30.4.16

SAKA HARIMAU

Antara Saka yang amat terkenal di Dunia Melayu.

Sebelum kita asyik menyalahkan Tok Nyang kita kenapa mereka membela Harimau sebagai Pendamping ketahui dahulu keadaan di ketika itu.

Membuka suatu kawasan Hutan bukan semudah sekarang. Perlukan sesuatu mengiring mereka sebagai langkah keselamatan terhadap kemungkinan serangan binatang buas dan juga puaka puaka rimba.

Maka mereka yang berilmu tinggi pastinya dapat meneroka suatu kawasan yang luas bersama sanak saudara dan beberapa teman yang menumpang hijrah.

Yang paling Handal itulah menjadi Tok Ketua seterusnya bila bergabung menjadi Tok Penghulu. Mereka perlu bergabung kerna ancaman Lanun pula yang mula mengambil kesempatan atas kemakmuran suatu penempatan.

Sebelum berhijrah membawa diri kenegara baru seperti Tanah Melayu dari serata pelusuk Indonesia ... memasing sudah ada amalan Pendinding diri ...Kepandaian begini merangkumi ilmu rawatan kependekaran pawang bomoh. Tanpa ilmu, hijrah mereka biasanya gagal.

Maka ujud gelaran bidan , tok peran, tok bomoh, tok pawang dan lain lain. Biasanya pasti ada yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus yang sudah lama bertapak di sesuatu kawasan. Ini melibatkan suatu tahap lain pula.

Harimau di pilih kerana kegagahan. Di kenali Raja Rimba. Ada yang membawa dari seberang lagi sebagai Penjaga diri dan ada juga yang mampu menjinakan harimau liar buat tunggangan.

Ada juga yang memang sudah ada ilmu Sangkaguna boleh menjelma menjadi Harimau pada ketika dan saat di perlukan.
Bahkan tidak heran jika mereka juga menguasai ilmu Siluman Harimau.

Masa berlalu... Pendamping sudah di wariskan maka menjadi lah ia Saka. Ada yang menurunkan ilmu Sangkaguna ilmu Siluman Harimau dan juga ilmu Persilatan berasaskan Harimau.

Persilatan yang masih menggunakan Harimau sebagai penjaga gelangang Silat. Tujuan tidak lain menjaga Gelangang dari di sudi orang. Bahkan jika ada patah atau cedera di gelangang yang memerlukan Rawatan Besar, maka Harimau Ghaib ini akan membantu.

Perkembangan ilmu dari asimilasi etnik melayu maka hasil dari Tapaan mereka mendapat Harimau Harimau Ghaib di Alam Tanah Melayu.

Harimau yang memang special untuk di buat penjaga rumah biasanya di datangkan dalam Tiang Seri yang memang di bawa dari luar.

Di kebun juga ada yang menggunakan si Rimau untuk menjaganya. Seperti mana yang menggunakan makhluk Ghaib yang lain.

Variasi dari keilmuan Harimau ini menyebabkan dewasa ini semakin ramai ahli keluarga memiliki Saka Rimau. Perlakuan menjadi Baran .. Rezeki berat. Rumah pusaka rasa ada aje yang memerhatikan.

Saka Harimau adalah antara Saka yang teramat amat mudah di buang. Jika perawat tak mampu..elok le belajar lagi ..kerana banyak lagi Saka highgrade menanti jika nak berkecimpung dalam soal ini.

0123623594 Whatup only.


7 comments:

  1. Assalamu'alaikum tok..kalau berbekam akan keluar tak sihir atau saka?...mohon penjelasan tok...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kalau Harimau putih level tinggi ke tok?

    ReplyDelete
  4. Ada bangsa harimau yang boleh lawan hantu tinggi tok?...

    ReplyDelete
  5. Rasanya, Hantu Tinggi atau Hantu Galah jauh lagi kuat dari sang Rimau. Baru je Raya baru ni tangkap sekor Hantu Tinggi yg dok kat tapak rumah Mak Mertua kat Balik Pulau, Penang.

    ReplyDelete