13.6.09

Mandi Bunga

Ramai Perawat tidak jujur apabila mengesyorkan kaedah mandi bunga.
Apa sebenarnya mandi bunga itu sendiri hendaklah dijelaskan....


Mandi bunga bukannya untuk anak dara tua dan janda sahaja...Ia boleh sahaja kepada setiap lapisan umur tanpa mengira jantina....


Lazimnya Mandi bunga dilakukan untuk menaikkan seri wajah...Seri Wajah boleh luntur akibat Stress, Mainan Sihir seperti pelalau ( Penghalang Jodoh ), Kesan Sihir yang berlarutan, terkena apa yang dikata Cuca mayat, Terkejut yang amat sangat, mainan sihir yg melibatkan menyimpan semangat/rawan/roh dan berbagai sebab yang lain.

Memulihkan Seri Wajah adalah antara lainnya dilihat menarik..mudah mendapat kawan, musuh lembut hati, untuk temuduga dan lain-lain lagi.

Mandi Bunga hanya suatu pembaziran jika perkara2 yang menyebabkan Seri Wajah tidak dibuang terlebih dahulu...Mengikut Kaedah Tradisi..hendaklah dilimaukan pesakit setelah sihirnya dibuang/pulihkan atau rawan pesakit dikembalikan kepada Diri Terdiri dengan sempurnanya.

Biasanya jarak antara Mandi Limau penutup dengan Sesuatu Mandi Bunga ialah 7 hari...

Dewasa ini ramai perawat melanggar batas-batas agama bila perawat lelaki memandikan pesakit wanita. Sebaiknya perawat wanita yang melakukan mandian itu kepda pesakit wanita begitu juga sebaliknya.

Mandi bunga juga hendaklah berhati-hati kerana ada perawat yang mengambil kaedah mandi bunga Bunian..Antara tanda2 nya ialah ada unsur kain kuning atau warna2 tertentu samada sebagai kain basahan atau ditempat rawatan dimana perawat duduk dalam kelambu berwarna...Mandi kaedah Bunian ini boleh menyebabkan kita mendapat seekor pendamping yang bertugas seolah-olah menaikan seri muka kita....Maka berhati-hatilah..janagn tersalah pilih perawat.

Ketahanan Mandi Bunga ialah selama 6 bulan...selepas itu seri akan menurun secara beransur......

1 comment: