Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

5.3.12

DARULSAKA - Pengumuman

Mulai Jan 2012 , Darulsaka beroperasi secara sepenuh masa.

Den pun sudah berhenti kerja untuk menumpukan kepada bidang yang Den rasakan amat kurang di ceburi.

Darulsaka dibuka 11 am - 11 pm setiap hari kecuali di maklumkan.

Bayaran Ikhlas

Tok Belagak : 012-3623594

Ustaz Hamdan : 019-2798456

Segala jenis Urutan : Oleh Bekas Tabib Keluarga di Raja Perak

Pak Wan : 012-2637659

Bekam juga disediakan

Tabib Yusry : 012-7486815

Mandian Bunga :



Alamat :

39, Jalan Anggerik Vanila 31/AB Kota Kemuning Shah Alam 40460 Selangor Darul Ehsan


Whatsup sahaja.

6.9.11

Jamuan Hari Raya

17 hb . SEPTEMBER ( Sabtu ) Darul Emas Perak dgn kerjasama Pusat Rawatan Darulsaka akan mengadakan Jamuan Hari Raya, insyaallah. Tiada Penggunaan Ayat Al-Quran dan Hadis maka tiada Serbuan JAIS. DEN menjemput penjual omeh dan perak serta yang mengenali Den supaya hadir beramah mesra.
INSYAALLAH DEN akan buat jualan lambak emas terpakai sebanyak 2 kg dengan konsep, pilih sendiri, timbang sendiri dan bayar.

28.8.11

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Den sekeluarga memohon maaf jika terdapat salah. silap, terkasar bahasa kepada kengkawan, pembaca pembaca blog, kakitangan JAIS serta Mufti Selangor.

Den sekeluarga ucapkan Selamat menyambut Hari Raya.

Sebelum bertolak dari rumah nak ke Kampung ada baiknya baca Ayatul Qursi. Kalau rasa berat. Relax dahulu baca selawat 11 x dan Al Fatihah. Kemudian baca sekali lagi Ayatul Qursi, heningkan suasana. Kalau rasa semacam aje, baca balik selawat 11 x dan al Fatihah. Baca ayatul Qursi sekali lagi. Jika lancar teruskan perjalanan. Jika tidak, masuk balik rumah dan relax dahulu.

Kaedah lain, baca ayatul Qursi tarik nafas dan hembus ikut hidung, kalau angin keluar sebelah kanan lancar maka teruskan dengan perjalanan. Masuk kereta semua serentak ahli keluarga baca al Fatihah 1 x dan selawat 3 x dan baca Ya Allah Ya Allah Ya Allah selamatkan serta permudahkanlah perjalanan kami pergi dan balik. Kalau dapat bersedekah dimana mana terlebih baik, dapat mengelakan musibah.

Selamat balik kampung. Den beraya di Darulsaka sahaja.

22.8.11

E- Mail

Maaf selepas balik umrah Den tak terdayo nak baco semua email 8,000 lebih sekarang dah 25k. So Den buek email khas.

darulsaka@gmail.com

Alhamdulillah masih boleh catch up, tapi kalau boleh terus tulis nama.yg terlibat, nanti takut terkebelakang .

1.8.11

Looking for Satanic Places outside Malaysia.

Do you happen to know places that have any paranormal activity ?
If any, please send me the details.

If no paranormal can settle the case let me do it ! I have started Ghost Busting since 1979, so with my vast experience i feel pretty confident to tackle any kind of paranormal activities.

It is a blessing if i will have to encounter with Werewolves, Draculas, Vampires or whatever. Any haunted mansion or castle will be welcomed with warm heart.

Any Paranormal Club or Association related to sacarsicm or ghost hunting and busting can contact me at my email. We might exchange ghost. I can exchange with Toyol, Tiger, Hantu Tinggi. Pontianak, Langsuir etc. They were local names for Genie in Malaysia.
One of my PHd student currently doing research on inventing machine that can easily trace of abnormal acitivity in certain vicinity.

30.7.11

Harian Metro Di Saman

Den telah memfailkan Saman keatas Harian Metro beberapa bulan lepas.

Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur

Defenden : Datuk Zainal Arifin Mohammed Isa
Defenden : The New Straits Time Press ( M ) BHD.

Tarikh pengurusan Kes yg baru ialah pada 09/08/2011 untuk memfailkan dokumen dokumen di mahkamah.

Den tak dapat nak saman reporter sebab takda nama lansung pada artikel yg kata Den baca Yasin mengundur. Pelik bukan, berita front page tiada nama pemberita ?

Bila Jais tipun dorang suruh kemukakan saksi sampai sekarang diam sahaja.

Surat khabar hari ini cuba nak kaitkan artikel serbuan Jais dgn artikel tuduhan mereka kata den baca Yasin Undur. JAIS dah konfirm Pusat Rawatan Darulsaka merawat menggunakan ayat Al Quran. Salah sebab mengajar kaedah rawatan islam tanpa tauliah sahaja. 2 perkara yg amat berbeza jika nak sabitkan Den bawa ajaran sesat.

Harian Metro telah mengelirukan pembacanya. Bahkan ada gambar yg di tempek-tempek contohnya pada perlawanan yg Terengganu menang melawan Kelantan. Perhatikan betul betul, nampak ramai sebab disusun gambar2 yg sama. Di manakah kredibiliti suratkhabar ini kalau sudah main tempek tempek gambar? Perlukah ditunjukan ribuan penyokong didada akhbar muka depan. Just tunjuk gambar sebenar sudah le ?


Akhirnya Metro telah didapati bersalah. Terus diam. Tanpa berita lanjut. He he he .

28.2.11

Membuang Saka Sambil Menderma

Seperti yang DEN janjikan hadiah istimewa ...

Offer buang Saka secara jarak jauh. Sila bank in kan rm 50 di mana2 akaun yang tertera dibawah. Kemudian email pada DEN slip pembayaran. Dulu DEN pernah buat at rm 30..lepas buang ramai tak bank in pun walhal itu untuk sumbangan Surau di Sg Besi..lantak korang le..So untuk mengelak perkara yang sama..DEN minta kasi proof.

Kempen bermula hari ini sehingga 15.Apr.2011 sahaja.

Just sediakan air mineral 2 botol dan limau nipis 12 biji. Den buang saka tak guna barang cuma ini untuk precaution incase ada side effect.

http://www.maahadtahfizalkholidi.blogspot.com/

Sila baca blog diatas.

Maahad Tahfiz al Kholidi akaun no 5520 2202 1434 Maybank Islamik Berhad.

