30.6.09

KAEDAH MEMBUANG SAKA

Terlalu banyak kaedah membuang saka...Namun perlulah difahami..apakah yang dikatakan buang dan menghalau...

Jika halau maksudnya setakat dihalau sahaja...Saka boleh aje datang kembali....
Seseorang yyang Soleh..mudah sahaja menghalau Saka dari dirinya..namun..Saka tersebut masih ada disekitar...Saka jenis ini akan menganggu atau datang kembali sewaktu Nazak..Atau turun kepada waris2 yang tidak warak......

Maka sebaiknya dibuang...Kalau betul kaedah dan caranya..tiadalah Saka kembali lagi...

Antara kaedah membuang saka ialah memutuskan perjanjian dengan saka tersebut...
Memutuskan perjanjian boleh dilakukan dengan sebaris ungkapan atau mengikut apa jua kehendak Saka seperti yang termaktub dalam perjanjian awal...Namun cara ini kurang sesuai kepada Saka yang berkeras tidak mahu memutuskan tali ikatan...lebih-lebih lagi Saka Kafir.

Kaedah ini sesuai untuk Saka yang memang mahu menamatkan kontrak lebih awal..seperti JIN Islam yang sudah tidak mahu terikat dan mahu beramal ibadah menanti ajal..Maka mereka hanya perlu dilafaskan kata2 pemutus sahaja...maka dengan rela hati mereka akan pergi buat selamanya...

Kaedah Paksaan seperti Kaedah Darul2 yakni mengaji beberapa Surah Al-Quran tidak beberapa berkesan..kerana kebanyakan Saka tidak duduk didalam diri waris...Ia hanya sesuai untuk saka yang sudah mula merasuk atau mendiami waris keran tidak berjaga atau melanggar janji...Saka2 jenis ini memang akan lari sebentar..tapi paling lama akan datang kembali dalam 3 bulan...atau menganggu ahli keluarga waris yang lain...

Kaedah mengunci Saka dalam sesuatu temnpat atau pada sesuatu tempat adalah jauh lebih berkesan dari Terapi Al-quran...Kuncian Saka biasanya menggunakan benang yang diikat pada sebatang besi mengikut apa yang dipelajari dari guru...Hancur besi..maka terlepaslah saka...Maka ada juga perawat menggunakan Besi Chrome...

Satu kaedah yang biasa ialah meletakkan Saka didalam botol...ada yang menghanyutkannya dan ada juga yang menanam botol dalam simen dan membenamkannya didalam dasar laut atau sungai...Kaedah ini juga akan menyebabkan saka tidak akan kembali lagi...Namun ia agak kejam kerana berlaku pengurungan terhadap saka..Maka ada setengah perawat hanya menggunakan teknik ini untuk saka yang jenis jahat dan kafir sahaja...

Kaedah memukul Waris dengan Kayu Nona amatlah menyakitkan dan tidak lah berkesan sangat lantaran bergantung kepada ketahanan Waris ketika di pukul...JIn Saka yang tidak tahan akan keluar...dan mungkin masuk balik kepada Waris atau keturunan yang lain yang jauh..Ini kerana kaedah ini hanya menjauhkan sahaja..bukan membunuh atau membuang...

Kaedah yang amat lazim digunakan ialah perawat meminta waris Saka membawa apa2 barangan mistik untuk dilupuskan...Namun bukan semua barangan mistik berkhadam itu dapat dicari. Kaedah ini juga kurang mantap sebagaimana yang DEN terangkan dalam bab barangan berkhadam...

Ada juga kaedah menipu saka..yakni disuruh Saka menjaga sesuatu yang mustahil..antaranya menjaga jagung yang telah direbus sehingga menjadi tumbuhan jagung dll...telur rebus sehingga menetas..Ini amat sesuai untuk Saka bertahap bodoh dan rendah..

