6.9.11

Jamuan Hari Raya

17 hb . SEPTEMBER ( Sabtu ) Darul Emas Perak dgn kerjasama Pusat Rawatan Darulsaka akan mengadakan Jamuan Hari Raya, insyaallah. Tiada Penggunaan Ayat Al-Quran dan Hadis maka tiada Serbuan JAIS. DEN menjemput penjual omeh dan perak serta yang mengenali Den supaya hadir beramah mesra.
INSYAALLAH DEN akan buat jualan lambak emas terpakai sebanyak 2 kg dengan konsep, pilih sendiri, timbang sendiri dan bayar.

3.9.11

Ada yg cari Pasal

Wallahi Wabillahi Watallahi, Masih ada yg membuat onar, maka dengan ini Den bersumpah samada Den yg binasa atau mereka yang binasa. No more Mr. Sweet n Nice Guy.

Selama ini Den tak pernah buat untuk diri sendiri, kali ini mulai malam tadi Den dah mula. Insyaallah pasti ada yang tumbang satu persatu. 40 hari 40 malam, insyaalllah tiada masalah pada Den. Perhatikan APA yg berlaku pada ANDA SEMUA.

Hari kedua, Den akan mula kutip sekor sekor. Pastikan mimpi mimpi anda.

Dulu adolah si penipu, Den buek le apa yg patut, tiba2 masuk ICU, tak serik, last last mati accident. Ok la tu, takda menyusahkan orang lagi. Den ampunkan dosa dia dgn den.

Ada tok pawang negori, mati dah, tapi itu TPB yang doakan.

Tanda tanda anda sudah terkena bahana kalau lelaki mudah patah dayung, lepas tu KO, buang atau kasi jadi hot dog aje. Otak jadi lembab, bermula sebelah belakang kepala sebelah kanan terasa pijar.
Kalau pompuan peranakannya turun dan akan mula berbau.
Kawan kawan semua mula menjauhkan diri, Rezeki mula tersekat. Huru hara hidup, dan . . .

Sekarang sudah fasa sekejap rasa diri sekejap rasa lain, fikiran sudah lupa lupa ingat.

28.8.11

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Den sekeluarga memohon maaf jika terdapat salah. silap, terkasar bahasa kepada kengkawan, pembaca pembaca blog, kakitangan JAIS serta Mufti Selangor.

Den sekeluarga ucapkan Selamat menyambut Hari Raya.

Sebelum bertolak dari rumah nak ke Kampung ada baiknya baca Ayatul Qursi. Kalau rasa berat. Relax dahulu baca selawat 11 x dan Al Fatihah. Kemudian baca sekali lagi Ayatul Qursi, heningkan suasana. Kalau rasa semacam aje, baca balik selawat 11 x dan al Fatihah. Baca ayatul Qursi sekali lagi. Jika lancar teruskan perjalanan. Jika tidak, masuk balik rumah dan relax dahulu.

Kaedah lain, baca ayatul Qursi tarik nafas dan hembus ikut hidung, kalau angin keluar sebelah kanan lancar maka teruskan dengan perjalanan. Masuk kereta semua serentak ahli keluarga baca al Fatihah 1 x dan selawat 3 x dan baca Ya Allah Ya Allah Ya Allah selamatkan serta permudahkanlah perjalanan kami pergi dan balik. Kalau dapat bersedekah dimana mana terlebih baik, dapat mengelakan musibah.

Selamat balik kampung. Den beraya di Darulsaka sahaja.

22.8.11

E- Mail

Maaf selepas balik umrah Den tak terdayo nak baco semua email 8,000 lebih sekarang dah 25k. So Den buek email khas.

darulsaka@gmail.com

Alhamdulillah masih boleh catch up, tapi kalau boleh terus tulis nama.yg terlibat, nanti takut terkebelakang .

9.8.11

Lam Syahadah

Suatu bentuk keilmuan yang banyak dipakai oleh orang orang terdahulu. Penggunaannya bergantung kaedah dah guru yang menurunkan amalan ini. Walau kelihatan mudah dan sama tetapi pada tahap tertentu aplikasinya berbeza.
Biasanya ia di sabitkan pada 4 wajah dan 7 martabat.

Tahap paling asas ada Den tunjukan pada peserta kursus di UIA Gombak dahulu.
Tawajuh Haitsu Sittah, Fainnaka Mansur, Wainnaka la'ala huluqiin a'zim. Dari atas membawa kebawah di ucapkan kalimah Lailahaillallah. Dari Kanan diucapkan Muhammadurrasullullah. Asasnya dilafazkan secara sarih sebelum dilanjutkan kepada kaedah lain. Belum ada lagi mana2 murid Den yang perturunkan kaedah selain secara sarih.

Pada tahap seterusnya ialah pada tahap zikir ikhlas di selarikan dengan 4 sifat maani yg tersedia dan 3 sifat maani yg disertakan kemudian. Hantarannya tetap pada empat wajah. Antaranya Abu Bakar Umar Usman Ali. Pada ketika ini pengamal sudah berada dalam SIFAR.

Selanjutnya terus kepada 4 wajah selanjutnya yakni pada Alif yang empat. Maka hendaklah di qasadkan pada Diri yang Empat. Begitulah selanjutnya.

Banyak lagi tahap , rujuklah kepada guru yang arif.

Kaedah kegunaanya berbeza dengan situasi, tahap menjaga diri, perubatan, kerohanian dll yang hanya dapat dirungkai oleh mereka yang telah mencapai tahap dan martabatnya sahaja.

Keilmuan ini amat tinggi kerana ianya melibatkan kalimah Syahadah maka tidak boleh sama sekali di maharkan. Biasanya akan ada tragedi yang akan menimpa mereka yang menjual akan keilmuan ini.

1.8.11

Looking for Satanic Places outside Malaysia.

Do you happen to know places that have any paranormal activity ?
If any, please send me the details.

If no paranormal can settle the case let me do it ! I have started Ghost Busting since 1979, so with my vast experience i feel pretty confident to tackle any kind of paranormal activities.

It is a blessing if i will have to encounter with Werewolves, Draculas, Vampires or whatever. Any haunted mansion or castle will be welcomed with warm heart.

Any Paranormal Club or Association related to sacarsicm or ghost hunting and busting can contact me at my email. We might exchange ghost. I can exchange with Toyol, Tiger, Hantu Tinggi. Pontianak, Langsuir etc. They were local names for Genie in Malaysia.
One of my PHd student currently doing research on inventing machine that can easily trace of abnormal acitivity in certain vicinity.

MENCARI KAWASAN BERHANTU DI LUAR KL SELANGOR

Darulsaka ingin mencari kawasan berhantu di luar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Sila beri nama tempat secara detail. Tiada saguhati diberikan. Lebih brutal lagi baik. Lu Langsi Lu Mati. Hantu hantu akan di keluarkan dan disimpan di suatu tempat untuk di ujikaji.