26.3.16

Ayat Tidak Memberi Bekas

10 tahun lepas ketika Den nyatakan ayat tidak memberi bekas dalam Forum internet , ramai perawat perawat tidak boleh terima.
Mereka mendakwa Ruqyah Manzil dll boleh menghalau Jin membunuh Jin membuang sihir dll.

Tuduhan tidak percaya pada Ayat Al Quran sudah mangli . Tak beri bekas pun.

La ni ramai sudah faham apa yang Den nyatakan iaitu Ayat Tidak Memberi Bekas.
Yang memberi bekas ialah Tuan Punya Ayat.

Ramai kita faham dan yakin apa apa jua perbuatan kelakuan tidak akan berlaku tanpa Izin Allah taala. Begitu juga ianya tiada daya upaya. Maka kenapa untuk Ruqyah pula ia ada daya upaya ?

Sewajarnya at least selepas kita baca apa apa ayat Ruqyah .. kita niatkan . Ya Allah Aku Mohon dengan KEBERKATAN kalimah mu ini Ya Allah .... teruskan dengan niat anda.

Adalah terlebih Aula jika sebelum membaca Ayat Ayat Suci contoh Surah Yasin, anda mulakan dahulu lebih kurang niat seperti di atas dan tutup seperti di atas.

Ia sebagai suatu contoh sahaja. Susunan ayat itu atas kesedaran diri sendiri agar lebih terasa hampir dengan Zat Wajibal Ujud .

8.3.16

Suatu Petua Pelik tapi Efektif

Sihir yang berulang ni kekadang dan pasti memakan Masa dan Wang.

Ada perawat sikit sikit kata sabar. Sabar sabar juga..last last duit kasi kat perawat sebab sebulan 3 x jumpa perawat.

Kalau ada sehari 10 pesakit camni .. perawat akan kaya ma. Sebab jumlah pesakit akan di akumulasi jadi banyak kerna perkataan Sabar.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah buat Qunut Nazilah selama sebulan.

Ada ketika Menyerang adalah Pertahanan terbaik. 😂

Jika kerap bertahan ..dalam keadaan fizikal dan Mental yang sudah lemah ..maka akan terbuka segala kelemahan diri yang akan di menafaatkan oleh Penyihir.

Elok elok badan je sakit akhirnya dah sampai tahap minda pun bercelaru .. macam macam suara kedengaran. Jika di biarkan akan ada bisikan suruh bunuh orang lak ..kan bahaya ..😊

Cegah sebelum Parah. Makan ubat sahaja ..boleh le ..tapi bila dah sembuh mau makan Vitamin mau kasi badan mantap dan antibodi power..

Dulu ada patient .. asyik kena je selepas baik.. merata dah ubat.. sama gak ..baik kena ..

Kalau camni ..kita tanya dia .. secepat mana dia kena balik..

Kalau 2 3 hari dah kena balik..biasanya orang yang hampir dengan kita

Jiran Kawan Rakan seofis.

Dia kata paling lambat 3 hari mesti dah kena ..

So Den buang apa yg patut.
Pastu Den cakap .. nanti kena balik 😯😯😂

Poyo je muka dia..

Den cakap camni le.. Ko tulis dalam kertas A4..

Wahai Zat Wajibal Ujud..Kau Matikanlah Penyihir ( nama si Mangsa ) dalam kadar segera. Allahumma Aamiin.

Photostat kat A3 . Pastu tampal kat sebelah Komputer. Dia punya opis  jenis Cubicle so ada ruang.

Dia pun tampal..

Pastu dia kata ok dah .. 😇😇😊

Maknanya kawan ofis dia le .. Serem juga ( kawan ) dia..

Orang dah bersalah ni.. kalau dia tersadung jatuh dalam toilet ke hapa.. dia mesti ingat doa dah nak makbul..

Kang balik kerja kena Gilis dengan Basikal atau Treler kang putus lak hidung ..ha ha ha 😂😂😃

5.3.16

Repair Tubuh Jin

Saje nak kongsi pengalaman.

Ada satu pusat rawatan ni Den nampak terlalu obses dan suka menuduh orang bersilat ni mesti ada dampingan Jin.

