Showing posts with label Rawatan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan. Show all posts

9.10.16

Bismillah 3

Suatu Amalan yang Manjur sebagai ikhtiar Pendinding Diri. Di amal selepas solat. Di awali dengan Selawat. 

Setiap Baris Baco 3 x. 

Kalau nak baco kek Limau atau Air buek Penawar dan Pendinding pun boleh.

Asal tak di jual , Den izinkan perkongsian ini. 

Amalan ini termaktub dalam Yasin Junjung. Yasin Junjung ni payah nak jumpa sobab guru dulu dulu tulis tangan jo. Samo gak dengan Yasin 40. Semua tulisan tangan Gak. Murid Den buatkan PDF ado lak mamat Jual Rm 300. Dia jual agama dengan harga yang murah.

Kalau orang tanya antara Yasin Junjung dengan Yasin 7 Mubin mana lebih manjur dalam soal Hajat ... Yasin Junjung le 😂




28.2.11

Kaedah Berubat - Tidur

Suatu kaedah yang pernah popular suatu ketika dahulu...lepas tu adalah tuduhan2
songsang yang mengatakan ianya menggunakan Jin..Siapakah yang mencetus tuduhan2
tersebut ? Entah entah Bomoh yang dah terpeleot atau tergolek dog. Sekarang ni pun
ada gak perawat yang kata penggunaan limau atau daun bidara sesat..siapa dia ye
si mangkuk tu ? Walhal ilmu terlalu cetek maka main borong je semua tu sesat. Allah
s.w.t Maha Kaya..semua ilmu ni tak sampai setitik dari air lautan pun. Pada makhluk
memangle nampak best dan tinggi..maka wajar kita mengambil fahaman bahawa betapa luasnya ilmu Allah.

Kaedah rawatan secara tidur ni ada beberapa jenis.

Den bahagi kepada 4.

a) Kaedah tidur dimana perawat tiba2 terlelap mata apabila berhadapan dengan pesakit. Biasanya ia terjadi apabila pesakit dipegang di kepala atau belakang. Maksudnya perawat di belakang pesakit. Perawat akan merasa amal mengantuk dan menguap tanpa dapat di tahan tahan. Seterusnya perawat akan terlelap. Apa yg berlaku ? Perawat tertidur dan tidak tahu apa2..dalam 5 minit tiba2 aja terjaga..Ketika ini perawat sudah tahu sebab sebab gangguan dan biasanya pesakit ada keserasian dengan perawat dan insyaallah sembuh.
Allahu latifun biibadihi Yarzuquman Yasyak Wahuwal Qowiyu A'ziz.

b) Kaedah tidur dimana ketika perawat memegang air botol atau limau atau bahan2 rawatan. Perawat tiba2 berada di mana punca berlaku masalah. Pada mula kaedah ini menjadi..perawat tidak dapat kontrol bahkan dia akan tersengguk2 semasa membaca doa dan akan menyebabkan pesakit dan keluarga beranggapan perawat tertidur kepenatan. Namun ianya sebagai permulaan sahaja. Bila perawat sudah biasa..ianya boleh di kontrol..Perawat akan nampak diri sendiri
bergerak laju ke tempat punca kejadian. Ini pun ada step stepnya. Namun mende2 ni eloklah di latih. Step sesudah kita boleh nampak diri kita sendiri.....biasanya kita masih terawang awangan. Perhatikan aura diri...apakah bercahaya atau just lampu 5 wat sahaja.
Untuk lampu 5 wat...just perhatikan punca permasalahan dan bak kata Aina serta Idan the Casper...Get Lost sebelum tok moh interfere.

11.10.10

Kes Jerteh Terengganu

Kes begini kasi pada Mail Kacip aje...dia kan boleh melawan al-Quran yakni boleh bunuh Iblis dan syaitan...Sedangkan jelas dalam Al-Quran dah diberi jaminan oleh Allah akan dipanjangkan usia mereka sehingga sangkakala pertama...Mail Kacip kata buang saka dan syaitan cukup kencing hari 2 dengan niat nak buang...so try le dia setel kes kat Jerteh tu...nanti habis semua tulisan khat kat kg tu dia bakar macam sebelum ni dia nak buang hantu raya sekor...Limau Mandarin dan Serbuk Kari Baba hendaklah dibuang tu semua haram.

Den rasa ramai ustaz2 yg dah keluar TV tu...boleh setel kes kat Jerteh tu..kalau Jin 2000 tahun blh setel takan kes Jerteh tak leh setel...
DEN cabar Wahid Salim Bali le sendiri try setel atau combine dgn semua murid dia kasi setel....jangan dalil je lebih tapi tak proven...ini
Satu malaysia dah tahu..sepatutnya pusat rawatan Islam le kedepan setel..ini bomoh2 kampung..je...so takan berdiam diri je smeua Darul2
Cakap ruqyah terbaik...proovekan ! Jangan cakap lebih...Lupakan bab dengar CD Ruqyah dalam kes ini...memang tak setel punya...jangan guna lidi untuk scan...kang kena pijak.

Kalau dah semua tak mampu dan mengaku kalah baru Darul Saka setelkan , insyaallah....kalau DS tak dapek setel..Darul Saka akan di TUTUP...


Case study...kenapa ruqyah tidak berkesan dalam kes ini...

1. Tiada Jin terlibat dalam tubuh badan..yakni tidak merasuk...
2. Untuk pagar pakai apa pun membazir...pakai le Garam kasar 18 lori dan lada hitam 18 tan..tabur le sampai takda ruang hantu nak
masuk..masalahnya ada ke hantu ?
3. Nak kasi dengar CD Ruqyah ..baik dengar lagu Inteam

Inilah yg DEN cuba tekankan ...kalau kita dakwa ruqyah mampu kenapa dalam kes begini ianya gagal..lebih baik tok moh yg buat solat hajat
dan tangkap 9 ekor tu lagi...So takan ilmu Islam terhenti disitu sahaja...So stop berdalil dalil..proof it...camna nak setel kes yg Jin tiada dalam badan...dan pengacau pula dari dimensi lain..ingat DEN dah kasi clue...dari Dimensi lain...

Dalam Malaysia ramai yg muleh setel kes cenggini..tapi depa ni low profile je...member Den dari Singapore pun muleh...tapi semua dah kena
cop syirik..tu yg payah...Biar Den aje yg bising2 sebab tuduh kaedah orang syirik tapi diri sendiri tak berjaya mengenengahkan kehebatan sebenar Islam...


Dari sudut hati DEN yg mampu menyelesaikan Kes Jerteh ialah

1. Mail Kacip sebab dia seorang je mampu bunuh Iblis
2. Mereka yg menggunakan jalan Wafaq tahap tertinggi
3. Mereka yang menggunakan jalan Dewa
4. Mereka yang menggunakan Solat Hajat

Dengan rendah hati dari Sifu Segala Sifu

30.5.10

Suatu Pengajaran Buat Den

Dalam dalam banyak2 kes yang sampai pada Den..inilah salah satu yg buek Den terasa menusuk sangat di hati......Banyak petunjuk sampai tapi Den ambil mudah sahaja sebab dah selalu sangat jumpa Kes lagi power2.....Dewa ke hapa semua Den kaut je....cuma yang ini hanya Puaka Laut sahaja..kata orang bawah telapak kaki anak Den je si Aina tu....

Petua sifu Den buek lupo...handal bonar..la katakan....sib baik tak kono lempar dek terompah....

Datang satu keluarga berjumpa Den...depa datang dari kejauhan. Terkena Sampuk katanya...

Adapun zikir itu terbahagi kepada

Zikir Lisan
Zikir Roh
Zikir Sir

Hendaklah kamu memahaminya dan meletakan ia pada tempatnya maka beralih lah kamu kepada

Zikir Muraqobah
Zikir Mukabalah
Zikir Mujahadah
Zikir Musyahadah


Maka hendaklah mereka yg mencapai tahap tersebut memegang kemas kemas rahsia Zuk itu....itulah pesan guru DEN.


Bila budak yg kesampukan puaka laut berdepan dengan DEN...terus DEN scan...mak ai penuh screen scan DEN..tibo 2 jo datang lembaga cam pari besar pintu....terlatah lak DEN....jurus..mampus...bila riak laut sudah reda...baru DEN perasan ada satu budak didalam pesakit....badan besar tapi macam terpinga-pinga.....DEN cuba tarik keluar..tak mahu dia....nak IBU...nak IBU...alamak DEN sudah make a
very big mistake....Ini jin belum mumaiyiz.....takan nak bunuh....berdosa....so den pun try pujuk....den suruh sebut kalimah allah....dia tetap jua cakap nak ibu..nak ibu....DEN tenang hati dia dalam dalam.....alamak ini budak selalu sangat tinggal solat....dalam hati tiada taman...tiada allah....susah ni beb...Den tgk keatas...ada talian ? Lagi le susah....last2 DEN panggil ibunya masuk ke tempat rawatan....Makcik, saya minta makcik ampunkanlah apa- apa dosa atau lepaskan segala yang tersimpan di hati...Makcik tu berair mata dia dan dia pun meletakan tangan
seorang ibu yg mulia diatas kepala anak...seburuk buruk anak tetap anak jua...Den dengar dgn jelas....namun DEN sengaja mengalihkan pandangan pada anak Jin....kang berair mata dongar ucapan makcik tu...hilang le macho DEN...

