7.7.09

Suatu Pengalaman Tentang Saka 1

Semasa bersama didalam kursus Kinesologi pada 3-4 hb di Bandar Baru Bangi baru-baru ini......
3 beradik datang bertanya tentang saka-saka yang menguasai mereka...Merata sudah berubat tidak juga hilang...

Akhirnya mereka berjumpa sepasang suami Isteri di Bertam Melaka...Kaedah mereka ialah menurun...Konon-kononnya berdamping dengan puteri Gunung Ledang dan Wali Songo...piiirahhh..Adakah Wali boleh masuk dalam badan secra menurun...?
Memang sah mereka ini penipu. Sekali cas dalam rm 2,000...Asyik-asyik saka....

Kenapa bomoh suka menyatakan saka...sebab saka pada mereka seolah nampak sukar dan mudah meletak suatu harga yang amat mahal....Pesakit pula amat gerun mendengar hal-hal berkaitan saka. Kononnya takut susah mati...Nak senang mati...baring aje atas landasan keretapi...dengan bapak saka pun mati...

Apa yang Den perhatikan..tok moh itu sendiri yang guna kaedah TOP-UP....yang ada hanyalah gangguan biasa...So tok moh laki bini ini hanya mampu membuang gangguan biasa sahaja manakala saka terbiar tanpa diusik...Setelah beberapa purnama akan tok moh tu akan menghantar barang dia sendiri (top-up). Maka mangsa pun datang lagi berubat...

Yang kelakarnya pesakit disuruh mandi bunga...memang sah penipu...Mandi bunga hanya sesuai dibuat setelah semua jin atau misteri di buang samada melalui limau atau apa-apa pun...Jika tidak hanya berlaku pembaziran sahaja...Sebaiknya dilimaukan dahulu...Jarak terdekat untuk mandi bunga sesudah dilimau ialah 3 hari...Kebiasaan perawat yang jujur akan meminta tempoh 7 hari sesudah berlimau untuk memastikan semuanya clear....

Anak Mangsa juga dimasukan JIN Islam melalui Tongkeng....Katanya supaya rajin belajar, bijak dan pendinding serta rajin beramal...Memang celaka punya bomoh...DEN terpaksa buang kerana banyak side effect dari peletakan JIN Islam tersebut...Setelah DEN scan...Jin Kafir rupanya...Jarang berlaku keterlibatan Jin Islam dalam kes sebegini...Didepan peserta kursus DEN buang...Sebelum tu DEN suruh peserta scan guna kaedah Kinesologi...memang ada jin kata mereka...DEN buang ..2 saat je..jangan marah....Peserta kursus scan balik..dah takda....

Jin yang dimasukan tadi...digelar pendamping...andaikata anak tersebut berkeluarga disuatu hari kelak dan meninggal..maka JIN dampingan tersebut akan menjadi warisan yakni SAKA...sebaiknya kita kasi saka ( warisan ) pada anak2 berbentuk Ilmu dan Harta bukannya JIN...

2 comments:

  1. jin jadi pendamping..pastu jadi saka..makin lama makin power ker?

    ReplyDelete
  2. Pasal jampi budak agar rajin belajar dan dengar kata nih, ambo pun terkena sekali. ustaz nih datang ke tadika dan kasi ceramah free dan kemudian jampikan setiap murid seorang demi seorang ( tanpa pengetahuan mak bapak yg tak hadir ). free tak kena bayar tapi dia kasik la business card. free promo lah tu.

    ambo tengok anak dara ambo tu, 2 hari jadik tersangat lah baik sangat dan kureng aktif..Ambo tanya cekgu tadika, apa hal anak ambo dah baik sangat pulak dah, dah tak natural. Kemudian barulah di rawat..adalah jin mana entah kat badan, kunun nak control budak.

    Lepas buang barulah budak tu jadik manusia normal..Ambo dah kasi peringatan kat tadika tu jangan dok jemput ustaz tak ketahuan hala, jampi tak menentu.nanti kena ikat kat KLCC baru tau :)

    ReplyDelete