20.10.16

Lidah Pahit Lidah Hitam

Apo ko bondo tu 😎



Talian Lam Jalalah

Apabila kita sudah berjaya lock sesuatu entiti maka ada 2 perkara terlibat.

1. Kita campak dan masih ada talian kita dengan Jail tersebut.
2. Kita campak dan putuskan talian.

Bezanya ialah pada gambar no 1 itu ia amat berkait rapat dengan amal seseorang. Jika semakin mantap amalan beliau maka entiti di dalam Jail tersebut boleh musnah kerana Zikir yang menerbitkan Nur di sekitar Lam Jalalah tersebut. Nur zikir di generate di Qalbu.
Maka biasanya entiti tersebut akan meruap dan gone for good.

2. Ada perawat tak mahu membunuh entiti maka di makrifatkan talian tersebut putus seperti rajah 2.

Namun ada juga perawat yang terlepas entiti tersebut lantaran kurang kukuh dan boleh di selamatkan oleh orang lain akan entiti tersebut.
Biasanya mereka yang mengambil Lam Jalalah berasakan seni mempertahankan diri Jailnya kurang mantap dan talian tidak berapa lancar aliran letriknya. Bagaimanapun untuk diri sendiri lepas.

Kita boleh tahu di mana level kita jika sehingga 40 hari .. Jin tu steady je duk dalam Jail .. makan berak cangkung, cuma tak boleh keluar je.

Pada yang di biar tanpa talian... pada yang mampu boleh aje panggil balik untuk di pasang kembali talian.





13.10.16

Lam Jalalah - Asas Aplikasi

Suatu pendekatan mudah untuk mengamalkan Asas Lam Jalalah.

Boleh aje di lakukan dalam apa jua keadaan kecuali sedang berak dll.

Tertibnya di lakukan dalam keadaan duduk dan berwuduk.

Ibu Jari kanan di lekat di lelangit.
Tahan nafas
Buat lakaran seperti di rajah tanpa menyentuh puting tetek korang dan lalu di bawah pusat. Dari 1 hingga 3.
Sampai di bahu kiri.
Tekan ibu jari dan zikir TAHLIL 40 x senafas dan disudahi Tauhid Muhammad.
Di akhir tekan ibu jari dan baca yang no 4 di rajah untuk menguncinya.
Masa zikir tu sehingga kita tenggelam dalam Kalimah Tahlil itu seolah di selubungi cahaya putih menyelubungi seluruh jasad kita zahir dan batin.

Ia sukar pada permulaan namun suatu waktu kelak anda pasti rasa mudah aje.

Maka dari sini hubungan Syahadah dengan Ilmu Lam Jalalah. Memang ada Guru kata takda hubungan. Salah tu.

Ada beza yang amat besar bagi mereka yang melazimi atau istiqomah dengan Zikir Tahlil dan membuat Lam Jalalah dengan sekadar mereka yang mengambil Teknik Lam Jalalah sahaja.

Kerna itu mudah aje di buka oleh mereka yang arif akan Lam Jalalah mereka yang biasa biasa ni. Bahkan Lam Jalalah ini boleh di hurai dari sudut keilmuan Sifat 20.


Zikir Tahlil di sudahi dengan Kalimah Tauhid Muhammad.

Biasakan dahulu selepas solat. Apabila sudah mudah melihat cahaya putih meliputi kita maka boleh le untuk proses amalannya, Di amal selepas Suboh dan Maghrib selama 44 hari untuk mendapat " RASA ".

Siapa yang ingin mengamalnya. DEN izinkan asal bukan untuk di niagakan.

Untuk aplikasi seperti memenjarakan Jin, guna jari penyaksian untuk membuat lakaran seperti rajah.

 

Lam Jalalah - Memerangkap Jin III

Kaedah ini sesuai untuk Jenis Jin lam yang boleh bercantum walaupun telah di sembelih bagai oleh perawat.
Pendekar yang mengamalkan ilmu lam ( bukan Lam Jalalah ) memang mampu bercantum kembali antara kepala dan badan ketika embun menyentuh tubuh .. maka apabila berjaya di penggal mereka di pisahkan oleh sebatang sungai. Kepala dan Badan tidak dapat bercantum lagi.
Untuk perawat yang dah sembelih kemudian esoknya masuk balik berkemungkinan dari species Jin yang sama.
Maka sesudah sembelih Lam kan bahagian kepala dan badan berasingan.
Pastu baling je kat Asrama mana mana. Biar orang nampak hantu takda kepala atau kepala aje merayau rayau. Nanti kalau ada orang minta scan ..chargele Rm 300 ke hapa. Tu belum masuk upah tabur garam kehapa. Dalam Rm 14,000 ok le . Jangan lupa GST included. Kemsen Den 20 % jangan lupa.
Ramai perawat tak faham lepas sembelih 2 3 hari Jin yang sama masuk balik. Ini le Den nak kasi tau.

Perawat lak yang nampak kepala je bergerak gerak mau konfirm dulu ma.... samada dalam Lam Jalalah atau tidak. Kalau tak letih le baling garam ke taik besi ke Ruqyah 18 jam ke .. kecuali korang dah boleh buka Lam orang yang membuatnya.

Serupa juga korang kalau jumpa Hantu Jepun takda kepala .. amik je pastu baling kat mana mana. Den pernah test. Ada yang nampak askar duk berkawat takda kepala. Depa tak kacau le. Dah dalam kurungan cam belon ma. 😂

Den tengah latih orang main Jurus Kebatinan ni. Sambil tu boleh le bertemberang. Permainan kebatinan ni mainan budak budak jo. Di serang dengan emosi terpental le kebelakang. Basic Play kata orang. Den masa tingkatan 1 dulu dah main menda cenggini. Lepas tu Jurus le hantu. Tengok siapa yang kena.

La ni Den upgrade le sikit dengan kaedah Lam Jalalah pulak. Baru ada Turbo.
Ni dorang nak tarik Jin dari patient dan nak pasung kat tengah sambil di jurus. Variasi aje. Takda apa pun. 



12.10.16

Lam Jalalah - Memerangkap Jin II

Bila dah kurung.. kalau mau mantap. Kasi kunci le. Kunci nya .. Hayyun Daimun Layamut.

Lepas dah lock. Lempar je kat mana mana pun. Mamat tu akan lepak dalam kawasan tu aje. Luasnya atas makrifat kita.

Makanan ada jo dalam tu, rezeki di jamin Allah ma. Cumo takdo lah Ayam Golek , Asap Colok dll.

Kadang kita biasa nampak cam terapung jo cam belon. Kalau kita scan nampak le Lam Jalalahnya.

Kek sini kalau nak test tahap kita ... Try le lepaskan Jin tu .. kalau mampu lah.

Kalau payah na nak jumpa. Suruh kawan bikin Jail dan kurung .. pastu kita try lepaskan.

2 perkara dapat kita tahu. Tahap si pembuat Lam Jalalah dan Tahap si Pembuka Lam Jalalah.

Pendekar dolu dolu selalu amalkan menda bersilang ni. Mereka biasa aje semasa membuka gelanggang samada dalam pergerakan bunga silat perhatikan mereka membuat Lam Jalalah samada pergerakan tangan bersilang atau pergelangang telapak tangan bersilang. Maka jangan nampak lembut jo tapi ada Isi ma. Ado lagi cara pasang tapi biarlah simpan sikit untuk abang pendekar.

Maka takdalah di Sudi atau di kunci orang. Ikat tengkolok pun ada kaedah bukan nak lawa jo. Ada adap dan doanya serta petua.

Nanti Den coret lagi. Dah nak masuk Tesco.



11.10.16

Lam Jalalah - Memerangkap Jin



Tu dia ... Ghost pun kono penjara 😂

Kaedah ini mudah sangat. Takda hantar Jin duk sana sini. Mekah la dll. La ni nak buat Visa Umrah pun dah nak naik 3 x ganda. Entah entah berangan aje. Entah kemana di baling nya Jin tu dikatakan di hantar ke Mekah ke Laut , Pauh Janggi dll. Ia ke ?

Macam ni senang. Sebagai latihan cari le tempat angker yang kononnya banyak hantu. Kaut simpan dalam seperti rajah di berikan. Senangkan ? Ada sampai 2 saat ke ? Takda kan ?

Pelan pelan kayuh. Katakan ada 3 ekor ... Boleh ke sekali kaut simpan 3 ekor atau sekor sekor ?
Boleh aje. Nak asing asing pun boleh.

Tak cari makan le tok gomoh dan perawat Islam nanti. Perlu garam , perlu limau, perlu air , tak perlu pun. Mudah bukan 😂

Belajar dari pertanyaan dan pengalaman kerana itu akan mematangkan kita. Kalau teori je tak jadi le.

Kalau ada tempat angker le ... contoh rumah berhantu. Perlu ke tabur Garam , siram air dan sebagainya ? Tak perlu pun. Kaut Buang.

Barang barang sihir yang di tanam .. perlu ko di cari dan di buang..? Kalau di tanam dalam tanah dan di simen jenuh le. Dah nak kena guna khadam Bunian untuk amik keluar. TAK YAH LE. Barang tu akan reput sendiri kalau Tuannya dah duk dalam Lokap Lam Jalalah.


Perlu ke berdepan di tempat yang di maksudkan atau tidak ? Untuk beginner elok le berdepan amik rasa. Bila dah jemu sambil makan kacang kat Ostolia pun boleh buat ma. Kata orang mudah aje ma. Mana sampai 2 saat pun.