Den teringat rawan Aina masa dio sesat tempohari...camtulah anak JIN tu...macam budak 2 tahun yg ditinggal ibu...rasa menyesal
pulak...lama dah den tak bunuh JIN...tapi sergahan mendadak membuat DEN terjurus...mampus tak bersisa. Den minta dia dimandikan di
baru DEN benarkan balik....

2 hari kemudian DEN terima panggilan talifon dari Rompin...Pesakit mengganas dan menjerit2 kata nak ikut Ibu....Den hairan..dan call sifu...lantas Den ceritakan kes Den terbunuh omak si JIN....Sifu kata just bring him to the place where it belong..then tangkap sekor JIN...tukarkan rupa dia cam omak dio..


Maka pada hari kesesokannya..mereka membawa pesakit ke pantai Rompin....sampai je Depa calling Den. Pesakit diduduk lunjur kaki menghala ke gigi laut. den dah ready dgn Jin Laut yg Den baru tangkap....sesudah memberi amanah..Jin yg menyamar omak Jin tu pun
melambai....elok je budak tu ikut..ibu..ibu...ala korang imagine sendiri le...inikan cerita dongeng...mereka pun balik...walau pun suka ..tapi lain macam je Den punya feel...


Lusanya Den dapat call mengatakan patient merasuk kembali,,..,Aduss...silap ,dan cuai lagi Den....patutnya Den Lamkan aje...Mereka nak bawa pesakit kembali ke Darulsaka..pada malam itu memang ada bacaan Aurad Ahmadiah Fatani. Pesakit duduk bertentang mata dengan Den...mata hitamnya tiada cahaya...Den tgk dalam sikit Jin seolah dalam Cocoon hitam pekat..takan pendinding kut...fikir benak Den.
Talian bala masih ada..takan mak dio tak ikhlas ampunkan anak dio..berbagai persoalan timbul...kalau ikut Den kes anak derhaka..maleh Den nak amik...banyak kerja..


Menangani kes yang tidak diketahui setakat mana ia menguasai roh..maka terpaksalah di pecahkan kepada 4 malaikat diri dan 4 sahabat
diri...maka setelah mengemas sila...Den pun mengeluarkan 8 unsur dari badan pesakit..biar tinggal nyawa sahaja...tahap tertinggi scan ialah bila scan...nyawa je tinggal...roh keluar bersama scan....pada tahap begini apa yg dipegang zahir...

Perghh lajunya wifi kat sini...the head quarters of Celcom bangunan Naluri.....nak bayar bil ma..

Walau sudah berdiri mengelilngi tubuh adam bernama muhammad...pesakit masih keliru entah aa dicarinya...mata masih kelam tiada cahaya...pelan2 Den bisikan Allah...dia ulang 3 kali dalam nada yg teramat lemah....lepas tu masih dgn ucapan nak ibu nak ibu...ada harapan ni bisik hati Den....Dahulu lansung tak mahu sebut.....Den kemaskan duduk dan selubungi diri Den dalam Zat zikir...terus dahu ketuk dgn jari di ubun2 pesakit...Aaa Aaa Eee Uuu. Den ulang sebanyak 7 x untuk melihat reaksi pesakit...kemudian Den ucapkan Zat Alif Sifat
Afaal....3 ulang....wah no response...takan Den nak guna Zahir Muhammad Batin Muhammad Awal Muhammad dan Akhir Muhammad seperti apa yang terkandung dalam logo Darulsaka. Den tenang dalam2... Tiada izin...so Den cakap kat family elok tunggu selepas Aurad apabila Tok Imam Dragon sudah minta greenlight untuk memulakan Aurad Fatani...Den kata on....
Lets the film rolls....

Masa bacaan Aurad...Den sibuklah duduk di pintu kaca...manalah tau mamat ni tibo2 tak keruan mendengar zikir


Lailahaillallah 1000x
Lailahaillallah Muhammadarasulullah Fikulilamhatin Wanafasin Adadama Wasiahu ilmullah 400x
Lailahaillallah wallallahuakbar 400x
Ya latif 1000x



Den perhati je mamat tu dengan siap siaga...kalau dia bingkas bangkit pasti Den guna kuncian kaki....Sapik Kalo...
Dia takdelah mengganas tapi letih beb..rasa nak bagi smack down aje...dalam darul saka ada sorang pakar smack down....JAMES BOND..asal main silat gerak je nak smack down...cuba try atas lantai simen..ada berani...?

Habis aje aurad..kami pun melantak...kenyang beb...blogger datang secara Potluck...10 minit lepas tamat makan...Den panggil 6 taiko masuk bilik rawatan...Den suruh depa pegang kuat2 buatlah apa yg patut..sementara Den nak tidur....

Mulanya DEN tergerak nak guna kaedah 4 nafas..Nafas Ampas Tanafas Nupus...Kaedah ini dah tahap membunuh...biasa orang guna yg tanapas..kena tongkat lidah dan hembus nafas..DEN pula suka guna Kaedah Nupus..ia adalah rahsia segala rahsia..tiada dibawah tiada di depan ...ianya rahsia diri sebenar diri..tapi kalau guna kaedah yg ni..mengikut petua Arwah grur DEN Syeikh Anuar Wahab..hendaklah di tenang sedalam-dalamnya sehingga hijap terakhir yg mampu kita pergi di Hati Batin seseorang..Bila mengingat petua guru dan nasihat dia..Ko dah Telus Mata..lain perginya..boleh masuk terus ke lubuk ketujuh hijap hati manusia..maka peliharalah Zuk mu itu..DEN fikir2..baik DEN suruh otai2 berenam tu try setelkan mengikut kaedah2 yg depa pernah belajar dengan mana2 guru...sementara DEN nak tidur di penjuru bilik rawatan...Nyaman tidur...iolah dah dokek 1 pagi...

Pesakit merintih dan still cakap nak ibu..nak ibu...Maso tu tak teringat le pulok si Rozaimy nak guna Ultraman bertiga...DEN sembang dgn mini DEN...DEN posan DEN tidur 5 minit jo...kojut nanti..Sobab tidur ni kan sodap..DEn pun letak 2 bantal sekali...Murid DEN pun dah
tahu..bilo DEN nak fana..mesti 2 bantal..Peduli apa..orang berpuloh keliling..DEN totap nak lolap..DEN zikir ZAT Akbar..masuk 3 kali ...padam..DEN jago balik..DEN zikir 3x ..Padam....Aik...5x DEN cubo...Padam Jaga..Padam Jago..Tak pernah jadi camni...Adus...DEN bangun sendiri..tak yah mini kejut..

Den panggil le salah seorang Pendekar DS WFH...DEN letakan bantal, satu jo..Sifu jo boleh pakai 2...Mana muleh lawan tokey..kang kena DAM...DEN cakap kat dio..DEN nak tidurkan ko...lepas tidur..ko pi tengok apo yg sebenarnya berlaku..Wah Cerita Wayang ni dah sampai tahap...merapu dah...tahap DEWA punya Fiksyen...Iolah sapo nak tengok cerita benar..kisah benar..Dah main tidur2 plak..kang ado yg kato DEN sosek macamana Ustaz Harun Din kono dulu...Sekali tengok kaedah dah macam Tok Awang Ngah le pulok...Wali Allah tu baru aje meninggalkan dunia ini...Banyak bonar kaedah DEN guno..iolah..DEN kan SIFU segala SIFU a.k.a WONG BO HONG...Tak cayo ..nanti nak tidur..baca surah Al- Mulk Ayat 14..33x atau sampai tidur..amik wuduk dulu..Mohon ALLAH s.w.t tunjukan benarkah TOK BELAGAK itu Sifu Segala Sifu...Ini bukan tok bomoh ke .Ulamak..ke Ini petunjuk direct dari ALLAH s.w.t. You Can Try This At Home...Yg DEN pesan berlapang dada sahaja..sebab jawapan tu bisa menggoyang EGO anda. Nak best lagi buek je solat hajat 2 rakaat..lepas salam bacakan doa dari surah Al Mulk ayat 14.