Ada juga kaedah peranyut..biasanya sebilangan barangan seperti bunga, bertih dll diperlukan..Suatu medium diperlukan untuk menghanyutkan saka tersebut.. Biasa dihanyutkan di sungai atau laut atau di benamkan dalam paya mati dihutan...Saka2 tersebut boleh bebas apabila kawasan tempat disemadikan mereka dibongkar..seperti paya mati yg dahulunya ditengah hutan sekarang sudah dikambus lantaran permintaan hartatanah...Mana2 hanyutan yang tersangkut di sepanjang sungai juga jika di buka...akan menyebabkan Saka boleh terlepas...

Kaedah jurus...Kaedah jurus amat cepat..namun bergantung kepada jenis saka juga..Dahulu Den selalu menggunakan kaedah ini...Namun kebersanannya tidaklah 100%.
Kaedah Jurus boleh saja melalui senjata-sanjata ghaib atau terus dari kaedah makrifat dan pernafasan. Kaedah ini berkesan kepada saka yang terdiri dari JIN2 Kafir dan yang bertahap rendah seperti Hantu Raya, Pelesit, Polong, Pontianak. Toyol...Namun pada yang bertahap Jin bertanduk Rusa ataupun Puaka ataupun Jin yang boleh memecahkan diri kepada beberapa jumlah tertentu ( JIN sebegini memang tidak dapat dibunuh melalui kaedah Sembelih yang di praktiskan oleh beberapa Darul dan perguruan ). Kaedah ini juga dikira agak kejam..lebih lebih lagi kepada Jin Saka yang beragama Islam..

Kaedah Sedulur Papat 5 Pancer (Saudara 4, 5 Pusat) - kaedah ini amat berkesan dan tiadalah saka kembali lagi walaupun tiada berlaku pembunuhan terhadan saka...DEN mengambil pendirian adalah berdosa membunuh makhluk Allah termasuk juga menyeksa tanpa alasan yang jelas...Kaedah ini amat pantas dan tidak menyakitkan serta boleh dibuat secara jauh sahaja...Masa diambil ialah dalam 10 detik...Sukses rate ialah 100%..Namun kaedah ini hanya boleh membunag saka..satu demi satu sahaja pada satu satu masa...Maknanya kalau Pesakit ada 5 saka..maka masa yang diambil adalah lebih kurang 50 detik...Lumayan bukan...
Amat sesuai untuk saka diri..namun untuk saka keluarga juga boleh cuma agak lama sedikit...

Kaedah Ilmu Lam Jalalah...Kaedah ini amat cepat..cuma yang pastinya kena tahu kuncinya..boleh membuang saka dibawah sepuluh detik...dan berita baiknya ialah kalau seseorang itu ada 5 saka..masa yang diambil tetap dibawah 10 detik....begitu juga kalau 100 saka....Cuma cara ini perlu diamanahkan...kalau tidak, kita telah menganiaya makhluk2 Allah....

Kaedah Scan...kaedah ini amat pantas..namun bukan semua dapat perawat dapat menguasainya...bertanyalah kepada Guru anda..itupun kalau dia sudah melepasi tahap malaikat diri...Ia hanya melibatkan niat perawat sahaja..Jin2 saka datang menyerah diri tidak kira dari 7 keturunan pun..Biasanya ini akan melibatkan ratusan Jin Saka yang biasanya melebihi 500 ekor meliputi semua keturunan samada sebelah ayah dan ibu.
Kaedah ini sesuai unutk Saka Diri, Keluarga, Keturunan dan adat....Tiada berlaku penganiayaan terhadap makhluk Allah...

3 kaedah terakhir boleh membuang saka walau apa pun jenis Hantu, Jin , Dewa dan Roh Gentanyangan ( Roh Gentanyanngan hendaklah dipulang ke alam barzah, tidak boleh ditempatkan bersama denagan makhluk lain yang belum marasai mati )...Asalkan benda Ghaib selain malaikat dan Aulia semuanya boleh dikaut dan buang...

