Showing posts with label Mengenal Diri. Show all posts
Showing posts with label Mengenal Diri. Show all posts

1.2.16

Makhluk



Orang yang  melihat Allah dalam Puji dan Keji makhluk maka ia sudah masuk asas seorang yang Arifbillah.

Wajar kita melihat Kebesaran Allah dalam setiap makhlukNya.

3.9.11

Ada yg cari Pasal

Wallahi Wabillahi Watallahi, Masih ada yg membuat onar, maka dengan ini Den bersumpah samada Den yg binasa atau mereka yang binasa. No more Mr. Sweet n Nice Guy.

Selama ini Den tak pernah buat untuk diri sendiri, kali ini mulai malam tadi Den dah mula. Insyaallah pasti ada yang tumbang satu persatu. 40 hari 40 malam, insyaalllah tiada masalah pada Den. Perhatikan APA yg berlaku pada ANDA SEMUA.

Hari kedua, Den akan mula kutip sekor sekor. Pastikan mimpi mimpi anda.

Dulu adolah si penipu, Den buek le apa yg patut, tiba2 masuk ICU, tak serik, last last mati accident. Ok la tu, takda menyusahkan orang lagi. Den ampunkan dosa dia dgn den.

Ada tok pawang negori, mati dah, tapi itu TPB yang doakan.

Tanda tanda anda sudah terkena bahana kalau lelaki mudah patah dayung, lepas tu KO, buang atau kasi jadi hot dog aje. Otak jadi lembab, bermula sebelah belakang kepala sebelah kanan terasa pijar.
Kalau pompuan peranakannya turun dan akan mula berbau.
Kawan kawan semua mula menjauhkan diri, Rezeki mula tersekat. Huru hara hidup, dan . . .

Sekarang sudah fasa sekejap rasa diri sekejap rasa lain, fikiran sudah lupa lupa ingat.

9.8.11

Lam Syahadah

Suatu bentuk keilmuan yang banyak dipakai oleh orang orang terdahulu. Penggunaannya bergantung kaedah dah guru yang menurunkan amalan ini. Walau kelihatan mudah dan sama tetapi pada tahap tertentu aplikasinya berbeza.
Biasanya ia di sabitkan pada 4 wajah dan 7 martabat.

Tahap paling asas ada Den tunjukan pada peserta kursus di UIA Gombak dahulu.
Tawajuh Haitsu Sittah, Fainnaka Mansur, Wainnaka la'ala huluqiin a'zim. Dari atas membawa kebawah di ucapkan kalimah Lailahaillallah. Dari Kanan diucapkan Muhammadurrasullullah. Asasnya dilafazkan secara sarih sebelum dilanjutkan kepada kaedah lain. Belum ada lagi mana2 murid Den yang perturunkan kaedah selain secara sarih.

Pada tahap seterusnya ialah pada tahap zikir ikhlas di selarikan dengan 4 sifat maani yg tersedia dan 3 sifat maani yg disertakan kemudian. Hantarannya tetap pada empat wajah. Antaranya Abu Bakar Umar Usman Ali. Pada ketika ini pengamal sudah berada dalam SIFAR.

Selanjutnya terus kepada 4 wajah selanjutnya yakni pada Alif yang empat. Maka hendaklah di qasadkan pada Diri yang Empat. Begitulah selanjutnya.

Banyak lagi tahap , rujuklah kepada guru yang arif.

Kaedah kegunaanya berbeza dengan situasi, tahap menjaga diri, perubatan, kerohanian dll yang hanya dapat dirungkai oleh mereka yang telah mencapai tahap dan martabatnya sahaja.

Keilmuan ini amat tinggi kerana ianya melibatkan kalimah Syahadah maka tidak boleh sama sekali di maharkan. Biasanya akan ada tragedi yang akan menimpa mereka yang menjual akan keilmuan ini.

31.7.11

Selamat menunaikan Puasa

Den suami isteri mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kengkawan yg mengenali kami.

Marilah kita beriltizam untuk menjadikan puasa kali ini puasa yg terbaik didalam hidup kita. Semuga mendaki dari puasanya orang Mubtadi kepada Mutawasit kepada Muntahi. Insyaallah.

