17.10.11

Ki Ageng Prayogo

Suatu sutradara sempena Darul Emas Perak Enterprise di lancarkan. Ceritera ini seperti semua ceritera yg lain dlm blog ini adalah rekaan semata mata untuk melapik masa duka, lara dan suka.

Ceritera bermula bila satu hari sedang Den merawat seorang pesakit terkena santau tahap gaban tiba 3 orang masuk ke Darulsaka, berbalam balam kehitaman menyelubungi. Adus apa pulak ni fikir Den. Ah biarlah dulu. apa yg datang Den takan lari punya. Waktu itu Den sedang merawat pesakit santau. Seorang aperantis Den sedang membuat latihan scan terhadap patient santau. Den tanya dia apa ko nampak?
Katanya nampak macam hirisan hirisan yang amat dalam dan kelihatan mengerlip kaca kaca.

Siot punya penyantau, setakat tabur di hati cukuple! Ini siap di toreh toreh di paru paru baru ditabur kaca. Kaedah tepuk amat tidak sesuai dan akan mendalamkan luka di paru paru. Den cek belum masuk aliran darah dan buah pinggang. Kalau masuk alamatnya bertambah satu lagi nama di papan nisan. Kasar permainan ni. Nak taknak terpaksa gak kontact secara tapak tangan. Cara ni leceh, sebab lepas 3 hari kulit tapak tangan sure jadi mengelupas sehingga nak cop jari pun tak nampak. Bila habis menggelupas cam kulit anak dara wa cakap lu.

Nak guna teknik pindah raga yg memakan tenaga pasti tak boleh, kerana pesakit yg baru masuk tadi pasti memerlukan sepenuh kekuatan kontak batin. Sekali imbas sudah tahu dalam atau tidak lautan untuk di duga. Perghhh biarin aje. Patient santau lebih memerlukan. Kenapalah 2 minggu ni asyik kena pesakit Santau aje. Yg bulu ulat berbisa pun ada dll.

Sambil menunggu TPB di Jaya Jusco Seremban 2, biarlah Den menyambung temberang. Den. Den kalau patient datang berlengang dan terbukti kes santau yg teruk, biasanya Den kasi minum air Yasin Fadhilat yg sedia ada di Darulsaka. Den suruh minum sampai kencing. Lepas tu Den nilai camna. Kalau masih banyak lagi barang dan bisanya baru Den guna telapak tangan Titanium.

Bila Den beransur ke belakang jelas satu aura hitam berbalam balam seolah olah ingin menelan Den hidup hidup. Dalam hati Den ucapkan Wa ufau widu amri ilallah. Ini mesti jadi kes rasukan lagi ni.

17 comments:

  1. boleh tok ajarkan ilmu scan nanti ya????

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. TB dah kembali berkarya menyampai pengajarannya....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, lama tak update dok tertunggu-tunggu ja heheheh

    ReplyDelete
  4. rindu den dekat cerita tok...carry on tok...

    ReplyDelete
  5. Yaaahooooo...BELAGAK Spielberg (ada bau2 belacan dgn STEVEN Spielberg) telah kembali berkarya setelah mendapat penaja..heh heh heh

    ReplyDelete
  6. salam,

    nak tanya adakah barang elektrik d rumah selalu rosak dan paip air selalu tersekat berpunca angkara makhlus halus?..padahal rumah baru 5 tahun beli. kadang2 dengar bunyi org main guli dan mcm2 lagi. Harap Pakar dapat hurai dan bantu.

    ReplyDelete
  7. Salam Tok,

    Makin teruk phd org kita sekarang ni. Bila duniawi dikejar ini le jadinye..

    Tok, saya nanti dpt bonus akhir tahun baru nak beli emas dgn Tok. Boleh ke?

    ReplyDelete
  8. Assalamu 'alaikum Tok kerana berkarya kembali, lamo nunggu panggung buka semula. Sambung Tok...

    ReplyDelete
  9. aduhhh... kesian betul la kalau terkena santau... Allah saja yg dapat balas dengan selayaknya kpd perawat 2 Islam ni..

    ReplyDelete
  10. ceritanya sangat bagus saya suka itu,salam kenal, anda boleh singgah ke blog saya http://skrtu.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. tok semalam mimpi berada dalam halaqah tok mengajar. ada tanya pasal sabdo palon. pastu tengok tok berlawan /training /demonstrasi. ada orang cuba tetak tok dari belakang ngan parang pastu tok pusing n kepit parang tu ngan jari je. waw. apa maknanya tu tok??? nape saya ditunjukkan mimpi tu??

    matang raja

    ReplyDelete
  12. iskk.. iskk ... elok di santau kan aje .. bomoh2 santau nihh ... tak abis2 nak naya org...

    ReplyDelete
  13. tok bomoh serba boleh..mengarah,mengarang,silat,menulis..maam2 lagi lah..(me autakan jin pown pro gak) heheheh

    ReplyDelete
  14. apa kaedah perubatan darul saka gunakan?

    ReplyDelete