Sebenarnya tidak terhad kepada sekolah tahfiz diatas..kalau ada sekolah pondok yang memerlukan derma...please give the info.


Masyaallah..UMAR menuduh dan kondem lagi bab DERMA sambil membuang saka..Bukan masuk dalam poket DEN pun...DEN pun tak pernah kontek maahad tahfiz tu..itu diberi oleh pembaca BLOG..
Itulah buang saka paling murah..sedangkan pusat rawatan lain..kos mendaftar aje rm 80 belum ubat lagi...Kenapa Umar tak nak komen pusat rawatan tu...?

24.2.11

Soalan Soalan Lazim

Lotih DEN menjawab..so ada baiknya DEN kumpulkan FAQ dalam blog ni. Ianya akan diupdate dari masa ke semasa.

1. Bolehkah Jin di kurung didalam bekas seperti Botol ?

Boleh...Bangsa lain, aliran lain pun mampu, takan Islam tak boleh.
Mana2 Ustaz yang kata tak boleh dan ada dalil..please check your dalil.
Ini kerana benda ni proven, boleh di check guna peralatan moden.

Dalil Al-Quran dan Hadis tidak pernah salah...Penafsirnya mungkin salah.

2. Bolehkah Jin diikat ?

Boleh

3. Bolehkah Jin mengaji Al-Quran ?


Boleh. Tak kira apa agama Jin yang merasuk pun ..mereka tetap boleh mengaji.
Umur mereka panjang dan mereka yang memang kerja dia nak merosakan anak adam
akan menghafal Ayat Al-Quran seperti mana para Orientalis. Maka jangan mudah
terpedaya. Sepanjang DEN merawat..tidak pernah DEN jumpa JIN Islam yg mengaji
ketika merasuk...semuanya Jin Kafir.

Beberapa pesakit yg didiagnose di rasuk Jin Islam sebelum ini bila sampai kat DEN
aje..DEN terus sesah aje. Terus surender..Orang Islam sejahat mana pun takan nak
mempermainkan Al-Quran ..begitu juga Jin Islam. So sendiri mau ingat. Mana2 Jin yang
DEN tahu pandai mengaji biasanya DEN layan borak je. Bila dia leka..samada DEN terus
cekik atau tembak pakai lam atau apa aje..



4. Bolehkah Jin di bunuh ?

Boleh.

5. Bolehkah berkahwin dengan Jin ?


Boleh. Maksud DEN boleh. ( Den tak mau ulas bab hukum, sebab jumhur ulama kata haram )


6. Bolehkah Jin Membunting Manusia ?

Boleh.


7. Bolehkah Jin masuk dalam mimpi dan bersetubuh dengan manusia ?


Boleh. Ada yang kata sedap dan ada juga kata sakit. So sendiri rasale,
Nasib Jin tak pakai minyak Jaro.


8. Siapakah bunian ?

Bangsa Jin yang suka mengambil rupabentuk manusia. Selalu juga mencampuri kehidupan
manusia. Terdiri dari pelbagai agama dan ateis.


9. Siapakah Rijal Ghaib ?

Banyak pendapat yang berbeza. Pada pendapat DEN,
Rijal Ghaib ada dari manusia dan juga jin.


10. Antara JIN Saka, Pendamping, Jin Sihir mana yang sukar membuangnya

Scenario 1 : Ahmad ada Saka Toyol, Pendamping Jin mata satu, Jin Sihir.
Dalam keadaan biasa....Toyol adalah yang terlemah sekali...Namun apabila
ia sudah bertaraf SAKA..lebih sukar membuangnya dari yang lain. ( DEN lainle..
2 second je kalau saka toyol ). Memagar SAKA...Oh no...its your family member so
dia ada access card, maksudnya saka tetap lepas pagar.

Sihir walaupun agak mudah membuangnya tapi leceh sebab akan sentiasa ada repeat
dari penyihir. Baik sekejap kena balik. kekadang siap ada spy semasa pesakit
dirawat seperti cicak..cengkerik..belalang dll. So untuk perawat sebaiknya angkat
tangan dan ucapkan HELLO IS IT ME YOU LOOKING FOR ? I CAN SEE IN YOUR EYES.

Pendamping ni DEN citor bab lain.


11. Apakah JIN berbeza dari segi saiz ?


Yep...macam manusia jugak...lain kaler..lain menu makanannya dll...


12. Apakah Jin Makhluk Ghaib ?

Ini bergantung pada persepsi memasing..pada DEN ia tetap ada Jisim dan Jirim
cuma terlalu halus. Dulu kuman pada manusia adalah tak nampak..sekarang bukan
sahaja Kuman..Virus pun dah boleh diteropong. Dulu Proton dalam atom pun dah
tersangat halus..sekarang nuklues pun dah dapat dipecahkan.
So kenyataan Jin terlebih halus dan dapat menembusi mana2 bekas adalah kurang
tepat. Mana2 bekas yang dapat menyimpan udara yakni kedap udara pasti boleh
menyimpan JIN...maknanya Jin jirimnya pasti tidak lebih halus dari udara.
Sekarang pun sudah ada saintis yang dapat mengesan kewujudan entiti halus ini.

Mungkin dengan kemajuan teknologi di masa hadapan dapat pula di rakam atau
diteropong mereka2 ini.

13. Apakah kaedah terbaik menghalau Hantu pada masa ini ?

Duduk bersila dan ucapkan blawok blawok blawok sebanyak mungkin dan untuk membinasakan bacakan keh keh keh..

14. Bolehkan Jin di sembelih ?

Boleh tetapi bukan semua jenis..ada yang kebal dan ada yang boleh bercantum balik. Try guna kaedah 13.

15. Bolehkah Jin memecah diri ?

Boleh. Maka perawat jangan cepat gabrah. Dia boleh merasuk 3 atau lebih serentak. So guna langkah 13.

16. Kaedah membaca yasin 7 Mubin.

Bacakan niat.
Mulakan Yasin,
Berhenti pada Mubin yang pertama...so patah balik pada Yasin ayat pertama,
Berhenti pada Mubin yang kedua..patah balik pada Yasin ayat pertama,
begitulah sampai Mubin yang ketujuh..patah balik pada Yasin ayat pertama
dan baca samapai habis...
Bacakan kembali niat. Niat hendaaklah sama seperti niat sebelum bacaan yasin
di mulakan tadi...Kaedah Yasin Mubin yang guru DEN ajar tidak payah berdoa
pada tiap Mubin...DOA di baca sebelum dan sesudah Yasin 7 Mubin

13.2.11

Lidah Masin or Masin Mulut

Apo lak yang dikatokan lidah masin ?