Sebaiknya walau sudah khatam kalimah Tauhid 70,000x , setahun sekali dianjurkan khatamkan lagi sebaiknya bulan yg penuh berkah ini. Dalam nota yg di rampas JAIS pun ada. Dalam blog ini pun ada kaifiatnya. Amallah ilmu Allah, insyaallah tak perlu tauliah di alam MAYA ini. Kekadang sukar mencukupkan 70,000x sebulan. Kumpulah ahli keluarga dan secara jemaah buat zikir. kalau ada 10 org, dan zikir yg dibuat 1,000 maka tetaplah ia 10 x 1000 = 10,000 maka 7 hari sudah cukup 70,000

29.7.11

DarulSaka di serbu JAIS



Toh Puan Belagak diiring menaiki tangga ibu pejabat JAIS.


Sedang Den mengajar ketika ini, petugas Jais datang membuat siasatan.

Kami berhenti rehat dalam pukul 11.15, sambung balik dalam pukul 12. Dalam 5 minit, Jais pun datang dengan pemberita dan jurukamera.

Den : Apahal ni ?
Jais : Kamu didapati membuat kuliah secara diam diam.
Den : Bukankah kami sudah iklan di blog dan FB dalam masa sebulan.

Jais : ini laptop ke ?
Den : ini Samsung Galaxy Tab
Jais : boleh tengok
Den : Tengokle, Saya tgh online FB pasal emas dan perak. Masa tu FB emas bawah sportprice.
Jais : Dia buka tgk penuh FB pasal emas dan perak. kemudian meneliti nota kursus. Ini Ayat Al-Quran. Masa tu dia merujuk surah al anam 108.
Den : Memangle namapun kursus rawatan Islam , memang la guna Al- Quran.
Jais : Awak tidak ada tauliah mengajar
Den : Den hanya mengajar merawat bukannya ugama.
Jais : Asal ada Ayat Al-Quran atau Hadis, perlukan tauliah.
Den : Tak tahu pula mengajar merawat kena ada tauliah.
Jais : Ye kena ada.
Den : Kalau mengajar mengaji pun kena ada tauliah?
Jais : Ya
Den : Kalau Ayah mengajar anaknya bab agama kena ada tauliah ke?
Jais : Itu takpa


Orang Cina petik hadis tak kena tangkap, Orang Tabligh kasi Bayan tak kena tangkap, Pas kasi ceramah tak kena tangkap, Perawat lain kasi ceramah tak kena tangkap. pasti ada yang tidak beres.

Den : Kalau dah tahu salah kenapa tak kasi tau awal sebab dalam blog pun dah terpampang. Just bagitahu kalau kena permit atau apa sahaja.
Jais : Kami kena tangkap semasa kesalahan sedang dilakukan.
Den : Patutlah mantan PM Tun Mahathir sound Jais dahulu, cegahle sebelum berlaku. Umpama orang nak berzina , takan nak tunggu zina berlaku baru nak bertindak.


Banyak lagi yang Den persoalkan hinggalah Den tanya siapa yang mengadu. JAIS KATA PIHAK MEDIA.

Siap bincang bab kalau nazak tepi jalan pasal accident kena ada tauliah mengajar kalau nak ajar mengucap. Adus.

Ada darul laib khabarnya dihari yg sama anjur kursus di Selangor tidak pula diserbu ? Aikk berat sebelah ni.

Cara mudah untuk elak kena rush ialah guna penceramah kufar, maka tiada kena dakwa. Penganjur hanya kasi ijazah aje. Bijak bijak.


Mana 2 nota yg ada al-Quran dan Hadis walau dalam kuliah kewangan automotif dll mesti ada tauliah. Maka kalau dah takda tu semua , sempurnalah apa yg dikatakan pendidikan sekular.

He He He. Untuk pengetahuan semua Den memang sedang dalam proses mahkamah yakni menyaman Harian Metro sebanyak Rm 2 juta aje. Jom ke Mahkamah 9.Aug.2011.

22.7.11

Buah Pinggang

Bantuan pembaca pembaca blog adalah amat di hargai,

Ahmad Hafizuddin Abdul Hadi
Saya adalah seorang pesakit buah pinggang peringkat akhir(ESRF)berumur 25 tahun dan memerlukan pemindahan buah pinggang dengan segera..kos yang diperlukan tinggi iaitu lebih kurang 200 ribu hingga 300 ribu ringgit malaysia..saya bercadang untuk membuat pemindahan buah pinggang di China kerana segala usaha di sini tidak membuahkan hasil..diharap dapatlah anda semua memberikan sumbangan kepada saya..jutaan terima kasih kepada anda semua..Semoga Allah SWT merahmati dan membalas jasa anda dengan sebaik2 kebaikan dunia akhirat..amin

Nama:Ahmad Hafizuddin Bin Abdul Hadi
Hp:0148397650/0199543379(Jamil​ah-ibu)/0145257815(Abd.hadi-ab​ah)
Maybank Acc:163082063995
Alamat:no.48,Taman Teratai,Jalan Sultan Omar,20300 Kuala Terengganu,Terengganu,Malaysia

11.6.11

PUJI QODIM BAGI QODIM

Maka berlakulah puji Qodim bagi Qodim.


