6.6.09

Pendamping atau Dampingan

Apakah beza Pendamping dengan Saka...

Dari segi teori tiada beza...Hantu Raya yakni tahap terendah dalam ranking hantu boleh menjadi Pendamping dan Juga Saka.

Seorang bomoh yang berdukun biasa akan membela seekor atau lebih hantu raya...Kalau Hantu raya dari penuntutan kita gelar pendamping...Tetapi bila Tok Bomoh sudah mati maka dampingan beliau mungkin turun ke Waris dibawah...Barulah ia digelar SAKA...

Lain perguruan lain kaedah dalam menghadapi Jin jenis Saka maupun Pendamping...
Ramai yg kurang faham..apabila Ustaz memberi garam beserta lada hitam yang di rukyah untuk ditabur keliling rumah...Masih terdapat gangguan SAKA...Kenapa ye ? Saka adalah Family member...mereka tetap akan dapat masuk....kecuali memagar dengan kaedah tertentu sahaja....Kalau setakat ayat2 Ruqyah..lupakan...Jin Sihir memang akan tertahan ataupun Jin liar...Namun pagar tetap bocor kerana JIN2 amat mahir melepasi pagar2 ruqyah tersebut terutama JIN liar yg kawasan penempatan mereka dicerobohi manusia....

Ada saya ceritakan serba sedikit dalam forum bagaimana mereka tetap boleh masuk walaupun dipagar secara ruqyah...

So kepada Perawat-perawat yg mengaku perawat Islam ..sila beri perhatian...Sudah terlalu kerap di kedengaran .... Ustaz dah pagar tetapi kenapa kena lagi...jangan Jumud..Ilmu Allah amat luas...Dalam Al-Quran memang dah ada pun..cuma kita selalu memandang yg selapis...

Berbalik kepada dampingan...ia diperolehi melalui

1) Penuntutan

2) Transfer - melalui barang atau secara jarak jauh sebagaimana yang berleluasa di internet sekarang . Saya amat melarang sebab murid terpedaya dan akhirnya menjadi saka...mula 2 rajin beramal pasal ilmu...lama2 bila dampingan menguasai kita menjadi malas beramal...

3) Dari asal baka yang kurang elok...Maka biasa kita dengar seseorang itu selalu cuba didampingi oleh bunian la..Tok Syeikh dll...Kita pun dengan mudahnya kata..bertuah dia..Sebnarnya itulah tanda malang..bukan salah mangsa tapi salah mak bapak...Semasa bersama kurang berdoa...maka ada percampuran benih JIN...Jin seperti bunian memang suka jenis budak2 yang begini sebab ada genetik mereka...Boleh dikenali...lelangit hitam, degil yang amat sangat, senyap yang amat sangat dan lain2 yg hampir mencarik adat...

Jika benih semasa mengandung melebihi 70 % benih JIN...maka potensi untuk bayi tiba2 hilang dalam kandungan adalah amat besar .....

4) Mangsa melalui sesuatu kawasan yang agak keras...Ada juga makhluk halus yang berkenan menjadi Dampingan...Jenis ini biasanya amat pencemburu...Membunuh benih....

Kelak kalau ada kurnia Allah kita akan membicarakan kadah membuang Dampingan.
Kenapa ramai yang gagal membuang dampingan walhal..teramat mudah tak sampai 10 detik sahaja....Kalau ada Ustaz yang mengatakan hanya Kaedah JIN sahaja mampu membuang dengan Pantas...ingatlah kaedah Ifrit di Zaman Sulaiman a.s. dikira lambat berbanding dgn Asif Barkhiya....Silalah dalami ilmu anda...Takan kita mengubat 10 tahun masih ditakuk itu sahaja...

Apakah beza membuang saka dan dampingan walaupun ia jenis yg sama seperti pelesit...begitu juga pelesit yang dihantar untuk melakukan sihir...apa bezanya...

1 comment:

  1. apa kesan nya jika suami juga ada saka dari isteri pertama.bila berkahwin kedua. isteri baru juga ada saka. tapi tak boleh bersama. selalu bergaduh. panas. suami sangat takut nak balik rumah isteri kedua. jenis apa saka isteri kedua ini kerna dia lebih sabar. membatu hingga tak masuk akal.. jika berubat pun tak pernah pulih. sakit memanjang. suami pula buat tak tahu tapi susah pula nak menceraikan isteri kedua ini

    ReplyDelete