Menda mudah jangan buat buat payah sebab nak harap upah mahal. Pesakit pula jangan le bila dah nampak mudah kira nak free aje. Mau fikirle expertise tu. Samo cam specialist Rawatan Hospital. Give n Take. Specialist amik masa belajar extra time. Tu bolum lagi belajar online dengan Guru berbayar.

Camtu jo ko ? Bergantung. Kalau nak kunci ..baco le Hayyun Daimun Layamut. Kat tengah tengah tu , kira macam ikat uncang le.

Berapa lama tahan ?
Kukuh ke ?
Tak lepas ko ?
Apo lak Jin nak makan dalam tu ?
Tanyo la Guru 😂

Dulu ado orang kasi bekas kaco isi insulin kek Den. Den isikan Jin jo dalam tu. Budak budak nak main botol tu Den biarkan ajo termasuk anak anak Patient. Ado yang buka tutup tapi tak reti nak tutup balik. Elok jo Jin Jin tu duk ontok ontok dalam botol. Takdo depa dapek keluar de walau takdo tudung.

Takdo lak Den nak peranyut ke laut ke hapa. Botol tu tak sampai 1 inci pun besarnya. Bagusnya senang Den lotak sticker apo jonis hantu yang Den lotak.

Mendo camni kadang Guru pun tak ado maso nak ajar. Sendiri bikin la. Dari situ datang pengalaman dan idea. Lobih lobih Jin Jin tu hangin jo.

Kang ado lak ustaz bangang kato Jin mano boleh kono ikat ke hapa. Apa lagi ... masukan jo jin jin tu dalam perut Ustaz tu atau tambat kat Tolur dio. HE HE HE. Mendo tak tahu bertanya la.

Bila dah praktis baru kita tahu Jin Jin ni pun ado yang liat , tegar dan macam macam kerenah cam manusia juga. Gunakanlah akal dan pertimbangan. Jangan asal ado Jin jo kita nak Lamkan. Doso beb. Den hanya kasi tahu camno nak guno pisau. Pisau ni boleh buek membantu masakan dan bunuh. So sendiri mau ingat le.

Ok cukupla sebagai intro Memerangkap Jin. Mainan budak budak le kata Jin.

9.10.16

Bismillah 3

Suatu Amalan yang Manjur sebagai ikhtiar Pendinding Diri. Di amal selepas solat. Di awali dengan Selawat. 

Setiap Baris Baco 3 x. 

Kalau nak baco kek Limau atau Air buek Penawar dan Pendinding pun boleh.

Asal tak di jual , Den izinkan perkongsian ini. 

Amalan ini termaktub dalam Yasin Junjung. Yasin Junjung ni payah nak jumpa sobab guru dulu dulu tulis tangan jo. Samo gak dengan Yasin 40. Semua tulisan tangan Gak. Murid Den buatkan PDF ado lak mamat Jual Rm 300. Dia jual agama dengan harga yang murah.

Kalau orang tanya antara Yasin Junjung dengan Yasin 7 Mubin mana lebih manjur dalam soal Hajat ... Yasin Junjung le 😂




Lam Jalalah - Suatu Enigma 3

Apo pulak ni ? Setakat yang Den tahu bolum lagi ada Guru yang menjaja Ilmu Lam Jalalah menjual yang ini. Sobabnya tak sampai lagi.
Bukankah lebih banyak kita buka jalan Ilmu lebih banyak Allah buka untuk kita.

Kalau menjual maka kita dah amik ganjaran awal ma. So kiro Push Stop le.

Orang Kato ilmu Lam Jalalah ni Hebat na, kalau dah pasung Jin siap Kunci Hayyun Daimun La Yamut sure tak leh lopeh punya 😆.

Betul ke ? Kalau jin tu sendiri meme le tak leh buka .. tapi kalau Tuan Punya Jin itu atau siapa yang ado ilmu buleh aje buka ma.

Sonang jo nak test Lam Jalalah korang dah mantap je idak.

Korang Lamkan sekor atau beberapa ekor. Pastu suruh je kengkawan keluarkan Jin Jin tu dari Kurungan Lam Jalalah tu. Suruh Guru pun boleh. Kalau Guru tak boleh.. , mesti Guru berbayar ha ha ha . Kalau Guru le .. sonang Bah itu ..kata orang Sabah.

Teknik nak kasi keluar tu atas memasing punya pengajian la. Nak guna Jurus Pemecah Langit ko hapo try le, kasi Bom Nuklear ke hapa yang macam ramai kata dalam Kursus Jarak Jauh depa ajar terutama yang Kopicat Wong Alus punya. Cerito jo lobih.. sekali di buka kojap jo. Tak sampai 2 detik. Maknonya dapek kulit jo. Itu nipis.

Mano yang mampu buko tu.. tutup le balik. Kita gurau gurau jo ..mana la tau dia kena sorang dengan Jin, tak ke naya 😂

Jika hangus terus Jin pun boleh.. Tapi tu kiro low level le. Yang mantap. Jin tu sihat walafiat tak cedera.

Ilmu kalau tak di cuba kang perasan cam bagus jo. Boleh gilo.

Maka ada 3 perkara di sini.

1. Lam kita kukuh ke idak
2. Kita mampu ke idak buka Lam orang
3. Camno nak Bikin Lam kita anti Bocor.

Berapa Ramai Perawat dan Pesilat yang amal Lam .. Bocor gak di enjut Jin dan Bomoh..bolum lagi Di Test orang Hakikat lagi Makrifat.

Akhirnya Kita Balik pada Asal... Makin banyak belajar baru Tasdik di Hati kito ni Bodoh Hina Fakir Lomah. Guru Den kato kalau tak dapek gak ni.. Susah le.... Lahaulawala Quwatailla billah.






7.10.16

Lam Jalalah - Suatu Enigma 2

Apo ko bondo lak ni 😂

Ni baru ompek , kalau pocah 10 lagi ponin. Malaikat 10, Sahabat 10 dll. Lotih beb.

Nak Amal Lam Jalalah cari je Guru kek kampung. Free ma.

Separuh Guru dia kasi mandian dulu. Ado yang kasi amal je dulu sebelum Ijajah ma. Ado la sobabnya. Lopeh tu mungkin dio ajar bab nafas. Mano masuk mano keluar. Mano naas mano come. Itu ikut kaedah olahan Guru dari pengalaman memasing.






1.10.16

Lam Jalalah - Suatu Enigma

Dewasa ini dah mula Trend orang menjual ilmu. Sampai ilmu yang Langka ini pun ado yang menjual. Lotih la camni. Nanti kono sumpahan ilmu baru padan muko.

Lam Jalalah ni biasa yang ngambik amalnya aje. Mano datang tidak di kesahkan janji menjadi. Entah apa yang menjadi itu Subjektif memasing.
Biasa Silat Tok Gomoh dan sekarang Perawat Ustaz Islam pun dah pakai dah ..he he he . Kiro dah campur campur lak.

Macam macam caro dorang jual ilmu ni. Kasi amalan sebelum tu mau amik mandian dulu biar rasi katanya. Tontulah kono bayar. Setakat yang Den belajar la, Free je beb.

Ada peringkatnya. Yang Den kasi ni biasa biasa ja, Ilmu budak budak la katakan.

Pelan pelan ada Izin Allah kita kupas bersama. Mano yang menjual tu apa lagi boleh le nambah idea dan modal untuk jual.

Den suko amik ompek ompek kerana mudah ingat. Ada Guru terangkan kelmarin.. Biasa yang detail pecah 10. Dari 10 pecah 10. Kayolah kalau jual ilmu. 100 Step beb. Terajang je.

Yang Den nak citer 4 x 4 baru 16. Samo jo, pocah jo banyak. Samo gak orang sufi pocahkan Nafsu pada 4 ada yang detail lagi 7 ( Rhodiatan Mardiatan Kamil )

Den mulakan dari yang ado Mim kerana ado setengah Guru kata ini dah tinggi na.. Hek eleh.... Yang Basic cam Hu Allah Illallah tu ... Tarik dari Bahu Kanan pusing ke pusat membawa ke bahu kiri.
Lopeh tu kunci dengan Hayyun Daimun Layamut. Ini barule asas pada LAM JALALAH.

Di ceritakan Lam Jalalah adalah manifestasi dari Sifat 20. Maka yang Wahabi tak leh nak amal le.

Apakah ada kena mengena dengan Kalimah Tauhid ?

Mano lak datang mim ni ?

Apakah boleh di kesan mereka yang mengamalkan Ilmu Lam Jalalah ini ?

Ada cara ke nak Pasang Lam Jalalah ni. Ikut Sendi Besar atau ikut Arah Mata Angin Atau berlapis lapis  ?

Ado yang main jurus semasa di serang dalam emosi pakai Lam Jalalah gak .. Terpental kawan kawan tu di bueknya. Kesian.

Ada beza ke dengan Pendinding yang zaman la ni tengah kecoh balik serang je Terpental ke belakang ? Atau 2 ini one ..

Kalau merawat boleh ko jadi pendinding ...

Kalau nangkap Hantu boleh ko ...

Kalau Hantu Enjut boleh lepas ko ...

Boleh ko kurung Hantu ...

Ada pantang atau larangan ko ...

Sakit palo mikir eh...

Sonang citor  , manusia selalui memusuhi apa yang dio tak tahu. Dio ingat ilmu Allah ni sikit ko. 2 x lautan jadi Tinta pun tak habis nulis. Kita ado ni pun sebahagian kocik dari setitis air laut tu beb 😂









Kaedah Memotong Limau

Limau ni banyak di guna dalam masakan dan rawatan. Kaedah memotong yang ada pun banyak.