Puji Qodim bagi Qodim
Puji Qodim bagi Muhadas
Puji Muhadas bagi Muhadas
Puji Muhadas bagi Qodim


Insyaallah terjawap soalan, didalam Solat Siapakah Yang memuji dan siapakah yang Di puji ? Maka kenallah diri kamu itu siapa. Usul Mengusul lah secara mesra. Allahuakbar

19.5.11

DEJAVU

Dejavu adakah ia berkaitan dengan Keabadian Masa - Suatu Hipotesis ?

Apa yang selalu menjadi kesalahan ialah bila seseorang itu merasa pernah menjadi seseorang di zaman dahulu...Ini adalah fahaman reinkarnasi Hindu dan banyak agama lain...Macamana pula orang Islam terjebak ? Suka melayan perasaan..maka syaitan akan mengujudkan bayangan seolah2 kita di zaman silam dalam watak berbeza..ianya secara khayalan atau mimpi. So ianya BATHIL.

Dejavu biasanya suatu pengalaman yg di rasai oleh Diri Terperi samada didalam mimpi atau kembara rohani yg di sengaja atau tidak..Maka bilamana kita melalui pengalaman secara zahir..baru kita terlintas bahawa kita rasa rasa memang pernah ke sesuatu tempat. Katakan kita bermimpi ke sebuah rumah di suatu tempat...2 tahun kemudian memang benar kita ketempat tersebut maka pasti kita terasa seolah dah pernah pergi ketempat tersebut

30.3.11

Rahsia Selawat

Ramai bonar tanyo bab ni. Den kato tanya guru. Guru plak kata rahsia dan bolum sampai maso....Rasanya setelah pi kursus ramai yang sudah mengerti akan rahsia ini...Rahsia Selawat Diri dan Selawat Rasul....

23.3.11

Langkah langkah Mengenal Allah - 2

Tauhid adalah ilmu termulia, teristimewa , setinggi-tinggi ilmu serta setinggi-tinggi ibadah. Ianya berkait rapat dengan Iman.

Terbahagi iman itu kepada 5 juzuk.

1) Iman Takliq
2) Iman Ilmu
3) Iman Ayan
4) Iman Haq
5) Iman Hakikat

Dimanakah duduk perkaranya Iman kita ?

Pasti kita bermula dari tahap iman Takliq.

Iman yang didapati dari pengajaran guru semata mata atau meyakini pengajaran guru semata mata.

ZIKIR di Tahap Iman Takliq.

Maka untuk si salik biasanya Guru akan mentalkinkan kalimah tauhid sebagaimana ditajuk awal. lailahaillah. kelak Den tepekan disini akan kalimah zikir itu tapi memang sudah ada DEN tulis di tajuk yang lain sebelum ini.

Pada tahap seterusnya Iman Ilmu : kita sudah belajar bab iman berdasarkan dalil Aqli dan Naqli. Masih tidak sempurna.

Zikir di Tahap Iman Ilmu.

Allah..Allah...Allah serta pecahan pecahannya dan kaedah kaedah nya berbeza di setiap tahap dan akan ditunjuk ajar oleh guru.


Tahap Iman Ayan : Pada ketika ini iman seseorang itu diperolehi berdasarkan hati yang senantiasa muraqobah pada Allah s.w.t.

Zikir di Tahap Iman Ayan.

Allah Allah..tetapi sudah pada tahap zikir nafas dan selanjutnya.


Iman Haq :

Iman pada tahap ini sudah amat baik dimana ia diperolehi dari keadaan musyahadah (menyaksikan) Allah dengan Mata hati


Zikir di Tahap Iman Haq :

Inilah zikir rahsia lagi rahsia...


Iman Hakikat :

Iman tahap sempurna ini dicapai daripada keadaan fana yang selain dari Allah dan tiada bersaksi kecuali kepadaNya. Ilahi unsurni Ala A'dahi bihaqqi bismillah wabillah waminnalah waillallah.