Kaedah yang tertinggi setakat ini ialah pada martabat KUN...Namun tidak perlulah DEN bincangkan lebih lanjut lagi...

SAKA YANG TERBIAR

Apakah yang dikatakan SAKA Terbiar ?
Apa kesannya terhadap diri, keluarga dan masyarakat ?


Saka yang tidak diberi makan sesuai dengan perjanjian...Saka yang tidak diikuti perjanjian akan mengusik serta menganggu ahli keluarga..jarang sekali mengacau masyarakat...

Saka yang tidak di endahkan oleh pewaris-pewarisnya...Saka begini biasanya menganggu masyarakat juga selain dari pewaris...Pernah DEN diberi tugas untuk menangkap Polong yang berkeliaran menganggu penduduk kampung...Polong tersebut hanya datang kepada Ibu2 yang baru bersalin dan ketika Perempuan datang bulan...Pewaris akan mendapat malu kerana bila pesakit diubati..polong yang merasuk akan memberitahu siapa tuannya apabila di azab...Maka yang malu ialah pewaris...

Saka yang diberi makan tetapi tidak di beri amanah apa kah tugas-tugasnya...

Saka yang memang tidak bertuan....Saka begini memang acapkali menganggu penduduk setempat....

PUAKA - Suatu Kajian

Malam tadi DEN dapat panggilan dari seorang murid DEN..mereka keluar 40 hari
( Jemaah Tabligh ) ...Salah seorang dari jemaah...tumbang di Mesjid...disyaki Santau...cuma yang bezanya ia seolah2 Ular yg bergerak2....didalam badan...Menurut mangsa...sudah puas berubat merata...tidak juga seruh....Sudah bertahun kena...

DEN cakap bukan sihir....ini dikatakan gangguan PUAKA...maka mana2 Ustaz perawat dan tok bomoh nak bunuh memang tidak akan berhasil...Istilah tepat...ialah TERKENA


DEN sudah menyuruh beberapa apperentice DEN untuk zas jarak jauh...Tanpa memberitahu apa yang mereka nampak...Apakah mereka mampu memulihkannya.....? kita tunggu update...

28.6.09

SAKA dan Kesannya

Antara Kesan Saka yang paling ketara ialah ketidak harmonian antara dua jantina...
Seperti Suami Isteri, Tunang dan kekasih...

Tahun lepas saya menerima panggilan dari jauh...Seorang perawat membuat talian SOS...Minta bantuan saya menyelesaikan kes beliau...Seorang DUDA dan JANDA yang baru berkahwin beberapa bulan..masih tidak dapat bersama....setelah lama bernikah...Mereka amat bahagia..cuma tragedi berlaku ketika mereka masuk kebilik beradu untuk bersama...sang isteri tiba2 mengamuk membaling apa jua barang kepada suami....Sudah acapkali..dan mereka puas sudah berubat...

Setelah menerima panggilan SOS tersebut dalam 11 malam...Saya pun Scan...Saka pak belang isteri tak suka dengan saka JIn Suami...So Saya balas balik SOS tersebut..kejap lagi ok le...Apa-apa hal update....Sambil menunggu feedback...Saya teruskan merawat pesakit2 yang sedia menunggu...Pukul 12 pm Aik...lamanya...Saya pun Scan...OOOOpppss...terus tutup scan...Biarlah...nama pun Duda dan Janda...biarlah mereka melayari malam pertama setelah berbulan menikah....Terimakasih pun tak ucap selepas tu...Lupa kut...maybe...sebab F.O.C

Pasangan yang bertunang lebih kerap terkena kes SAKA tidak sebulu....Bila dekat bergaduh..bila Jauh merindu...Akhirnya jalan mudah mereka syak ada orang ketiga membuat onar dengan ilmu sihir ( biasanya setelah berjumpa perawat setengah masak ).
Sepatutnya kalau perawat tidak tahu punca..sebaiknya jangan main agak-agak sahaja...nanti menuduh dan membuat fitnah sahaja..lebih2 lagi kalau kes melibatkan saka...sudah tentu Pihak Ketiga dan keempatnya Jin bukannya manusia...