Pelan2 kayuh..DEN mulakan dgn Istigfar...DEN suruh Pendekar tu ikut samo...DEN duduk kek belakang kepalo dio..Pelan DEN bacakan Ya aiyuhan nafsul mutmainnah sampai habis....ala...ado dalam dalam Aurad Ahmadiah Fatani tu..malam tadi lobih 90 orang datang siap mohon Palestine selamat lagi.


DEN pilih mamat ni sebab dio mudah fana masa baca Aurad..Asal mula Tasbih Lailahaillallah jo..dio punya tasbih dah jatuh kelantai..Fana BEB..DEN bacolah beberapa ayat..sampai DEN top Up dengan Zikir DEN...Hek eleh...dah 5 minit...buek hangin DEN jo..tak keluar dia..Walhal Kabus Putih dah jelas terbentang didepan dio untuk masuk ke Alam Ghaib..DEN kensel. Susah ma..ini mamat ada Taman Bungo dalam hati dio..siap ada Shah Rukh Khan main Biola dalam filem Mohabbatein...Patut kantoi...

Last last DEN pangil sorang lagi...untuk melalui proses Peniduran..Baru DEN buekkan Pintu Kabus Putih..Dio dah terangkat dengan badan2 sekali..DEN terus pegang Nadi dia..DEN cakap..Badan Tinggal...Roh Aje keluar...Masuk dalam Gelung cahaya tu..bisik DEN pelan2...perghhh mamat ni 2 minit je dah muleh keluar..DEN tengok dia macam terpinga2 je..terus DEN tunjuk arah tuju..Kalau tak Guide kang mahu dia naik Wheel Of Ferris di Funfare dekat Carrefour Kota Kemuning...Ini mau mintak Komisen ni..Iklan free jo...

Apakah yg terjadi selanjutnya...Jeng..jeng..jeng



Atas permintaaan ramai..bioskop dibuka kembali..ada anai2 kat player film....maaf ye...Setelah Den konfirm Pendekar WFH tu dah stabil rohnya...bayangkan terapung rapung..dan ini pengalaman pertama dia..so DEN suruh dia lepak kat kaki pesakit...siapa yg muleh nampak, nampak le...Den pesan suruh ajak keluar..dari kepompong Hitam...tapi macam ada blocking...talian hitam masih ada...Den tengok jam dah lewat..so DEN go for Final Option....DEN sendiri yg keluar....Den pimpin pendekar tu masuk balik diam2....bila dah kemas masuknya..Den pun lepaskanlah nadinya...


Den amik balik bantal tu sebab DEN nak guna 2 bantal ma...Pelan2 Den baco...Aku Haq Allah....Demi kasihMU padaku....Den pun lolap...DUSYUM kalimah IBU kedengaran..amat nyata dan jelas sekali..DEn bingkas bangun...dan kebetulan Mini DEN pun gamit DEN...budak tu ada lagi serang IBU SUSU....masayaallah...patutlah susah sangat..IBu dia sendiri cerita masa DEN fana...kedua-dua mereka memang amat kecil hati dgn sikap mamat ni....Fuhhh lega.....jumpa juga jawapannya...


Kisah anak JIN tu sebagai Asbab sahaja...dalam Allah merencanakan bala yg menimpa...

Bermula diketahui olehmu, hei salik kesempurnaan sembahyang itu makam segala abid dan mikraj segala arifbillah, munajat segala salik dan tawakal pada Allah Tuhan sekelian Alam.

Wa qurraabbi dakhilli mudkhola sidqin waakkhriji mahkhoja sidqin wajalna li min laddun kasultananasira

17.3.10

Sihir Malam Pengantin - 3 EPIK

Dulu depa ni kawan....masing2 menaruh hati...cuma si jantan aje yg lidah kelu tak mahu mengungkapkan I Luv U. Seorang guru seorang murid seni mepertahan diri...Bulan dan bintang dah ponek bersilih ganti..siang menghambat malam....malam menerjah siang namun apa yang di gelar so called pendekar...kecut tanpa ada apa2 jurus menikam hati...Sang murid?semakin dihambat usia...Family asyik bertanya...

Akhirnya datanglah rombongan meminang dari seorang jurutera...Pinangan diterima. Meloponglah si pendekar bacul...harap keris dan tikah aje garang bak seladang tunggal...luka dalam hati...syaitan merasuk...mana mungkin dilepaskan bunga pujaan hati....

Tika ini DEN sedang lepak minum teh tarik gelas bapok di tingkat 5 menara Citibank...rm1 aje...murah beb...tgh tunggu meeting Drill on Paper di tingkat 10 at 2.30.....Kumang Field.

Nanti masa mtg muleh update blog....malam pertama...melabuh tirai.....he he.

Sang suami bercita2 dapat belayar dgn lancar agar dapat memupuk cinta yg datang mengejut. isteri walaupun malu terpaksa akur jua sebab sudah bergelar isteri...soal hati biarlah masa menentukan. Adussss....dayung bukan patah ditengah samudera..tapi patah di gigi air ..... Berderau darah...inikah dikatakan gemuruh malam pengatin atau mainan orang...maka tidurlah mata...walau hati terasa lara...sebelum, subuh...awang dah wake up for morning duty...he..he...merasa gak akhirnya....kelepok patah lagi di gigi air....oooo tidak....berbulan dayung patah riuk asal aje di gigi air...Kecewa rasa nak sepit celah pintu aje dan di hempaskan pintu....maka berulang alik le pasangan muda itu kerumah tok moh, nek moh, ustaz dll...semuanya menunjuk kearah bekas guru...akhirnya berkat kesabaran....tiang sudah kukuh..dayung umpama besi....tinggal mendayung saja yang belum...segala pasak dipasang perawat segala ramuan rancang besi dan rancang tembaga di telan,....tolak tepi tongkat ali yg rendah tahapnya...meskipun diagungkan orang. Serapah besi kursani tersemat erat didada..hei besi kursani nak melanggar bukit tursina....setakat 2 biji kelapa muda...steady aje di sangkut..utuh.....

Malam melabuh tirai...isteri senyum kambing....suami senyum meleret..maklumlah senjata suda disepuh. Maka dah takda istimta lebih2 dah...terus ke matlamat utama...sang cengekerik pun berkelana membawa diri...adus...tangan meraba...eh..mana mendenya...kuatir sebab kali pertama...maka lampu dipasang...oh tidak...takda...takda..takda...si isteri pun terperanjat....suami terkulai layu...keris dihunus tiada guna lagi...maka layulah ia detik demi detik...penat dan jerih menyepuh keris...6 purnama membazir begitu sahaja. Hairan bin pelik bila tempat bercucuk tanam hilang ghaib tiada bernisan. isteri sedih kerana kali ini melodi drama terputus kerana dia...maka sekali lagi terpaksa menebal muka menceritakan masalah dalaman pada ramai perawat. Berkat kesabaran yg hilang menjelma kembali...

Persiapan bertikah diatur kembali umpama mempelai baru di sebuah hotel...bulan madu di alam fantasia...dah tak tunggu malam dah...yelah berapa kali dah air melempah kat kepala...akhirnya dengan membaca doa bersetubuh mereka pun menaiki perahu yg ditambat di gigi air....

Akhirnya pendekar pun menikam..cet terpelecok le pulok...tikam kedua pun tersasar...begitulah seterusnya...kecewa...pendekar pun berundur...apalah nasib...masih tak dapat mengecapi manisnya madu...

Suatu petikan dari Novel ketika CINTA BERTASBIH

Bicara dalam kelambu
Isteri :

Kaulah kekasihku Bukalah cadarku Sentuh suteraku Muliakan
mahkotaku Nikmati jamuanku Jangan khianati aku!

Suami :

Bismillah, Kemarilah cintaku Akan kubuka cadarmu dengan cintaku
Akan kusentuh suteramu dengan cintaku Akan kumuliakan
mahkotamu dengan cintaku Dan kunikmati jamuanmu dengan
cintaku Tak mungkin aku mengkhianatimu Karena aku cinta padamu

Bilakah akan dapat tercapainya kisah sedemekian rupa, ini bicara sepasang suami isteri yang soleh....?

Ingat pesan DEN..malam pertama...buek solat sunat dulu..jangan gelojoh..dah buek solat sunat..buek nikah batin..barulah zahir batin terikat kukuh...Jangan buek cam guru sosek..Nikah batin sebelum Nikah Zahir..kepalo abah dia. Hantuk kek dinding kang baru tahu !

Dah habis buek tu..barulah
asah baik2..Jangan le pegang bosi katil. bosar bonar tu..guno yang Ori jo dulu..kalau dah anak ramai baru guno ilmu pogang Bosi katil..tapi jangan le yang kocik tu..pogang yang pasak 4 tu..kan bosar tu...tak jari gongam..he.he..