Zikir di Tahap Iman Hakikat :

Hanya mereka yang sudah sampai dan faham akan " Rasa " sahaja yang boleh menghuraikan. Pada ketika ini tiada penafian lagi kerana tiada apa pun yang nak dinafikan. Pada ketika ini zikirnya tiadalah huruf dan suara, yakni hanya syuhud semata mata. Bertanyalah dengan guru untuk keterangan yang lebih mendalam.


Kesimpulan hakikat keseluruhan Ibadat ialah mentauhidkan Allah s.w.t dengan 3 perkara :

1. Ikrar - mengucap 2 kalimah syahadah dengan sebaik baik pemahaman akan apa yang di ucapkan.
2. Tasdiq ( membenarkan ) - Membenarkan pada hati (qalbi) berdasarkan pada ilmu, membenarkan pada ruh yakni pada musyahadah (pandangan) bahawa senya Allah s.w.t sahaja yang Maujud.
3. Perbuatan - segala perintah Allah s.w.t dilaksanakan dengan ikhlas.

Sesungguhnya semua yang wujud di alam ini adalah milik Allah s.w.t dan semua itu hanyalah pernyataan/bekas sahaja.


Nasihat Guru : Banyakanlah selawat..biasanya minima 1000x sehari....

22.3.11

Langkah langkah Mengenal Allah - 1

Diri kita di alam ruh telah mengenal Allah dengan pandangan yang dibuka secara kasyaf dan memuji Allah dengan Nur Allah. Diri kita (ruh) juga adalah kaku, tiada baginya sifat melainkan Allah s.w.t mempersifatkan ia dengan diperlihatkan, diperdengarkan, diperkalamkan, di perhidupkan, diperkehendakan, di perilmukan dan di perkuasakan tanpa alat zahir seperti mata, telinga dan lainnya. apabila ia dimasukan dalam sarung badan manusia, maka segala alat anggota badan berfungsi dengan kadar yang ditentukan sesuai dialam zahir pula. Tiada lain tujuan kita dimasukan dalam badan yang lengkap dengan alat- alat tersebut melainkan agar tetap berTauhid dan Bertasbih padaNya.

Ianya berkisar kepada 7 sifat Maani. Ada Den turunkan kaifiat menafikan ( nafi isbat ) dalam tajuk Persugihan. Sebaiknya dibaca sebelum solat sebagai ikhtiar menafikan diri. Nyatakan Aku Haq Allah. Sebagai makhluknya hendaklah sentiasa kita menafikan Keakuan diri. Guru Den sentiasa ingatkan Den agar tidak lupa akan amalan penafian Diri..samada sebelum solat sehinggalah sebelum mengubat manusia maupun Jin.

Langkah langkah mengenal Allah

Telah berkata seorang syeikh yg arifbillah :

Wahai mereka yang baru belajar, hendaklah engkau menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada ilmu Tauhid. Engkau belajar ilmu Fiqh untuk mengesahkan hukum, namun malangnya lalai dari mengenal Tuhan yang menurunkan hukum,

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani r.a berbicara :

Tiada membezakan seseorang itu dengan mereka yang mencapai darjat kewalian di sisi Allah pada ibadah dan ilmunya, tetapi yang membezakan ialah kekuatan dan kebesaran jiwa dalam menghadapi sesuatu lantaran kekuatan aqidah mereka.


Memahami aqidah adalah sebesar besar ilmu dan terpenting dalam menentukan amal kita diterima
atau tidak. Ia boleh membawa kepada dosa yang tidak akan diampunkan Allah s.w.t atau pun membawa kepada kecintaan yang hakiki ( mahabbah ) kepada Allah s.w.t.

Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) menyusun sifat 20 untuk memudahkan orang awam memahami dengan mudah akan sifat sifat Allah s.w.t. Bahkan boleh menolak fahaman Muktazilah, Qadariah, Mujasimmah dan lain2 yg dikembangkan dengan campur aduk
golongan munafik serta ideologi Yunani serta lain. Pegangan ini lah yang dibawa oleh semua ulama semasa menyebarkan Islam di Nusantara. Sifat 20 disusun oleh Imam Abu Hasan Asya'ari r.a serta Imam Abu Mansur al Maturidi r.a.




