29.6.11

Hantu Kepala Anjing

Suatu tayangan perdana dari Darulsaka Production House. Ceritera ini hanyalah sebagai penglipulara dikala hati gundah gulana menyesali no ekor lari semata aje. Dongeng di reka ketika menunggu anak di tuisyen.

Nak dijadikan cerita, ramailah ahli darulsaka berkunjung ke Darulsaka. He he he. Sebuah keluarga pun datang berdepan dengan Den. Jangan takut takda yuran pendaftaran. Tak yah beli air zam zam sampai Rm 20 sebotol kecik. Den kasi lagi air campuran Janggut Rasulullah s.a.w serta air ludah baginda di perigi jaranah yg di campur air zam zam yg ditawafkan. Den amik dari Syeikh Jamhuri masa di Mekah hari tu.

Sianak lelaki memulakan bicara, emaknya selalu sakit dan mimpi mengarut dan lain2. Datang bersama anak perempuan. Bila Den tenang je air botol didepan asyik ke lain aje. Maka fahamlah den duduk perkaranya. Den intai kat luar semua duk sembang-sembang. He he he . Praktikal time. Den doakan air tadi setelah dicampur air dari Mekah. Den doakan juga limau. Terus de. serahkan pada si ibu dgn menerangkan kaifiatnya sekali. Dalam diam Den mulakan yg lama terdetik di hati. Alif Zat. Sifat . Asma . Afaal. Dengan jelas dan tartil Den lafazkan. Auuuuuuuuu. Umak ai pocah gegendang telingo Den. Kuat tahap macam ngauman singa dalam Kungfu Hustle. Jerit si anak perempuan. Den sebut lagi dgn tangan telunjuk tegak kelangit bersetentang dengan muka si mangsa. Alif Zat Sifat Asma Afaal. Jeritan semakin kuat. Den ulang kali ketiga. Dia menjerit lagi, sakitlah bodoh. Entah berapa ribu kali den kena perkataan tu.

Ikhwan yg diluar mula mengintai. Rupanya Jin tu memang lepak kat dia tetapi asyik kacau omak dio. Dio memang tak nak berubat kalau dikasi tau. Cuma malam tu menemankan omak. Dia terperangkap. Keluar alif antara kening. Keluar Alif diri terdiri dari tubuh adam. Amik ko 2 alif sekali keluar. Den kunci jantung tempat istana syaitan supaya dia tak lepak kat situ. Terus Den asak Alif masuk balik ke asal dan terperangkaplah Jin di tulang belakang. Pesakit sentiasa menutup telinga dan menjerit sekuat hati. He he he siap le ko. Den kasi isyarat masuk kepada ikhwan diluar.

Sambil tu Den tambat Jin tu kat Tiang Arash Adam. Barulah senang nak tengok, takdelah asyik keluar masuk. Mak ai, telinga anjing menggelebeh , patutlah asyik tekup telinga cam orang nak azan je. Rupanya macam anjing dalam kartun mickey mouse , tak seram lansung. Bukan cam were wolf. Den tanyo siapo kau ? Diam sambil memandang sinis kepada Den. Ko ingat den tak tahu ko siapo ? Hantu kepala anjing , sergah Den. Tertunduk malu cam anak daro kena tenung dek jejaka tampan dari gunung everest. Ko sako kan ? Yes ujarnya, tapi anak cucu tuan aku taknak amik dah.
Den pun tengok layar cinemascope, betul dia tak berdusta. Hebat perawat yg membuang saka dari seluruh keturunan abg haji ni. Sampai tak berani bertandang kemana mana ahli keluarga menumpang kasih.

Habis yg ko menyibuk kat omak dio apa hal ? bentak Den selembut yg boleh. Aku nak dia bela aku, sahut si anjing hiba. Kepala hatok ko, sergah Den selembut mungkin. Apo kelebihan yg ko nak kasi ? Ligat jo kepala bana Den memikir, he he he. Aku boleh bagi dio cantik ! sahut si anjing tersipu - sipu. Poodah , Den naik hangin, rupa ko tu huduh ada hati mau kasi orang jadi lawa cam Lisa Surihani ( Den tambah jo ni, tambah perisa ). Apo sebenarnya kelebihan ko ? Ko boleh kasi nombor ? Dengan siolnya Den mengasak soalan demi soalan macam pendakwa raya.

