30.7.10

AHLAN WAH SAHLAN PESERTA KURSUS JULY 2010

Selamat Datang ke Seminar Perawat Cemerlang ( Asas ) bertempat di Pusat Rawatan One Darulsaka pada Sabtu 31 July 2010. Maka pusat rawatan ditutup. Insyaallah akan dibuka pada hari Ahad bermula 11am.

Maaf, pihak urusetia terpaksa menolak penyertaam di ssat terakhir kerana jumlah peserta melebihi 55 orang. Sedangkan di tawarkan hanya 40 tempat sahaja. Namun syukur setelah di jampi pusat rawatan tempat kursus menjadi besar..maka muat lah 55 orang...
Penyertaan yang lain terpaksa di tolak.


Semuga sesama diberi menafaat dan dirahmati ALLAH taala.

28.7.10

HERO HINDUSTAN

Bila semalam bila DEN terdengar lagu dari filem MANN - Perasaan .... teringat DEN kes melibatkan lakunan seperti cerita Amir Khan dgn Monaisha Koraila dulu.

Ini pun salah satu cerita temberang cuma tak le melampau sangat...

Suatu ketika teratak DEN di datangi sekeluarga berbangsa india...Nampak berhajat besar...mereka pun meluahkan apa yg terbenam di benak selepas DEN membuat bedah batin keatas salah seorang ahli keluarga mereka...Mereka meminta bantuan untuk memulihkan adik lelaki mereka yg dari seorang suami penyayang tiba berubah mencadi pemabuk..garang dan suka memaki isteri yakni adik ipar mereka..Namun tidaklah sampai sehingga naik tangan. Dia pula dikaitkan dengan cinta beralih arah...atau kemungkinan unsur sihir...

DEN cakap..just slow talk...adik lelaki mereka itu di dapati menghidapi tumor kepala...Dia sengaja berbuat perubahan yang mendadak supaya Isteri tercinta yang masih muda dan jelita dapat mencari pasangan hidup yang baru...Dia tidak sampai hati mengkhabarkan berita buruk tersebut. Tersentap dorang dengar penjelasan DEN. Merah mata beberapa ahli keluarga. DEN kata tu baru initial stage..masih ada peluang.

Ada beberapa kes yg DEN jumpa begini...sampai isteri yang dengar pun tiba2 goyah dalam keputusan memohon fasakh. Den just nasihat just do friendly talk apakah adil ketika senang diharungi bersama..ketika susah seorang sahaja menanggungnya ? Apakah suami bertindak benar ? Bukankah lebih membuat isteri tercinta jika sudah bercerai kelak mendengar suaminya mati akibat penyakit yg dirahsiakan ? Pasti remuk dendam yang sepatutnya isteri atau suami sentiasa berada disampaing pasangan yang sakit sehingga ke akhir hayat....DEN biarkan pembaca menjawabnya..

26.7.10

Kaifiat Menjazam Tahlil - Lailahaillallah




Akhirnya DEN dapek satu ilmu baru...Ilmu menampal. Confirm bab ni DEN le siput segala siput.

Ini adalah Kaifiat menjazamkan Tahlil sebanyak 70,000x kalimah Tauhid. Buek masa ni tak habis lagi kaifiat nya...Sebab DEN tak dapek nak upload yg sanadnya yg sepatutnya DEN lotak kat bawah sekali...Bangang le katakan...Pueh dah DEN try...Takpo pelan pelan kayuh..

Kaedah ini lengkap dengan Sanad dan Tertibnya...memang boleh kita menjazam ikut kaedah biasa tapi kurang umphhh... Amalan membina satu juzuk Tahlil yakni ( 70,000x di gelar satu juzuk ) ini adalah basic yang wajar untuk setiap orang Islam...amatlah baiknya sebagai anak yang soleh..membuat satu Juzuk untuk Ibu dan satu Juzuk untuk Ayah...Suami membuat satu Juzuk untuk isteri dan Vice versa, Ayah membuat satu juzuk untuk setiap anak...