Puak Wahabi telah menolak sifat 20 bahkan ada Wahabi extremis mengatakan mereka ini sesat dan syirik. Dalil mereka ianya tiada di zaman Rasulullah s.a.w. Inilah akibat kalau terlalu mudah menjatuhkan hukum. Sifat 20 bukannya mazhab tetapi sekadar metodologi untuk membincang dalam kaedah yang teratur. Imam Abu Hasan Asya'ari r.a seluruh ummah kepada aqidah para Salaf yang benar dengan kaedah yang tesusun rapi. Apa yang tiada di zaman para sahabat ialah kaedah perbahasan namun dasar aqidah dan pegangannya sama sahaja. Penolakan Wahabi samalah seperti mereka menolak fahaman mereka sendiri. Ilmu ilmu dalam membahaskan hadis, sistem tatabahasa arab seperti nahu, saraf dll TIADA di zaman para sahabat r.a. Namun ia adalah penting untuk kita umat yang terkemudian untuk mudah memahami ilmu.


Awal Agama Mengenal Allah.

Berkata Arifbillah :

Barangsiapa mengenal dirinya, maka mengenal ia akan Tuhannya. Sesiapa yang mengenal Allah, maka binasalah ( fana ) dirinya.

P/S ( ramai keliru mengatakan ini hadis...ia bukan hadis )

Dalilnya ada yakni dari ayat 21 Surah Adz- Dzariyat marfumnya :

Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak melihat ( tanda-tanda dan bukti kebesaranNya )


Firman Allah s.w.t diatas adalah sebagai pembuka segala rahsia dalam rahsia. Ramai diantara kita yang mencari dan masih mencari...semuga Allah s.w.t memperkenalkan Dirinya pada anda. Namun jangan putus berdoa agar kita semua didalam Rahmatnya..kerana salah pencarian salah berguru...bukan kepalang binasanya...
Hanya Alllah s.w.t zat Wajibal wujud dan wujud dia pada DzatNya. Semua yang wujud dialam ini bukan wujud pada dzat tapi wujudnya di wujudkan Allah s.w.t. Atau barang yang kena jadi. Semua yang wujud ini di wujudkan Allah s.w.t untuk menunjukkan sifat keagungan dan Kebesaran Ilahi.

Firman Allah s.w.t dalam hadis Qudsi, marhumnya ;

Aku adalah Kanzan Makhyan ( yang terpendam dan tertutup ), Aku ingin ditemukan dan dikenali, Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenalKu.

Alam dan kita ini tiada lain melainkan menyatakan adalah ayat ayat Allah s.w.t untuk menyatakan DiriNya.
Kita ini menunjukan wujudNya (DzatNya) SifatNya, Asma'nya serta AfaalNya. Kalau kita melihat diri kita dan alam tanpa melihat wajah Allah, maka kita termasuk golongan yang dihijab/terdinding dengan waham (kegelapan nafsu dan khayalan aqal )
Adapun tingkatan nafsu ini ditafsir ulama sufi dari surah al Mukminun ayat 17 Marfumnya
Sesungguhnya Kami telah mencipta keatas diri kamu tujuh jalan (nafsu).

Tingkatan nafsu mengikut dari yang terendah/terburuk ialah
1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhimah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah

Mereka adalah golongan yang syirik dalam penglihatan, pendengaran, sentuhan pemikiran dan perasaan apabila kesemua diatas tidak dikaitkan dengan Allah. Melihat diri dan alam tanpa melhat " wajah Allah " bersamanya adalah Jahil Muqarab, yakni Jahil pada TuhanNya , tiada mengenal Keesaan sifat Allah s.w.t dan jahil pada dirinya yakni tidak mengenal ia akan Haq pada dirinya.

Dimana kamu menghadap disitulah wajah Allah s.w.t ( al-baqaroh : 115 )

13.2.11

Lidah Masin or Masin Mulut

Apo lak yang dikatokan lidah masin ?

Banyak makan Asam Boi...

Masin Mulut ?

Sumpahan yang Menjadi. Amat di geruni dan bahaya.


Bolehkah di pelajari ?

Boleh

Ilmu Hitam atau Putih ?

Dua dua pun boleh...

Contoh Masin Mulut ...?

Katakan si Masin Mulut terperanjat bila mat rempit merempit di sebelah dia,
maka Si Mulut Masin ni pun cakap..lepas ni ko masuk longkang..maka tak lama
lagi berlakulah seperti yang di kehendaki.


Masin Mulut dari Kurnia Allah s.w.t ?

Ada..biasanya sebagai karomah untuk para kekasihnya..

Masin Mulut semulajadi ?

Ada...

Bolehkah di patahkan ?