27.6.11

USTAZ SUMBANG

Lotih kalau dengar bab perawat amik label Ustaz ni kalau buat tak senonoh pada pesakit. Harapan Den biarlah ianya dapat ditutup agar tidak memalukan Institusi Rawatan Islam yg sedang berkembang maju.

Kawal le nafsu, kalau kes yg kita amik isteri ada masalah dengan suami kenapa kita pulak nak jadi barua masuk daun ? Tak tahu hukum ko ? Jangan marah ye ustaz tempelan, den terpakso pecah rahsio kenapa patient asyik sakit kepalo jo. Kenapa tak puas hati , tibai je den kalau mampu ? Apa barang main report ? Penakut ka?

Ni ada sekor perawat suruh main hisap anu, ni apa cerita ? Main cerita martabat 7. Nanti jadi keparat baru tau !

Ada sekor perawat ni lagi siol lahanat. Main bontot patient yg jambu. Apa nak jadi? Berlakun alim. Allah dan mangsa-mangsa anda sahaja yang tahu.

Mangsa biasanya malu nak melapurkan kepada pihak berwajib bagi kes kes diatas. Namun bangkai babi mana dapat ditutup dengan seluar dalam gajah sekali pun . Allah maha pengampun bahkan lautan rahmat Allah lebih besar dari kemurkaanNya. Bertaubatlah, percayalah anda merasa walau anda berlaku sumbang tetapi pesakit semakin ramai, semakin mujarab, itulah Istidraj. Ambillah kelebihan 3 bulan ini utk bertaubat.

Jangan samapai Den menggunakan ilmu Amanah. Mati Kote tu nanti.

Harapan Den, berhentilah jangan sampai jadi kes polis. Dulu dah satu tok guru kantoi buek malu kampung Den jo.

22.6.11

Kursus Asas Rawatan Islam 2011

Insyaallah Darulsaka akan menganjurkan kursus diatas pada 30 July 2011 bertempat di Darulsaka Kota Kemuning Shah Alam yakni hari Sabtu.

Sila hubungi urusetia motuner@gmail.com utk maklumat lanjut.


Untuk kursus di Sabah, jika ada pihak penganjur, insyaallah sampailah Den kesana.

16.6.11

Saka yg Lembik

Tak hilang ponek balik dari umrah Den dah mula mengambil patient. Walhal hingus adalah dalam 1 setengah cawan, sib baik tak hijau. Sorry beb kalau siapa baca sambil makan. bayangkan ajelah. Takpo janji dapat baco cerito dongeng Den.Slurppp.

Masuklah sekeluarga ketempat rawatan. Nothing fishy, fikir Den. Takan masalah sakit Tuan kut ? Den ado bawa dari Saudi Arabia. tahanle 2 jam. tak le lama sangat. Si Ipar pun berceritalah, ( suami dia malu kut ). Iparnya suka menurun dan sekali menurun mesti nak terajang dan munuh suami. Ish, ish, ish kalau lah masa menurun tu digunakan sebaiknya kan best. Depa syak saka. Den pun diam menghening cipta fatamorgana. Ohhhh mangkuk-mangkuk ni. Oi, kalau berani kenapa masih diluar, marilah kita bersayembara, dgn lafaz dengar tak dengar aje den lontarkan dari bibir den yg semerah delima mekar. Den ulang lagi, kenapa takut ? Dengar khabar hebat benar, tutur Den. Kalau jantan marile beradu power ujar den lagi. Montang montanglah baru balik Mekah, power dah tahap super saiya tahap ke 12. Den ulang ulang sehingga Den rasa malas dah, biasa kalau Den dah boring Den kaut simpan dalam botol je. Baru Den terlintas, dia mai dah. Apakah bangsanya jenisnya yg masuk ini ? Panglima kah, Nenek Kebayan kah, Pontianak kah, Langsuir kah ?
Hah masuk pun ko, sergah Den ( Petua, kalau tapak kaki sejuk habis maknanya rasukan itu menguasai seluruh sanubari mangsa ).