Banyak makan Asam Boi...

Masin Mulut ?

Sumpahan yang Menjadi. Amat di geruni dan bahaya.


Bolehkah di pelajari ?

Boleh

Ilmu Hitam atau Putih ?

Dua dua pun boleh...

Contoh Masin Mulut ...?

Katakan si Masin Mulut terperanjat bila mat rempit merempit di sebelah dia,
maka Si Mulut Masin ni pun cakap..lepas ni ko masuk longkang..maka tak lama
lagi berlakulah seperti yang di kehendaki.


Masin Mulut dari Kurnia Allah s.w.t ?

Ada..biasanya sebagai karomah untuk para kekasihnya..

Masin Mulut semulajadi ?

Ada...

Bolehkah di patahkan ?

Boleh tapi sukar. Ianya berbeza antara satu sama lain mengikut 3 kategori
diatas..ILMU, Kurnia, Semulajadi.

Sebagaimana komen pembaca ( AlifNun...) mengenai pahit Lidah itu semua benar...
Ada seorang sahabat kepada patient datang menemani pesakit...bila DEN tengok
mamat ni ada yg anih dah semacam auranya...rupanya dia dari jenis semulajadi
tapi syukur dia tidak tahu..jika tidak bahaya. Memang jelas tanda fizikal yang
dimilikinya.

Golongan Kerabat Di Raja memang kalau Masin Mulutnya melebihi rakyat marhain.
ianya ada kaitan dengan apa yang di katakan Daulat. Daulat ini pula terbahagi.
kepada 2. Tgk kejadian sumpahan Sultan Mahmud mangkat di Julang.

PLAGIAT ATAU COPY CAT

Ada DEN terima panggilan meminta izin untuk menerbitkan sebahagian Artikel
dari Blog DEN. DEN izinkan.

Maka disini mana2 pihak yang didapati meniru atau menyalin kembali sebahagian
atau penuh mana2 isi blog DEN akan DEN buek sesuatu. Samada tindakan melapurkan
kepada pihak berwajib atau tidak..terserah pada budi bicara DEN. So Den kasi
tempoh seminggu dari tarikh hari ini....

8.11.10

Penggunaan Bahan Alami dalam Perubatan II

Seperti yang DEN tekankan takdolah DEN diajar menjadi hakim....itu halal ini haram cam
musuh DEN namo Pak Wahab. Kita khalifah Allah..so jangan jumud..Alam Sekitar explore le. Nabi Muhammad s.a.w pun dah bersabda ..Kamu lebih tahu urusan dunia kamu sendiri.

Ada negeri dianugerahkan Allah penuh dengan akar kayu. So pasti ada hamba hambaNya yang Allah kurniakan kelebihan mengetahui akan serba sedikit kegunaan bahan2 tersebut. Walau di zaman Rasulullah s.a.w tiada janganle kata itu Bidaah. Maka berkembangle ilmu Allah s.wt..dan tersebarlah dan terserlah Ilmu allah s.w.t yang tiada hujungnya.

Begitu juga ada negeri yang di penuhi batuan batuan yang high grade seperti batu2 permata dan paling murah kristal. Ini semua adalah kurniaan Allah..Janganle cepat jatuh hukum Haram..Dulu Pak Mertua DEN jual batu akek permata pun kena serbu, katanya haram..last2 keluar dalam TV ada perawat guna Jade..boleh pula..So ada double standard. Pada DEN barang2 alami ini seperti batu kristal atau jenis permata dan kayu memang boleh memerangkap dan menyimpan aura zikir dan doa. Boleh juga diisi khadam apa jenis pun. Sebab mereka itu hidup..Batu permata masak memang tak boleh. Namun ada beza pula antara bahan alami yang memang ada mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Apa yang perlu kita fahami itu semua menunjukan kebesaran Allah..kalau korang rasa menda2 tu yang power..maka faham2 lah hukum yg membawa syirik ni. Macam kita yakin kita baik pening sebab makan Panadol atau Paracetamol.

Oleh kerana dunia sudah menjadi tanpa sempadan..maka bahan2 ini mudah bertukar2 negeri..Kayu Koka Laut dan Darat terbang mai Malaysia...begitu juga kristal atau Jade dari negara luar pun mai sini...permata dari Burma pun mai..So terpulangle...carilah yang ahli..supaya tak kena tipu...Ilmu menengok batu ni pun banyak rentaknya. Contoh menilai batu delima merah...jangan asal rendam dalam air terus aje air jadi merah maka terus nak beli Rm 2 juta..Mengikut kawan DEN yang memang Ahli dalam bidang ni...itu Bullshit. So nasihat DEN hati hatilah..tu belum geliga lipan tembus pandang dll. belum bab bulu perindu dan Buloh perindu. Ramai sudah terCONE.

Belum masuk bab barang2 alami yang di tanam dan tumbuh liar. Pasti ada beza.

4.11.10

Yang Sudah Tu Sudah Lah

Maso DEN student dulu....Biaso DEN dongar kekengkawan DEN bercinta tapi siap pakai pengikat. Bab Pengikat ni yang DEN tak suko. Maso tu DEN di tahun 83-85. Tidak le pulak DEN menyangka DEN akan berdepan dengan kesan ABADI ilmu mengikat ini ketika DEN menceburi alam perubatan ini.

Berat BEB kesan ilmu ni..nampak mudah tapi ia bisa meruntuhkan keharmonian rumahtangga yg kesan lansungnya ialah institusi keluarga Islam menjadi porak peranda. Ilmu nya lebih pada serapah aje..tapi bila DEN scan dalam2 ketika menyelesaikan kes2 rumahtangga ini..maka fahamlah DEN..serapah ini ada BARUA nya..Jin ketot macam monyet di zoo cuma telinga nya aje tajam meruncing keatas..tapi takde kepak tau..

Apo yang DEN maksudkan walaupun sudah lamo berpisah walau atas apa sebab pun..si pasangan masih teringat ingatkan pasangan lamo...ado yang dah beranak limo pun masih teringat kek pakwo lamo yg macam Amitab Bachan. Yang payah kalu masa bersama terbayang kekasih lama...maka haramlah persetubuhan ketika itu..Benih pulak menjadi....pastu marah dan komplen anak tak mau dengar cakap dan degil..Dia lupo masa beromen dia ingatkan orang lain..kan haram tu.