Yang Den belajar berbelas. Yang kerap Den guna pakai ompek ni le.

Ada potong sempena 4 Unsur Alam , 4 nafas , 7 sifat Maani, Lam Jalalah dll.

Rujuk aje Guru anda. Kadang bukan Guru tak mau ajar .. Dia lupa sebab takdo yang menanya.

Pisau memotong pun ada doanya. Bukan main terjah jo.

Orang Melayu ni luas ilmunya. Jangan asal nampak pelik jo terus jadi Qadhi jatuh hukum.



Salam 9



Kaifiat Mengamalnya.

Biasa di Amal Selepas Subuh dan Maghrib.
Boleh juga di baca di tempat baru yang kita jejak.

Tak yah le bagi Salam pada Tok Nenek bagai. Mengaku Cucu lak tu. Bangang. Banggo la tu jadi Cucu Setan.

Biasanya kali pertama di baca 3 x setiap baris salam. Cuma yang terakhir tu di baca 313 x. 

Habis tu Hadiahkan le Fatihah pada mereka.

Seperti biasa usah le di jual. Nak amal amal aje. 



Penjara 6 Dimensi

Biasa kita dengar orang memagar umah dengan Garam Kasar Lada Hitam dan Simbahan Air Limau.


Pagar pun ada yang Ofensif dan Defensif. Kaedah Limau Penjara 6 Dimensi ini adalah jenis Ofensif.

Mana mana entiti berdekatan akan ditarik masuk dan terpenjara dalam limau tersebut.

Boleh juga kita menangkap Jin dan masukan dalam Limau tersebut. Namun itu tak sesuai kerna kalau dah dapat di tangkap ..penyekan ajele.

So Limau ini akan mengesan serta menarik Entiti Jahat seperti Jin dan Aura Negetif yang biasa di hantar ke rumah atau sesuatu tempat.

Cukup sekadar meletak limau itu di suatu tempat di perkarangan yang di maksudkan.
Menda lak 6 Dimensi ? Kerna manusia itu sendiri ada 6 lagi Dimensi ...

30.9.16

Doa Memagar Roh dan Ain



Ya Allah, Wahai Zat yang CahayaNya berada di dalam KerahsiaanNya dan RahsiaNya berada pada MakhlukNya,

Sembunyikanlah kami dari pandangan orang orang Jahat, orang orang yang melampaui batas, dan dari Kalbu orang orang yang Dengki dan yang Zalim, sebagaimana Engkau sembunyikan Roh di dalam Tubuh.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Inilah doa yang manjur melindungi Roh kita dari permainan makhluk  dan Ain. DEN ijazahkan pada yang nak Ikhtiar kaedah ini. Namun Den tak izinkan menjual Doa ini dalam bentuk apa jua pun.

Arabnya nanti Den minta Murid Den tuliskan. Sebaiknya hafal yang Melayu aje kerana lebih tersentuh.

Siapa yang mengaji Ilmu Kenal Diri pasti faham akan Bait Bait doa diatas secara Hakikatnya dan Musyahadah pula pada yang Jazam.

Ada sobab Den kongsikan doa ini ..sebab banyak na kes Roh di larikan sampai mamai mangsa di buatnya...Sampai mimpi bersetubuh dengan orang hampir setiap malam dan lain lain.

Ok la ..Ada Patient ni .. so Den stop dulu la..😴😴

Dah ado pun Arabnya.

Khaifiatnya : Baca selepas Solat atau bila bila di rasakan perlu.

VORTEX : THE FINALE

Hummak ai... ado lagi pasal Vortex ni.. ado yg whatsup Den cam cam pengalaman mereka.

Lupa lak Den nak citerkan Vortex ini tidak semestinya secara semulajadi dan kekadang ia datang kemudian samada dari Pengajian kita contohnya kita belajar ilmu Rawatan.

Pada yang belajar ilmu merawat atau persilatan atau yang mengamal Zikir Hikmah dan Tariqah kekadang Vortex itu datang sendiri dan bisa aje berubah ubah bentuknya.

Kita sendiri lebih tahu apa yang terjadi. Cuma petua Scan ialah melihat pada bahagian Pusar di perut. Nampak seperti gelung gelung Vortex. Macam puting beliung yang di lihat dari atas.

Den sendiri sekarang beberapa bulan ni jika berdepan dengan sesorang bermasalah Jin..akan menguap. Jika 3 x menguap maknanya ada 3 ekor le Jin. Namun biasanya kalau jadi camni Den terus Scan, kalau banyak na. DEN CONTROL LE. Takda la penat menguap. Gilor ko menguap je. Kang Jem lak rahang. Bilamdah mahir kita boleh masa terjadinya perkara tu buang terus je. Macam Den buang semasa menguap je.

La ni kalau orang yg cam sakit Fizikal pun dah mula menguap. Yang ni Den rasa nak block aje, leceh le .. kang ada yang lemah Anunya, jenuh le Den menguap. Tolan jo Makjun Kontol Den. Selesai.

Maka Den nak tegaskan disini dengan pengalaman kita boleh je Ejas atau Channelkan kebolehan VORTEX ini.

Apo Apo Hal Whatsup Den 0123623594.

Zaman ni semua orang dah kurang simpan kredit.. baik boli Data Plan untuk Whatsup ma.
Ado yang Sms Den, kredit Den adolah 3 - 4 Rm baki, tak dayo naj membalas. La ni banyak dah tompek ada Wi Fi ma..

25.9.16

VORTEX : Lanjutan


Di hari cuti ni Den sambung sikit aja.

1. Dari mana dan Kenapa  Vortex ini ?

Semulajadi.
Saka.
Menuntut.

2. Boleh di buang ?

Boleh

3. Boleh downgrade dan upgrade ?

Boleh

4. Camna nak elak sakit pada Tukang Vortex

Kaedah Petua
Rujuk Guru
Rujuk Perawat

Den tumpukan pada yang semujadi dan Berguru.


Biasanya Vortex ni kena pada Tukang Urut. Asal dia sentuh je mula le nak sendawa.

Perawat juga ada yang mengalami keadaan seperti sendawa, menguap, termuntah dan mengantuk serta lain lain abnomaliti apabila berdepan pesakit yang ada masalah berkaitan Jin dan Sakit Biasa.

Di nasihatkan jika Vortex jenis lambat mengeluarkan bisa dari badan elakan menyentuh lebih dari seorang yang bermasalah fizikal atau mistik.

Biasa bisa akan keluar melalui najis. Jika sekadar sendawa itu lebih pada deteksi awal dan juga mengalihkan angin dalam kadar sepontan. Ini tidak merbahaya.

Pada mereka yang semulajadi mereka sebaiknya mengenal pasti ketahann mereka sendiri dari pengalaman walaupun mereka bukan seorang perawat.

Rawatan Umum ialah membaca Fatihah dan telah air liur dengan makrifat untuk menyembuh Zahir dan Batin.

Boleh juga di latih mengalirkan ke bumi. Atau cam wiring le ..pembumi. Tidak semestinya kena tepuk lantai beb. Kalau tengah duduk bersila ok le. Just pegang je apa apa objek seperti dinding tiang dll ..lepaskan.

Tarik buang .. biasa di gunakan pada yang sudah biasa.

Pengalaman amat penting sampai Si Vortex dapat membezakan jenis yang di hadapi.. Bisa Angin , Santau , Jin dan lain lain.

Ada yang mampu menanganinya dan ada yang sekadar tahu aja kerana sudah berpengalaman tanpa mengetahu cara nak handle. Boleh di katakan ia salah satu kaedah Scan.

Namun bukan semua Vortex boleh mengesan dan berkesan pada Jenis Fizikal dan Metafizik. Namun tidak di nafikan ada yang mampu deteksi kedua dua atau hanya salah satu samada Fizikal atau Metafizik.






Apa apa hal nak contact Den guna Whatsup jo. Free ma 012 3623594. Guna Sms kredit kurang sebab boli Data Plan Maxis Rm 30 sebulan.

Den hanya perlu Gambar Nama Alamat Tarikh Lahir.

23.9.16

VORTEX : MENYEDUT .. Apakah ia baik atau tidak ?

Malam tadi Den di datangi 2 grup patient. Anaknya masih tak bercakap walau 3 tahun. Den cakap normal le tu, just kasi dia main Tab atau Handphone yang ada permainan dan Video pembelajaran. Minda budak cepat je absorb. Den top up budak tu.. udah aktif semacam jo.

Nanti bila dia tiba tiba boleh berkomunikasi kita akan tokojut sebab Vocabulary dia banyak. Zaman dulu lain le mak bapak kurang interaksi dan tiada alat bantuan.

Dalam pada tu Den terasa cam ada daya sedutan.. masa Den sedang ubek sorang lagi. La KAT BADAN DIA CAM ADA ANGIN PUSAR. VORTEK LE BAHASA BANJAR ALAI setelah Den scan.

Den tanya ..awak ni kalau pegang orang ada sakit ..awak ada terasa ke .. Ye Tok. Tua tak pasal Den. Den kato kek dio.. Awak ni kalau owang ada sakit fizikal awak pegang pun awak terasa..

Kalau ado Sihir lagi la..Kalau ada barang pada seseorang pun silap silap berjangkit.

Yang toruk ..kalau ziarah orang mati pun badan dio sakit sakit.

Sakit tu tak lamo tapi rimas le jugak. Ada yang sendawa, gatal, bisa , pijar , tokontut, menguap dan lain lain. Kadang kadang bergantung pada jenis sakit gak. Kalau yang Extreme boleh demam si Vortex beb.