Mulo2 dulu suspen gak DEN..sobab Guru DEN ado pesan..pompuan Perak kekadang di Malam Pertama dia cakap..kalau bang nak...pulangkan balik dara DEN..selepas bersamo...huhhhhh berpeloh dahi nak pulangkan BIKIR ni..Kalau tak tahu pulangkan atau tak mahu pulangkan..tengoklah siling dan tembak aje cicak yang molinteh.

Usaha yg tiada mengenal lelah dan dipanjatkan doa pada yang ESA akhirnya membuahkan hasil...Keris berjaya ditikam kedalam sarung...YA ALLAH...sakitnya...ada semacam duri le pulok...parah..parah...Teringat DEN satu keas..asal masuk aje..cepat2 suami tarik keluar..sakit seprti terkena jarum....DEN tgk balik...Daun Nangka dilipat dan di cucuk 2 tulang ikan...mana tak sakit kawan tu..Begitulah tak isteri sakit suami sakit..berulang2..ulang.

Kes dipanjangkan kepada DEN....DEN nasihat pada sang isteri..jaga2 sikit..suami mungkin dah fed up..dah masuk 6 tahun...bukan suatu masa yg singkat ...benar- benar menguji kasih dan sayang...DEN cakap..ramai dah awek2 kilang bawah jagaan suami yg menunggu. Bila sms suami di check..sudah ada sms-sms yang miang. Jangan berputus asa..DEn sarankan kenapa tidak dibalas...fikirkan rumahtangga...kesian katanya..DEN geleng kepala...Pada suatu kesempatan DEN dapat berbicara dengan sisuami...tak boleh dibiarkan...dapat DEN pulihkan ..sebulan kemudian kena balik..DEN nyatakan kekuatiran DEN..sebab firasat di hati dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

Akhirnya apo yg DEn jangka telah berlaku...Bak Koto Ograng Minang...Biar tercacak Koris dan Lombing...DEN totap nak jugo..kalau DEN tak leh dapek...oghrang lain pun tak leh dapek..Adus...Inilah yang dikata orang...Iblis menguasai hati...cerito opo pun dah tang guno...Bila Si Pendekar bacul ni dah tak dapek...dio guno taktik gerila..biar semuo orang putih mata...terlantar lah si isteri tenat sungguh sakitnya..

Suami dio tipun DEN..kalau ko taknak balas..DEN takan bantu dah...Ini Kes ikut hukum akal dah muleh masuk alam barzah dah. Dia setuju...DEN pun minta kawan DEN pi sana...ke negeri Mutiara...DEN kalau pi...siapo lak nak korek minyak untuk 1 Malaysia. Kawan DEN pun DEN bolikan tiket bas. Pertengahan jalan..Tok Cha sudah mari..Ko orang luar jangan masuk campur..nanti balik tak berkapan..Kawan DEN jawab..ko bukan Tuhan...mati hidup kita tengok le nanti...Perghhh ini tok Cha sudah siap buat surveillance kalau ada orang nak ubek kan...

Setelah sampai Abang Mat dijemput oleh forumer ke rumah. Ado gak 3-4 kes kocik, dia setelkan. Malamnya dia pun sediakan plastisin siap dengan jarum dan tuala good morning. Jarum di cucuk pada patung plastisin...lepas tu dikafankan dgn tuala good morning tu. Di pantai feringgi kasih terucap...Patung pun di luncurkan...tak tenggelam beb...Tok Cha bertahan...sambil cuba menyerang..dia tahu kalau tenggelam..pasti dia akan lepak kat alam barzah free of charge. sudah 15 kaki jaraknya dari gigi air..tak tenggelam lansung...memang tak logik. walhal..sebilah jarum pun akan tenggelam. Tok Cha disana pun awal2 sudah mengerah bala tentera JIN untuk mempertahankan dan membunuh Abang Mat. Sayembara Ilmu Dalam antara Pawang Besar dgn Tok Cha bermula...Den hanya perhatikan dari kejauhan..DEN yakin Abg Mat muleh makan..kalau tak ...tak mungkin DEN hantar dia menempah kapan di negeri orang.
Akhirnya Abg Mat pun menghentak tumitnya ke pasir pantai...Berderup..tenggelam Patung tersebut bersama roh Tok Cha.

Sang isteri pun dikasi penawar. Bila dah baik...DEN cakap. Abg Mat tak buek lagi pada pengupah secara maximum. Isteri masih kesian...apakah masih ada sisa-sisa cinta pertama ? Ialah ianya dikatakan suatu misteri yang teramat sukar diungkap dengan kata-kata..hanya yg pernah mengalami sahaja yang mengetahui seperti Epilog Misteri Cinta oelh Sohaimi Meor Hasan.

Diam2 DEN titik aje mamat tu...Leceh nanti cerita tak habis2,tumbang sekor penyihir dia upah lain.

2.2.10

Hentikanlah Belajar Ilmu Mengarut

Banyak keilmuan dari Tibet, Jepun tersebar luas..yang akhirnya cuba dilihat islamik dengan menambah perkataan Islam atau Nur dan sebagainya..Ini semua berpontensi menjemput Pendamping...last2 masa dah mampus...meninggalkan saka le pulok...Masa menyedut2 energi tu..terkadang tersedut Jin yg tak mau keluar bila di discas kan..Rasain lo...


Ramai patient yg DEN ubek...banyak dah belajar ilmu mengarut ni..energy Allah dah kasi pada kita...buek apa nak sedut energy bumi la..bulan lah...para sahabat la...dll yang hanya tipu daya...mende ni walau kecil2 jin nya...tapi kalau dah selalu sedut pasti akan penuh dalam rongga badan...lama2 nak beribadat ikhlas ( Ikhlas YE ) pasti badan rasa tak sedap..kalau beribadat pasal nak eenrgy, maka energy rasa power bertambah...he..he...terpedaya lah anda..

Den dah pernah suruh dah semua supergrandmaster depa tu seluruh dunia titik DEN..takde apa-apa pun walau bertahun sudah berlalu...masa DEN hentam dalam Forum dulu...yg batil mana boleh lawan yg Haq...manusia sebagai khalifah dah ada segala energy ..tak yah nak sedut energy makhluk2 yg di bawah jagaan manusia sebagai khalifah...Taik kalau di balut Al-Quran.. taik juga, ..Maka tak yah lah bila dah dengar dan habis duit beribu...cuba nak Islamkan..mengarut je...Kaji Fusus Hikam dan kitab ulama2... ....Jauh Ultra hebat lagi....Jangan ingat main transfer aje 5 minit dah jadi tok guru supergrandmaster ..lagi mahal lagi cepat....

Kena ingat Fatihah tu semua Al-Quran ada dalam dia...Nak baca dan amal pun dah makan masa...mana ada ilmu lebih baik dari memahami dan mengikuti keseluruhan Fatihah, Saidina Ali r.a pun cakap 40 unta tak larat nak pikul tafsir Fatihah yg dia tahu.. ...So mana logik..kurang lima minit dah muleh jadi grandmaster..kecuali JIN kasi top up...

Cukuplah Fatihah sebagai amalan yg boleh menolak semua jurus2 dari semua gembelingan Supergrandmaster tu seluruh dunia...

Pasti ada yg mengaku Super grandmaster bengang dengan DEN..Apo nak buek..macam biasa...CUBALAH...Korang buek solat hajat mohon Allah tunjukan benarkah ilmu ku ini ada JIN...sebelum tidur bacalah surah al-Mulk ayat 14 minima 13x atau sampai tidur...insyaallah kalau hati tiada was-was dalam melakukannya pasti ditunjukan kebenaran...
Pengamal ilmu ni masa lepas transfer je rajin beramal...lepas satu tahun...tahule...

SAKA - Dimana Ko

Saka ni kebanyakannya dari bangsa JIN...Bila merawat atau membuang saka perlulah diperhatikan dimana kedudukan SAKA.

a) Diluar
b) Menetap didalam badan
c) Keluar Masuk - ikut kepala bapak dia je..
d) Memantau - Inile jenis yang palat habis...Depa mai satu satu
buang satu mai satu...buang satu mai satu...Kalau kena camni
rugile buat waranti..


Ada sifu DEN kasi tau camna nak trace...tapi leceh beb...tak berbaloi...Tok Moh pun ramai tahu..So bila patient sms kata badan semacam je..DEN tgk kalau ada gangguan, DEN kaut buang...biasanya DEN buang saka masa kat dalam tandas KLCC tingkat 40...selesa beb, bersih dan ada aircon ada wash hand lagi...sambil bukak Handphone...baca SMS...sekarang ni tiap2 hari DEN kena pi Morning meeting kat Tower 1 KLCC..Sobab tu DEN tak jawab call...Tapi time berak DEN baca,jawab dan buang...bukan lama pun...taik tak sempat jatuh pun ..saka dah buang...mudah ma..semudah www.mudah.my . Tak percaya...peduli apa DEN...namo pun cerita Temberang.

