Inilah suatu huruf yang tiada bertemu mati. Huruf ada 2 kumpulan.
Ada yang Bertitik dan Tidak.
Den lebih suka membincangkan huruf NUN dahulu. Ada dua komponen pada
huruf Nun..yakni Titik dan Nun. kelebihan ada pada keduanya..namun untuk
alam nusantara sini..ramai pendekar maupun perawat menggunakan titik pada
huruf nun... NUN Wal Qolam...
dn
Kaedah titik NUN memerlukan mereka yg tinggi serta dalam pandangannya
tertumpu pada hati batin. Bila memandang sesuatu melalui titik NUN hendaklah
sampai putus makrifat kita akan sesuatu perkara. Ia memerlukan latihan.
Dalam kebanyakan tarikat seperti Naksyabandi tumpuan mata dan arah pandangan
akan tepat kepada hati batin. Oleh kerana itu memandang melalui titik huruf
NUN tidak dapat lari dari amalan zikir khofi. Kaedah terbaik memantapkan
ini ialah melakukan teknik zikir nafas samada biasa ataupun tongkat lidah.
Namun bagi mereka yang biasa menggunakan teknik ini..zikir nafas tanpa
tongkat lidah lebih sesuai. Ia selaras dengan pernafasan yang empat. Agak
sukar difahami Nafas Tanafas Ampas Nufus..Nufus memang sukar dicapai kerana
nafas ini adalah nafas yang paling rahsia dan menjadi Rahsa dan seterusnya.
Bagi mereka yang menguasai teknik ini cukuplah untuk menjadi seorang perawat
yg berkaliber. Ianya boleh menangkap JIN dan memenjarakannya. Penyakit zahir
dan batin boleh di ikhtiarkan. Asal sahaja rajin berlatih dan berdoa.
Maka perhatikan ungkapan " Ayat tidak memberi bekas ".
Maka kalau jumpa orang2 tua...cuba cubalah tanya mereka bab titik pada huruf
Nun. Biasanya sebagai sikap standard..samada mereka kata tak tahu atau belum
masa...So pandai-pandai le bodek...
Kenapa zikir nafas Tongkat Langit tidak berapa sesuai ? Apabila kita berzikir
nafas samada sedut Hu tahan Allah keluar Hu atau sedut Hu tahan Allah keluar
Allah atau sedut Allah tahan Allah keluar Allah atau sedut Allah tahan Al lah keluar Hu
atau sedut Allah tahan Hu keluar Allah dan seterusnya ....DEN katakan untuk
mengubat atau mendinding atau apa sahaja menggunakan Kaedah Putus Makrifat
pada Titik NUN. Tumpuan yg amat tajam akan menyebabkan kerutan di antara 2
kening dan amat memeritkan untuk beginner. Ianya bukan Scan tapi amat halus
seolah scan jua yakni kalau yang mengamalkan kaedah ini sudah tajam dan jitu
tahap Putus Makrifatnya.
Untuk kaedah Tongkat langit pula biasanya kalau dalam perubatan di gunakan
kaedah zikir 4 Alif....Ia akan berkait rapat kepada Zat Sifat Asma Afaal.
Hendaklah merujuk pada yang arif dimana rahsia Rahsa. Fahami dahulu kedudukan
Alif yang Di depan, Dalam Atas dan Bawah. Jika tidak akan timbul
salah faham penggunaan A dihadapan basmallah dan lain-lain. Manusia selalu
terhijap oleh kedangkalan ilmu. Ini baru bab Basmallah, belum lagi kalimah2
yang lain. Untuk menghurai lebih lanjut rasanya sukar dalam bentuk perkataan.
Sebaiknya rujuklah kepada Guru memasing. Ianya amat mudah untuk di jelaskan
dengan kaedah Face to Face talk.
ini yang den harap2kan...moga tok boleh terangkan...
ReplyDeleteTq TB.
ReplyDeleteLama dah tunggu.
bang, huruf nun ada kaitan x dgn ikan Nun dlm citer nabi Yunus a.s.?
ReplyDeletesalam tok....nape da makin kurang posting ye???
ReplyDeleteehehe..
wah bestnya
ReplyDeleteBukan xnk bodeks Tok...takut kumar marah bodek2 ni ....
ReplyDeleteKekekeke
harap ada kelas khas untuk huruf nun ni....
ReplyDeleteSalam Tok minta izin bertanya kenapa nun titik di atas dan ba titiknya di bawah
ReplyDeleteTerima kasih banyak Tok, banyak manfaat diperolehi dari blog ni.
ReplyDeletekekuatan pd titik...
ReplyDeleteilmu masih tahap basic mcm saya ni tok lansung tak faham penguraian di atas. Yang saya tahu kaedah TQN zikir jahar suara keras, zikir khofi dalam hati. Sedihnya zikir tahap saya masih lagi tak teguh,nampak gelap gelita je bila pejam mata,haha. Tak sangka pulak huruf 'alif' sampai 'ya' pun bermanfaat. Maha Luas ilmu ALlah. Tok, kalo sudi terangkan secara basic buleh tak? ehe thanks.
ReplyDeleteSalam Tok. kan lebih molek kalau Tok terangkan sendiri. Tok kenapa Zikir Nafas tanpa tongkat lidah lebih sesuai? Leh terangkan....
ReplyDeleteTima kasih Tok...
ReplyDelete"Jika tidak akan timbul salah faham penggunaan A dihadapan basmallah dan lain-lain. Manusia selalu
ReplyDeleteterhijap oleh kedangkalan ilmu."
Cam ko lah belagak, kau paham ke bahasa arab? Kata sifu segala sifu, tapi kuarkan Abismillah, terkial2 nak menjawab....manusia selalu terhijab dgn kedangkalan ilmu dan rasa ilmu dia dah cukup hebat hingga melayakkan gelaran sifu segala sifu.
Satu je perkataan yg seswai untuk ko....MANGKOK.
tok dapek la insyallah den face to face dgn tok pado minggu depan.....nak amik ilmu ni la yo...boleh yo...
ReplyDeleteSalam Umar Mangkok, ko sakit ke apa. saya tengopk meroyan kat blog orang dah tu ganggu orang nak bersembang bab ilmu. apa ko ingat ilmu yang ko ada tu dah paling tinggi ke hingga nak buat komen tak tahu adab. lain kali kalu tak tau belajar.. jangan dah bodoh buat2 macam pandai pulak, itu namanya bodoh sombong.
ReplyDeleteUmar tu cetek..
ReplyDeleteumar xde stone...melalak je brani tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteUmar sayang kat Tok Belagak tu. Sebab tu dia muncul. Btol tak Tok Belagak? Korang je tak faham :)
Salam persaudaraan buat Tok Belagak & Umar.
salam..
ReplyDeletesy sorg yg mencari2 jalan utk mendekati yg Maha Esa..Bagaimana ilmu amalan zikir khofi dan zikir 4 alif ini dapat mendekatkan lg sy dengan pencipta?Sy xmau apa2 didunia ini..memadailah dgn mendapat keredhaanNya didunia dan dpt bertemu dgnNya di akhirat nnti..