Den raso kek Blog atau Fb takdo lagi temberang pasal Vortex ni...

Persoalan

1. Dari mana ?
2. Kenapa ?
3. Boleh di tutup ke ?
4. Camna nak elak sakit pada Tukang Vortex
5. Boleh Upgrade ?
6. Boleh Downgrade ?

Tengok la .... kalau ada umur yang panjang .. Den story lagi..

Apa apa hal nak contact Den guna Whatsup jo. Free ma 012 3623594. Guna Sms kredit kurang sebab boli Data Plan Maxis Rm 30 sebulan.

Den hanya perlu Gambar Nama Alamat Tarikh Lahir.

18.9.16

Mengapa Orang Mempunyai Saka Biasanya Teruk Gaban Sihirnya

Saka asasnya sebagai pelindung keluarga. Begitulah. 😁

Namun beberapa Kes yang di rujuk pada Den memang melampau tahap Sihirnya. Campur campur jenis Sihir dan berulang ulang.

Usah citer soal Tok Cha, Tok Batin, Pawang , Bomoh, Sami dan lain lain. Tok Bomoh pun guna scan juga bila nak mendajalkan mangsa.

1. Tengok Pendinding mangsa..

a) Ada mengamalkan Ruqyah sebagai pendinding

b ) Mengamal Petua

c ) Memakai Tangkal

d ) Memelihara Pendamping

e ) Mengamal Zikir Zikir

f ) Ada Saka

g ) Lain Lain

Biasa dah tahu apa halangan Sihir nya barule dia bikin dia punya kerja dan di beritahu Kos termasuk GST.

BIASA kalau Saka ni... Tok Gomoh akan ejas le Jin Pendekar Black Belt Kaler Biru. Kalau Yellow Belt alamatnya Tok Gomoh kena buat upacara Pengkebumian Jin Peliharaan dia.

Jika Saka banyak... maka Tok Gomoh tak guna Jin Jin dia.. kerna sayang takut cedera atau mati. Maka mereka mula menggunakan  Jembalang Tanah, Hantu Tinggi atau Puaka yang jenis FreeLance.

Pasti ada Tumbalnya. Kira cam upah le. Ayam Selasih Hitam. Darah Kambing Lembu dll.

Untuk Perawat yang tidak nampak. Mereka terus Ruqyah atau Jurus je. Nasible siapa yang kena. Namun kalau main Boh... Perawat kepenatan. Jenis yang main Tumbal ni..kalau sembelih memang bercantum balik beb. Maka give up le Perawat.

Pada yang boleh Scan.. mereka kena tahu bezakan Saka atau Kiriman Poslaju orang.
Kekadang Perawat pun terkentut kentut juga nak handle atas beberapa sebab.

Mungkin

a ) Perawat tak sihat
b ) Perawat banyak na Kes
c ) Perawat tak ikhlas bila dapat ciput.
d ) Memang tak terror
e ) Tenggelam Punca
f ) Sikap pesakit atau keluarga yang tidak di senangi perawat.

Ada juga Perawat mampu buang Jin Jin Sihir namun Hantaran berterusan bahkan di tambah lagi bomoh bomoh berbeza serentak.

Maka pada Den sebaiknya asingkan dahulu, Saka walau camna handalpun kalau berterusan kena Attack .. mereka pun semput beb.. minta Oksigen. So bila ada Perawat duk titik Jin Jin tu.. Depa dapat le berehat dan merepair kecederaan sampai merangka strategi baru.

Bukannya Den galakan bersekongkol dengan Saka. Cuma sebagai Perawat .. kita kena ada Art Of War. Kita pun perlukan Rehat. Kita buang siang.. malam depa mai team lain pulak. Letih bab. So masa tu biar le plak Saka amik alih. Kira Tag Team le. Hulk Hogan Tag The British Bulldogs.

Kadang Perawat dia sengaja biar je Saka Saka tu. Walau dah setel. JUST INCASE kena enjut balik secara Gerila. Kira Bodyguard le.

Lagipun nak buang Saka ni kacang je. Sihir ni je yang leceh, Saka BUANG depa tak mai dah. Sihir ni berulang ulang.

Bukan tak biasa .. Perawat yang Mahir dan Boring takda nak buat apa depa lagakan Jin Saka dan Sihir. Depa buat makrifat Gelanggang Boxing Berpagar Elektrik dan suruh depa lawan.
Bila tengok Saka cam nak kena Technical Knout Out je, Depa pun turun tangan enjut Jin Sihir. Kira Tak Aci le.

12.9.16

SAKA - Antara Kaedah Paling Mudah Nak Buang

Banyak sangat kaedah buang saka yang ada,

Putus Perjanjian
Ruqyah
Jurus
Lain Lain.

Antara kaedah termudah ialah Just panggil aja Saka tu mai duk tercongok depan kita dan sembang 2 3 perkara.
Pastu buang le. Lagi mau tanya ka.

Syaratnya jangan sampai dan merasuk. Kalau dah merasuk kasi tenang dulu, bila nampak saka kat luar terus panggil mengadap kita, mesti mai punya.

Kaedah ini amat mudah untuk Saka dalam pusaka lama. Kacang habis. Panggil aja Saka tu depan kita dan ejas le nak buat camna. Nak bunuh, nak buang, nak simpan, nak ikat kat tengkuk orang dll. Pusaka lama tu pi cuci le dengan Air Beras ke hapa. Tak usah le di buang dalam Sungai ke hapa.

Boleh gak di jual, atau di isi Khadam BARU.

Apa jenis Saka pun sama aja .. Rimau , Puteri , Tok Syeikh , Tok Wali , Ifrit , Jembalang, Pari Pari, Bunian, Dewa dll. Panggil aje. Biasa yang ngaku Syeikh dan Tok Wali ni kita katok kepala dia kuat kuat sebab ini konfirm nak rosak Iman orang aje.



WHATSUP ONLY 0123623594

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha

10.9.16

Saka - Kenapa sikit sikit Saka

La ni ujud Trend asal jumpa Ustaz, Perawat, Tok Bomoh, Tok Pawang, Tok Peran, Tok Batin jo mesti kata Saka.

Sebabnya Sako ni payah so boleh le cas Lobih termasuk GST. Membongak jo. Amik buat Kelapo hontak kek kepala.

Kalau Sihir nak Cas lebih kang orang terasa berat. Kalau sako ni orang memang tak berahi nak bolo takut turun pada anak keturunan.

Walhal Sako lah paling sonang buang berbanding sihir, sajo jo perawat cerita kena putus la, kono buang kek Kuala Sungai, Kek Hutan dan lain lain asal kedengaran Angker Payah dan Ngeri.

Sako kalau betul buang .. habis gitu je.

Sako kalau setakat mandi Shampoo atau Sabun Bidara tak hilang do. Bongak jo, simptom mungkin la, Sako steady jo ngisap Vape.

Sihir kalau betul buang .. pasti ada repeat silap silap double triple trouble lagi. Sobab itu sihir ni enjut balik je.

Kalau Sampuk tu paling mudah. Kentut dah setel.

Buang tu maksud Den termasuk le Jail, Bunuh , hantar kat orang lain , hutan banat, simpan kek Simpang 3 jalan mati, danau mati atau susah susah ikat kat tengkuk orang lain atau masukan ajo dalam perut orang yang kita minat or else apa aja asal tak mai dah.

No Contact Den Whatsup jo

0123623594

Gambar Nama Alamat Tarikh Lahir.



Saka Yang Mai Mana Entah

Sebelum Den lanjuti, Den ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

Den dah kerap mendapat Kes Kes Saka. Walhal pada logiknya ia tidak sepatut turun pada Mangsa kerana ada lagi Waris yang teratas atau di atas dalam senarai penerima Saka atau Singgahan Saka.

Biasanya di zaman Moden ini, di musim perayaan barulah kita ada kelapangan untuk balik ke Kampung melawat Sanak Saudara.

Ada antara yang balik kampung membawa bersama Jin Jin dari permainan Sihir samada mereka sedar atau tidak. Yang tidak ialah mungkin pendinding mereka masih utoh cuma belum ada kaedah membalas kembali secara otomatis.

Harus di ingat Saka di bela oleh Pemilik Asal yakni Tok Nenek kita dahulu antara lain ialah sebagai pelindung khianat orang kepada ahli keluarga mereka.

Bila sampai kampung .. Saka Saka yang belum memilih Tuan selepas kematian Tuan biasanya akan bertindak melawan Jin Jin Sihir. Ia suatu Sayembara. Jika Jin Sihir banyak maka Jin Saka akan bergabung menumpaskan.

Takan Free bro. Mau kincin pun bayar beb. Bila dah tolong mesti mau bayar. Maka ini kekadang bila kita scan dalam dalam kenapa lak dia ni dapek sako walhal ado lagi Warigh yang atas atas.

Kalau sako monang takpo lak juga. Ini mati hidup nyawa nyawa ikan. Dio amik le ubek Life Saver. Darah. Amik Darah lagi cepat pulih dari makan hidang seperti telur ayam kampung dan minyak ke hapa.

Darah mano plak. Tak main la dari Tabung Darah. Dari darah Haid le . Kalau takdo atau raso kelat ko.. mula la dia bagi Love Bite kat Peha ke atau mano mano. Kalau kat leher tu bukan. Tu laki dio punya kojo.