1.2.10

Maafkan DEN kerana Berlagak

Ramai yang bengang bila DEN kata DEN buang saka 10 saat sahaja...
Sebenarnya DEN merendah diri tu...disebabkan DEN merendah diri...pun orang bengang....Baik DEN cakap kelebihan sebenar yg Allah kasi pada DEN..DEn dah suruh budak tengok jam berapa detik DEn buang saka...

2.5 saat je...itu pun pakai jam jarum..kalau pakai jam digital...DEN rasa lagi laju ma...So puas hati...

DEN kasi Jaminan 6 bulan sebab DEN tahu pasti ada kemungkinan2 yg lain...So DEN take the risk...kalau meniaga kira rugi le..Kalau Tok Moh lain...mungkin cas lain bila datang saka lain...Ada yg tak letak harga tapi kalau berulang2 ..duit belanja TOL, minyak, masa kena amik kira juga...DEN buang dari jauh je...itu pun ada gak yang nak datang..datang le...DEN faham...DEN kan hensem...

Kebolehan buang saka below 3 saat lama dah DEN ada...bahkan masa DEN nak ajar murid DEN kat kantin dulu..tapi cara kejamle...cara bunuh...Sesaat aje...Dorang terkial-kial..so DEN terzas....terkezut mereka..So puas hati...Cepat lambat tu tak penting yg penting kesan selepas buang....ada mai baru ka...itu yg penting...buang ramai boleh buang...

Masa kek Kantin di Seri Kembangan dulu DEN ada bawa Kawan DEN..dia buang saka...baca bismillah dan kibas pakai kain yg pesakit bawa...tak sampai 5 saat pun...Yg pasti DEN tgk saka2 tu dikurung dalam sangkar seperti bola takraw sebesar bola sepak size 5 diperbuat dari tembaga..Dia belajar dengan ulama di Patani..habis tersangkut dekat pokok berhampiran Surau kek sekolah DEN tu...dah jadi macam pokok krismas...lama2 mini DEN suruh pindahkan je..ketempat lain...DEN sayang gak...pokok krismas misteri tu...Tapi Toh Puan Belagak punya arahan mana DEN berani engkar...kang tengok siling jo...Nanti kalau ado lai DEN ingat DEN nak kumpul balik..cuma DEN tak pasti berapa lama kurungan bola tembaga ini bertahan...harap2 ada lagi...muleh repair ma kalau dah nak bocor...Dah bocor...tak dapek le..

Tapi DEN heran orang yg belajar ilmu agama tinggi boleh menyangkal kebolehan...yg Allah beri sesuai dengan cogan kata ISLAM WAJIB BOLEH....

27.1.10

Penternak Saka Yang Berjaya

Ada patient yang sudah dibuang saka...kemudian ada balik..buang ada balik..kekadang sama species kekadang lain...

Antara tanda2 datang yang baru ialah...di beri baby...kita pulak pi dukung..atau di kelilingi binatang dan budak kecil...konfirm dapat yang baru...Untungnya Nasib...

Ada gak yang kata keluarga dia Alim..maka mana logik ada saka...He..he..keluarga Alim le banyak saka...Mana nak cari 7 keturunan yang alim semuanya...ada gak yang ditengah2 yg bocor..Biasalah orang Alim dulu...Quota nikah 4 sentiasa penuh...hilang satu ganti satu...Yang Alim mungkin Atuknya...nenek-neneknya ? Pastu Saka 2 tu mungkin tak dapat nak masuk pasal keluarga tu Alim...so Depa wait and see...Keturunan yang sekarang pulak semua Alim Play Station...So mereka datang le menghurung ..mampus...

Ramai Tok Moh tahu macam yang DEN tahu..tapi Ustaz ramai tak tahu sebab takde belajar bab ini...yg dorang belajar pun bila mendapat tahu sukarnya membuang saka dan karenah2 membuang saka...Cuma Tok Moh selalu dilabel syirik dan khurafat...sampai mereka pun terpaksa pi kursus RAWATAN ISLAM...KALAU TAK MEREKA akan tertinggal arus perdana...maka dari perkenalan sesama peserta...ilmu tentang saka akan bertambah pada Ustaz2...Banyak kaedah buang saka yang tidak salah dari segi syarak...misalnya kalau menyuruh saka jaga padi yg di goreng untuk membuah...Itu semua pengalaman dan petua2 yang berguna..

Bacaan Yasin 7 Mubin di Pro Darulsaka

Hari Sabtu Lepas...23 hb Jan....Satu majlis membaca Yasin 7 Mubin telah selamat di adakan di Pro Darulsaka...Bacaan dibuat memohon di buat Ibu Segala Ubat melalui kaedah Yasin 7 Mubin..pada air....Ramai peserta membawa sendiri dan ada yang menyumbang air untuk didoakan..

Kaifiat ini memerlukan 41x bacaan dalam masa sehari..so Kalau ada 30 peserta maka ada peserta yang kena ulang sekali lagi mencukupkan 41x..
Syukur dapek dikumpulkan 51 orang peserta tidak termasuk RIJALUL GHAIB..Maka bacaan dilakukan sekali sahaja...itupun makan masa 1 jam lebih sedikit...

Saka Yang Dominan

Orang Melayu terkenal membela dan bersahabat dengan Jin dan puako...
Sebelah Atuk pun ado sebelah Nenek pun ado...So bancuhan dari keturunan Atuk dan Nenek ini mungkin akan menimbulkan reaksi berbeza dan perkara berbeza...Ramai perawat tidak memahami bab ini apatah lagi pesakit...

a) Percampuran antara 2 jenis Saka menimbulkan Hibrid baru atau kalau Saka sejenis maka beranak pinak le mereka..Ini menerangkan kenapa waris masih hidup tetapi anak2 pun sudah ada saka.( Biasanya Pewaris mati baru saka berpindah ) Kata orang Rumah dah Sempit..pi..pi sana menyibuk je..abah dan mak nak beromen ni..lebih kurang gitu le senarionya.

Jenis Hibrid baru ni yg susah sikit..sampai kita yg muleh scan pun pelik...apa ke jenis punya JIN da...tak jumpa dilain tempat...

b) Ada juga Saka yg tidak SEKUFU atau tak Ngam..atau jenis Tiu Na Seng...Katakan Atuk saka Hantu Tinggi...Nenek Saka Pelesit...Memangle yg pelesit akan makan hati sebab tak dapat lepak kat cucu cicit pewaris...nak lawan dengan Hantu Tinggi...nanti kena pijak...So bila di scan hanya Hantu Tinggi saka yg kelihatan...Bila perawat buang...He..he...Si Pelesit pula dengan rela hati akan mengambil tempat...jenis cam ni memang leceh...DEn dah banyak dapat kes camni...tapi nak buek camno...Jaminan 6 bulan ma...ingat mau kasi naik sikit yuran...


c) Saka yang dibuang oleh mereka yang tidak Pro..ada saka menganggu..Bila terasa pening, perut memulas, badan sakit dan jumpa doktor pun kata ..Doktor cakap "From my diagnose there is no Jin or what ever" dan rasa berat dan malas beramal..

So kita pun beli le CD Ruqyah dan dengar...atau pun pi Jumpa Ustaz dan minum air doa..Saka tercedera..macam kena Asid bila dibacakan Ruqyah..Masalahnya cedera dia tu memudaratkan Tuannya sama..sakit perut ..kaki macam di cucuk2..last2 kita ingat sihir...Jumpa lagi perawat..minum lagi air doa...Kalau nak guna Rukyah ke hapa..pastikan ia mati...jangan biarkan ia tercedera didalam badan...sebab kita yang menanggung bersama...Kata orang Belanda..Ringan Sama di Jinjing..Berat Ko Junjung...Sakit ..Rasain lo...

d) Kalau yg jenis jurus ke sembelih...make sure mampus terus..sebab kalau tak..mereka akan berdendam dan mengamuk...biasanya kawan2 seasrama, sebilik, adik beradik, orang sekampung, setaman..akan lebam2 atau ada garisan halus di badan...Nanti orang ingat Sihir...Bila dapat diperangkap didalam badan orang yg kena rasuk..tak pasal2 bila Perawat tanya siapa yg hantar atau siapa Ibu ko..dia sebut nama kita..Siapa yang malu ? Mereka dan ahli keluarga Mereka yg malu...