Boleh tapi sukar. Ianya berbeza antara satu sama lain mengikut 3 kategori
diatas..ILMU, Kurnia, Semulajadi.

Sebagaimana komen pembaca ( AlifNun...) mengenai pahit Lidah itu semua benar...
Ada seorang sahabat kepada patient datang menemani pesakit...bila DEN tengok
mamat ni ada yg anih dah semacam auranya...rupanya dia dari jenis semulajadi
tapi syukur dia tidak tahu..jika tidak bahaya. Memang jelas tanda fizikal yang
dimilikinya.

Golongan Kerabat Di Raja memang kalau Masin Mulutnya melebihi rakyat marhain.
ianya ada kaitan dengan apa yang di katakan Daulat. Daulat ini pula terbahagi.
kepada 2. Tgk kejadian sumpahan Sultan Mahmud mangkat di Julang.

18.1.11

Doa Pendinding - Roh

Ya Allah, Wahai Zat yang CahayaNya berada dalam kerahsiaanNya dan RahsiaNya
berada dalam makhlukNya, sembunyikanlah kami dari pandangan orang-orang yang
jahat, orang-orang yang melampaui batas dan dari kalbu orang-orang yang dengki
dan orang-orang yang zalim, sebagaimana Engkau sembunyikan roh didlam tubuh.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

14.1.10

Mengenal Alam

Alam-alam memang banyak...yang zahir ada..yang batin pun ada...semuanya ada pada manusia....Biasanya orang amat meminati alam Ghaib...seperti Alam Malakut dan lain2..Ado masa ada izin..DEN akan temberang dengan lebih meyakinkan lagi akan ketemberangannya...he..he...

Mengenal Diri - 3

Apabila kita sudah mengenal akan 4 nafas tersebut yang digelar juga hayat...maka sewajarnya dijaga saluran 4 itu dengan amat baik...

Pada setengah-setengah orang mudah aje untuk berzikir mengingati Allah s.w.t. Tiada sangkut2 atau pedih didada...Kemungkinan besar dari amalan ibu dan ayah semasa berjimak dan ketika mengandung dan sesudah mengandung..Ia berkait rapat juga dengan halal haram makruh makanan.


Maka lancarlah zikir....memenuhi istana Allah di jantung/Hati Batin.
Ada ketikanya bila zikir sudah mesra dan menyelira dek kerana banyak dan ikhlasnya maka akan rasa macam mengembang atau tersekat-sekat...Maka khabarkan pada Guru...biar diluaskan saluran 4 nafas tersebut biar zikir menjadi lebih lancar...

Selawat Azimiah

Selawat yang Agung ini sewajarnya diamalkan selalu...ada yang menamakannya Selawat Azamiah. Ia ada VErsi Pendik dan Panjang.


Lama dah DEN amik Selawat ni dari Guru dan Sifu DEN...Oleh kerana khasiatnya yang terlalu banyak yang mana tak mungkin dapat dinukilkan disini kerana setiap orang berbeza kurnia ALLAH s.w.t. Biarlah Allah s.w.t sendiri yang mengurniakan kebesaran dan kelebihan kepada mereka yang rajin dan istiqomah mengamalkannya...


Dari terperap didada...adalah baik rasanya DEN ijazahkan kepada sesiapa juga yang ingin menyatakan kerinduan dan kasih sayang kepada junjungan besar Muhammad s.a.w. Den rasa terpanggil untuk mengijazahkan Selawat ini sebagai penawar duka dan rohani..dikala
nama ALLAH dipermainkan oleh orang Kafir dan Ahli Politik.
Namun untuk Wahabi terkecuali le..sebab DEPA pakai 3 selawat aje...


Selawat ini diajar terus oleh Nabi Allah Khidir a.s kepada Qutubul Aulia Syeikh Ahmad Idris...


Rasanya cukup sampai di sini sayang ( hek eleh teringat lagu le pulok ) ....Ada masa DEN cerita bab Istigfar Akbar/Kabir....

Ianya ada beberapa Amalan Kubro antaranya

a) Pembuka Amalan
b) Istigfar Akbar/Qubro/Kabir
c) Selawat Azimiah/Azamiah
d) Tasbih Khusus


Inilah Makna Selawat Azimiah Yang Ringkas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon kepada Engkau dengan Cahaya Zat Allah Yang Maha Agung
Yang memenuhi tiang2 Arash Allah yang Maha Agung
Dan berdiri dengannya alam-alam Allah yang Maha Agung
Agar Engkau (Allah) berselawat keatas Penghulu kami ( Muhammad s.a.w ) yang memiliki Kadar yang Agung dan juga keatas keluarga Nabi Allah yang Maha Agung
Dengan Kadar Zat Allah yang Maha Agung

Semuga anda semua mendapat Anugerah teragung dari Allah...apabila Allah mengenalkan DiriNYA kepada anda.