Lobam ni biasa bulat merah kebiruan. Kalau ada Garis halus kek tongah konfirm Pelesit. Kalau takdo biasanya Polong dan Species yang lain. Nak buang sonang jo. Baca An - Nas 3x kek tapak tangan kanan. Tokapkan pada bekas lobam. Kalau kek leher tu biar aje ...ada gak banggo berlagak cam power.

Sako yang menolong tu pun jilake juga. Bilo dio raso cam best jo, lekat terus. Walaupun ikut schedule pakcik atau makcik kito giliran membelonya.

Kalau dio monang 50 50 , tu yang menenggek jo. Kira upah la. Kalau kalah KO tu takdo lah panjang cerito. Kalau monang tu atas dio lah. Kalau dia raso nak dia, ikutla kito sebagai Pewaris baru. Dapat la SANAD cam orang sekarang berguru nak bersanad siap banding bandingkan Sanad Guru dio lebih Aula dari Sanad Guru orang lain.

Jangan Lupo ... Sihir ni cerita tak habis beb. Satu Gagal pasti akan ada Hantaran Sihir Baru samada Bomoh yang sama atau Lain atau keduanya sekali bergantung pada Budget si Hasad Dengki tadi. Kos la ni tinggi beb sobab inclusive of GST.

Lazimnya dari sihir dapek lak Sako. Dapek 2 in 1 le. Untung badan. Untung Batu Timbul, Untung Sako Mampuih.

Itu cerita lain la pulak. Biasolah style Den. Cerito mana pernah habis. Ada je part One Part Two atau lupa nak sambung sampai merajuk la yang baco. Macam Den tak tahu. Rasain lo.

Jadi Awas bila balik Kampung !

Ada Sako Whatsup Den 0123623594.

Den hanya perlu Gambar Nama Tarikh lahir dan Alamat jo. Bin atau Binti sama aja.

Sekarang moden tak yah tulis buku buku dah. Sonang Den nak rujuk kalau ada kes berulang.

Kalau Kes Orang Ketiga. Lebih baik kasi jo gambar semua yang terbabit.

Den pakai Tab so Huduh na kalau bercakap, bosar 8 in Tab Den ni, kang orang ingat Den telingo Mammoth. Maka Whatsup jo.

0123623594.


8.8.16

Ilmu Juga Tahu Memilih Tuan

Ramai betul yang dewasa ini menjual ilmu.

Den tahu ramai juga yang so call Mahaguru, Tok Guru, Muallij, Prof Dr dan entah ke hapa gelaran duk jaja jaja ilmu. Harap Janggut je lebat.

Cerita come come ..last last .. tulis tidak dibenarkan mengamal tanpa Ijazah Guru.
Mesti Transfer Duit dulu baru ada Ijazahnya. Opah ko.

Sampai Yasin 40 yang Den punya Group buat PDF pun ada yang jual Rm 300. Agak agak le bro. Yang beri Ijazah pada Ibu Den tu lama dah meninggal. Free aje.

Risau plak Den nak kongsi Amalan. Kang ada Geng asal ada ayat semua nak jual plagiat tambah sana sini sikit. Tak pasal pasal Wali Songo punya nama kena petik.

Aruah Mursyid Den takda pernah jual apa apa Amalan pun. Murid sendiri je le kena fikir sendiri.

Kalau nak jual ilmu .. kaya le. Satu Amalan Rm 200 pun dah cukup kaya.

Akhirnya Murid pun jaja ilmu. Murid atas murid pun jaja ilmu juga. Guru plak ciplak amalan orang pi jual. Ramai ciplak dari Web Indonesia.

Amik amalan , dia sendiri tak amal. Pastu jual , olah sedikit sana sini.

Sendiri mau ingat. Ilmu yang bermanafaat panjang faedahnya ... sampai dah alam barzah sana pun dapek pahalo. Kalau dah berbayar ... Push Stop.

Den tak citer soal ilmu Matematik, sains ke hapa. Faham ajelah blog apa ni kan.

Waima berguru biar berlaga lutut. Baru ada Ummph.

Balik balik soal kos dia belajar. Aik mengungkit ke ? Tak nampak Pahala yang Allah sediakan untuk penuntut ilmu ke ? Apakah kos dia belajar nak pindah pada murid murid ? Membongak jo.
Cakap ajelah nak cari makan, kan senang. Allah lebih tahu apa yang ada dalam sanubari.

Ingat Kos Syeikh Abdul Qadir Jilani..masa kecik aje dah 40 Dinar. Kalau SAQJ tu cas pada murid murid dia camtu rasa rasa patut ke ?

Pada Den, lupakan aja Guru camni. Lebih lebih yang main transfer transfer energy ke hapa. Ada jaminan tak di Cilok baik punya oleh Jan Jin Jun ?

Alang alang nak jual ilmu baik yang ado prepaid. Boleh Top Up ma.

Orang dulu nak cari Guru .. Berpuasa, Solat Hajat biar di Tunjukan Allah siapa Guru untuk kita. Baru ada Barokah.

Citernya BAROKAH atau Berkat aje .. Itu Aje.




3.7.16

Rahsia Huruf Nun - 1

Sambungan dari Pengenalan Huruf Nun.

Kaedah asas di guna pakai ialah Geluk Air.
Biasanya Geluk dari Tembikar putih. Air putih di isi dalam 3 / 4 Geluk.

Ada juga menggunakan Saputangan atau Kain Saprah putih dalam size 1-1/2 kaki x 1-1/2 kaki.

Tujuan hampir sama cuma ada sedikit perbezaan.

Kaedah ini hampir pupus dikeranakan banyaknya tohmahan dari Perubatan Perubatan Islam yang sempit dan Jumud. Tuduhan Khurafat dan sewaktu dengannya adalah suatu yang lumrah.

Nasihat Den pada so Call Ustaz Segera ...

Andai anda menuduh orang syirik .. jika salah ia berbalik pada anda.
Di takdirkan betul tuduhan anda .. anda tidak dapat pahala pun atau gaji dari tugas Mopti tiada Phd.

Maka ramai yang mahir kaedah ini just simpan ia sebagai khazanah ilmu.

Ada juga perawat menggabungkan dengan Badik untuk merawat. Biasanya Badik ini untuk mengocak air atau di guna untuk memotong limau.

Lapar lak dah pukul 4 ptg bulan Ramadhan.

Nanti ada Izin Allah.. Den sambung.




Whatsup only 012-3623594 Untuk Pertanyaan Rawatan samada Appointment atau Rawata  Jarak Jauh.  Bayaran Ikhlas.




1.7.16

ZIKIR - Suatu ANOLOGI

Dalam menghuraikan  tahapan zikir dan perbezaannya boleh terbahagi kepada 4 peringkat.....

Zikir Syariat

Zikir syariat itu adalah dengan menyebut nyebut nama Allah sama ada dimulut atau dihati diulang seberapa yg mampu

Zikir Tarikat

Zikir Tarikat itu dengan menyebut nyebut nama Allah dengan mentasdikan didalam hati pada makam makam tertentu dan menilik aliran degup jantung, nadi atau nafas dengan bilangan tertentu.

Zikir Hakikat

Zikir Hakikat sudah tiada sebutan nama nama Allah atau huruf hanya menilik dan menumpu segala nafas, nadi dan deria diri dan tiada had masa. Allah sudah tidak bernama...

Zikir Makrifat

Zikir makrifat sudah tidak berhuruf dan bersuara.....ianya bermula dengan menyaksikan, dengan pandang memandang hingga tidak ada diri......kerana yg dipandang itulah yg memandang......

Hanya boleh dibincangkan dalam menuntut ilmu dan pengajian.....

Yang Merasa Aje yang Tahu

13.6.16

YASIN - Petua

Ramai yang mengikuti saranan Den dalam membaca Yasin samada untuk tujuan perubatan atau memulangkan balik sihir, membunuh penyihir dan lain lain tujuan metafizik.

Juga Den perturunkan di sini petua semasa hendak memulakan membaca Yasin.

Sediakan

1. Apa jua jenis limau 12 biji.
2. Air Mineral beberapa bekas.
3. Bedak Kompak atau bedak Sejuk.
4. Minyak Urut

Air mineral tak perlu di buka tudungnya ..kang masuk kuman TB lak.

Sediakan barang tersebut di hadapan kita setiap kali ingin membaca Yasin.

Walau apa niat kita pun biar aje barang barang tersebut di hadapan kita.

Limau di gunakan untuk mandian. Biasanya 3 biji sehari. Biasanya petua ..jika mandi di mulakan pada hari pertama itu petang maka elok di sambung pada hari kedua ketiga keempat pun petang juga. Jika pagi ..pagilah ... Jika malam ..malam lah..

Air tersebut minum segelas selepas membaca Yasin. Boleh minum bila perlu. Terutama di siang hari Ramadhan 😂😁😀

Bedak Kompak atau Bedak Sejuk ialah untuk sakit gatal kulit. Di bacakan juga 3 x ayat seribu dinar pada bedak tersebut. Sapu pada kawasan yang terlibat.

Untuk minyak urut bacakan Ayat Yasin 72 73 sebanyak 3 x.

Biasanya jika kita berniat untuk memulangkan sihir dan sebagainya biasanya akan ada tindakbalas dari pihak lawan. Maka itulah gunanya disediakan barangan tadi..

Wahai Zat Wajibal Ujud .. Dengan berkat Kalimah Suci Mu , Aku bermohon.... nyatakan hasrat anda ..

0123623594 Whatsup only

24.5.16

Voodoo JIN

Vodoo JIN - Suatu Ilmu Langka yang hampir pupus... Suatu Kesah Dongeng

Biasa kedengaran dan terlihat mangsa adalah manusia dan sesekali Bintang Ternak atau Liar...
Namun DEN di beri kesempatan bertemu seorang yang memang Pakar dalam MengVodookan JIN termasuk Pendamping Saka dan lain lain tahap Jin.

