20.12.11

LANCAU

Mende pulok ni. Sebagaimana biasa semua ceritera2 dan artikel2 di dalam blog ini adalah sekadar cerita penglipur lara semata mata.

Insyaallah Den akan mengarang sehingga habis kali ni. Suatu dongeng tahap biasa aje.

Den baru sahaja habis berentap dgn Jin dalan bilik rawatan dan terus melangkah keluar untuk mengambil air buat menghilang dahaga. Bila Den melangkah kembali ke bilik rawatan, tiba 2 datang sekeluarga pesakit, memapah seorang patient yg sedang merasuk. Adus belum masuk darulsaka dah merasuk. Den

tenung terus terjelepuk depan pintu.

Tu dia jurus dari mata turun ke hati. Ilmu ni lama dah den belajar dulu masa form three. Bila dah baiah aurad, Den dapek mantapkan lagi. Buek masa ni ada sorang pelatih sudah di ajar. Mak ai, sejak hari tu sampai sekarang, matahari susah nak memancar, asyik mendung aje.

Sambungan Part 2 Tulisan pertama di Tahun 2012

Patient terus mengucap dan istigfar serta berzikir. Mangkuk ayun tu kalau dengan Ustaz Ustaz lain boleh le nak tipu. Keluarga pesakit tengok Den buek selamba badak aje.
Setelah Den tenung di sudut hati nurani dan zikir jauh disudut dgn kaedah mesrakan diri , Den terus aje sergah, kepala hotak ko lah nak mengucap bagai. Kalau dah kafir tu buat le cara kafir. Banyak lah songeh ko. Karang aku terajang baru tahu. Habis segala kutukan Den lemparkan Terperanjat mereka yg disekeliling bila tengok Den bertukar jadi Power Rangers.


Last last pesakit yg kerasukan tiba tiba menukar rentak. Bercakap dalam bahasa Cina merepek repek. Hek eleh terkejut hanuman Den. Semua mata memerhati pada Den yg masih utuh dan hensem. Den terus lontarkan perkataan SAKTI ,
" LANCAU " ! tersentap perasuk. Diam dalam 1 minit kemudian merapu lagi dalam bahasa cina yg amat membingitkan telinga. Den apa lagi terpaksalah menggunakan hikmat Loceng Emas Singa . " LANCAU " ! Terus sedar patient tu.

Heran keluarga pesakit, sebelum jenuh merawat di Pusat Rawatan yg menggunakan Ruqyah tak setel. Den hanya tengking perkataan sakti LANCAU je masalah dah setel.

He he he, sebab itu mau boleh scan. Ini asyik tuduh syirik aje orang yg guna scan. Last last bila Jin tipu dengan mengucap dan mengaji kita pun percaya dan terpedaya.

So itulah cara Den, kalau Jin Kafir merapu , memang Den maki habis punya.

17.10.11

Ki Ageng Prayogo

Suatu sutradara sempena Darul Emas Perak Enterprise di lancarkan. Ceritera ini seperti semua ceritera yg lain dlm blog ini adalah rekaan semata mata untuk melapik masa duka, lara dan suka.

Ceritera bermula bila satu hari sedang Den merawat seorang pesakit terkena santau tahap gaban tiba 3 orang masuk ke Darulsaka, berbalam balam kehitaman menyelubungi. Adus apa pulak ni fikir Den. Ah biarlah dulu. apa yg datang Den takan lari punya. Waktu itu Den sedang merawat pesakit santau. Seorang aperantis Den sedang membuat latihan scan terhadap patient santau. Den tanya dia apa ko nampak?
Katanya nampak macam hirisan hirisan yang amat dalam dan kelihatan mengerlip kaca kaca.

Siot punya penyantau, setakat tabur di hati cukuple! Ini siap di toreh toreh di paru paru baru ditabur kaca. Kaedah tepuk amat tidak sesuai dan akan mendalamkan luka di paru paru. Den cek belum masuk aliran darah dan buah pinggang. Kalau masuk alamatnya bertambah satu lagi nama di papan nisan. Kasar permainan ni. Nak taknak terpaksa gak kontact secara tapak tangan. Cara ni leceh, sebab lepas 3 hari kulit tapak tangan sure jadi mengelupas sehingga nak cop jari pun tak nampak. Bila habis menggelupas cam kulit anak dara wa cakap lu.

Nak guna teknik pindah raga yg memakan tenaga pasti tak boleh, kerana pesakit yg baru masuk tadi pasti memerlukan sepenuh kekuatan kontak batin. Sekali imbas sudah tahu dalam atau tidak lautan untuk di duga. Perghhh biarin aje. Patient santau lebih memerlukan. Kenapalah 2 minggu ni asyik kena pesakit Santau aje. Yg bulu ulat berbisa pun ada dll.

Sambil menunggu TPB di Jaya Jusco Seremban 2, biarlah Den menyambung temberang. Den. Den kalau patient datang berlengang dan terbukti kes santau yg teruk, biasanya Den kasi minum air Yasin Fadhilat yg sedia ada di Darulsaka. Den suruh minum sampai kencing. Lepas tu Den nilai camna. Kalau masih banyak lagi barang dan bisanya baru Den guna telapak tangan Titanium.

Bila Den beransur ke belakang jelas satu aura hitam berbalam balam seolah olah ingin menelan Den hidup hidup. Dalam hati Den ucapkan Wa ufau widu amri ilallah. Ini mesti jadi kes rasukan lagi ni.

