yg Zahir dan Yg Ghaib.....

18.5.09

Ramai Yg Ingin Belajar

Harap maaf...kaedah buang saka secara pantas ini tidak dapat saya ajarkan kerana....ianya bersifat amalan diri semata...Guru saya pun tidak ada ajar secara spesifik...bila zikir saya sudah mantap dan tiada niat apa-apa barulah saya diterangkan teknik mudah ini...

Maka ditegaskan disini tiada suatu bentuk ilmu khusus...

Kenapa 10 detik.......

Kerana tiada yg mampu buktikan pada saya kaedah buang saka yg lebih cepat dari 10 detik. Biasanya nak baca fatihah pun lebih 30 detik. Insyaallah kalau ada yg mampu 10 detik...Saya akan buat dalam 5 detik....Insyaallah