28.7.09

Menguasai Senjata Ghaib - 2

Senjata Ghaib terbahagi kepada 3....seperti yang di jelaskan didalam tulisan sebelum ini...Persoalannya dari manakah datangnya senjata ghaib...di bawah disertakan punca2 senjata ghaib

a) Bunian - Jin yang suka merupa sebagai manusia
b) Jin
c) Dewa
d) Amalan
e) Makrifat

Senjata2 Ghaib ini kebanyakan berasal dari a,b,dan c...Kekuatan Senjata Ghaib bergantung kepada "ISI" nya...Senjata Ghaib sebaiknya kalau datang kepada kita samada dihantar oleh musuh kepada kita, boleh dirampas atau intercep...dan dibersihkan "ISI" nya..Setelah dibersihkan...Isikan dengan Ayat Al-Quran yang tertentu atau Lam Jalalah...maka jadikan pula ia sebagai senjata ghaib simpanan kita...Senjata Ghaib boleh dikecilkan sebesar tapak tangan...dan bila meluncur pergi ia akan kembali kesaiz asal untuk membelah/menikam makhluk ghaib.

Namun kaedah melancarkan senjata ghaib sebaiknya dimahirkan melalui guru sehingga kita mendapat kaedah yang bersesuaian dengan diri sendiri.

Kaedah menyimpannya juga berbeza-beza...Ramai yang suka membawa dibelakang seperti pedang dan ada yang menyimpannya ditempat2 tertentu...

Senjata Ghaib dari bacaan Al-quran seperti yang selalu digunakan untuk menyembelih Jin...banyak bergantung kepada makrifat sahaja...Maka pastinya tahap iman perawat yang menjadi taruhan..kalau iman setakat dimulut sahaja maka jadilah keadaan dimana JIN disembelih tidak mati mati..

Senjata2 Ghaib adalah salah satu teknik untuk menyelesaikan Rasukan yang kronik...Rasukan Kronik tidak boleh bagi seorang perawat main tarik pakai sentap dengan ilmu lam Jalalah kerana Jin suka berpaut pada jantung pesakit...Rentapan yang mengejut akan menyebabkan pesakit berkemungkinan menemui ajalnya...Senjata Ghaib yang dilancarkan lebih kepada melekakan JIN rasukan...Perawat hendaklah memerhatikan dengan tepat...apabila JIN tersebut asyik sibuk mengelak dari terjahan senjata2 Ghaib..sudah pasti pergantungan dia pada jantung pesakit lucut...Maka masa ini...kaut dan buang terus JIN tersebut...Mudah bukan ?

Bab main rentap je ni memang DEN dah experience bila seorang wakil waris berjumpa DEN...mengatakan Atuk mereka sudah bertahun terbaring...asyik meracau...bukan beragama Islam..sudah puas sami menjampi...DEN cakap..kalau DEN rentap...mau mati ni...Dia kata takpa...mereka pun dah tahu nak buat apa...Last2 DEN rentap dari jauh...KO...terbeliak mata...So pada sesiapa yang berkemampuan main rentap aje..berhati-hati...lihat dulu dimana kedudukan JIN yang merasuk....

13 comments:

  1. nak tau camner senjata ghaib ni jin atau dikandar jin kalau sendiri tak leh scan lagi? antar kat tok tolong scan boleh tak? pastu booster la apa yg patut.

    ReplyDelete
  2. saya penah dikatakan mempunyai pedang dan tombak ghaib oleh seseorang yang ada pendamping.

    Soalannya, bagaimanakah saya nak lihat dan nak tengok senjata ghaib tu?

    ReplyDelete
  3. sori, soalannya

    bagaimanakah saya nak lihat dan nak gunakan senjata tu?

    ReplyDelete
  4. 1. dari dulu tak paham pasal dewa..igt cina jer ada dewa dewi

    2. senjata digalas di belakang...org yg bleh scan bleh nampak ker if kita ada senjata kat belakang kita?

    ReplyDelete
  5. Orang yang mampu scan pasti boleh nampak senjata tersebut...

    ReplyDelete
  6. kaedah menggunakan senjata Ghaib ini banyak..Bertanyalah kepada yang ahli...kalau jenis pedang dibelakang...biasanya mereka akantarik seolah menarik senjata yang zahir....tahan nafas...zikir...ada yang sampai 3x lepas nafas baru dibuat aksi membalingnya...latihan amat diperlukan..untuk mengawal keadaan pedang tersebut meluncur..samada berputar atau terus sahaja...Senjata boleh diupgrade temporary atau permanent...Untuk temporary..biasa dibacakan ayat Qursi dan lain2 ayat yang perlu samada rukyah dan sebagainya.....

    Kepada yg mahir akan mengecilkan senjata ghaib tersebut sebesar tapak tangan...

    Bukan semua yang memiliki senjata ghaib...membawanya kemana-mana...bila perlu...just guna remote control sahaja..

    Mereka yang berkemahiran tinggi boleh sahaja meminjam sebentar mana2 senjata ghaib samada dimiliki oleh manusia atau dari mana2 makhluk ghaib yang diketahui memiliki senjata ghaib...

    ReplyDelete
  7. ala-ala naruto jugak la ye...baru tau rupanya wujud ilmu camni..Subhanallah

    ReplyDelete
  8. lam jalalah tu pun senjata ghaib jgak ke?atau ilmu lam jalalah ni digunakan untuk membuat senjata ghaib?

    ReplyDelete
  9. saya berkemungkinan boleh mendapatkan senjata ini tetapi saya nak tanya boleh tak senja ini digunakan untuk membunuh manusia

    ReplyDelete
  10. Sye nk tnye.....mcm mne nk but senjata tu....

    ReplyDelete
  11. Sye nk tnye....mcm mne nk buat pedang tu.....ape nk kena baca....

    ReplyDelete
  12. Secara am nye. Bilo dipikir an macam tak logik. Yolah an , ilusi imaginasi? Kalau orang tak pernah berlajar or mengalami bondo2 ghaib ni mesti dorang cakap karut.

    ReplyDelete