26.6.09

Membenteng Diri

Ramai orang sibuk mencari Kaedah Membenteng diri sebagai usaha seorang makhluk...

Sebaiknya diJazamkan dahulu amalan Basmallah...
Kaifiat menjazamkannya ialah hendaklah dibaca dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar....Basmallah yang mempunyai 19 huruf ini sebanyak 1000x selama 41 hari...

25.6.09

Penipuan Pembuangan Batu Karang Oleh Bomoh

Saat ini ramai penderita sakit batu karang lantaran gaya hidup yang sukar dibendung....
Pesakit Batu Karang ada yang semuda 25 tahun...

Ramai Pesakit yang berjumpa Bomoh Segera ini terasa amat yakin...Sebab seolah2 sakit pulih serta merta..dan dapat melihat batu karang dikeluarkan serta merta...Bila di X- Ray memang tiada....

Cuba Bayangkan anda berusia 40 tahun..disahkan ada batu karang...sebesar 4 mm diameter...Anda berjumpa bomoh ..dan batukarang tersebut hilang...X-Ray pun memang tiada...Tetapi sesudah 40 hari atau 2 bulan ...anda sakit kembali..Bila cek X-ray..ada balik..dengan size yang sama...Bila pergi kembali kepada bomoh segera....dia akan cakap..jadi balik....LOGIK ke....selama 40 tahun kita hidup dengan memakan segala jenis makanan tanpa pantang baru lah terjadinya batu karang bersaiz 4 mm diameter...Setalah Jumpa Tok Moh..tiba2 hilang..selepas itu hanaya memakan masa dalam beberapa bulan sahaja...batu karang sudah membesar dengan diameter 4 mm..Mana logik..inilah penipuan alaf baru....cuma didokong oleh mesin X-Ray sahaja...

Barang yg zahir itu hanya permainan silap mata...samada oleh bunian atau dampingan tok Moh...Masa X-Ray...mereka yang ahli boleh menutup dari dikesan oleh sebarang mesin...Sakit Hilang...kalau bisa nya dibuang...Tapi Batu karang masih ada...Sebab itu selepas tempoh tertentu pesakit akan sakit kembali...Bila di X-Ray...masih ada...yakni batu karang yang lama juga...

Permainan menutup dan membuka pada X-ray ini amat mudah...Ada seorang pesakit terpaksa di bedah di lehernya kerana ada seolah ketulan yg menganggu...Setelah dibedah..takda pun...Suatu permainan sihir tahap tinggi..Selalu sakit batin tiada dapat dikesan oleh mesin X-ray atau doktor pakar..macam sakit Santau...Cuma kali ini
memang sengaja Bomoh memperdayakan pakar perubatan seolah-olah ada ketumbuhan dan dapat pula dikesan oleh peralatan moden..seperti MRI atau X-ray...

Bila pesakit melakukan pembedahan...memang doktor tidak akan jumpa apa2...Sedangkan pembedahan itu sendiri ada risikonya..belum dikira masa dan wang ringgit...Pesakit yang saya bincangkan ialah ayah kepada seorang yang berubat dengan kenalan saya...Kenalan bertanya ..saya jawab..itu mainan sihir aje..buat ap bedah..dia sihat..Selepas bedah baru doktor konfirm tiada apa-apa...Kemudian selang beberapa bulan....Doktor konfirm ada ketumbuhan dalam usus..ujian endoskopi dan lain2 konfirm ada ketumbuhan...Anak Mangsa telefon kenalan saya...mereka sudah tetapkan tarikh operation..sebab ayah beliau tak tahan sakit dalam perut yang melampau...