Kisah bermula semasa DEN mula merawat di Sekolah Rendah Taman Sungai Besi Indah hampir sedekad yang lepas....




Mulanya ada sahabat kenalan forum talifon menanyakan sesuatu permasalahan... Tentang Zuriat

DEN cakap datang le.. kita sembang sembang..

Member DEN tu pun citer le masalah beliau...Setiap kali Isteri dia mengandung..Anak dalam Kandungan akan meninggal dalam... SAKA katanya... DEN tanya siapa cakap..Ustaz Perawat yang cakap.. Oooo Den diam aje.. DEN tenung hek eleh mamat ni Ghupo nyer...

DEN suruh dia citer semasa dia kecil dahulu.... Maka Konfirm le... DEN suruh dia bawa Isteri dia...Kali pertama mengandung Gugur dalam Kandungan...Kali Kedua sempat lahir tapi meninggal..Kali ketiga ...Sempat dengar suara tangisan bayi tapi meninggal...Hati Ibu manakah yang boleh menahan sebak...

Suami menyalahkan Saka Isteri.... Isteri menyalahkan Saka Suami....

DEN kata ini bukan saka la.... Terkezut mereka suami Isteri

Kebetulan Sahabat DEn baru je tiba..So DEN suruh mereka jumpa di di Surau Sekolah...DEN dengar aje apa yang mereka bicara

Ini bukan Saka yang makan Anak ko.. Tapi Menda yang nak mendamping... yang duk makan...

Siapa punya Pendamping ? tanya mereka serentak... DEN senyum biri biri aje kerana biar mereka dengar Second Opinion..

Sahabat DEN cakap ini lama punya citer... Menda ni Ikut laki ko sejak kecik...Ha.... Terlopong si Suami... Si isteri pun apa lagi..mencebek le.. sebab selama ini Saka dia yang di persalahkan atas gugurnya 3 Baby sebelum ini..

Habis nak buat camna tanya mereka ?

Den menyampuk ...apa lagi kita titik lak Jin Mangsat tu...

Masing masing saling pandang memandang...

Den cadangkan ikut kaedah Sahabat Den....Esoknya Mereka datang...Perkakas semua sudah di sediakan. Plastisin Tuala Good Morning Jarum Peniti Lilin dan lighter...Den pun sound kengkawan yang nak explore new Experience....

Segala kelengkapan kami sudah ada...Pukul 10 mlm kami lepak surau sekolah....Den sendiri nak tengok proses Ilmu Langka ini...

Sahabat mengambil Plastisin... Di uli uli membuat bentuk badan..kemudian membuat tangan kaki dan kepala... Dah macam budak sekolah...

Kemudian di buat bentuk Jantan... Jin tu Jantan le... Maybe minat

Setelah di buat bentuk orang maka di buat pula seolah olah mayat... Kemudian diambil Tuala Good Morning potong dua serta di buat kapan... Jarum peniti di cucuk 7 tempat....Perghh Brutal ni

Den scan... takda apa pun kena kat Jin tu...Pelik ni... Sahabat cakap pukul 2 nanti kita gerak ke tempat tersembunyi untuk meletak Patung ni...

Den call kengkawan cari tempat tersembunyi... Maka ada cadangan nak cari Kubur... Den cakap pada Sahabat... Lagi Bagus katanya... Tak da orang mengacau... Last last dapat satu tempat di Jirat Cina yg tak pakai dah....

Den tanya si Suami.. nak ikut tak? Mestilah nak ikut.. dah 3 x makan anak dia.. Den kata ok aje.. Van pun sampai untuk mengambil kami....

Ngam pukul 2 am kami bertolak membelah kabus... DEN masih pelik kenapa Jin relax je tak jadi apa apa walau sudah di cucuk jarum 7 bilah.

Akhirnya sampai le ke tempat atau Jirat Cina tersebut.. berkabus.. Kami di minta parking Van tersebut pada satu arah.. Supaya bila dah selesai senang balik.. sebab di nasihatkan JANGAN PANDANG BELAKANG

Sampai je semua senyap... Memasing tiada pengalaman... Menanti buah bicara dari leader.. Sahabat pun buka pintu Van.. Dia duduk di sebelah Driver... DEn orang kedua keluar... DEN duk Seat tengah...

Ko nampak tak apa yang aku nampak ? DEN jawab nampak... Awal lagi DEN nampak... Tapi sebab kita kena hormat Ilmu Orang dan DEN pun ikut sebagai mencari pengalaman bukan nak test ilmu orang... maka DEN diamkan apa yang DEN perhatikan semasa Van sampai dan membuat U Turn untuk memudahkan JANGAN PANDANG BELAKANG.

APAKAH MENDANYA ?

GONDORUWO !

Ya itulah Hanturaya Tanah Melayu di Indonesia di panggil Gondoruwo. Bentuk sama cuma perbezaan pada warna bulu sahaja satu coklat satu Coklat tua.

Cuma yang ini memang besar. SADO LE kata kawan Den dari Uruguay.
Biasa range dalam 10 - 12 kaki . Sebab itu kalau depa masuk rumah cam nunduk aje.
Yang ni dalam 20 kaki.

Agaknya cukup makan pakai. Asap banyak ma. Banyak persembahan. Di jirat Cina ...

17.5.16

PELESIT - Suatu kisah kelakar Bangang Abadi.

Citer ni maso Den duk kat Panchor Jaya. Maso tu baru ada jalan 6 jo.

Den kojo kek KLCC maso tengah buek le  .. jauh ulang alik tapi syiok ma.

Adolah warih maghi dari Kedah. Setelah citer ni di edit, dia merasuk la pulak. Pastu pi le jumpa Ustaz kek Taman Guru ..

Tau jelah Pelesit kalau merasuk cam siol. Memekak jo. Ustaz dah berair seluar dalam. Habis yg di hafal dio baco. Last last .. Dio amik Ubat Power. Lado Hitam. Tekan kat Ibu Kaki ..

Lagi meraung le. Sakit sakit sakit .. Aku nak balik. Ingat 800 x si pelesit kato nak balik nak balik. 

Den hangat hati .. Den kato ko nak balik naik bas ke.. tak mau .. Kurang ajar punya Pelesit. Ustaz dah terlepak. Last Den tanya ko nak balik naik kapalterbang ko.

Ia la, mesti naik kapalterbang, datang naik kapalterbang.. Letih beb. Baru ingat warih naik flight..

Pastu sonyap ... Habis ke citer 😃😄😅


4.5.16

PELESIT

Pelesit adalah species yang Liat dan Degil serta amat susah di keluarkan jika sudah merasuk.

Lebih senang mengeluarkan Hantu Raya atau Jin Rimau yang merasuk.

Kalau Pelesit .. memang berpeluh jantan le Ustaz dan Perawat .. kalau pakai kayu Nona ..konfirm lebam satu badan ... Dalam 2 jam dia keluar le ..

Esok masuk balik ...

Kalau pakai lada hitam tenyeh kat ibu kaki meraung le pesakit .... 2 3 jam juga. Keluar ...esok mai balik..

Kalau Perawat mampu setel yang ni ... Boleh cari makan la ..💪💪💪💪💪

Petua .... kalau tau pesakit kena pelesit dari Awal ... sebelum datang ..pagarkan ... biar dia duk luar.. Kalau duk dalam memang nak merasuk aje .. buang masa je ..

Korang bacale Quran dalam 2 3 jam .. camtu aje..

Korang jurusle sampai terkeluar angin kut buntut pun sama 2 3 jam juga.

Den kalau datang datang dah merasuk selalu cam tu .. ada pusat rawatan Islam .. asyik pas pesakit rasukan kat Den aje .. rugi beb tak masyuk le kalau 3 jam untuk 1 pesakit.

Den biar aje .. kurung dalam Lam .. Pastu cakap .. kalau terror keluar le .. 😂😂😂

Den rawat orang lain dulu...

Nanti mesti pelesit tu kata aku nak keluar.. Den cakap .. relax dulu dalam 5 6 jam ..lagi meraung dia merasuk. Den banyak masa ni ..😃😃😂 Saiko.

Sambil merawat patient lain kita scan sesekali .. tgk memang dia sendiri nak kuar dan dia akui dia tak leh keluar dari pagar kita .. baru kita lepaskan.. 😂😁😃

Pelesit apa aje janji dia jangan kita percaya... Dia mesti mungkir punya..😂 Ramai perawat Islam terpedaya.

Dia keluar je .. kita tengok le kalau takda tuan .. kita carikan tuan baru ke atau bunuh je ..😂😂

Tuan Baru tu maksudnya mana mana yg lorat tu kita ikatkan kat leher biar mendapat .

Kalau bertuan .. lagi best .. Masukan dalam perut tuannya dan Lamkan aje .. Mati sama sama ..😃😃😂

Ini petua Den je .. sebab tu Pelesit suspen dengan Den ..😂😂😁

No Mercy ..

Mana perawat yg dah boleh main main dengan Rasukan Pelesit ni .. jangan le paksa dia keluar ..lepas 2 3 jam dia keluar juga..😃😃😂

Tanya soalan bangang bangang je .

Tanya nama perdana menteri .
Tanya pasal matahari
Tanya no ekor 4D 6D
Tanya Perak tu kat mana.

Lama lama dia naik menyampah .. keluar gitu aje ..😃😃 suruh aje budak budak atau pembantu layan kan soalan soalan cepu mas.