Sat lagi Den sambung hikayat penglipur lara ini. Ada selingan - ada patient tipun SOS kepala dia rasa nak tercabut on the way ke pusat rawatan antah berantah. Den tgk ni cam polong sudah masuk dan bila nak keluar menyusahkan mangsa. Maybe dia takut ke pusat rawatan tu kut namun mangsa rasa dah tak mungkin sempat sampai ke tempat rawatan so dia tipun Den. Sekali rentap je, patient punya feedback kata terus hilang sakit. Sayang Den tgh ada kes rasukan kalau tak sure Den tarik pelan2 dan bela polong tu. Banyak guna tu. Susah nak cari yg liar punya. Yg bertuan sanggup mati dari bertuankan Den. Yg jinak punya tak guna lagipun banyak kat wad bersalin, cari aje kat katil ibu beragama islam, ada je kepala2 tu kat bawah katil, mata merah saga, lidah panjang siot, kenapa orang islam ? tidak ibu2 agama lain ? Lu pikirlah sendiri !

Kembara ke Bumi Ambiya - 2

Maso di KLIA lagi DEN dah perasaan kelibat Jan Jin Jun ni, tapi sobab dah ramai sangat jemaah maka takdelah Den amik port. Asal tak ganggu Den dan flight Den udah.
Maso dlm airplane, ado 3 ekor yg duk menyelit, celako punya jin, orang ponek2 menabung depa senang hati jo naik free. Ini tidak adil. Yg grup Den ajo Den kesahkan sebab pasti samo hotel, adolah dalam 70 org. Grup2 lain beratus, lantakle. Maso tu dah pakai ihram dah. Sib baik paramugari semua bukan macam filem hindustan punya heroin, semua macam babu dalam filem hindustan kalau idak kan ke susah sebab pakai ihram. Den lolap, ponek sebab melayan pesakit dan kengkawan malam terakhir, tidur pukul 4 am. Den jago sebab makanan di serve. Beriani beb, sodap. Den tgk masih ado lagi 3 ekor tu. Elok je berjaga, maybe depa pun tidur di awal flight.

Transit di Karachi setelah 6 jam in flight. Transit sungguh pantas, sekadar tukar tiket transit terus ke dalam flight again. Kali ini Den dapat seat deck atas sebelah mini Den, malangnya paramugari nya pulak cun mengalahkan mini muda bung Salleh. Apokan dayo mini duk sebelah, lagipun dalam pakaian ihram. Den perasan brother 3 ekor tu masih dalam flight tapi di lower deck. maknanya Tuan tuannya duduk di dek bawah.
Jangkaan 3 jam setengah. Maso ni den sedang lolap bila.Den dikejutkan sudah sampai kawasan Miqat so kena niat ihram. Makan beriani lagi tapi memang tak sodap lansung, teringat kelazatan beriani Restoran Asiba di Kota Kemuning. 315x lagi sodap.

Ai tinggal 2 ekor je, mana lagi sekor ? Ditibai oleh kengkawan kah, atau patah balik sobab jatuh cinta dgn Jin Karachi? Kita tunggu episod temberang seterusnya.

13.6.11

Kembara Ke Bumi Ambiya - 1

Sip baik ado bawak minyak Jaro dan Jerzlin. Kami pun mulalah sapu betis memasing. Perit tapak kaki. Team yg ikut Mutawif belum balik. Apa lai kami sarapan dulu. Lepas tu sambung bertapa kat gua hiraq. Ni mangkuk ayun mana plak duk ngikut ni. Udahle dalam flight PIA tadi makcik2 cleaner yg jadi paramugarinya. Kang ada yg nak kena ni. Dalam flight lama dah den perasan. Takpa, biarin dulu.

Mekah ni bukannya best sangat kalau di bandingkan dengan Chow Kit atau mana2 Uptown tetapi disebabkan adanya Kaabah dan berkat doa nabi Ibrahim a.s maka berbondong bondong orang datang. Beza di Madinah dimana Rasulullah s.a.w berdoa agar Madinah 2 x berkatnya. Pak Arab di Mekah dan polis serta pengawal masjidil haram kasar dan garang. Amat berbeza dengan pak arab di Madinah. Satu adap di Masjid Madinah ialah tidak boleh meninggikan suara.

