5.8.09

Doa Pembuka Amalan

Suatu amalan yang diamalkan sebelum melakukan apa-apa amalan khusus. Oleh kerana tahap kita dewasa ini ramai yang berada didalam lingkungan Makam MUBTADI maka dengan Kasih Sayang Allah telah diajarkan Pembuka Amalan agar amalan yang sedikit menjadi banyak pahala dan khasiatnya kepada Aulia2...

Namun haruslah diingat apa-apa hal pun mereka yang didalam makam Mubtadi memang mengharap akan kurniaan Allah yang banyak...Maka amat sesuai diamalkan amalan pembuka Amalan..Selalulah beramal dan berdoa semuga Ikhlas menerjah pintu hati kita dalam mendaki 7 martabat nafsu yang setiap martabat ada 70,000 hijabnya bermula dari makam Amarah hinggalah Kamil Mukamil...Tiadalah lain tujuan kita hanya untuk mengenal Allah Sebenar kenal...Sedangkan Allah s.w.t tidak bergantung kepada Amal kita yang banyak dalam mengenalkan diriNYA...Maha suci Allah dari segala kebergantungan kepada makhluk. Sesungguhnya kita mengenal Allah melalui Allah jua...maka semuga dengan rahmatNYA bebaslah kita dari segala Syirik.

Doa Pembuka amalan bergantung kepada Guru...Apa yang diturunkan kepada DEN ialah Doa Pembuka Amalan Tarikat Ahmadiah yang bersanad kepada Tuan Guru Haji Anuar Wahab kepada Syeikh Ramli Pendang ( Kedah ) kepada Syeikh Abdul Rahman dan seterusnya Syeikh Dandarawiah seterusnya Syeikh Ahmad Idris. Hampir sama dengan Tarikat Ahmadiah yang dipelopori di Sebelah Negeri Sembilan dan Bukit Abal dan Rembau cuma bezanya diakhiri dengan selawat terhadap Muhammad Awal dan Akhir. Den diijazahkan semasa DEN tingkatan Tiga...Walaupun dinamakan Doa Pembuka Amalan...namun bukan terus diijazahkan sebelum melalui beberapa amalan lain termasuk Tasbih Ahmadiah dan Juga Zikir Ya Latif...Ini kerana kebesaran Doa itu sendiri melihat dari segi makna dan maksud...

Doa Pembuka amalan jika disambung pada tempat tertentu dengan ayatul Qursi maka di Gelar oleh Imam Al-Ghazali sebagai sebesar-besar Kota...( Kota Qursi ) lebih jauh mantap dari pagar yang digelar Garis Laksamana...

Mengambilnya haruslah secara talaqi....Semasa Mursyid DEN masih hidup lagi pun DEN sudah dibenarkan menurunkannya...maka setelah pemergian Mursyid DEN ke hadrat Ilahi..rasanya harus DEN menyebarkannya ke serata pelusuk untuk mereka yang layak...FOC.....Selama DEN belajar tidak pernah Sifu DEN letak mahar ke hapa jadi amat tidak wajar kalau DEN meletak sebarang harga...

Doa Pembuka Amalan yang di ijazahkan pada DEN tidak semestinya mengambil tarikat Ahmadiah sebagaimana firkah Ahmadiah yang lain....Maka tiada DEN isyaratkan mesti menjadi Ahli tarikat...kerana pada DEN...Islam itu sendiri Tarikat. Cuma mana2 yang sudah mengambil ijazah dari DEN sebelum ni....Jagalah baik2..dan jangan menjualnya untuk keuntungan dunia yang sedikit, Suatu pesan ; sesudah kita mengamalkannya dalam 7 tahun...maka bolehlah kita turunkan pada sesiapa yang kita fikirkan layak dan menjaga haqnya ...Hek eleh...macam dah dapat Notis Kematian le pulok...( kalau tak mati lagi maybe DEN sentuh sedikit suatu ilmu yang bernama NOTIS KEMATIAN )

25 comments:

  1. askm tn, smoga tn sihat dn tnang sntiasa.

    kali prtama sya menjengah ke blog tn, sya brsyukur krna dpt menatap ilmu dn sdkt sbyak pglaman tn sbg prawat..yg ada crta extra mgkn ditabirkan oleh laman/blog2 lain

    tahniah kpd tn, smga allahu taala bekalkan tn dgn kekuatan, ksabarn dn bantuannya dlm mrawat dn mneruskan prjalanan tn ini

    mohon btanya, adakah pmbukaan amalan yg tn nyatakan di sini brmula dgn:

    'Allahumma inni uqaddimu...'

    sya brasa bbesar hati jk tn dpt mmbalas msg/ menerangkan slanjutnya. ribuan t.kasih, tahniah. barakkalahu fikum

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Tuan jika sudi mengijazahkan kepada saya amalan tersebut suatu ketika dulu pernah berbai'ah dengan Syeikh Hamid bapa saudara kepada Tuan syeikh Faiz Pondok Rasah NS

    ReplyDelete
  3. Doa pembuka... 'Allahumma inni uqaddimu...'? tolong jelaskan sikit tok belagak... boleh ijazahkan sekali.. semua atas kemurahan hati yok berlagak...