Jumlah zikir Tahlil ini hanya 100 kerana ianya sebagai asas aje...kalau kurang dari tu...elok gak korang rendam kepala di dalam loji Indah Water. Biasa dibuat orang 500 atau 1,000 in one sitting atau lebih. Pastinya didalam wuduk. Bila sudah habis ...atau mini duk merayu2 seksi di katil tu..ataupun muka suami Poyo jo ditempat peraduan eloklah tamatkan dengan bacaan di atas dengan wirid di bawah sebagai penutup.

Kebiasaan Wirid begini dibaca juga beramai2 didalam Majlis Aurad...so kalau ada 70 jemaah...x 1,000 maka cukuplah 70,000 sekali bacaan Aurad....Sebab itu dalam Islam ...berjemaah ini amat dituntut..






Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasul(pesuruh) Allah, (Salawat dan salam ke atasNya), Inilah Kalimah yang Haq, di atasnya kami hidup dan di atasnya kami meninggal dunia, dengannya dibangkitkan kami Insya Allah Ta’ala dengan rahmatNya dan kemuliaanNya daripada golongan orang yang benar.


Dan Penghulu-penghulu kami yang mulia, Sayyid Ahmad Bin Idris, dan Sayyid Ahmad Bin Muhammad Ad-Dandarawi dan Khalifah kepada seluruh para Arif Billah, Sayyid Muhyiddin (Abdul Qadir Jilani) dan Penghulu kami Qutubul Alam Khidir Alaihissalam,

(Al-Fatihah)


Maka tertunai sudah janji DEN untuk menurunkan kaedah menjazamkan Tahlil. Sesungguhnya atas limpah Rahmat Allah yang meliputi alam dan seisinya...DEN mengijazahkan kaifiat ini untuk sesiapa jua yang berminat.




Andaikata dalam korang sedang asyik masyuk berzikir..tetiba datang apa yang dikatakan fana...kalau korang nak lari dari fana...teruslah berselawat beberapa kali sehingga jiwa yg meruntun menjadi tenang...dan sebelum menyambung kembali, eloklah beristigfar dan teruskan suluk anda...Dalam keadaan fana..anda akan tidak menerima binasa, namun bukan itu yang di cari.


NOTA : Inilah asas kepada segala asas dalam Agama Islam...so Back to Basic.





18.7.10

Syahadat Tauhid

Kalimah Syahadah terbahagi kepada 2...

1. Di gelar ia Syahadat Tauhid

2. Di gelar ia Syahadat Muhammad

Di ruang yg terbatas ini ada baiknya kita bicara serba ringkas intipati kalimah tauhid yg menjadi tunjang kenapa kita dilahirkan ke dunia ini..


Martabat Kalimat Syahadat Tauhid

Lailahaillallah -


a) La Maqbud Bihaqqi illallah

( Tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah Taala )

b) La Matlubi Bihaqqi illallah

( Tiada Tuhan yg di tuntut sebenar benarnya melainkan Allah Taala )

c) La Maujud Bihaqqi Illallah

( Tiada yang Maujud sebenar benarnya melainkan Allah Taala )


Penerangan ini masih dalam bentuk ilmu. Belum lagi masuk pada bab amal. Biasa di kata orang ilmunya sudah ada, amalnya macamana ?
Sebaiknya untuk diamalkan kaedah menurut keilmuan diatas diamalkan menjazamkan Kalimah Tauhid atau Tahlil ini sebanyak 70,000 kali sebagai asas kepada makam nafi.

Maka sesudah jazam dan mahir akan zikir tahlil tersebut dan dawam sebutan dilidah secara jihar perlahan lahan masuklah kepada :

La Hayyun, La A'limun, La Samiun, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun .....BilHaqqi illallah. Kaedah penafian ini biasa disaran oleh guru sebelum solat, sebelum tidur bahkan sebelum melakukan pengubatan dll..ini sebagai ikhtiar kita melatih bahawa tiadalah kita ini berkuasa walau secebis pun. semuanya Haq Allah Semata - mata. Bertolak dari sini terungkailah kenapa dikatakan ayat tidak memberi bekas. Pendek kata salik sudah mula masuk bab Isbat secara tidak lansung. Insyaallah kita sudah melepasi perangkap syirik khafi.