Kebetulan adalah hamba allah ni sakit. Dia plak pakai baju ada lambang silat Den pelajari. Terus kata ada Dampingan.

Dia pun ketuklah dgn kayu nona. Habis lebam sana lebam sini. Budak tu sakit. Jin tak keluar juga. Jin tu parah sakitnya.

Umpama pencuri masuk rumah. Kita tangkap dan potong kaki dia. Lepas tu kita suruh dia keluar. Camna le mamat tu nak keluar. Silap silap pengsan sebab darah byk keluar ! Atau mati dan camna nak keluar !

Bayangkan Jin yg kita ketuk atau Ruqyah tu cedera parah atau mati dalam badan pesakit ? Apa mau bikin beb ? Mau pakai otak sikit beb ! Tanya le guru. Kalau guru tak reti tanya le guru lain. Jin ni pun ada daya tahan sendiri bila kita ruqyah atau ketuk dgn kayu nona !

Bila dia melawan tu yg kita sebagai perawat kena pakai otak sikit. Jangan main enjut aje. Cek dulu Jin tu kena ikat oleh Bomoh atau tak ? Kalau bomoh dah ikat lebih lebih lagi kalau di ikat sepanjang tulang belakang mau kasi buka dulu beb. Jangan main henjut je.

Walaupun Jin ni makhluk halus mereka pun ada Tubuh Jasad dan Roh. Bila kojol Jasad Tinggal. Camna tu ? Patient rasa semacam walau tak le rasa atau dengar mende dok nyanyi nyanyi kat telinga lagi. Tapi mayat Jin tu camna nak buat ?

Berbalik pada Ustaz yg pakai kayu Nona tu, murid Den tipun dia kenapa pandai pandai kata kami guna dampingan ? Walhal guru dia dan guru SGFM pun mengambil tarikat yang sama ? Maka dia pun ada dampingan le. Terkulat kulat dia nak jawab.

Walhal yang ganggu budak tu SAKA. Tak tahu cakap tak tahu. Orang pun tak hangin.

Bila budak tu jumpa Den, Den tengok Jin tu patah riok. Peti suara pun dah bocor. Ini macam bukan senang mau kasi keluar. Jin cedera parah dalam badan. Walhal kalau tau itu SAKA just sembang aje. Nanti saka tu kasi taule nak rentap atau keluar.

Den dah banyak dapat kes cenggini. Biasanya kalau kes cenggini Den guna Jurus Kanuragan Pereput Tulang dan Repair balik stukturJin tu. Bila dah ok Jin tu sendiri yang akan keluar sampai nak sembah kita kerana selamatkan dia.

Menda halus repair cara halus. Macam orang dulu guna Jin repair tangan atau kaki manusia yang patah. Kita pun mampu repair kerosakan yang berlaku kepada Jin.

Biasa Jin kalau depa mai jumpa Den mesti kes terpijak dek manusia. Dah banyak kali jadi. Murid Den siap gaduh lagi sebab Family Jin tu dok aniaya budak yg  terpijak anak anak Jin duk bermain. Bila nak setel dia minta pulut kuning le bagai. Murid Den di Penang tu sms Den. Den cakap kepala hotak ko. Siapa suruh main di laluan manusia ! Ko tubuh halus Kami tubuh kasar.

Last last depa cakap patah patah ni siapa nak ubat ? Murid Den cakap pi la jumpa Tok Belagak. Depa cakap tak mau dia garang suka patahkan tanduk Jin. ( Selepas dapat teguran dari  Allahyarham Pendita Tuan Haji Anuar bin Abdul Wahab AMN Den tak buat dah. Masa tu Den suka buat experimen. Kalau kerat kaki jin camna jadi. Macam Nazi buat kat Yahudi masa perang dulu. )
Arwah guru tegur lepas dia scan Den dan pesan pada rakan Den jangan buat lagi. He he he. Adus.

Last last rombongan Jin tu mai dari Penang ke The Mines Seri Kembangan. Den cakap tu dah ok. Mana ada patah patah lagi. Depa punya suka walhal muka takut takut masa nak jumpa Den. Macam nak sembah Den. Udah kang Aku jurus plak Korang. Balik kata Den.