Banyak masalah ruponya ilmu ikat ikat ni..berlobih lagi kalau amalan kurang so mangsa masih tak dapat membuang terus Jin Ketot yang duduk diluar badan. Kekadang bila mangsa kena sihir..lagi le haru..sampai perawat pun naik heran..bila di doakan rasa macam ada interference..rupanya ada mamat sudah sangkut dah..nasibko le labu. Kono perawat yg cepat jo menuduh..akan kata pakwe lama dia yg buek..walhal pakwe tu dah kawin 4 dah..Cuma Jin tu dia tak sengaja hantar masa mula tumbuh bulu dulu..iolah budak2 pantang orang ajar ilmu pompuan sikit..pasti dicubanya. dosa pahala lambat lagi...iolah baru tumbuh bulu..so lambat lagi nak mampus.

Ilmu panah arjuna panah matahari ke hapa tiada kena mengena..Ilmu Panah2 ni bab mula nak mula tackel...tapi bila dah dapat..bab nak ikat ni le yg siot habis...Ialah jodoh bukan bapak dia punya. maka bila pasangan berpisah..janganle lupa membuang menda2 yg diikat..Kata orang kalau dah berpisah tu anggap aje jodoh tak kesampaian...Yang sudah tu sudahla..Jangan inagnt si jantan aje yang buek..hok Tino pun pandai.Kes cam gini makan tahun baru dia ada bad effect.

Nak menentukan kita terikat atau tidak susah sikit..kecuali secara kebetulan bila kita disihir atau ada masalah saka. Perawat akan main tabuh je sampailah bersih JIN2 dari pesakit..nasib ko le..siapa suruh lepak dekat...

Namun kalau kita terasa asyik teringat kek awek lama..atau balak lama..tu ada potensi tu...Amal je surah al Mulk ayat 14..insyaallah ada petunjuknya. Orang yang hati hitam sahaja tidak mendapat petunjuk.

3.11.10

Penggunaan Bahan Bahan Alami dalam Perubatan

Banyak sudah diperkatakan tentang penggunaan bahan alami dalam perubatan alternatif..Islam. Dah ada pihak awal2 dah jatuh hukum..syirik atau berdosa sebab Nabi s.a.w tak guna. dalam Sunnah waljamaah semua bahan itu asalnya harus. Kita dilatih untuk menerimanya sebagai anugerah Allah s.w.t bukan dilatih seperti pemuka pemuka Wahabi..mereka belajar agama untuk jadi Hakim...maka sentiasalah keluar hukum hukum dari lidah mereka.

DEN kasi contoh penggunaan limau pun kecoh..macam2 Ustaz keluarkan hukum..siap haram dan berdosa lagi...Ismail Kacip yang entah dari mana pun cakap haram..maka sesiapa yang belajar dari pengamal perubatan tersebut hendaklah memulangkan kesemua ilmu tersebut. Ada gak yg kurang menjalankan kajian terima bulat2 dari Guru najis tersebut.

Ada Ustaz di Melaka pun kata guna limau berdosa..so dia guna air tanah untuk buang saka. Walaupun Ustaz dari Melaka tu banyak gagal dari berjaya tapi DEN tak kata kaedah guna air tanah itu salah..DEN kata dia bangang jo.

Limau apa jenis pun..tebu hitam ke buah kote mamak ke atau apa aje..tu asal hukumnya harus. Kita sendiri yang menyebabkan sesuatu penggunaan itu harus haram dsbnya.
Ramai perawat dewasa ini menggunakan Madu, Khurma Madinah sebab Sunnah.
Yep benar..bandingkan 2 perkara ini :
Menggunakan duit hasil rasuah, atau mencuri bahan2 tersebut maka tetap jatuh haram.

Manakala bahan selain diatas pula dibeli dengan wang titik peluh yang halal tentu hukumnya halal. Semasa nak makan ubat dibaca Bismillah dan doa makan ..bukankah bertambah barokah.

Apa yang penting sekali ialah iktiqad menggunakan bahan2 tersebut. Jika benar diiktikadkan bahawa bahan2 tersebut sebagai penyembuh maka itulah syirik. Dosa yang tidak akan diampuni.

1.11.10

Air Zam Zam - How to Top UP

DEN kalau citer biasanya DEN ada ilmunya...Sebab itu DEN kono togur siapa2 yang jual air zam zam tu. Orang Alim dulu..kalau balik dari mekah..mereka takdelah terhuyung hayang membawa air 2 Bekas besar 10 liter seorang...Cukup dua botol kecil 500 ml aje..

Sebabnya air Zam Zam ni penuh barokah ..merakam berzillion zikir sejak dari Zaman Nabi Adam a.s lagi..di zikirkan oleh paling kurang 70,000 malaikat. Sehinggalah sekarang bersama2 rijalul ghaib..manusia dan Jin..Manusia zahir sahaja sudah menjangkau 2,000,000 orang semusim haji..tidak termasuk Umrah dll. Air bersifat merakam dan bukan semua air mampu merakam 100% kecuali air Zam Zam.

Kesempatan ini digunakan untuk mengaut keuntungan beratus kali ganda oleh para Perawat keatas pesakit. Yang menghairankan Air ZAM ZAM dari luar tidak dibenarkan...hanya dari keluaran Darul Terbabit sahaja.

Habis dah tahu air ni amat tidak ternilai kenapa Tok Tok Guru tak bawak berlori lori air ZAM ZAM walhal mereka lebih aula dan lebih faham akan Air ZAM ZAM ini..Mereka just bawa 2 botol kecik aje..satu unutk minum satu untuk sanak saudara...dulu naik Kapal BEB...


Cara men Top UP...Ambil air yasin atau apa2 air yang belum kena API...tak kiralah besar tempayan ke atau just sebesar 1.5 liter botolnya. Ambil air Zam Zam sebanyak 1 tudung minuman dan baca lah selawat 3x..tuangkan kedalam bekas air yg telah disediakan air..Maka Jadilah ia air Zam Zam. Air yg belum kena api ialah air yg belum di masak. Air yang sudah dimasak dipanggil air mati. Air Sg. Gau adalah air terbaik di Malaysia. Selama mana bekas yg menakung tidak mengalir maka boleh di tuang air zam zam tak kiralah sebesar telaga.


Maka kalau korang beli sebotol air Zam Zam ..berkongsi le..pastu Top Up kan...bukankah menjana ekonomi..pastu duit lebih tu beli emas...prepare for THE LAST ARMAGEDDON.