6.9.11

Jamuan Hari Raya

17 hb . SEPTEMBER ( Sabtu ) Darul Emas Perak dgn kerjasama Pusat Rawatan Darulsaka akan mengadakan Jamuan Hari Raya, insyaallah. Tiada Penggunaan Ayat Al-Quran dan Hadis maka tiada Serbuan JAIS. DEN menjemput penjual omeh dan perak serta yang mengenali Den supaya hadir beramah mesra.
INSYAALLAH DEN akan buat jualan lambak emas terpakai sebanyak 2 kg dengan konsep, pilih sendiri, timbang sendiri dan bayar.

3.9.11

Ada yg cari Pasal

Wallahi Wabillahi Watallahi, Masih ada yg membuat onar, maka dengan ini Den bersumpah samada Den yg binasa atau mereka yang binasa. No more Mr. Sweet n Nice Guy.

Selama ini Den tak pernah buat untuk diri sendiri, kali ini mulai malam tadi Den dah mula. Insyaallah pasti ada yang tumbang satu persatu. 40 hari 40 malam, insyaalllah tiada masalah pada Den. Perhatikan APA yg berlaku pada ANDA SEMUA.

Hari kedua, Den akan mula kutip sekor sekor. Pastikan mimpi mimpi anda.

Dulu adolah si penipu, Den buek le apa yg patut, tiba2 masuk ICU, tak serik, last last mati accident. Ok la tu, takda menyusahkan orang lagi. Den ampunkan dosa dia dgn den.

Ada tok pawang negori, mati dah, tapi itu TPB yang doakan.

Tanda tanda anda sudah terkena bahana kalau lelaki mudah patah dayung, lepas tu KO, buang atau kasi jadi hot dog aje. Otak jadi lembab, bermula sebelah belakang kepala sebelah kanan terasa pijar.
Kalau pompuan peranakannya turun dan akan mula berbau.
Kawan kawan semua mula menjauhkan diri, Rezeki mula tersekat. Huru hara hidup, dan . . .

Sekarang sudah fasa sekejap rasa diri sekejap rasa lain, fikiran sudah lupa lupa ingat.

28.8.11

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Den sekeluarga memohon maaf jika terdapat salah. silap, terkasar bahasa kepada kengkawan, pembaca pembaca blog, kakitangan JAIS serta Mufti Selangor.

Den sekeluarga ucapkan Selamat menyambut Hari Raya.

Sebelum bertolak dari rumah nak ke Kampung ada baiknya baca Ayatul Qursi. Kalau rasa berat. Relax dahulu baca selawat 11 x dan Al Fatihah. Kemudian baca sekali lagi Ayatul Qursi, heningkan suasana. Kalau rasa semacam aje, baca balik selawat 11 x dan al Fatihah. Baca ayatul Qursi sekali lagi. Jika lancar teruskan perjalanan. Jika tidak, masuk balik rumah dan relax dahulu.

Kaedah lain, baca ayatul Qursi tarik nafas dan hembus ikut hidung, kalau angin keluar sebelah kanan lancar maka teruskan dengan perjalanan. Masuk kereta semua serentak ahli keluarga baca al Fatihah 1 x dan selawat 3 x dan baca Ya Allah Ya Allah Ya Allah selamatkan serta permudahkanlah perjalanan kami pergi dan balik. Kalau dapat bersedekah dimana mana terlebih baik, dapat mengelakan musibah.

Selamat balik kampung. Den beraya di Darulsaka sahaja.

22.8.11

E- Mail

Maaf selepas balik umrah Den tak terdayo nak baco semua email 8,000 lebih sekarang dah 25k. So Den buek email khas.

darulsaka@gmail.com

Alhamdulillah masih boleh catch up, tapi kalau boleh terus tulis nama.yg terlibat, nanti takut terkebelakang .

9.8.11

Lam Syahadah

Suatu bentuk keilmuan yang banyak dipakai oleh orang orang terdahulu. Penggunaannya bergantung kaedah dah guru yang menurunkan amalan ini. Walau kelihatan mudah dan sama tetapi pada tahap tertentu aplikasinya berbeza.
Biasanya ia di sabitkan pada 4 wajah dan 7 martabat.

Tahap paling asas ada Den tunjukan pada peserta kursus di UIA Gombak dahulu.
Tawajuh Haitsu Sittah, Fainnaka Mansur, Wainnaka la'ala huluqiin a'zim. Dari atas membawa kebawah di ucapkan kalimah Lailahaillallah. Dari Kanan diucapkan Muhammadurrasullullah. Asasnya dilafazkan secara sarih sebelum dilanjutkan kepada kaedah lain. Belum ada lagi mana2 murid Den yang perturunkan kaedah selain secara sarih.

Pada tahap seterusnya ialah pada tahap zikir ikhlas di selarikan dengan 4 sifat maani yg tersedia dan 3 sifat maani yg disertakan kemudian. Hantarannya tetap pada empat wajah. Antaranya Abu Bakar Umar Usman Ali. Pada ketika ini pengamal sudah berada dalam SIFAR.

Selanjutnya terus kepada 4 wajah selanjutnya yakni pada Alif yang empat. Maka hendaklah di qasadkan pada Diri yang Empat. Begitulah selanjutnya.

Banyak lagi tahap , rujuklah kepada guru yang arif.

Kaedah kegunaanya berbeza dengan situasi, tahap menjaga diri, perubatan, kerohanian dll yang hanya dapat dirungkai oleh mereka yang telah mencapai tahap dan martabatnya sahaja.

Keilmuan ini amat tinggi kerana ianya melibatkan kalimah Syahadah maka tidak boleh sama sekali di maharkan. Biasanya akan ada tragedi yang akan menimpa mereka yang menjual akan keilmuan ini.