Selawat yg panjang pula dimasukan sekali Tahlil Ahmadiah...Itu kaedah pengijazahannya kenalah DEN ikut tertibnya...kalau yang bermimpi jumpa DEN selepas mengamalkan Selawat diatas....boleh le DEN ijazahkan atau berjumpa dengan DEN secara suri...

13.1.10

Mengenal Diri - 2

Macam yang DEN cakap...banyak entry point untuk belajar ilmu Mengenal DIRI ni...yang paling favorit ialah Sifat Maani.

1) Qudrat
2) Iradat
3) Ilmu
4) Hayat
5) Sama'
6) Basar
7) Kalam

Dalam pengajian sifat 20..Sifat maani itu memiliki 7 dari sifat 20.

Sifat 20 di pecahkan kepada 4 bahagian...

a) Nafsiah - Maksudnya Dialah Zat yang tidak menyerupai sesuatu.
Ia di sebut WUJUD. (1)

b) Salbiah - Menafikan semua perkara yang tiada layak untuk Allah
yakni sifat yang menunjukan Keagungan Allah serta
segala kelebihanNya berbanding sesuatu yang "baharu".
QIDAM, BAQA, MUKHALAFOTUFU TAALA LILHAWADIS, QIAMUHU
BINAFSIH, WAHDANIAH. (7)


c) Maani - Sifat yang bergantung kepada Zat. Maksudnya sifat yang
berdiri dengan kekuatan Zat, Zat itu menguasai dan
menghukumnya.
HAYAT, QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMA', BASAR, KALAM
(7)

D) Maanawiyah - Zat yang disebabkan oleh sesuatu sebab akan
WujudNya, Ianya melazimi antara Sifat Maani dan
Sifat Maanawiyah
Ia juga mempunyai 7 sifat iaitu Hayyun, Qadirun
Maridun, A'limun, Samiun, Basyirun, Mutakalimun. (7)


Manusia memerlukan Qudrat Allah yang berkuasa
Manusia memerlukan Iradat Allah yang berkehendak
Manusia memerlukan Ilmu Allah yang mengetahui
Manusia memerlukan Hayat Allah yang hidup.

Qudrat menjadi Roh yang menjadi urusan Allah
Iradat menjadi nafsu sebagai kehendak atau keinginan
Ilmu menjadi Aqal untuk berfikir
Hayat menjadi Insan selaku nyawa dan rahsia ALLAH. Fungsinya menghidupkan manusia dan digelar nafas. Nafas inilah yang terpecah kepada empat : Nafas Nufus Ampas Tanafas


Adapun keempat-empat sifat semuanya datang dari Allah s.w.t dan akan dikembalikan pula ia kepada ALLAH.
Nota : ada juga pengajian menamakannya JALAN KEMBALI/PULANG.

Kesemua 4 sifat itu disatukan menjadi apa yang dinamakan orang ROHANI...

Maka bila kita dijemput Allah...ROHANI kita kan ditanya

1. ROH/JIWA - Untuk tujuan apa digunakan
2. Nafsu - Untuk apa digunakan...bertuhankan Nafsu atau sebagainya.
3. Akal - Untuk apa digunakan..kemana dibawa fikiran...
4. Hidup - Apa tujuannya

Semuanya berbalik kepada janji2 kita dialam Lahut..

3.1.10

Mengenali Diri -1

Semua manusia akhirnya akan tertanya-tanya dan mencari siapa sebenarnya diri ini...banyak pengajian dan kajian dilakukan tak kiralah agama apa pun...yang takda agama pun menyibuk...Ada yang sibuk mengkaji Diri...akhirnya dari tidak beriman mendapat hidayah terus memeluk Islam...Namun ada jua yang memang Asal Islam Baka...sesudah mengkaji akhirnya terjerumus menjadi kafir...Paling dasyat mengaku Allah atau pun Muhammad. Maka berhati-hatilah memilih guru...Rosak sendiri tidak mengapa...ini merosakan orang ramai..

Ramailah yang mengambil kesempatan dari keghairahan manusia yg ingin mengenali Diri...Maka perhatikan baik-baik...Dalam pencarian tersebut pasti terjumpa kata2 hikmah Ulama...Awal2 Agama Mengenal Allah.

