3.11.10

Penggunaan Bahan Bahan Alami dalam Perubatan

Banyak sudah diperkatakan tentang penggunaan bahan alami dalam perubatan alternatif..Islam. Dah ada pihak awal2 dah jatuh hukum..syirik atau berdosa sebab Nabi s.a.w tak guna. dalam Sunnah waljamaah semua bahan itu asalnya harus. Kita dilatih untuk menerimanya sebagai anugerah Allah s.w.t bukan dilatih seperti pemuka pemuka Wahabi..mereka belajar agama untuk jadi Hakim...maka sentiasalah keluar hukum hukum dari lidah mereka.

DEN kasi contoh penggunaan limau pun kecoh..macam2 Ustaz keluarkan hukum..siap haram dan berdosa lagi...Ismail Kacip yang entah dari mana pun cakap haram..maka sesiapa yang belajar dari pengamal perubatan tersebut hendaklah memulangkan kesemua ilmu tersebut. Ada gak yg kurang menjalankan kajian terima bulat2 dari Guru najis tersebut.

Ada Ustaz di Melaka pun kata guna limau berdosa..so dia guna air tanah untuk buang saka. Walaupun Ustaz dari Melaka tu banyak gagal dari berjaya tapi DEN tak kata kaedah guna air tanah itu salah..DEN kata dia bangang jo.

Limau apa jenis pun..tebu hitam ke buah kote mamak ke atau apa aje..tu asal hukumnya harus. Kita sendiri yang menyebabkan sesuatu penggunaan itu harus haram dsbnya.
Ramai perawat dewasa ini menggunakan Madu, Khurma Madinah sebab Sunnah.
Yep benar..bandingkan 2 perkara ini :
Menggunakan duit hasil rasuah, atau mencuri bahan2 tersebut maka tetap jatuh haram.

Manakala bahan selain diatas pula dibeli dengan wang titik peluh yang halal tentu hukumnya halal. Semasa nak makan ubat dibaca Bismillah dan doa makan ..bukankah bertambah barokah.

Apa yang penting sekali ialah iktiqad menggunakan bahan2 tersebut. Jika benar diiktikadkan bahawa bahan2 tersebut sebagai penyembuh maka itulah syirik. Dosa yang tidak akan diampuni.

22 comments:

  1. Tajuk ader isi kosong jer tok...

    ReplyDelete
  2. quartz crystal termasuk dlm kategori alami tak Tok

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tok,
    Minum air lemuju lagi ke?/baru nak taip dah memulas perut..hehe..gurau je tok..xper,peminat2 setia blog ini mesti x sabar menunggu apa yang tok nak taip pasni..to habsi,kosong bukan sebarang kosong,kosong ada isi,tajuk bukan sebarang tajuk,tajuk penuh dengan ilmu..lu tunggulah sendiri..hehe..kah5..sorry ye,lawak pagi hari..

    ReplyDelete
  4. Saper tak nampak...makne nyer .......hihi

    ReplyDelete
  5. Sekadar renungan tentang tipudaya terancang iblis laknatullah...cerita yg biasa didengar...

    Satu ketika dulu, Syeikh Abdul Qadir Jailani sedang berkelana di padang pasir, sudah berhari-hari lamanya dia tidak minum air. Saat Syeikh Abdul Qadir sedang sangat kehausan, tiba-tiba datanglah awan menaunginya dan menurunkan sejenis embun sehingga Syeikh Abdul Qadir dapat minum darinya.

    Kemudian dia melihat cahaya yang sangat terang memenuhi alam, tiba-tiba dia terdengar satu suara berkata kepadanya, ”Wahai Abdul Qadir, aku adalah tuhanmu, mulai saat ini aku halalkan bagimu apa yang telah aku haramkan sebelum ini.

    Syeikh Abdul Qadir berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terlaknat”. Ketika itu juga cahaya tersebut hilang, yang tinggal hanyalah kepulan asap. Kemudian suara itu berkata lagi, “ Wahai Abdul Qadir, engkau berjaya selamat dari godaanku kerana ketinggian ilmu dan kemuliaanmu. Dengan tipu daya yang sama aku telah berjaya menjatuhkan lebih dari tujuh puluh orang wali”.

    Syeikh Abdul Qadir menjawab, “Segala keutamaan dan kekuatan hanyalah milik Allah”.

    Syeikh Abdul Qadir Jailani ditanya, bagaimana beliau tahu itu adalah syaitan. Beliau menjawab, “apabila suara itu mengatakan, ‘aku halalkan bagimu apa yang telah aku haramkan sebelum ini’ maka tahulah aku itu adalah syaitan”.

    Kesimpulannya… sedangkan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang dikatakan bertaraf Sultanul Aulia’ masih di uji dengan ujian-ujian yang sedemikian rupa, apatah lagi kita sebagai orang awam yang sentiasa terdedah dengan kekeliruan dan tipu daya samada dari nafsu diri sendiri, dari orang lain, dari jin dan syaitan dan malahan dari pelbagai perkara.

    ReplyDelete
  6. Alami Group.. company yg mengeluarkan minyak masak.. opis kat shah alam.. kilang kat banting..

    ReplyDelete
  7. contoh bahan alami nie mcm kayu-kayan ker tok? mcm skrang nie tengok org dok cari dan jual teras2 kayu sebagai bahan perubatan mcm kayu kelor , kemuning hitam, teras delima, tapi betul ker benda2 ini betul2 ada khasiatnya? takut org kita ini bergantung pada bahan2 tersebut, bahan2 tu boleh kata agak mahal disebabkan sukar nak dapat..

    maafkan saya, kalu soalan ini soalan bodoh..sy tak tahu sangat.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum??aik??? tajuk ader mane tulusan nye???ghaib ye tok???hahahahhahaaha...