    ReplyDelete
  4. ambo pun tok... mohon diberi ijazah & keizinan utk di amalkan

    ReplyDelete
  5. Mohon diterangkan lebih lanjut dan diberi ijazah tuan. tuan terima kasih.

    ReplyDelete
  6. SALAM...

    Sifuuu..hamba yg hina ini pun nak sama..minta diberi peluang dan ruang untuk menjadi anak murid Sifuuu ini....

    Sifuu..ajar lah ku sifuu...

    ReplyDelete
  7. mohon tok perturunkan amalan nie padaku..

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Minta diberi peluang untuk belajar

    ReplyDelete
  9. Minta maaf. Saya keliru dengan Tarikat Ahmadiah & Qadiani.

    Tajuk: Pindaan Fatwa Tentang Ajaran Ahmadiah/qadiani

    Fatwa:
    2A. Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar dari Agama Islam),akibatnya dari segi Hukum syara? dan Undang-Undang Sivil ialah :-
    (a) Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;
    (b) Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;
    (c) Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat kerabat Muslimnya; dan
    (d) Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembangaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan, mengikut ,mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
    Tarikh Pewartaan: 17 Ogos 2001

    Rujukan : http://onlinecafe.com.my/index.php?topic=5566.0;wap2

    ReplyDelete
  10. Salam Tok,

    Mohon Tuk jelaskan lagi mengenai doa pembuka amalan. Saya ingin mengetahinya. Mohon Tok ijazahkan buat saya.

    ReplyDelete
  11. Salam Tok Belagak,

    Saya mulai dgn Nama Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang


    Saya terima ijazah doa pembuka amalan atau pengganda amalan ini dari Tok belagak dari sanad & silsalahnya untuk guna dunia dan akhirat, Moga dapat Redha Allah hendaknya.

    Al fatehah.

    ReplyDelete
  12. Salam Tok,

    Oh rupa-rupanya 'Allahumma inni...' tu amalan Tarikat Ahmadiyah ke. Saya dah diijazahkan doa ni oleh Tn Guru Anuar wahab ketika hayatnya dulu. Juga diijazahkan kali ke-2 oleh anak angkat kepada Imam Mansor(Batu Kurau, Perak) yang tinggal di Sabak Bernam.

    ReplyDelete
  13. salam tok...
    saya minta izin ijazahkan doa pembuka amalan ...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam tok dan rakan2..macamana Doa Pembuka Amalan nie? mohon dilebarkan sekiranya ada link2 yg tertentu..terima kasih

    Yang fakir ilmu

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Tok,
    Saya ni agak ketinggalan dengan blog ini, tapi inilah yang saya tercari-cari selama ini, mohon:

    1. Perjelaskan doa pembuka amalan ini,
    2. Izin diperijazahkan kepada saya..

    Salam

    ReplyDelete
  17. izin diperijazahkan kepada saya

    ReplyDelete
  18. kan Tok dah kata " Mengambilnya haruslah secara TALAQI....Semasa Mursyid DEN masih hidup lagi pun DEN sudah dibenarkan menurunkannya...maka setelah pemergian Mursyid DEN ke hadrat Ilahi..rasanya harus DEN menyebarkannya ke serata pelusuk untuk mereka yang LAYAK ... "

    ReplyDelete
  19. Salam...bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan Doa Pembuka Amalan serta diijazahkan?

    ReplyDelete
  20. as salam...tok belagak...
    jika Allah gerakkan hati tok..untuk ijazahkan saya doa pembuka amalan...Qobiltu saya lafazkan....
    jika tidak..di gerakkan.hati...izinkan saya amalkan amalan2 lain yang tok bagi di dalam blog ini....Qobiltu....

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, Mohon izin utuk mengamalkan doa ini tuk meningkatkan iman dan lebih mendekatkn diri kpd Allah.. terimakasih

    ReplyDelete
  22. Salam tok

    Mintak keizinan tok perjelaskan doa pembuka amalan. Saya nak graduate juga amalan ini untuk anak cucu.

    ReplyDelete
  23. Salam tok,

    Mohon dari tok untuk diijazahkan pembuka amalan ini.

    Terima kasih tok.

    ReplyDelete
  24. Salamun tok mohon ijazahkan pembuka amalan

    ReplyDelete
  25. Ijazah ni kena talaqi ke? Maksud kena pegi jumpa bertemu lutut dgn tok belagak. Tapi saya dah lama amal ni setiap akhir solat. Tak talaqi dgn sapa2. Boleh ka?

    ReplyDelete