JDT lawan PKNS siapa menang .. lebih kurang camtu je.

Tanya Aku dengan Mamat sebelah ni siapa hensem ..

Jerih dia beb.

Atau ..

Korang lamkan dia .. pastu Sound Direct .. Kalau terror keluar le .. 😁😂😃 mesti mau confident dan pakat ramai ramai ketawa kan dia.

Pastu tinggalkan sambil cakap ni sampai esok aku jamin ko tak kan boleh buka pagar aku .. 😃😂😁

0123623594 Whatup only

30.4.16

SAKA HARIMAU

Antara Saka yang amat terkenal di Dunia Melayu.

Sebelum kita asyik menyalahkan Tok Nyang kita kenapa mereka membela Harimau sebagai Pendamping ketahui dahulu keadaan di ketika itu.

Membuka suatu kawasan Hutan bukan semudah sekarang. Perlukan sesuatu mengiring mereka sebagai langkah keselamatan terhadap kemungkinan serangan binatang buas dan juga puaka puaka rimba.

Maka mereka yang berilmu tinggi pastinya dapat meneroka suatu kawasan yang luas bersama sanak saudara dan beberapa teman yang menumpang hijrah.

Yang paling Handal itulah menjadi Tok Ketua seterusnya bila bergabung menjadi Tok Penghulu. Mereka perlu bergabung kerna ancaman Lanun pula yang mula mengambil kesempatan atas kemakmuran suatu penempatan.

Sebelum berhijrah membawa diri kenegara baru seperti Tanah Melayu dari serata pelusuk Indonesia ... memasing sudah ada amalan Pendinding diri ...Kepandaian begini merangkumi ilmu rawatan kependekaran pawang bomoh. Tanpa ilmu, hijrah mereka biasanya gagal.

Maka ujud gelaran bidan , tok peran, tok bomoh, tok pawang dan lain lain. Biasanya pasti ada yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus yang sudah lama bertapak di sesuatu kawasan. Ini melibatkan suatu tahap lain pula.

Harimau di pilih kerana kegagahan. Di kenali Raja Rimba. Ada yang membawa dari seberang lagi sebagai Penjaga diri dan ada juga yang mampu menjinakan harimau liar buat tunggangan.

Ada juga yang memang sudah ada ilmu Sangkaguna boleh menjelma menjadi Harimau pada ketika dan saat di perlukan.
Bahkan tidak heran jika mereka juga menguasai ilmu Siluman Harimau.

Masa berlalu... Pendamping sudah di wariskan maka menjadi lah ia Saka. Ada yang menurunkan ilmu Sangkaguna ilmu Siluman Harimau dan juga ilmu Persilatan berasaskan Harimau.

Persilatan yang masih menggunakan Harimau sebagai penjaga gelangang Silat. Tujuan tidak lain menjaga Gelangang dari di sudi orang. Bahkan jika ada patah atau cedera di gelangang yang memerlukan Rawatan Besar, maka Harimau Ghaib ini akan membantu.

Perkembangan ilmu dari asimilasi etnik melayu maka hasil dari Tapaan mereka mendapat Harimau Harimau Ghaib di Alam Tanah Melayu.

Harimau yang memang special untuk di buat penjaga rumah biasanya di datangkan dalam Tiang Seri yang memang di bawa dari luar.

Di kebun juga ada yang menggunakan si Rimau untuk menjaganya. Seperti mana yang menggunakan makhluk Ghaib yang lain.

Variasi dari keilmuan Harimau ini menyebabkan dewasa ini semakin ramai ahli keluarga memiliki Saka Rimau. Perlakuan menjadi Baran .. Rezeki berat. Rumah pusaka rasa ada aje yang memerhatikan.

Saka Harimau adalah antara Saka yang teramat amat mudah di buang. Jika perawat tak mampu..elok le belajar lagi ..kerana banyak lagi Saka highgrade menanti jika nak berkecimpung dalam soal ini.

0123623594 Whatup only.


11.4.16

Makhluk Tiada Daya Upaya

Tiadalah Makhluk itu berupaya sedikit pun dalam melakukan ketaatan mahupun kemungkaran melainkan dengan Izin Allah semata mata.

26.3.16

Ayat Tidak Memberi Bekas

10 tahun lepas ketika Den nyatakan ayat tidak memberi bekas dalam Forum internet , ramai perawat perawat tidak boleh terima.
Mereka mendakwa Ruqyah Manzil dll boleh menghalau Jin membunuh Jin membuang sihir dll.

Tuduhan tidak percaya pada Ayat Al Quran sudah mangli . Tak beri bekas pun.

La ni ramai sudah faham apa yang Den nyatakan iaitu Ayat Tidak Memberi Bekas.
Yang memberi bekas ialah Tuan Punya Ayat.

Ramai kita faham dan yakin apa apa jua perbuatan kelakuan tidak akan berlaku tanpa Izin Allah taala. Begitu juga ianya tiada daya upaya. Maka kenapa untuk Ruqyah pula ia ada daya upaya ?

Sewajarnya at least selepas kita baca apa apa ayat Ruqyah .. kita niatkan . Ya Allah Aku Mohon dengan KEBERKATAN kalimah mu ini Ya Allah .... teruskan dengan niat anda.

Adalah terlebih Aula jika sebelum membaca Ayat Ayat Suci contoh Surah Yasin, anda mulakan dahulu lebih kurang niat seperti di atas dan tutup seperti di atas.

Ia sebagai suatu contoh sahaja. Susunan ayat itu atas kesedaran diri sendiri agar lebih terasa hampir dengan Zat Wajibal Ujud .

8.3.16

Suatu Petua Pelik tapi Efektif

Sihir yang berulang ni kekadang dan pasti memakan Masa dan Wang.

Ada perawat sikit sikit kata sabar. Sabar sabar juga..last last duit kasi kat perawat sebab sebulan 3 x jumpa perawat.

Kalau ada sehari 10 pesakit camni .. perawat akan kaya ma. Sebab jumlah pesakit akan di akumulasi jadi banyak kerna perkataan Sabar.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah buat Qunut Nazilah selama sebulan.

Ada ketika Menyerang adalah Pertahanan terbaik. 😂

Jika kerap bertahan ..dalam keadaan fizikal dan Mental yang sudah lemah ..maka akan terbuka segala kelemahan diri yang akan di menafaatkan oleh Penyihir.

Elok elok badan je sakit akhirnya dah sampai tahap minda pun bercelaru .. macam macam suara kedengaran. Jika di biarkan akan ada bisikan suruh bunuh orang lak ..kan bahaya ..😊

Cegah sebelum Parah. Makan ubat sahaja ..boleh le ..tapi bila dah sembuh mau makan Vitamin mau kasi badan mantap dan antibodi power..

Dulu ada patient .. asyik kena je selepas baik.. merata dah ubat.. sama gak ..baik kena ..

Kalau camni ..kita tanya dia .. secepat mana dia kena balik..

Kalau 2 3 hari dah kena balik..biasanya orang yang hampir dengan kita

Jiran Kawan Rakan seofis.

Dia kata paling lambat 3 hari mesti dah kena ..

So Den buang apa yg patut.
Pastu Den cakap .. nanti kena balik 😯😯😂

Poyo je muka dia..

Den cakap camni le.. Ko tulis dalam kertas A4..

Wahai Zat Wajibal Ujud..Kau Matikanlah Penyihir ( nama si Mangsa ) dalam kadar segera. Allahumma Aamiin.

Photostat kat A3 . Pastu tampal kat sebelah Komputer. Dia punya opis  jenis Cubicle so ada ruang.

Dia pun tampal..

Pastu dia kata ok dah .. 😇😇😊

Maknanya kawan ofis dia le .. Serem juga ( kawan ) dia..

Orang dah bersalah ni.. kalau dia tersadung jatuh dalam toilet ke hapa.. dia mesti ingat doa dah nak makbul..

Kang balik kerja kena Gilis dengan Basikal atau Treler kang putus lak hidung ..ha ha ha 😂😂😃

5.3.16

Repair Tubuh Jin

Saje nak kongsi pengalaman.

Ada satu pusat rawatan ni Den nampak terlalu obses dan suka menuduh orang bersilat ni mesti ada dampingan Jin.

Kebetulan adalah hamba allah ni sakit. Dia plak pakai baju ada lambang silat Den pelajari. Terus kata ada Dampingan.

Dia pun ketuklah dgn kayu nona. Habis lebam sana lebam sini. Budak tu sakit. Jin tak keluar juga. Jin tu parah sakitnya.

Umpama pencuri masuk rumah. Kita tangkap dan potong kaki dia. Lepas tu kita suruh dia keluar. Camna le mamat tu nak keluar. Silap silap pengsan sebab darah byk keluar ! Atau mati dan camna nak keluar !

Bayangkan Jin yg kita ketuk atau Ruqyah tu cedera parah atau mati dalam badan pesakit ? Apa mau bikin beb ? Mau pakai otak sikit beb ! Tanya le guru. Kalau guru tak reti tanya le guru lain. Jin ni pun ada daya tahan sendiri bila kita ruqyah atau ketuk dgn kayu nona !

Bila dia melawan tu yg kita sebagai perawat kena pakai otak sikit. Jangan main enjut aje. Cek dulu Jin tu kena ikat oleh Bomoh atau tak ? Kalau bomoh dah ikat lebih lebih lagi kalau di ikat sepanjang tulang belakang mau kasi buka dulu beb. Jangan main henjut je.