Seperti yang DEN pernah ceritakan dalam tajuk sebelum ini yakni membuat Air IBU UBAT..maka apakah ada air yang terlebih baik dari air ZAM ZAM..namun orang tua tua dulu ada petua lain ..diambil air hujan yg turun pada malam Jumaat...dijadikan Ibu Ubat. Air yg sempurna..akan kita dengar secara zahir...lantunan zikirnya..di halwa telinga kita. Maka ketahuilah ..apa jua sakit dunia insyaallah pulih dengan sempurna.

The Final Armageddon

Mende ni lama dah cerita dalam blog dalam forum dalam mailing list...semuanya keep it secret...yelah ianya melibatkan suatu perjuangan hakiki...suatu martabat. Ada yang bergerak secara senyap ada yang berselindung ..namun matlamat tetap sama. THE LAST ARMAGEDDON.

Kenapa ia bergerak secara senyap...takut ..jauh sekali tidak ? Musuh dalam selimut. Yes.....
Siapakah musuh dalam selimut...siapa kah barua yang merancang agar musuh Islam ini sentiasa di frontline seolah olah mereka ini pejuang pejuang Islam ?


So DEN rasa ramai dah tahu...Pertentangan antara siapa dengan siapa bila disebutkan
THE LAST ARMAGEDDON. Fikir dan berdoalah dengan hati yg tawaduk...amalkan zikir Ya latif...supaya hati kita lembut dan mudah menerima pendapat dan kasih sayang Allah s.w.t.
Kenapa Sir Bolkiah buat mesjid Putih di tempat tersunyi di Kelantan iaitu Danau Tok Uban...Danau Tok Uban itu sendiri menyimpan seribu rahsia dan seribu sejarah...Siapakah Wali Tujuh yang bertapak disitu ? Kenapa..dan banyak lagi benda pelik2 berlaku di Tanah Melayu....


Ramai sudah rakan taulan yg DEN tak kenali berjumpa DEN dan bincang bab ini. Mereka faham perjuangan DEN. Insyaallah DEN akan bertemu korang di Johor jika sudah ditakdirkan kita bertemu..ramai perawat aliran musyahadah yang datang bertemu DEN belajar dari seberang...mantap2 ilmu mereka..bermain dengan tentera Nuh dan Sulaiman...namun kekadang mereka tersentap jua bila bangsa sendiri yang membelot..Alhamdulillah dapat jua DEN tolong..Ini sesuai pesan Sifu DEN...kelak suatu hari pasti ko akan jumpa rakan sealiran..masa hendaklah ditolong mereka....sebab biasanya mereka hanya menguasai 1 dari 4 cabang jalan Musyahadah..berbanding DEN..namun yg penting nawaitu mereka....bantu bila diperlukan.


Memang banyak petunjuk2 yg dijumpai oleh ikhwan2 luar sana. Memang tidak sama apa yg Allah bukakan untuk seseorang..namun jika dicantumkan..pasti ianya semakin jelas. Kartanegara...the Lost world of Atlantis yg berada di Perak..huisss...banyak sungguh..Tamadun Kota
Gelanggi...jalur yg turun ke Pulau Besar....apakah dia ...namun siolnya ada mamat mamat yang buat Keramat le pulok.


Apa kaitan keluarga Panji Alam di Terengganu dengan Megat Terawis dengan Megat Dewa..apa signifikannya ?

Kenapa setengah2 blog seolah sukar di masuki...Yep ads pagarnya...Masa DEN isi blog DEN..ramai yg bermasalah dengan alam ghaib akan rasa pening semcam bila baca blog DEN..so DEN let it go...back to normal.



Ini feedback dari perbincangan mailing list darulsaka

Salam TGB dan para Jemaah sekalian,

The last Armagedon rasanya akan menunjukkan trait yang sama seperti WW1 dan WW2.....kejatuhan ekonomi sedunia Global Depression sehingga mengakibatkan inflasi dan kejatuhan ekonomi......Cumer Global Economic Crisis yang dijangka 2011 @2012 kesannya adalah diluar dugaan kerana membabitkan mekanisme mata wang fiat itu sendiri..............

Ramai pakar-2 ekonomi dunia seperti Harry Schultz, Gerald Celente, Jim Sinclair menjangkakan kejatuhan ekonomi kali ini sebagai "as never been seen in the history of mankind"...kerana ia akan bermula dengan devaluation of USD. Sebaik sahaja USD ranap......ia akan menarik semua matawang lain di seluruh dunia...kerana semua matawang yang divaluekan secara pair, di akhir rantaian itu adalah USD jugak. Dan USD pula dipegkan pada minyak (dagangan minyak).

Dan bila USD ranap, ini akan meninggalkan cuma 2 option untuk US recover balik ekonominya.

Option 1.

-Membiarkan ekonomi US to fix by it self with the principle of classic economy (Adam Smith). Yang mana dengan jumlah USD yang terlalu banyak diprint out melebihi jumlah semua matawang lain di dunia dan hutang yang paling besar dibandingkan dengan hutang semua negara-2 di benua Afrika....................secara realitinya, jika US mengambil langkah ini negaranya akan bangkrap lebih teruk dari Zimbabwe untuk tempoh sekurang-kurangnya 100 tahun yang akan datang.

Option 2.

- Menguasai semua sumber minyak dan membentuk ketidak stabilan politik di Timur Tengah.


Apakah option yang akan diambil oleh US as a desperado at this moment?......Ironinya Iran dilantik mengetuai OPEC pada tahun ini.

Kes Rumah Berapi - TV3

Kes rumah Berapi yang gagal ditangani ustaz Sharhan berbulan yg lepas...rasanya sudah selamat ditangani oleh seorang Perawat...Sama2 kita doakan kejayaan beliau...Cantik pagarnya...Pernah disebut orang kan pagarnya namun jarang dipraktikan...PAGAR SEKAMPUNG...Pasti hebat perawat tersebut...berapa banyak Lori garamkah beliau gunakan ? Berapa banyak pokok di pakaikan garam..?

Cuma yg DEN risau ...ada kutu yg masa ini le nak test ilmu dia...pi kacau pagar Perawat tu...So Den nasihatkan...tak usahle nak cuba try test sudi. Kalau nak test...pi le sama2 tibai JIN Berapi tu...Jangan bila orang dah nak hampir berjaya kita sibuk duk test ilmu kita....


Masyaallah bila DEN halusi perawat ini...memang layak bergelar guru..kalau ada ikhwan dari daerah kejadian...muleh le ambil dia sebagai guru..nampak macam ahli tarikat jua...Kedah memang ramai yang bertaraf guru.....