25.1.10

Membudhakan Jin Budha - The War

Akhirnya seperti yg Den jangka....mereka tidak akan berdiam diri...tok cha2 ini macam ada club mereka tersendiri..apabila tewas apatah lagi apabila khadam sandaran terbaik memeluk Islam...Teringat Den masa mula2 Den tolong selesaikan kes sihir keatas keluarga Ibnu Adam...yg mana perawat2 surender...apabila di keronyok sekumpulan tok cha...kisah berlalu beberapa tahun lalu...apabila Den terima sms dari Ibnu Adam...kes dah selesai tapi depa dok mai lagi...kalau tak silap Den sampai 17 Tok cha berganding bahu....banyak sungguh jin2 di puja.....Akhirnya sehingga memaksa Den membesarkan diri batin....dan memijak JIN2 tersebut....dan disertakan Jurus Api Neraka membakar Lalang sebagai langkah precaution melenyapkan saki baki....sebesar manapun jin membesarkan saiz mereka..tetap manusia diberi keistimewaan membesar tanpa batas.....


Mulanya Den main jurus2 gak...Penat siol...bayangkan kalau sekor Chief jin ada bawak dengan machai-machai dia yg riban2 tu...macam yg kat Sabah tu..Ada 7,000 pengikut...Mau kojol dibuatnya...Senjata Ghaib pun DEN layang kan juga...Cuma bila DEN layangkan Sejuta Jarum..barulah slow sikit..Masa tu the Excalibur takde lagi... Biasalah...DEN tipun Sifu....Dia jawab sambil ketawa...ko pijak je...Muleh ke Den tanya...Buek Kuew Teow Goreng Jin pun muleh...OOOOOOoooo he..he..bermulalah episode membesarkan diri dalam...

Malam itu Pesakit datang dengan Ahli keluarga...Semua sakit...Ada patient nenek umur 90 an..dan Patient2 lain yang di bawa oleh salah seorang mailing List...

Nenek tu depa baringkan atas tilam...di bilik rawatan...walhal setakat saka tu...dari jauh pun muleh...tapi pasal dah ramai cuba tak muleh ..tu yang depa bawak mai...kena dukung naik tingkat satu..perghhh kalau DEN patah pinggang...

Pesakit dgn Jin Tok Cha duduk di sebelah DEN dalam jarak 7-8 kaki..Ketika itu DEN sedang merawat pesakit lain...Wah..semua duk jeling manja2...Yg saka dan yang Tok2 Cha...Mentang2 DEN guna polisi no pagar....semua pakat mai bebas...Berterbangan....

DEN pegang limau je..tiba2..di hujung anak mata kiri DEN perasan satu mende besar dok terbang...Apakah itu..? kita tunggu di lain masa untuk temberang...


Ingatkan Hantu...Rupanya bantal...Pesakit yg di sihir Tok cha membaling bantal...DEN sepantas kilat mengelak ketepi sambil menumbuk dengan bentuk penumbuk Alif lam lam Ha sraight ke Muka...sambil bersila den erengkan badan..dan terus brake mengejut..Sib baik aku dapat brake..kalau tidak matik aku kenak saman..dalam hati DEN berkata...

Marah betul Tok Cha...DEN ubek yg lain dio plak yg marah...aura power ma..tahap 50 juta kuasa kuda...Pendekar Wulan..Yg DEN golak tu
Saka si Nenek...terus belah...hek eleh...tadi sengih2 tengok DEN...last2 pecut tak cukup Oksigen...takpa..mana mau lari...ke lubang cacing pun DEN cari...

15.11.09

Warna dan Kaitan dengan Rawatan

Alang-alang DEN dah buka kelas..elok gak DEN sentuh sepintas lalu...Tajuk ini amat luas...Panjang umur ada rezeki..DEN akan cuba temberangkan disini...

1) Ada bab Pakaian dan persekitaran tempat rawataN
2) Kegunaan bahan berwarna dalam perubatan kes2 rawatan tertentu.
3) Surah Al-Quran dan Warna-warna yang terbit
4) Scan dan Warna


1) Pakaian Hitam ni ..jangan cepat menjatuhkan hukum...atau yg terbaik jangan cakpa apa2...Sebab tak tahu....Ada setengah Ustaz terus menjadikan itu salah satu cara menentukan bomoh guna JIN...Warna hitam digunakan untuk menolak aura2 mende2 yg kotor...Sebab itu ramai pesilat pakai baju Hitam...

2) Ada setengah sakit seperti keteguran dek SENGKEDI...memerlukan kunyit yang berwarna kuning...selawat dan calit pada sendi...terus baik...tak yah jampi2...

26.10.09

JIN kena Sembelih Tak Mati-Mati

Banyak sangat dah DEN dengar perawat2 suka sembelih JIN..sampai dalam expose mistik pun ada...Tak mati2 pulak JIN tu...buek malu company je...masa depan TV pulak tu JIN ni buek kebal...Kalau tidak kan best..nama naik...Bisnes masyuk.

Apa ke he nya sampai sembelih tak mati2...kalau bebudak tak lut sunat dipanggil BUTA..
Species JIN memang ada yang tidak lut disembelih..

a) Jenis asal sembelih je dia self repair..macam cerita Terminator tu..
b) Jenis yang boleh memecah diri
c) Jenis yang boleh menyimpan nyawa di tempat lain
d) Di lindungi oleh Tok Moh dari jauh...
e) Keazaman JIN tersebut..

Rasa ramai dah perawat2 yang jenis menggunakan kaedah sembelih pernah gagal..Maka perhatikan akan sebab2 dan jenis2 JIN diatas..kalau jenis hantu macam hantu raya tu lain le...peanut je kata orang banjar..menggelupur macam ayam kena sembelih..

DEN pernah didatangi perawat membawa pesakit ke Kantin DEN di suatu zaman belum ada teknologi Blackberry lagi...Sebelumnya ada perawat tipun DEN kata ada kawan perawat nak bawa pesakit..katanya susah dan liat..sebab dah pernah sembelih beramai2 tapi camtu gak..DEN kata bawa le sini...mudah je tu..DEN akan pastikan dia cakap Hello Is It Me You looking For...

Sebelum tu DEN dah perati dari jauh...flashback..apake jadah punya JIN lorat sangat ni...Dalam flashback tu nampak jelas leher terpotong..tapi akan bercantum semula...Kalau parah paling lama 24 jam akan tercantum..jarang JIN sebegitu degil menangani keadaan begini apatah lagi bomoh takda ikat pun kat badan pesakit..

Lepas Isyak...Patient datang dengan kekawan perawat...So Den selesaikan kes pesakit lain dulu..Malam tu DEN pakai sajak sikit...baju pagoda putih..berkain pelekat...
Mereka berdepan dengan DEN..Setelah DEN perhati kengkawan sudah mengambil tempat memasing di kerusi panjang Kantin sekolah...DEN pun cakap...Keluar..duduk atas meja..JIN tu pun keluar dan duduk diatas meja..Tercengang perawat tersebut..walaupun dah mendengar kebolehan DEN sebelum ini...

Pada perkiraan DEN ini Jin dari Mesir...Biasa dengar Azan ..so kalau setakat Azan tu kira dah mangli...DEN tanya ..apa kehalnya ko berdegil nak merasuk mamat ni ? Mamat tu memberi isyarat hati...Dia terpaksa kerana kedua Ibu Bapa nya telah ditangkap oleh Bomoh dari Republik Besut..Kalau dapat lepas kan mereka baru dia keluar dengan rela hati...

23.10.09

Demam panas - DIY The Series

Rasonya elok DEN turunkan kaedah paling mudah untuk menangani Demam panas yang biasa kena pada budak2..sehingga mak bapak nak projek pun tergendala...

STEP 1 :

1) Baca Bismillah
2) Selawat
3) Fatihah
4) Seribu dinar
5) Tampalkan COOL FEVER atas dahi....


STEP 2 :

Sediakan Air

1) Baca Bismillah
2) Selawat
3) Fatihah
4) Seribu dinar
5) Wahai Api menjadi sejuklah engkau dengan Izin Allah Muhammad
6) Makrifatkan menarik panas dikepala....
7) Step yang ini Darul Saka je ajar..Makrifat menarik panas di perut..ingat kalau tarik kepala je...panas akan berulang denagan cepat..yo-yo..So ingat tarik yang di perut sekali....
8) Basahkan badan baby dengan air doa dan kasi minum.....

SAKA - MEMBUANG SAKA - D.I.Y The Series

Membuang saka ni boleh sahaja dilakukan sendiri...yakni Do It Yourself.
Pesan Sifu DEN amalkan bacaan Doa Akasah r.a . Kaedahnya just baca dan pasang niat untuk membuang saka...Baca sekali sehari sudah memadai..Paling lama 6 bulan...saka will gone for good.