Walaupun Jin ni makhluk halus mereka pun ada Tubuh Jasad dan Roh. Bila kojol Jasad Tinggal. Camna tu ? Patient rasa semacam walau tak le rasa atau dengar mende dok nyanyi nyanyi kat telinga lagi. Tapi mayat Jin tu camna nak buat ?

Berbalik pada Ustaz yg pakai kayu Nona tu, murid Den tipun dia kenapa pandai pandai kata kami guna dampingan ? Walhal guru dia dan guru SGFM pun mengambil tarikat yang sama ? Maka dia pun ada dampingan le. Terkulat kulat dia nak jawab.

Walhal yang ganggu budak tu SAKA. Tak tahu cakap tak tahu. Orang pun tak hangin.

Bila budak tu jumpa Den, Den tengok Jin tu patah riok. Peti suara pun dah bocor. Ini macam bukan senang mau kasi keluar. Jin cedera parah dalam badan. Walhal kalau tau itu SAKA just sembang aje. Nanti saka tu kasi taule nak rentap atau keluar.

Den dah banyak dapat kes cenggini. Biasanya kalau kes cenggini Den guna Jurus Kanuragan Pereput Tulang dan Repair balik stukturJin tu. Bila dah ok Jin tu sendiri yang akan keluar sampai nak sembah kita kerana selamatkan dia.

Menda halus repair cara halus. Macam orang dulu guna Jin repair tangan atau kaki manusia yang patah. Kita pun mampu repair kerosakan yang berlaku kepada Jin.

Biasa Jin kalau depa mai jumpa Den mesti kes terpijak dek manusia. Dah banyak kali jadi. Murid Den siap gaduh lagi sebab Family Jin tu dok aniaya budak yg  terpijak anak anak Jin duk bermain. Bila nak setel dia minta pulut kuning le bagai. Murid Den di Penang tu sms Den. Den cakap kepala hotak ko. Siapa suruh main di laluan manusia ! Ko tubuh halus Kami tubuh kasar.

Last last depa cakap patah patah ni siapa nak ubat ? Murid Den cakap pi la jumpa Tok Belagak. Depa cakap tak mau dia garang suka patahkan tanduk Jin. ( Selepas dapat teguran dari  Allahyarham Pendita Tuan Haji Anuar bin Abdul Wahab AMN Den tak buat dah. Masa tu Den suka buat experimen. Kalau kerat kaki jin camna jadi. Macam Nazi buat kat Yahudi masa perang dulu. )
Arwah guru tegur lepas dia scan Den dan pesan pada rakan Den jangan buat lagi. He he he. Adus.

Last last rombongan Jin tu mai dari Penang ke The Mines Seri Kembangan. Den cakap tu dah ok. Mana ada patah patah lagi. Depa punya suka walhal muka takut takut masa nak jumpa Den. Macam nak sembah Den. Udah kang Aku jurus plak Korang. Balik kata Den.

Lepas tu mula le episod repair Jin patah riok terbakat muka badan kena Ruqyah dll. Den cakap jin jahat memang patut kenale.

Pastu Guru pesan STOP. Manalah tau nanti ada mangkuk ayun mana duk scan nampak Den tengah sembang dengan Kabilah Jin, Depa main tuduh Den bela Jin.

Best tak cerita temberang Den kali ini !

4.3.16

Ayat Pelenggang

Ada ketika masa duduk duduk teringat Den masa kerja di Paka dulu..

Projek GPP 2 3 4. Tahun 1988.

Masa tu mana ada rumah sewa. Den orang pertama menyewa umah 2 tingkat di Panelex sebuah projek oleh kerajaan Negeri.

Kami berempat .. mana ada apa nak buat .. kecuali ngail ...

Takda Jembatan dari Sungai Ular Pahang sampai Jembatan Paka yang kami dok ngail.

Biasa lepas isyak.. pelan pelan bawak kete. Mana tergerak kami singgah ngail.

Ngail .. perkakas cam pro ..hasil je tak pro.
Pernah suatu pagi dalam 3 am di jembatan selepas Kerteh. Member sound... Mujor le ada kerja sambilang di Hyundai jadi engineer.. kalau harap jadi Nelayang .. dok makang anak bini.

Adus pedih telinga .. terus kemas .. dan balik..
Ikang duri buleh sekor. 😃😂😁

Hujung minggu gi ngail laut. Pernah tidur kat Chalet Makcik Gemuk di Marang.

Sewa bot Penampang Rm 600. Hasil ... faham ajele. Namun cerita kaki pancing mana nok kalah.

Mancing laut ni banyak sangat pantang.. letih kalau layan.. Den pernah naik hangin.. dapat sekor ikan Yu Pasir yang suka depek kat perut bot. Kecik je dalam 2 kaki. Lekat kat perut Bot. Kalau Tekong tak bantu memang Den kerat je tali joran. Den punya hangin.. cakap .. kalau besor gini baik tak yah. Nok maghi biar besar bot. Bot ni dalam 40 kaki gak.

Lepas tu perut sakit... Den pun pi belakang dan melepas le beb. Tengok atas je.. jadi takda le pening. Selepas 10 tahun jumpa Kengkawan balik di Johor. Terbuka le cerita. Masa Den melepas tu. Naik sekor Ikang warna putih sama besar dengan Bot. TERGAMANG semua.

Patutlah lepas melepas semua pakat senyap je termasuk Tekong terus menukar tempat ngail.

Masa dulu tempat mancing power ada kat Kemaman. Kawasan larangan. Logi Petronas. Ikang besor besor.. kalau sentap ..kasar kasar kata orang. Nama pun kawasan larangan. So kena pandai pandai le.

Suatu hari ia di buka untuk pertandingan memancing. Ramai orang beb. Kami memang Join le. Memasing dengan Joran Kasar le .. sebab katanya ada siakap bagai. Kasor kasor lak tu. Yang pasti lebih 500 peserta kat atas Jeti Batu ..


Dari pagi sampai petang. Takda peserta yang dapat. Hilang sudah ceria dan angan angan.
Akhirnya ada le sorang peserta menang. Itupun sangkut kat tepi. Ikan Kekacang.

Tahun 2007 Den pi mancing kat sungai yang di matikan berhampiran Pulau Indah.. banyak betul ikan Betuk. Khabarnya sekali manjing main puloh ekor.. Den pi le dengan kengkawan .. Ciput je hasil. Terus kenangan lama menghambau kembali.

Rupanya bila Den rujuk guru .. Itu petunjuk ko ada Pelenggang. ADUS mana Den ada amal ..

Guru kata ada tu .. ko cek balik ..

Lama gak Den fikir .. maklumlah dari form one lagi Den rajin duk amal amal.

Last last baru Den tahu ..

Rupanya Mengamal ayat 7 dan At Taubah 128 dan 129 memang akan menjadi sebagai Ayat Pelenggang.

Ayat Tujuh :

At Taubah : 51
Al Yunus : 107
Al Hud : 6
Al Hud : 56
Al Ankabut : 61
Al Fathir : 2
Az Zumar : 38

Dan At Taubah 128 & 129





2.2.16

Masalah Rumahtangga - Suatu Penelitian I

Hampir setiap hari Den dapat Kes Rumahtangga.

Standard bicara mesti kaitkan dengan sihir ...

Namun bukan semuanya sihir. Sihir dapat di jadikan alasan untuk menutup kelemahan diri dari menjaga pasangan dalam menentukan kebahagian rumahtangga.

Memang ada juga kisah sihir namun banyak juga sihir selepas pasangan mula beralih arah.
Mencari jalan keluar. Namun apabila mula sedar arah tujuan sebuah perkahwinan baru tersentak dan cuba merapat kembali.

Tika itu ia terlupa .. dalam mereka mendapat peluang kedua ..ada insan ketiga yang kecewa hatinya. Maka bermulalah suatu XXXXX.

Memulih kes begini ada yang mudah.
Mudah jika pasangan bersama sama berubat.

Sukar jika sebelah pihak sahaja berubat. Pesakit sebenar tidak mahu datang berubat. Namun masih boleh di usahakan jika masih mahu meminum atau makan benda yang sudah di doakan.

Lebih sukar jika mangsa lansung tidak percaya beliau terkena sihir pemisah dan menyalahkan pasangan mereka kononnya khurafat.
Buatle apa apa dalam bentuk air atau makanan , memang tidak akan di jamah.

Bertambah sukar jika Isteri lansung tidak di benarkan keluar berjumpa mana mana perawat dan perawat pula tidak di benarkan datang ke rumah pesakit.

Apakah ikhtiar Apakah daya atau Sudah tertutup jalan Rawatan ?

Apa yang Den tahu ada beberapa kaedah jika pasangan yang menjadi mangsa tidak mahu datang atau lansung tidak mahu menjamah apa apa air doa dll. Ia mungkin bisikan halus Jin yang mendiami tubuh mangsa. Ia perkara biasa.

Bahkan pesakit Sihir pun ramai yang tidak mahu di ubati kerana beranggapan diri sihat. Walhal ia terang terang nampak pada zahir akan kemerosotan fizikal.

Salah satu teknik di bawah tidak memerlukan Mangsa hadir berjumpa perawat.

Teknik 1

Alihan Sukma

Teknik 2

Bakar je dari jauh

Teknik 3

Rembat je Tok Moh dahulu

Teknik 4

Lebur dalam Zat.




1.2.16

Makhluk



Orang yang  melihat Allah dalam Puji dan Keji makhluk maka ia sudah masuk asas seorang yang Arifbillah.

Wajar kita melihat Kebesaran Allah dalam setiap makhlukNya.