KES BALQIS Di Jerteh

Apa cerita ni sampai berbulan tak setel.

Habis dah garam..sampai pokok pun di gantung garam..Sharhan merapu lagi ke...Udah le...
SHARHAN YOU FAIL..kasi le orang lain..Gambar Tapak Sulaiman yang Sharhan jual rm 15 satu dah tampal ke ? Kenapa takut kehebatan Ahli Sunnah terserlah..

Minta keluarga dia bawa Balqis tu ke Darulsaka...Mak dia mesti datang...Biar Toh PUAN Belagak je handle..Apara kes budak budak pun kecoh seMalaysia..Mana si Mail Kacip..kata dalam facebook mudah aje...abuk pun tarak...Tak yah bawak Garam lima lori atau Lada hitam..tak yah bawak CD Ruqyah...bawa aje niat nak berubat dah le..

MEH bawak ke Darulsaka..Insyaallah DEN setelkan.

Den tak pernah merawat di luar dari tempat DEN kecuali Den ke Brunei..lagipun banyak kes lagi tenat seperti sihir dan santau yang den tangani..so setakat kes akibat salah sendiri...itu kes terpinggir sahaja..kata orang bukan melibatkan nyawa.. Ini aib keluarga...kalau hari Sabtu atau Ahad Den dapat tolong setelkan 100 kes baik tolong yg 100....lagipun takda apa pun masalahnya..tanya orang lama Jerteh...nanti fahamlah maksud DEN...Bunian memang dah lama ada kat kawasan tu...kenapa tak semua dia kacau...pasti ada sesuatu hubungan yg menyebabkan mereka tunjuk samseng...mereka tak boleh tunjuk samseng sembarangan kalau bukan manusia yg beri jalan..sebab itu kes camni satu gunung Uhud Garam kasar pun tak boleh setel..U are dealing with 20 tahun lebih punya cerita dalaman....perjanjian tidak tersurat...rasanya perawat yg mahir sudah faham..bila Den cerita baba 20 tahun dulu..dah ada pun sample cerita blog DEN..mudah je tok tu selesaikan..

Kalau setakat nak halau bunian dari tempat tu...baca aje Qasidah...

31.10.10

Ado Yang Mempersoalkan ?

He..he..he...biasolah ada rumah atap bocor..

Ado yg kato TB muleh le maintain sewa office ke hapa..sebab murid 2 dia bayar yuran..rm 30 sebulan..walhal ada juga bulan yg Den bayar sendiri...
Macam Den cakap itu untuk maintenance dan sewa pusat rawatan..yg student ikut dorang le..nak bayar pun boleh tak bayar pun boleh..yg lain pun bukan semua bayar pun...namun ada yg bijak mengintai peluang perniagaan dengan Allah taala..siap bayar setahun terus pun ada..siap ada yg donate repair toilet yg dah 4 kali rosak..yg datang sabtu ahad dah pasti lebih 100 orang sehari semalaman..mereka berwuduk..mereka guna sejadah dan lain2 kemudahaan api air..siapa yang meberi ganjarannya kalau tak Allah s.w.t. Berbelas kali vakum..sib baik brand ori. Pelatih darulsaka dari tak tahu vakum dah pandai..siap boleh cuci jamban lagi..merendah walau senior..


Tempat Den biasa diguna untuk majlis zikir..aurad ..yasin..solat hajat dll...so siapa yg mendapat pahala jariah sedang dia sendiri tidak pernah jejak kaki ke darulsaka lantaran jauhnya di bawah bayu sana....bahkan student Den dari jauh pun suka tidur di Darulsaka Motel...yg termurah didunia,,free...cuma kami sediakan 10 TOTO..dan bantal je,,nak lagi best..bawak sendiri le perkakas tidur...Toto dan bantal pun dah lunyai..macam2 peta ada...u name it...Utuh kita kerana muafakat. mungkin kita tak dapat guna kemudahan di DS tapi jariah kita terus menerus..kata orang meniaga emas..passive income...terus dari Allah..takda potong potong..Itu belum bab jariah dari mereka yg belajar mengubat dengan Den dan melebarkan khidmat bakti pada pesakit2 lain di daerah dan negeri2 yang lain..kan dah masuk bab jariah ilmu yg baik...ada yang belajar zikir nafas..tongkat langit dll...setiap kebajikan dikurniakan kepada mereka pasti mereka yg passive income pun dapat pahala jariahnya..Dengan sendirinya kos pendaftaran tiada sebab atas dasar ukhuwah ahli Darul Saka.

Sekali depa ikuti kursus...kalau rajin turun memang Den ajar apa yg perlu dan sepatutnya..malam tadi pukul 12 malam..ada yg Den suruh anak sulong Den ajar Bunga Silat...untuk yang minatle...ada yang belajar ilmu sedut bisa gune besi lama..guna telur ayam kampung..kaedah memanggar guna garam..lada hitam dll kaedah menembak JIN dll from the original version..tak mainle..yg jenis reka2 pastu jual rm
150...untuk satu ilmu...Nurun Nubbuwah pun di jual rm 300. Ada yg Den ajar ilmu Lam yg versi terkini setelah Den ijazahkan ilmu Lam pada setiap kursus rawatan yang Den ajar...maksudnya belajar sekali..DEN tetap terus ajar sampai korang dah tak minat...Insyaallah Den ni kan Sifu Segala Sifu,,,maka Allah s.w.t campakan sedikit aje dari Ilmu dia yg Maha Luas pada Den,,,insyaallah ada bahagian masing2 kalau Den dapek petunjuk atau memang dah rezeki pelajar..baru 2 ni pun ada yg tanya baba ilmu membesar diri secara zahir..tapi lintasan utk menurunkan ilmu itu pada 2 murid Den yang lain..so Den ajarle..apa yang Den amik,,,kekadang Den pun tak amal just amik ijazah asal tak putus ilmu.Tok Bahaman boleh berjalan di sungai Pahang aras buku lali dia aje..
Semuga murid Den tu di makbulkan amalan mereka oleh allah s.w.t dan menjadi...


Kan lebih baik dari kita cas pendaftaran patient rm 30 atau rm 80 setiap patient..tiada ikhlasnya....bagi peluang pada yg sihat untuk beramal jariah...mereka derma dengan ikhlas sebab mereka tidak sakit...maka insyaallah bertambah besar Passive Pahala mereka..yang tau tau berkepuk kepuk untuk di bawa ke hadrat Allah.
s.w.t kelak..bukankah Den cakap rezeki dari Allah taala..