    ReplyDelete
  9. sajer nak jadi first komen jer

    ReplyDelete
  10. bahan-bahan alami tu apo ko bondo ?

    ReplyDelete
  11. sukriah said
    kosong je ni suspen.....den

    ReplyDelete
  12. Kena panggil ulama umno Mat Deris Jerat ni sebab dia kasyaf, blh nampak Nik Aziz tu syaitan yg dilaknat.. opss, ckp siang pandang2, ckp malam dengar2, nanti ana kena ISA

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Barang yg alami tu kalu dlm KIMIA disebut organik.. heheh.. TOK lagi terror pasal chemical2 ni, siap ambik engineering pasal ni lg..(kalu tgk iklan Indon, selalu diorg sebut bahan2 alami, kira tak de campuran pengawet. Aku sokmo tgk channel indon masa witness fab Air fin cooler kat batam thn 2004 dulu)

    Kalu org2 tua dulu alami ni adalah bahan yg tumbuh, hidup didapati disekeliling kita ni, ataupun dari hasil alam sekeliling. Org2 tua kita dulu, amat rapat dgn alam sekeliling walaupun tak belajar Alam & Manusia.. mereka mempunyai gerak hati yg sgt kuat, natijah dari Doa mereka kepada ALLAH utk keluar dr masalah2 yg mereka hadapi.. dan ilmu alam mereka sgt tinggi. sbb itu diaorg boleh buat petua itu, petua ini.. kekadang ade yg menyebut, petua lg awal dari ilmu. bila habis ilmu dh guna, petua jgk yg diguna.. wallahu'alam.. tu kene tanya saudara Tamar Jalis.. sbb dia byk merekodkan penggunaan bahan2 alami ni..

    ReplyDelete
  14. zaman Nabi xde kereta dan motor....beliau naik unta atau kuda....jadi siapa yg naik motor atau kereta tu haram la ye???mana ade sebut dlm Al Quran pasal motor dan kereta...dan Nabi pon x penah naik motor dan kereta....meh kite pakat2 beli unta dan kuda......kenapa limau bila digunakan dlm perubatan jadi haram??kenapa makan x haram???mana2 uztaz yg jatuhkan hukum haram tu silalah jual motor dan kereta anda...handphone dan komputer pon jangan pakai...haram beb....( apolah Tok Belagak ni pakai Ipad...haram Tok...Nabi xdo Ipad ) kahkahkah....Jgn marah yo Tok....den x tahan gelak ni...wakakakakaka

    ReplyDelete
  15. x usah pii jauh,..makan panadol boleh hilang sakit kapaloo,..boleh terpesong juga,.duk memandang panadol sebagai penyembuhh

    ReplyDelete
  16. Ada sorang ustaz tu tok tinggal kat Bangi bila dia rawat saka habis satu keluarga termasuk jurai-jurai keturunan dia suruh mandi tanah. Apa yang geli hati udahlah mandinya berkali-kali bila dah selesai sakanya masih tetap ada pada orang berkenaan.Tu lah kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga.

    ReplyDelete
  17. Salam Tok,

    Saya minta izin nak tumpang kongsi citer sikit ya.

    Dulu masa saya student ada seorang ustaz tua jabatan usuluddin di kampus saya belajar, dan sudah berpangkat professor beri ceramah dalam satu seminar tentang khurafat dalam pengubatan tradisional melayu. Rasanya seminar itu dianjurkan sebab tengah kecoh pasal ura-ura pengharaman mandi bunga, ini ada lah lebih kurang 12-15 tahun dulu rasanya.

    Pak Ustaz telah berjaya menjernihkan prasangka buruk di kalangan pelajar yang bertelagah pendapat tentang mandi bunga dan penggunaan barang-barang alami dalam perubatan, dengan menerangkan secara jelas perbezaan antara amalan yang khurafat dan yang tidak.

    Malahan pak ustaz juga telah menjelaskan falsafah yang indah dan penerangan yang sangat jelas di sebalik amalan mandi bunga (dia panggil terapi mandi bunga) dan yang lain-lain termasuklah penggunaan kristal. Boleh saja asalkan ia mengikut syarak dan tidak syirik.

    Memang bagus ceramahnya, ustaz ni pun bukan calang-calang orangnya, dia arif method rawatan sufi dan kalau sebut namanya agaknya orang UM & UIA kenal kot :). Oleh sebab ikut seminar itulah maka tiada keraguan lagi dalam hati saya terhadap method pengubatan Melayu dan timbul minat untuk mendalami method rawatan natural hingalah sekarang ini.

    Kalau hidup lagi orang tua ni memang saya minta dia datang ke darulsaka untuk berjumpa dengan tok :) dan kerabat darulsaka.

    Dan bagi perawat yang skeptikal dan membenci buah limau nipis, apa kata guna limau omputeh lemon plak...kononnya frequency lemon dikatakan lagi tinggi dari limau nipis :)...

    ReplyDelete
  18. Takan takda murid muridnya..sayang kalau tak di kembang atau di combine kan..Saling lengkap melengkapi

    ReplyDelete
  19. insya-Allah, saya pun sedang mencari Pak Ustaz tu...nak sambung belajar balik, dulu sekerat jln jer

    ...kalau tak silap saya, bidang keilmuwannya adalah dalam Tibb Unani yang diperkembangkan oleh Ibnu Sina. Insya-Allah bila jumpa nanti memang nak temukan dengan keluarga DS

    ReplyDelete