Hampir setiap hari Den dapat Kes Rumahtangga.
Standard bicara mesti kaitkan dengan sihir ...
Namun bukan semuanya sihir. Sihir dapat di jadikan alasan untuk menutup kelemahan diri dari menjaga pasangan dalam menentukan kebahagian rumahtangga.
Memang ada juga kisah sihir namun banyak juga sihir selepas pasangan mula beralih arah.
Mencari jalan keluar. Namun apabila mula sedar arah tujuan sebuah perkahwinan baru tersentak dan cuba merapat kembali.
Tika itu ia terlupa .. dalam mereka mendapat peluang kedua ..ada insan ketiga yang kecewa hatinya. Maka bermulalah suatu XXXXX.
Memulih kes begini ada yang mudah.
Mudah jika pasangan bersama sama berubat.
Sukar jika sebelah pihak sahaja berubat. Pesakit sebenar tidak mahu datang berubat. Namun masih boleh di usahakan jika masih mahu meminum atau makan benda yang sudah di doakan.
Lebih sukar jika mangsa lansung tidak percaya beliau terkena sihir pemisah dan menyalahkan pasangan mereka kononnya khurafat.
Buatle apa apa dalam bentuk air atau makanan , memang tidak akan di jamah.
Bertambah sukar jika Isteri lansung tidak di benarkan keluar berjumpa mana mana perawat dan perawat pula tidak di benarkan datang ke rumah pesakit.
Apakah ikhtiar Apakah daya atau Sudah tertutup jalan Rawatan ?
Apa yang Den tahu ada beberapa kaedah jika pasangan yang menjadi mangsa tidak mahu datang atau lansung tidak mahu menjamah apa apa air doa dll. Ia mungkin bisikan halus Jin yang mendiami tubuh mangsa. Ia perkara biasa.
Bahkan pesakit Sihir pun ramai yang tidak mahu di ubati kerana beranggapan diri sihat. Walhal ia terang terang nampak pada zahir akan kemerosotan fizikal.
Salah satu teknik di bawah tidak memerlukan Mangsa hadir berjumpa perawat.
Teknik 1
Alihan Sukma
Teknik 2
Bakar je dari jauh
Teknik 3
Rembat je Tok Moh dahulu
Teknik 4
Lebur dalam Zat.