Ada orang mati kaya..miskin dan papa di akhirat.
Ada orang mati miskin tetapi jadi kaya di akhirat.
Sebaiknya mati kaya didunia mati billionaire di akhirat

I-Pad ni pun orang kasi..last week note book pun orang sedekah untuk Darulsaka..letakkan Yakin mutlak pada Allah Taala...cuma Den tunggu orang sedakah kan Vellfire je kat Den...

Den ceritokan bab yuran ni sebab tak mau korang sentiasa bersangka buruk atas fitnah. So bersangka baiklah..

Perlukah Yuran Pendaftaran

Den dah jelak dengar ado beberapa pusat rawatan yg mengenakan yuran pendaftaran yang agak tidak munasabah.

Ada pusat rawatan mentang2 dah keluar TV mengenakan yuran pendaftaran sebanyak Rm 30/80 seorang. Rasionalnya yuran rm 30 atau rm 80 itu untuk menampung suatu sistem filing tercanggih di dunia..klick aje dah ada rekod rawatan..Di hospital kerajaan pun baru RM 1 sahaja yuran pendaftarannya..terbukti canggih...dimana dan bila ..just key in your IC..tahu bila dan d klinik mana anda pernah mendapat rawatan..

Yang bestnya setiap kali rawatan ulangan pun kena sejumlah yuran yang sama...koyak beb...kaya ustaz...he...he...jangan marah...maybe pusat rawatan Ustaz ada tempat menunggu yg canggih..Tempat Rawatan Den kecik jo...hanya sebesar 30' x 100' jo. Ada TV 29 in. Ada astro...ada disediakan minuman percuma dan kuih atau kerepek..full carpet...5 aircon 2 hp setiapnya...2 tandas..sebab itu tak berani DEN nak letak Yuran pendaftaran sebab so so aje pusat rawatan Den...Tingkat atas baru je dalam proses cat...tapi rasanya tak le sampai nak kena letak yuran pendaftaran...


Bukan semua orang mampu...so kalau dah Yuran pendaftaran rm 30/80 Air zam zam rm 20 sebotol....bawa sendiri tidak dibenarkan ! Sebotol untuk mandi..sebotol untuk sapu sebotol untuk minum....rm 90 hanya untuk air zam2 al la kasap...belum campur madu...belum campur khurma najwa...last2 rm 240 seorang...sekali ruqyah beramai ramai sampai 6 pesakit..karut le tu...mana personal touch...ingatlah Allah s.w.t masa nak cas cas ni..Walaupun Den tak belajar ugama secara formal cam ustaz2 tu..tapi Den raso tak salah Den togur..sebab Den kan sifu segala sifu.

Tapi...


Den tidak jual air zam zam sebab Den rasa bersalah meletakan suatu nilai pada air yg tidak ternilai..unless ada pengedar yg dapat buktikan margin nya memang begitu,,,tapi Den rasa somewhere and some one outhere tahu apa dah jadi pada air zam zam sekarang...opssss terlepas le pulok...


Insyaallah setiap malam Sabtu , ahli Darul Saka membuat majlis membaca aurad serta zikir nafas serta amalan2 lain di malam2 lain seperti Yasin 7 Mubin, Yasin 40, Yasin Fadhilat memohon doa supaya air yang di letakan berkartun kartun di Darulsaka biasanya 12 - 15 dozen air
1.5 liter menjadi air ibu ubat sebagai ikhtiar hamba2 yg memang tiada daya upaya kepada hadrat ilahi...harganya dijual mahal yakni sebotol 20 juta rm. Setiap minggu sold out walaupun harga sebegitu mahal. Mana2 patient yg membawa air mineral just tukar je...kita orang tak jual
Ayat Quran dengan harga yg murah tau...( itu pasala ada kedengaran..sebab ikut dalil Al-quran --- Jangan kamu jual Al Quran dgn harga yg murah...sobab tu le dia jual mahal ----- Siot punya tafsir ----- Itulah pesan orang alim...biar kita tak belajar arab ke nahu ke hapa...yang penting kita tahu dan ikut maksud sebenar dari kita menjadi golongan yg memutar mutar belitkan Al Quran tak kiralah ianya dituturkan mereka yg slang Arab walaupun dalam perbincangan bahasa melayu )
Namun ramai dah tahu..depa tak bawa air lansung dah...terus nak pakat borong air doa sebab Den hanya letak Rm 2 sebotol untuk air
mineral yang didoakan termasuk ayat 7. Buek masa ni..maximum Den kasi 2 botol je sorang...iolah orang lain pun nak gak..kesian kat ahli2 DS...nak angkat air berkartun2 ke atas..yang panjang jadi pendik..yg gemuk jadi kurus...so Den prefer tukar ganti air....air yg patient bawa
kami buat proses mendoakannya..sobab tu macam2 jenis botol ada kat Darulsaka..insyaallah semuga Allah s.w.t menetapkan kami tidak sekali kali menjual air doa sewenang wenangnya...

So siapa2 towkey air Mineral atau yang ada stock air terbaik di Malaysia...Air Gau dari Sg Gau sana muleh bincang dgn urusetia Darulsaka..sebab ahli DS dah tak larat angkat air...lebih lebih lagi dah ada setingkat lagi bangunan. Tapi air hendaklah diangkat keatas oleh pihak pembekal... Harga jual Den ialah rm 2. So kalau nak tolak kat Den...agak2 la...untung tu buek beli biskut, kerepek, ais ..air sirap...teh o panas..kopi panas...yang diletakan di ruang menunggu...bab air yang dihidang tu pun..tengok gak..ahli DS ni ada yg pemasin..payau..pemanis..so harap maaf raso memang pelik le....Namun mana patient2 lama yg tahu..depa masa bawa kengkawan datang
berubat depa siap beli krepek..kek pisang..buah2...itu semua rezeki dari Allah taala kepada pengunjung...masa DEN tak open macam ni pun...kegunaan cecah 15 kotak seminggu...So Den budget nak order 30 kotak seminggu air mineral 1.5 liter.

Limau nipis memang Den tak sediakan...Ismail Kacip kata guna limau nipis dosa tau...takut tanggal keharuman dari mandian kencing. Biasanya limau yg nampak seolah DS sediakan itu di hadiah oleh pesakit2...samada terlebih membawa atau memang mereka sengaja berniat bersedekah kepada pesakit2 lain...sehinggakan DEN cakap kat ahli2 DS..mungkin kesembuhan mereka bukan atas usaha doa DEN..tetapi ikhlas mereka terhadap pesakit2 lain maka Allah angkat dugaan tersebut lantaran ilkhlas hambaNYA...limau yg merek hadiah pula hijau2 boleh diguna simpan lama..maksudnya memberi biar yang terbaik bukan ala kadar..itu lah konsep sebenar ISLAM.