14.7.10

Sorry - La Tahzan

salam ikhwan...

Lamo Den tak update...jgn risau DEN hidup lagi...

Den amik maso nak baca email2 dari 4 email DEN. Tak banyak jumlah dalam 55,000 email je....so DEN kenalah luangkan masa. pergh botak kepala...

Mana nak kejar preparation Kursus Asas Rawatan pada 31 July ni. Email2 yg menderu masuk. Purata 500 email sehari. DEN ada 4 mail...1 utk umum, 3 utk peserta2 kursus yg lepas. Pastu persiapan minyak JARO dll...jualan Tribulus

Oleh kerana byk email dan den baca melalui Handphone harap attach email2 yg lama...susah nak cari email lama...yg penting sekali..tulis nama2 di atas dahulu sebelum mencerita dengan panjang lebar...selalu terjadi cerita sampai 5 x page down...last2 takda nama....kan dah buang masa...

Insyaallah akan DEN turunkan kaifiat Ya Latif yg terlebih aula dan juga kaedah tahlil mengikut samada Ahmadiah ataupun Naksyabandi Kholidiah...sebagai bekalan di Bulan Ramadhan. Itupun DEN kono belajar cara nak upload dulu...he.he.he..bab IT ni DEN digelar Siput Segala Siput...

5.7.10

Ya Latif - Suatu Kaifiat

Sifu sifu Den suka sangat kalau Den melazimi zikir Ya Latif ini...Yang Maha Lemah Lembut/ Halus.

Ada baiknya dipanjangkan kepada umum kerana simpan pun nak buek apa ?


Biasanya diamalkan 1,000 kali sehari. Amat mudah.

Asasnya diamalkan sebanyak 129x at one shot. Memang itu kiraannya akan asma Ya Latif ini...


Untuk dijadikan suatu amalan yg manjur ..biasa diamalkan di pesantren pesantren dizikirkan sebanyak 129 x 129 yakni 16641x sehari selama 41 hari. Ini adalah suatu bentuk keilmuan dgn kaedah menjazamkan.
Namun tiadalah untuk zikir umum ianya mempunyai kaedah jazam yg tertentu.
Amatlah digalakan berzikir sebanyak 1000x sehari...tetapi kalau mampu buat lebih adalah tersangat di galakan.
sebaiknya jika di sejadah atau majlis zikir...tumpuan mata pada hatii..yakni ditundukan kepala kebawah menghala ke dada kiri...

Untuk hadiah Fatihah pula hendaklah di hadiahkan kepada SAQJ. Rujuk kepada tajuk Fatihah.

Kesan dari amalan memang berbeza...kekadang terasa sejuk...panas...bergerak2 ..berdiri bulu roma dll...ini menunjukan natijah cleansing
dan perlawanan yakni penolakan....


Sebaiknya zikir ini dibawa di lidah dengan nada yg amat mersik...sehingga menitik air mata..Zikir ini memang amat mudah meluruhkan hati yg ego dll...biarkan sahaja tangisan tersebut....sebagai kurnia dari Allah Azza wajjalla...hati yg keras pasti remuk, hati yg lara ditinggal kekasih pasti di isi dengan kasih Allah s.w.t. Den berani cabar sesiapa jua ...try berzikri dalam keadaan suci dari hadas...mengadap kiblat..di malam yg hening...mulakan dengan kaifiat fatihah....terus zikir Ya Latif...tanpa mengira berapa pun tetapi menggunakan tasbih samada dari batu atau kayu...tasbih hanya sebagai pemutar jari sahaja...suara semersik yg mampu.....pasti berjujuran air mata....




Ikhlas dari

Sifu segala Sifu