Sewajarnya kemaskan dahulu asas segala asas sebelum mengkaji atau berguru bab Mengenal Diri...Ada yang gelar DIRI YANG KU KENAL...
Guru DEN banyak kali berpesan sebelum dia pergi menemui khalikNya...Ko akan jumpa banyak fahaman yang menyesatkan bila berbicara dengan mereka yang belajar ilmu Mengenal Diri...Asas segala asas ialah...Kita adalah HAMBA...Allah tetaplah Tuhan Rabbul Jalil...Rasulullah s.a.w sendiri dijadikan HAMBA dahulu baru dilantik sebagai Pesuruhnya...Itulah yg tertera di belikat Rasulullah s.a.w yg dikenali sebagai Khatam Nubuwah...
Allahu Wahdahu La Syarikala Muhammadan Abduhu Warasuluh.

Allah itulah Tuhan Kamu dan tiada Sekutu baginya, Muhammad itu hambaKu dan pesuruhku...

Maka hendaklah engkau kemas memegangnya...maka tiadalah goyang iman apabila ada guru mengajar songsang...mengatakan engkaulah Allah dan Engkaulah Muhammad...Percayalah inilah pelajaran terakhir yang korang akan jumpa dan hanya murid2 yang taksub melulu sahaja baru dibukakan rahsia ini...Walhal ianya adalah rahsia BANGANG yang sesat lagi menyesatkan...Percayalah Guru yang sebegini cukup dengan segala dalil dan mahir serta amat dalam pengajian sifat 20 sehingga bila kita dengar...amat kagum dan yakin dialah Guru yang mengenali Diri...BULLSHIT.

Entry Point untuk Guru berbincang tentang Mengenal Diri ini berbeza mengikut pengalaman dan keilmuan Guru serta tahap keilmuan murid....
Ada yang terus membincangkan tentang DIRI yang Tujuh....Yakni
Diri Terdiri
Diri Terperi
Diri Tajali
Diri Sebenar Diri
Diri Empunya Diri
Diri Kamil
Diri Kamil Mukamil

Ada juga yg mula dari Aqaidul Iman yg 50 Pecahan dari kalimah Syahadah...Namaun bermula dari sini lebih kemasa dan tertib...


Diri Terdiri adalah batang tubuh insan itu sendiri...Ia dikatakan mengandungi apa jua yang ada dialam ada pada tubuh insan...

Maka siapa yg faham...maka terbongkar sedikit sebanyak..kenapa apabila JIN merasuk amat sukar mengeluarkannya...dan apabila di ketuk dengan kayu Nona..Tubuh zahir manusia yang bengkak dan zakit...( Namun ada kaedah supaya Jin aje yang sakit ) Ini bergantung setakat lapis mana JIN itu berlindung..kalau dia berlindung di lapis yg ketujuh dalamnya mengambil sempena 7 lapis bumi dan langit...Perghhhh berpeluh ketiak...kaedah scan kauni pun tidak dapat menembusi tahap JIN yg merasuk dan bersembunyi di lapisan ke tujuh...Cuma mendapat panduan dari rasukan atau getaran bila di Ruqyah....Untuk mengeluarkan dengan paling mudah ialah memindah terus 3 Nur yg memang ada pada setiap umat Muhammad...biasanya di bacakan pada limau dan di mandikan...Boleh juga secara pegang terus pada anggota tubuh pesakit...

Dari sini pemahaman 7 sifat maani amat penting...Qudrat Iradat Ilmun Hayyun Samak Basar dan Kalam...Sebab apabila ada gangguan pasti ada sifat2 maani ini yg terjejas...SO adjustle..begitu juga dengan orang Gila atau Isim..

Dalam Ilmu Mengenal Diri..Apa yang di hasratkan ialah kembali balik kepada apa yang dikatakan Bayi Maani ( Tiflul maani ) panduan seorang Salik sudah mencapai Bayi Maani biasanya datang didalam mimpi...Hendaklah di rujuk kepada Guru memasing...Namun hendak tak hendak pasti akan bertembung dengan suatu bungkusan yang berkain Kapan ..bila dilihat...itulah wajah kita yg mana diri kita dikapankan...atau kemana sahaja ia melihat disitu ada wajah dia...maka fahamlah Guru ...sekian-sekian pencapaian Muridnya...Ianya bukan macam Hantu Bungkus..jauh sama sekali...