Ada Pusat rawatan di Daerah Gombak yang gah dengan perubatan mengikut syariat menjual air doa dari Ayatul Quran seperti ayat Attaubah ( laqodja akum ) ..air Yasin dan lain2nya sebotol setiap satu rm 50... Udalah le bukan dia yang baca...kayo meletup...Sekali jumpa 70 rm...
Dan berselindung di sebalik bacaan murid2 yakni mengaji...dia guna bunian...he..he...dengan orang lain boleh le,,,kalau oesakit datang badan sakit2... Dia kasi air doa siap campur paracetamol yang dikisar halus,,,memangle dalam 15 minit rasa lega..Panadol kan sebagai pain killer...wah mujarabnya doa Ustaz...he..he...balik nanti sakit balik le tu,,,kata Ustaz dalam hati,..siap ko..tu pi beli air Yasin rm 50.. Air Laqodja
Rm 50 sebotol dan entah apa air lagi...

Kadang2 dia jampi air yg dicampur ENO awal2....pesakit minum...sure keluar angin..dia pi kira..lapan belas kali sendawa..18 jin mati..he..he...he..Celakalah Ko Ustaz... Hari Sial anda telah tiba....

Sesungguhnya tulisan ini tidak bermaksud kepada mana 2 individu samada manusia atau dewa atau jin...

27.10.10

Salah Faham Penggunaan Garam Kasar

Semua orang pakat guna garam kasar la ni..untuk tujuan kasi rejam..halau..pagar dari hantu dan Jin. Betoi ka ?

Dah banyak kes garam berpuloh kilo ditabur bocor gak....Pasai apa bocor..? Adakah ia hanya untuk mengelakan siput babi masuk...tapi terlepas kalau hantu raya berkepak ? Ialah untuk enterprenuer tentu dah idae bukan...setengah2 ustaz separuh masak kata mesti tak boleh terpisah antara garam yakni mau kasi rapat ? Satu lagi idea untuk enterprenuer !


Kenapa tak dibuat pagar rumah itu dari kristal garam..ikut budget le..nak warna warni pun boleh...kalau mampu buat pagar garam yg tebal dalam 1 kaki..siap ada tajam2 diatasnya sebagaimana design pagar masa kini..ikut kreaviti le..siap ada salur trasparent yg boleh mengalirkan lada hitam dengan air ruqyah..dan sentiasa boleh di top up atau diganti...Pagar Garam Kristal ini pula berfungsi untuk menghalang binatang pencuri dan Jin...kan boleh buat bisnes..boleh dikembangkan kepada kaedah pasang siap..lepas tu semua pokok di kawasan berhampiran boleh dihiasi dengan kristal garam biar jadi macam krismas tree...Santa Claus pun sangkut...


Ilmu ni bukan boleh main semborono aje...ikut kaedah orang tua2... Bertanyalah kepada yg ahli sebagaimana firman Allah s.w.t.

Tidak perlu pun rapat2 garam tu...sebab ia hanya satu bahan sandaran atas doa atau zikir yang diisi...ada petua dan kaedah serta doa semasa membaling garam. Bukan DEN tak pernah buat main garam2 ni..tapi la ni Den tengok semua main garam dan tabur macam nak bagi anak ayam makan...kurang afdal kata orang yahudi...



Den masih tingat masa Den selalu ke Batu Pahat..ada satu round about yg besar nala pokoknya..asal nak potong pakai apa pun..mesin rosak..Last 2 depa biaq gitu ja. Den ajak kawan Den ke tempat tu sebab kebetulan Den ada setengah kg garam yg sudah siap di campur dgn lada hitam...memang Den simpan dalam dashboard...He..he..kepala nak mendajal aje...Den selalu ulang alik dan biasanya pukul 1 am lepas Den sayang mini Den..pelan Den meluncur laju laju membelah pagi melalui simpat Ampat ke Melaka Refinery...Biasa beb...memusing tak jumpa jalan kuar..parking tidur...tau2 betul2 sebelah kubur...Den ni dari Sekolah Menengah Sains Selangor meme suka cari dan kejar hantu...werewolf kejar balik pun ada...baru tak cukup tapak kaki lari...


Kirim salam pada kawan2 Den di Batu Pahat...bila lagi nak belanja DEN makan Bariyani Gam tersedap pernah DEN santap...Musim cuti sekolah dah dekat..kayolah korang dapat menyunat seramai teruna boleh di Batu Pahat...kalau masa potong tu terjumpa yg kebal..ketuk je lutut budak tu...masyuk beb...


Sampai dekat roundabout .. Den terus pecut..Den cakap turunkan Den..gilo ko...berapa ramai bomoh besar2 ustaz dah try ko saja cari penyakit...Dia tak tahu masa tu DEN adalah apprentice Sifu segala Sifu...bila dia dah habis terkejut dari cadangan Den nak turun baling garam...baru Den cakap Den nak buat apa...ialah..jalan tu kan sibuk....so kena lah kami jalan lewat pagi...Den cakap..Den tak mainle tabur2 ni..kata orang Nigeria ..apa barang...Den cakap kalau tabur kena kat buku lali Jin tu je..sure tak jadi apa...tak pedihkan mata...
Den cakap Den nak baling segenggam garam di setiap biji mata JIN tu..barulah tak cukup stadium merdeka menadah air mata Jin....dan boleh pekak makhluk halus yg mendengar jeritan nikmat dari JIN yg kon baling garam kat mato..menda ni korang boleh cuba...korang tangkap Ustaz yg cakap banyak tu..bukak mata dia dan try baling garam kasar...bandingkan dengan garam yg korang baling kat buku lali dia...U can try this at HOME...

So faham kan apa yg Den cuba sampaikan.....
Dan satu lagi fahamlah...segenggam garam kasar adalah lebih afdal dari 18 lori garam kasar. Apa yg penting ialah kaedah dan niat kita..Jangan sekali kali di jadikan ia seolah wajib...takda pun takpa...baca aje selawat Azimiah Kabir atau Selawat Kamiliyah...jauh bezanya...tapi Wahabi memang tak pakai Selawat ini..siapa baca selawat ini berdosa kata mereka..sebab itulah sampai bila pun depa tetap dibawah tapak kaki kiri DEN.