Yg bestnya di Mekah ni sukahati onyang kita je nak jerit ke hapa. Lepas solat jenazah, biasa den jerit Kulaan. gulik. Bab solat jenazah ni memang tiap waktu solat ado jo yg mengadap Tuhannya. So solat le. Ganjaran takdele besar sangat setakat emas sebesar bukit uhud sepanjang 7 km aje bagi setiap solat. Kalau iring ke kubur dapat 2 bukit uhud. Jgn buek malu Malaysia, solat jenazah diri tegak jo takdo rukuk dll. Ini jemaah Malaysia siap rukuk bagai. Nasihat den rajinlah solat jenazah, ini hari dio, hari korang dah dokek, den lambat lagi kut.

Kek sini bayar cash kata orang banjar keturunan peranchis. Bukan aje kek jualan kodai kodai kaki lima tapi lintasan niat pun dah dibayar cash. Teringat maso membeli belah di Hilton Mekah, mini den dok tawar tawar jubah dll. Nak cakap last price tak reti, last2 den cakap sadokallahulazim price. Terkejut unta pak arab, last2 senyum dan dah jadi trademark. Asal tawar menawar aje mesti ada sadokallahulazim.

11.6.11

Kembara Ke Bumi Ambiya - Mekah

Syukur atas jemputan Allah s.w.t ke bumi para Ambiya. Bermula dengan mimpi DEN melakukan tawaf 7x di Baitullah sebanyak 3x di awal tahun..Maka akhirnya DEN pun ke Tanah Suci Mekah.

Diatas Kapal terbang DEN bermunajat..Wahai Zat Wajibal Wujud...Didiklah hambamu ini...Maka bermulalah pengalaman pengalaman zahir dan rohani. Yg mana sukar diungkapkan dengan kata-kata..dan rasa kesyukuran yang teramat sangat.

Apa pun Warga Darulsaka telah mewakafkan Al Quran versi Madinah sebanyak 60 naskah di Masjidil Haram dan 10 buah di Masjidil Nabawi. ( Kalau versi lain..akan di keluarkan oleh petugas petugas mesjid. harga sebuah ialah 50 riyal...beli banyak dapat 43 riyal..dan di Madinah kami melawat Kilang Al Quran dan harga kilang ialah 31 riyal. Maka baki duit yg lebih DEN belikan 10 naskah di Kilang untuk di wakafkan 10 buah lagi di Masjidil Nabawi.

Setelah Miqat di Udara...semua jemaah pun memakai ihram..Sib baik DEN pakai awal2...DEN duduk Upper Dek selepas transit di Karachi...Kalau tidak susah BEB. nak guna toilet sempit giler. Pastu kena beratur..Yg tak faham pi amik wuduk sampai banjir lantai. ( Walhal segelas air sudah cukup )membahayakan kokpit pilot sebab banyak wiring ..last2 Stewardes kasi tutup itu bilik air..maka yg baru nak pakai ihram..terpaksalah pakai kat public..he..he..siap ada yg baru nak buka sepender ( kira macam skill mr Bean buka seluar dalam ).Maklumlah mana boleh pakai kain berjahit.


Sampai Di Jeddah terus ke airpot utk pengurusan haji dan umrah bukannya national airport mereka yang sebenar pun. Standardlah kita ni layanan kelas ketiga aje..walhal jemaah kita yg banyak create revenue utk mereka...Sabor ajelah le dengan perangai Pak Arab...Ikut standard biasa dah makan penampor SIAM DEN dah...Mini Den asyik suruh sabor aje.


Haus..tiada air di jual di tempat menunggu..Bulu ketiak hampir nak tumbuh balik dah ( sebelah bahu kanan kan kena buka - jadi yg berserabai bulu tu jelas le nampak, kalau berlendir boleh cicah capati ) baru clear semuanya dapat le beli air kat kiosk menunggu kenderaan. Biasalah harga ikut kepala lutut dorang aje...ada yang start tukar sim card Saudi Arabia. kami pun naik le bas...katanya dalam 6 jam. setelah 20 minit..turun dan tukar bas. Leceh asyik keluar masuk barang..Mini sibuk suruh tengok beg beg. Den cakap serah pada Allah aje..memang DEN tak sentuh pun...Baru nak terlelap ada suara hati sampai..baca le ayat seribu dinar sebanyak banyaknya..DEN baca sampai tertidur..sedar2 sudah di Depan hotel..perjalan tak sampai 4 jam pun...Masyaallah...Tiba around 2.30 am. ..Ikut ketua rombongan tawaf lepas Suboh sebab takut masih penat. Nak tunggu siang banyak pantangnya..masalah le..sebab masih dalam ihram..