Lepas tu mula le episod repair Jin patah riok terbakat muka badan kena Ruqyah dll. Den cakap jin jahat memang patut kenale.

Pastu Guru pesan STOP. Manalah tau nanti ada mangkuk ayun mana duk scan nampak Den tengah sembang dengan Kabilah Jin, Depa main tuduh Den bela Jin.

Best tak cerita temberang Den kali ini !

4.3.16

Ayat Pelenggang

Ada ketika masa duduk duduk teringat Den masa kerja di Paka dulu..

Projek GPP 2 3 4. Tahun 1988.

Masa tu mana ada rumah sewa. Den orang pertama menyewa umah 2 tingkat di Panelex sebuah projek oleh kerajaan Negeri.

Kami berempat .. mana ada apa nak buat .. kecuali ngail ...

Takda Jembatan dari Sungai Ular Pahang sampai Jembatan Paka yang kami dok ngail.

Biasa lepas isyak.. pelan pelan bawak kete. Mana tergerak kami singgah ngail.

Ngail .. perkakas cam pro ..hasil je tak pro.
Pernah suatu pagi dalam 3 am di jembatan selepas Kerteh. Member sound... Mujor le ada kerja sambilang di Hyundai jadi engineer.. kalau harap jadi Nelayang .. dok makang anak bini.

Adus pedih telinga .. terus kemas .. dan balik..
Ikang duri buleh sekor. 😃😂😁

Hujung minggu gi ngail laut. Pernah tidur kat Chalet Makcik Gemuk di Marang.

Sewa bot Penampang Rm 600. Hasil ... faham ajele. Namun cerita kaki pancing mana nok kalah.

Mancing laut ni banyak sangat pantang.. letih kalau layan.. Den pernah naik hangin.. dapat sekor ikan Yu Pasir yang suka depek kat perut bot. Kecik je dalam 2 kaki. Lekat kat perut Bot. Kalau Tekong tak bantu memang Den kerat je tali joran. Den punya hangin.. cakap .. kalau besor gini baik tak yah. Nok maghi biar besar bot. Bot ni dalam 40 kaki gak.

Lepas tu perut sakit... Den pun pi belakang dan melepas le beb. Tengok atas je.. jadi takda le pening. Selepas 10 tahun jumpa Kengkawan balik di Johor. Terbuka le cerita. Masa Den melepas tu. Naik sekor Ikang warna putih sama besar dengan Bot. TERGAMANG semua.

Patutlah lepas melepas semua pakat senyap je termasuk Tekong terus menukar tempat ngail.

Masa dulu tempat mancing power ada kat Kemaman. Kawasan larangan. Logi Petronas. Ikang besor besor.. kalau sentap ..kasar kasar kata orang. Nama pun kawasan larangan. So kena pandai pandai le.

Suatu hari ia di buka untuk pertandingan memancing. Ramai orang beb. Kami memang Join le. Memasing dengan Joran Kasar le .. sebab katanya ada siakap bagai. Kasor kasor lak tu. Yang pasti lebih 500 peserta kat atas Jeti Batu ..


Dari pagi sampai petang. Takda peserta yang dapat. Hilang sudah ceria dan angan angan.
Akhirnya ada le sorang peserta menang. Itupun sangkut kat tepi. Ikan Kekacang.

Tahun 2007 Den pi mancing kat sungai yang di matikan berhampiran Pulau Indah.. banyak betul ikan Betuk. Khabarnya sekali manjing main puloh ekor.. Den pi le dengan kengkawan .. Ciput je hasil. Terus kenangan lama menghambau kembali.

Rupanya bila Den rujuk guru .. Itu petunjuk ko ada Pelenggang. ADUS mana Den ada amal ..

Guru kata ada tu .. ko cek balik ..

Lama gak Den fikir .. maklumlah dari form one lagi Den rajin duk amal amal.

Last last baru Den tahu ..

Rupanya Mengamal ayat 7 dan At Taubah 128 dan 129 memang akan menjadi sebagai Ayat Pelenggang.

Ayat Tujuh :

At Taubah : 51
Al Yunus : 107
Al Hud : 6
Al Hud : 56
Al Ankabut : 61
Al Fathir : 2
Az Zumar : 38

Dan At Taubah 128 & 129