Pesakit sudah kembali ke Johor dari GH ketika itu..Saya berpesan..hentikan/tangguhkan dulu...Saya pesan pada kenalan saya membuat air doa..lepas itu diserahkan kepada anak mangsa...di Kelang...Malam itu juga anak mangsa bergegas kesana...Saya membantu dari jauh sahaja...Jin yg bertanggungjawab...saya kaut...selepas minum air tersebut...Doktor telah melakukan final exam...sah takde apa pun....Bayangkan kalau berlaku pembedahan...Dan seprti biasa...tok moh itu..kena bayar DAM..he..he...he...Sekarang dia pula disahkan terkena Batu Karang...ha..ha...kalau doktor potong sure takde punya...7 ketul di buah pinggang kanan 7 ketul di buah pinggang kiri...( Bomoh cenggini memang perlu diajar...sebenarnya 14 ketul batu karang tu hanya bayangan sahaja...Tapi mesin mendetectnya....Dia ingat dalam dunia ni dia sorang yang tahu kaedah ni )..

Maksudnya disini..tak semestinya kalau perubatan moden dapat mengesan...maka tiada unsur sihir...seperti anggapan kenayakan orang..Kalau doktor tak dapat kesan..maka unsur sihir mungkin menjadi pilihan...Sebenarnya mereka yang mahir boleh sahaja adjust supaya reading atau bacaan alatan moden mengikut apa yang mereka rancang...

Bayangkan kalau mereka membuat masalah palsu pada Jantung ? Duit, masa dan risiko...
Maka sukar sangat kah untuk membuatnya pada kes Batu karang....?

Batu karang ini mudah aje kalau nak ubat....

24.6.09

Membuang Barangan Berkhadam

Ketika ini begitu berleluasa sekali pembuangan barangan berkhadam dihanyutkan ke Sungai, Paya mati di tengah hutan, di simen dan di buang ditengah laut...

Ini atas kesedaran bahawa menyimpan benda2 berkhadam tersebut kononnya membawa ke arah syirik dan juga mengganggu kehidupan....maka ramailah yang terpengaruh dan berusaha membuang khadam-khadam tersebut...Pada saya bagus..sebab ada kesedaran...Cuma yang sayangnya kenapakah dibuang sekali barangan bersejarah tersebut..sedangkan yang perlu dibuang hanyalah khadam2 tersebut sahaja...Suatu kerugian kepada Diri dan Negara....

Bukan semua khadam terikat dan duduk dalam barangan tersebut...mereka bebas mencari makan seperti semua makhluk Allah yang lain...Cuma barangan tersebut menjadi bekas mereka berteduh...Maka bayangkan kalau tempat berteduh di buang...dimana mereka menginap...Biasanya mereka kembali kepada rumah tuan punya barangan...Maka kedengaran pula anak2 dan isteri diganggu....

Sudahlah kita kehilangan barangan bersejarah yang amat berharga seperti keris lama, lembing, tombak, meriam, dulang, sanggul, emping dll...kerana mengikut kata2 Perawat yang tak faham...Bahkan Khadam2 barangan2 tersebut boleh pula menggangu apabila "rumah tumpangan" mereka dilenyapkan....

Ada juga kes ..khadam2 tidak boleh kembali..tetapi tersangkut di daerah lain..maka kedengaranlah...penduduk2 ditempat tersebut terserempak dengan benda2 pelik....Bukankah sudah menganiaya penduduk kampung secara tidak sengaja...

Bukankah lebih senang..buang aje khadam tu...dan senjata2 tersebut disimpan dan dijual...sekurang2nya peminat2 senjata lama boleh memilikinya tanpa khadam...yakni menghayatinya sebagai suatu barangan seni dari khazanah lama...

Ada juga yang kuatir kalau dibuang nanti ...ada makhluk lain pula menumpang..memang ada berlaku kes2 begini...tetapi bukankah boleh dicegah kalau senjata tersebut diisi dengan doa....

Maka Janganlah dibuang kelaut....Kalau tak mahu...beri sahaja kepada saya....