Doa Akasah r.a boleh juga untuk menghilangkan sihir yang sudah bertahun-tahun...Bacakan pada Air dan limau ( apa jenis pun takpa )...Mandi setiap hari 6 biji sekali mandi...Air di buat minum...Amalkan setiap hari bacaan tersebut..pada limau dan air..sehingga semua kesan2 sihir ..santau dsbnya berakhir...


http://www.4shared.com/file/40000710/c9e4ab4b/_3__Doa_Akasah.html


Haruslah diingat...apabila kita mua membaca doa tersebut dengan pasrah..maka bertahanlah...pasti ada anggota2 tubuh kita yang kurang selesa/sakit dan sebagainya...maka teruskan sambil meminum air doa Akasah tersebut...teruskan sampai sirna semuanya..

20.10.09

Genetik JIN - Suatu Kebenaran Yang Amat Pahit

Sebenarnya DEN lamo dah nak temberang bab ini...tapi maso tak sesuai....Sesudah DEN merawat beberapa kes yang berulang-ulang..rasonya wajib DEN menyampaikan kebenaran yang lama terbuku di hati DEN ni...Kalau terkono jenis camni memang sukar dimengertikan dan tiada dalam silibus perubatan....

Sifu ESE pernah memberi beberapa panduan untuk mengenali mereka yang mempunyai genetik JIN ni....Kerna terpaksa aku melangkah pergi...hek eleh francesca Peter ni menyibuk plak...Kita minum dulu..

Apabila Jin yang menyetubuhi isteri yakni kita lupa baca doa...maka kalau benih Jin melebihi 70 % biasanya kandungan akan hilang...diambil oleh JIN tersebut..biasanya Jin bangsa Bunian yang suka buat kerja bangang ni....Namun ada gak Jenis yg tak bertanggungjawab...tau buntingkan anak orang je tapi tak mau bertanggungjawab..ala macam tak biasa dengar kes manusia...Kalau kes begini budak tu nanti kalau besar konon-kononnya mempunyai kelebihan tertentu..seperti boleh melihat alam ghaib...ramai makhluk halus berkunjung...Kononnya tinggi martabat...sorry le beb...itu tanda korang punya saudara mara le ...So lu fikirla sendiri...

DEN dah pernah bincang jenis yang hilang terus dari perut IBU...so elok den bincang yg jenis tak ingin di ambil oleh bapak JIN...( Bapak JIN ni boleh aje dari dampingan ayah...Saka...Liar dan lain2...janji kalau tak baca doa aje depa tumpang 2-3 kaki..)
Untuk yg 70% ni....Samada dikurniakan kelebihan2 atau suka menjadi pendiam tak pasal atau pemarah yang berlebihan...Kalau yang di ambil kealam bunian mereka digelar anak Peri...biasanya half breed ni jahat..macam anak tak beribu...

Untuk tahap yang lebih rendah genetiknya dalam 50 %...mereka ini selalu ternampak lintasan2 atau apabila melihat cermin seolah-olah ada jasad lain yang lutsinar keluar dari badan samada penuh atau tidak...biasanya keluar dari tepi...Amat sukar melakukan amal ibadah..yakni berat bontot dan tak berapa gemar mendengar atau mendalami ilmu agama...

Untuk tahap yang lebih rendah dalam 25% kata orang suku...bukan masuk suku...Biasanya genetik ini tersimpan rapi...Sehinggalah orang tersebut mula berjinak-jinak untuk mengenal Allah dengan lebih mendalam...Biasanya mereka yang masuk tarikat mengambil baiah zikir darojah akan lebih cepat terasa sesuatu bergerak didalam badan...Pendek kata apabila mula berzikri ..mengaji dengan ikhlas...akan terasa sesuatu yang merimaskan..sehingga seolah berkata2 di dalam hati...mana boleh bunuh aku..bacalah ruqyah..zikirlah banyak mana pun..aku tetap tidak binasa...Mursyid yang sebenar mursyid biasanya sudah dapat menangkap apa yang sebenarnya berlaku apabila si salik mengadu akan hal demikian...

Hendaklah diperhatikan kesungguhan dan kejituan hasrat murid tersebut...Maka kalau murid bersungguh-sungguh..hendaklah guru membantu membuangnya. Dalam pengajian Hakikat Insan ( Bukan yang buku hakikat Insan )..Pada ketika ini ada empat unsur..Tanah Air Api Angin...ini untuk Manusia...Untuk JIN ialah Api..Unsur Api Jin tidak sama dengan unsur api Manusia....Hendaklah dibersihkan unsur2 ini yg tercemar...Ia mengambil masa...Salangkan mereka yang tiada genetik JIN pun mengambil masa yang lama melalui proses penyucian diri untuk meningkatkan kebersihan diri yang dalam inikan pula mereka yang bergenetik JIN...Selanjutnya baru di bersihkan Wahdi Mani Manikam ..Darah putih dari ayah, darah merah daripada ibu...Bertanyalah kepada Guru anda akan selanjutnya...Tapi kalau setakat untuk menyuci genetik JIN cukup sekadar step diatas...cuma memakan masa sedikit...biasanya kalau kaedah mandian limau mungkin 40 - 100 hari...Pengorbanan besar harus dilakukan...

Maka perhatikanlah...kalau sudah di ruqyah seseorang itu masih resah gelisah...cek samada beliau bukan terkena serangan sihir atau makhluk ghaib mengacau...Sebab hanya akan membuang masa dan boleh menimbulkan ketidak yakinan kepada Al-Quran Qalam Allah...Apa-apa pun hendaklah dibuang apa2 unsur luaran seperti sihir...saka dan lain2 lagi..sebelum proceed menyuci genetik JIN....Kaedah penyucian ini juga boleh di gunakan untuk mengubati orang GILA...biasanya mengambil masa lebih pendik dari membuang genetik JIN..

1.9.09

Mata Malaikat

Suatu ilmu yang agak tinggi..selalu digunakan dalam perubatan oleh mereka yang bertaraf Guru atau Tok Kiai...Ianya bukan Scan tetapi layarnya menyamai Scan..Maka mereka yang menguasai ilmu ini tidak semestinya boleh scan

Mereka yang menguasai ilmu ini...apabila berdepan dengan pesakit..akan merenung kesuatu arah untuk melihat screen yang terpapar..ala..macam yang dekat TOL tu..screen elekronik...Di situ akan terpapar preskripsi tentang penyakit seseorang itu....Mainan orang ke..Jin ke..sakit diri ke dan lain2...Ini sebenarnya Ilmu Mata Malikat Advance Level....yang diolah oleh DEN...iyolah DEN dah ado processor AMD dan Intel Dual Core...So DEN intergrate kan...Sifu kan....

Asas kepada ilmu mata malaikat ialah pengamal akan disyaratkan berzikir yang terdiri dari Asma ul Husna...Programnya kalau berjaya ialah 12 hari..Namun ia terhad kepada processor Atom 1.o ghz sahaja..Ia akan memaparkan apa ubatnya untuk sesuatu penyakit yang dideritai oleh patient...Juga ayat-ayat Al-Quran serta doa yang perlu diamalkan oleh pesakit atau pun didoakan oleh perawat terhadap bahan2 yang tertera dilayar/screen mata malaikat...Yang bestnya doa atau ayat2 yang perlu dibaca ialah apa yang dihafal oleh perawat sahaja...kira Mata Malaikat ni ikut whatever yang kita tahu dan hafal le...Kalau Al-Hafis ..beruntungle...banyak variasi....

Raso DEN la...Kalau dapek ilmu ni kepado tukang2 jual ilmu...mau dijualnya 20,000 USD satu kelas..itu belum dibuat 10 tahap lagi...perghhh kayo..kayo...kayo....

Ado cadangan suruh DEN buek kelas...ontahlah DEN ni sibuk..kalau tak ke Brunei , merawat orang...jadi mano ado maso....ado yang suruh DEN bukak kelas dengan cadangan tajuk
Jenis2 Yasin, Membuang sakit melalui telur, menarik bisa melalui bosi, Asas Scan, kaifiat Solat Hajat SAQJ dan Syeikh Abdul Wahid, membuang hantu dengan mengibas guna sejadah atau serban dll....Ini kalau yuran mau 18 juta USD...bolum campur mata malaikat....