Abang sepupu ajak pi buat Umrah terus. Subuh pukul 4.05 am. Tak yah tunggu Mutawif..kami pun meredah Kota Mekah di dinihari..pergh..macam bau gas..pedih mata..Bas jemaah semakin banyak. Masuk ikut pintu King Fahd no 79. Tertegun sebentar melihat keindahan luaran Masjidil Haram. Hati berzikir memuji Ilahi dan syukur atas jemputannya..Berjalan masuk...setelah simpan sandal..Subhanallah indahnya Kaabah. Tiada kata seindah bahasa kata orang Turkmenistan. Bismillahi Allahuakbar Walillah ilham. Maka kami pun bertawaflah. Tiadalah DEN mengikut doa2 yg di tulis di buku..melainkan DEN baca apa yg ada di Aurad. Tawaf adalah ibadat perbuatan maka yang mana tak hafal doa2 tu..tak yah le susah susah nak hafal..Yg penting jaga bahu kiri tu biar mengadap kaabah sentiasa...Kalau nak hafal doa2 tu..tunggu 14 tahun le..
DEN mulakan round pertama dengan Tasbih Ahmadiah dan seterusnya...Macam2 ragam ada,yg main cross over pun ada, kalau ikut procedure wajib dah DEN terajang..tapi pakaian ihram mengingatkan DEN...kalau terlebih angkat kaki kang terjulur pulak mamat tu...kalau cam orang pahang takpe le jugak.

Habis 7 x tawaf..kami pun buat solat hajat/sunat berdepan pintu kaabah.
Habis Solat hajat...berderu2 datang gambaran ahli ahli darulasaka berkirim doa hek eleh, mau kena cas 20 riyal ni. Tak pernah secerah itu gambaran muka mereka..memang lah hebat dan berkat Kaabah ni. DEN pun memanjatkan Doa agar doa doa mereka di makbulkan. Terus DEN berdoa..Wahai Zat yang menguasai Kaabah dan Seluruh Alam..Perkenanlah doa sahabat2 ku itu. Sembuhkan lah semua pesakit2 ku samada melalui diriku atau perawat2 lain dan tunaikanlah hajat mereka. Amin Amin Amin ya rabbal alamin.

Sampai Zohor Asar masih ado lai gambaran keluar, Adus leceh ni. ..teringat pesan guru, sebaiknya tutup..kang susah nak beramal...Esoknya DEN sms ke Wakil Darul Saka masukan dalam mailing list, tak yah dah main hantar jauh2..pakai SMS jo..DEN nak tutup scan..

Kemudian kami ke Safa membuat Saie 2 pusingan...dengan gagahnya...lepas itu tunggu azan Subuh..selepas solat sambung semula sehingga lengkap 7 round..terasa lega yang amat sangat dapat membuat Umrah Wajib ni. Balik ke hotel..DEN padamkan lampu..maka kami pun bertapa di Gua Hira'. Bangun pagi tiba2 terasa kaki semacam je..Hek eleh..sakit tapak kaki dan betis...adus.....jeng jeng...tengok teman sebilik yg lain pun mengaduh sama...kah..kah..kah...ayam bandar !


DEN dah janji tak nak interfere dengan mana2 JAN JIN JUN selama di Mekah...Tetapi..kwang..kwang..kwang...

PUJI QODIM BAGI QODIM

Maka berlakulah puji Qodim bagi Qodim.


Puji Qodim bagi Qodim
Puji Qodim bagi Muhadas
Puji Muhadas bagi Muhadas
Puji Muhadas bagi Qodim


Insyaallah terjawap soalan, didalam Solat Siapakah Yang memuji dan siapakah yang Di puji ? Maka kenallah diri kamu itu siapa. Usul Mengusul lah secara mesra. Allahuakbar

Den Selamat Kembali Ke Tanah Air

Syukur akhirnya DEN selamat balik ke tanah air....Semalam 10.June.2011