26.8.09

Membatalkan Rawatan Menggunakan Limau dan Daun Bidara

Suatu ilmu yang dah agak pupus...pesakit yang terkena ilmu pemutus limau atau bidara pasti tidak dapat dipulihkan dengan mandian apa jenis limau..berapa banyak limau atau daun bidara sekali pun. Maka perawat samada dari mana2 Darul ( Tak termasuk Darul Saka tau ) atau tok moh akan kecewa dan pening kepala...
Ada 2 simptom

1) Pesakit semakin pasang/sakit sesudah rawatan limau/bidara dibuat
2) Di rumah perawat sahaja ok..keluar aje rumah terus KO

Mari kita sama2 menonton layar perak dibawah :

Malam Selasa lepas DEN pergi ke rumah Ipar DEN di Kelang...
Dia menceritakan pengalamannya mengubat isteri muridnya. Mereka suami isteri membawa seorang pesakit perempuan ke rumah Bomoh di Gombak dah berumur. Sambil mengubat mata duk memerhatikan sang isteri yang menghantar pesakit. Sudah beristeri 3 lagi mau rembat mini orang...Ini macam punya orang pun ada...Cakap besar...dia ni buat baik/mengubat pun boleh..menyihir orang pun boleh. Dia cakap kalau dia buat...Ustaz Harun Din pun tak boleh pulihkan...( dia tak kenal Abg Din kut )

Selepas merawat masing2 balik kerumah...sejak malam itu si isteri asyik terbayang-bayang dan teringat si Tua Kutuk tu yang umpama Putera Kayangan...Mujur suaminya cepat bertindak..menalifon Ipar DEN...Ipar DEN pun pergi kerumah mereka...Terus dia bekalkan air doa...Setelah habis doa..dia pun balik....Dalam perjalanan balik...Isteri dirumah diserang, kira biras DEN le...bergegar katil...ketakutan mereka anak beranak...Sampai aje dirumah, Ipar DEN terus diberitahu kejadian yang baru menimpa...Ipar DEN pun biasalah ikut stail DEN...Matikan terus alat syahwat Tua Kutuk tu..Lepas tu berbalas-balas Jurus...akhirnya tewaslah si TUA kutuk tersebut yang dalam 60 an juga umurnya....

Masa den menziarah tu dia menceritakan pada DEN..minta DEN tengok balik si TUA kutuk tersebut..DEN tengok...Anunya KO...Perfect JOB. So DEN buatlah specilized DEN...DEN kasi clear semua ilmu dia dan hapuskan semua barangan berkhadam dia...Cuma DEN pesan jenis hati IBLIS ni takan biar gitu aje...yelah mini 3...Anu dah kondem...pada DEN biarlah dia pun dah banyak kali salah guna Anunya pada yang bukan haqnya...senang cerita Dukun Cabul. Benar seperti yang DEN kata...Malam Rabu semasa DEN merawat pesakit..DEN dapat talifon dari Ipar DEN...minta bantuan....Patient dia yang dia sedang ubat dirasuki JIN dari serangan sihir upahan Tok Dukun Kutuk tersebut, kan betul, orang kalau dah hati busuk memang akan upah orang lain pulak setelah mengetahui dia dah tak berdaya ...Kata orang Banjar the war between GOOD and EVIL goes on ....Tapi itu suatu cerita lain....

Apabila Ipar DEN cerita Tok Dukun Kutuk tu cakap kalau dia dah sihir orang..Ustaz Harun DIN pun tak boleh tawarkan...Tersentak hati DEN...DEN scan....siot betul...mamat ni memang tak bohong..Rupanya dia memiliki ilmu memangkas/intercept apa2 jua perubatan menggunakan limau atau daun bidara..Dia tau ilmu asal usul Limau rupanya...Terlayang sekejap fikiran DEN pada 2 peristiwa sebelum ini...yang melibatkan DEN dan Sifu DEN...

Dan seperti biasa....Kita Minum Dulu

Ada seorang pompuan sukar nak mengandung...Dia naik risau...hati kecilnya merasakan dia dibuat oleh mertuanya supaya tidak mengandung jadi senanglah mencari alasan untuk anaknya bercerai...maklumlah...bukan menantu pilihan...Dah banyak tempat dia pergi kata takda apa...last sekali dia pergi jumpa ayahnya sendiri yang memang perawat terkenal...Ayahnya pun konfirm tiada mainan sihir...heran gak DEN...pasal..memang terconggok sekor JIN didalam peranakan..takan semua tok gomoh dan perawat tak perasan..terutama ayahnya...DEN pun bukalah scan Hewlett Packet DEN...DEN nampak ayah dia memotong limau seolah-olah terkelincung..maknanya tak dapat potong pada pandangan batin...pada zahir memang terpotong le...He..he...itulah kelemahan melihat penyakit melalui potongan limau...Kalau bomoh sudah tahu kelebihan si anak yang bapanya bomoh...pasti awal2 dah get ready...menawarkan semua kaitan perawat dengan limau dan bidara...DEN pun fahamle kenapa semua scan jadi negetif...DEN pun rawat le cara DEN...Kaut Buang...

Kesah kedua : Seorang wanita dalam usia 40 an disekitar 5 tahun yang lepas...Puas sudah berubat..badan sakit..sekejap panas sekejap sejuk...sakit kaki..badan dan kepala..Puaslah berubat seantaro Semenanjung..Asal ada Tuan Guru aje dia pergi..Asal ada dukun aje dia singgah..Asal ada di beritakan orang paranormal dia usahakan juga menjengah...sudah bertahun menderita...Mujur suami faham...Akhirnya dia pun jumpa Ustaz Harun Din...setelah beberapa sesi doa. Maka setelah didoakan Ustaz Harun Din...kata beliau...lain permainan ni...Pergilah cari orang ni...Insyaallah dia boleh mematikan ilmu ini...maka bermulalah pencarian akak ini...medaki gunung...menuruni lereng bukit...digigit pacat lintah..disergah pak belang..di kerumuni nyamuk dan agas...akhirnya sampai lah kedepan pintu rumah Sifu DEN...

Hek eleh..bomoh hujung kampung punya kerja...dan yang seronoknya..setelah tawaf satu Malaysia...akhir bertemu juga...sekampung...ha..ha....Perghhh penat mencari rupanya sekampung...bomoh durjana pun sekampung jua...Last2 Sifu DEN panggil je roh bomoh tu..dan warning ...kes setel on the sport. Bomoh tu pun sudah tidak mengubat lagi setelah malu diketahui orang dan habis ilmunya ditarik..Kalau jumpa sifu DEN dijalan..tunduk malu umpama
anak dara berselisih dengan teruna...

Maka, wahai sahabat seperawat sekelian...andaikata anda ketemu kes berlimau tak juga seruh2/baik maka mungkin sihir ini dilindungi ilmu Pemungkas Limau dan Bidara....Walaupun ilmu ini agak tinggi..Jangan risau...Allah s.w.t dah kasi ilmu membatalkannya kepada DEN...Islam Boleh....



THE END

24.8.09

Taik Jin

Fenomena yang selalu berlaku. Kerap terkena kepada perawat, keluarga perawat, scanner, dan mereka yang selalu berjalan-jalan di waktu malam atu tempat yang keras dan angker.

DEN perhatikan tidak ada satu pun Pusat Rawatan Islam yang dapat menghandle masalah ini dengan baik...Walhal ia amat mudah..kata orang jawa..peanut aje..Mereka yang terkena Taik Jin ini biasanya akan mengalami sakit di tengkuk, bahu, belikat...dan kekadang pinggang...Bila di ruqyah hilang sekejap..datang balik...

Insyaallah disini biarlah DEN kongsi akan ilmu membuang Taik JIN ini...Semuga memberi menafaat kepada perawat-perawat Islam di luar sana...DEN tak diiktiraf pun sebagai perawat Islam..Tapi sebab DEN perawat beragama ISLAM..maka tanggungjawab menyebarkan Ilmu tetap ada..

Sebelum DEN lanjutkan...Apabila mereka yang terkena Taik JIN di ruqyah...kebiasaannya mangsa mengalami simptom seperti orang yang kena rasuk atau gangguan JIN didalam badan...panas berpijar...menggeliat, sakit menyucuk dll cuma tidak akan ada tindakbalas seperti orang yang kerasukan yakni berkata " aku nak keluar " ke apa...Pasti tidak akan ada suara2 JIN sebab memang tiada JIN...Di sini Perawat selalu cepat membuat konklusi mengatakan JIN bisu...atau tegar/amat degil/hardcore. Dalam scan ianya seolah-olah tompok2 hitam...tanpa kelibat JIN.

Cara mengubatnya ada beberapa cara termasuk salah satunya ialah

a) Kaedah DOA.
1) bacakan pada air ( sebaiknya penutup botol tidak dibuka - nanti masuk kuman Khinzir ) dan limau 6 biji apa2 ruqyah atau bismillah enam 3x dan apa2 yang korang tahu termasuk ayat seribu dinar 7x.
2) Lepas tu suruh pesakit mandi....
Hari pertama 3 biji...hari kedua 2 biji hari terakhir 1 biji...
3) Air yang di doa - untuk minum dan sapu tempat sakit

b) Kaedah Scan - biasa DEN buat kalau patient jauh
1) Scan dimana tempat tompokan hitam tersebut
2) Bakar guna zat zikir atau mandikan dgn air maal hayatil

So tamatlah - Sebenarnya banyak lagi sakit yang tiada kaitan dengan JIN seperti Sengkedi, Keteguran yang boleh dirawat dengan petua sahaja....