17.3.11

Suatu Nasihat Dari Arifbillah

Suatu ketika dahulu semasa Arwah Guru masih ada di alam fana ini...DEN di nasihatkan sesuatu yang jadi pegangan DEN sehingga DEN selalu aje COOL..Namun perkataan2 di bawah ini bukanlah kenyataan dari guru DEN cuma adalah intipati dari pengajian DEN bersama beliau selama ini.

Baik Buruk semua dari ALLAH s.w.t. Kita sebagai Hamba terima aje..No question ask.
Penderitaan, kesakitan serta segala yang buruk seperti bala atau pun segala anugerah adalah dari Allah s.w.t menunjukan PERHATIAN ALLAH s.w.t terhadap kita. Sewajarnya kita bersyukur kerana ALLAH s.w.t memberi perhatianNYA. Syukur.

Namun kita seharusnya binasa kalau ALLAH s.w.t menyuruh kita mencari dunia yang lain serta Tuhan yang lain...Dalam masa lapang cubalah renungkan apakah maksud perkataan ini, insyaallah hati yang keras dan bebal bisa mengalirkan air mata....

Maksudnya WAJIBLAH kita bersangka baik 100% kepada ALLAH s.w.t.
Contoh...kita rasa Allah benci kita bila kita ditimpa apa-apa Musibah..Maka Wajiblah kita bersangka baik..Musibah itu sebagai kasih sayang Allah s.w.t untuk mendidik kita. Fahami akan Ar-Rohman dan Ar-Rohim.
Begitu juga kalau kita di kurniakan bermacam-macam nikmat hendaklah kita yakin bahawa Allah s.w.t sedang mendidik kita supaya bersyukur..saling membantu, menderma dll.


Memang sukar untuk sampai ketahap di atas...Namun sekurang kurangnya kita sudah ada panduan bilamana apa2 jua yg menimpa kita samada "baik" atau "buruk". Pelan2 kayuh.


Di hari jumaat ini kalau kita berselawat..Rasulullah s.a.w sendiri mendengar tanpa sebarang perantaraan malaikat seperti hari 2 yang lain. Di syorkan 1000x. Allahumma solliala Muhammad..

26 comments:

  1. terima kasih di atas pesanan tok....

    ReplyDelete
  2. Salam Tok,

    Maha Suci Zat yang tidak pernah lalai terhadap hambaNya yang hina, hatta mereka kufur terhadap segala pemberian-Nya sekalipun. InsyaAllah kata-kata Tok akan dijadikan pandian dalam hidup saya.

    Jazakallah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ingatan untuk semua ini....

    ReplyDelete
  4. Allah xsuruh pun,dah lama 'kita' bertuhan pd yg lain..
    azuanism

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tok. Nasihat ini amat berharga sekali...

    "وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ" (Al-Quran,At-Tuur:48

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Sungguh selawat sambil bernafas, nak demam pun tak jadi demam.

    ReplyDelete
  7. Alif Lam Lam Ha jika dihilangkn kesemua sekali Tiada Berhuruf Tiada Berbunyi...maka dr dia kita datang kepada dia kita kembali...terima kasih tuan...semoga dirahmati...

    ReplyDelete
  8. TQ Tok ... tepat pada masa & keadaannya ...

    ReplyDelete
  9. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.

    "Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214"

    ReplyDelete
  10. salam..
    saya masih br di sini..
    memang betul klu kite sllu diberi dugaan itu bermakna Allah memang syang dan kasihkan kite..kite sentiase berada dlm perhatian Allah kerna Allah tidak mahu kite jauh tersasar dr Dia yang Maha Esa dan Maha Agung...

    ReplyDelete
  11. terima kasih banyak2 Tuan Guru,
    atas perkongsian ini...amin

    ReplyDelete
  12. salam..
    sy br di sini..
    nasihat yg TB berikan mmg sangat2 berguna..

    ReplyDelete
  13. pernah baca buku imam al=ghazali "tajuk dah lupa la pulak" dinyatakan sebelum ada apa2 selain Allah, maksudnya semua yang ada selain Allah adalah dijadikan Allah jua.semuanya makhluk ciptaan Allah belaka. termasuk planet2, galaksi, jin , manusia, binatang, tumbuhan serta semua sifat2, tabiat, jisim, jirim makhluk ciptaan Allah yang datang sekali dengan ciptaan tersebut. contoh semua sifat2 marah, sedih, gembira, iri hati, dengki. pendek kata yang baik pun dariNya yang buruk pun dariNya. sebab bila Allah mencipta bukan sahaja yang cantik molek anggun tetapi termasuk yang hodoh, buruk jelik, cacat dll. lepas ni jangan la pi tampar kengkawan pastu cakap yang ni pun dari Allah juga la sebab kena maka Allah izinkan.....hehehe apa komen tok

    ReplyDelete
  14. ALlah swt memberi tanpa diminta..

    ReplyDelete
  15. hari hari selamatkan semut dalam bilik air sebelum nak kencing.... kecian kat cemut nanti di hanyutkan air..... tapi semut degil pulak dah di pindahkan datang balik.... sabor ajerlah...

    adakah sabor pung termasuk dalam ar rahman ar rahim...

    ReplyDelete
  16. Aku bukanlah arif billah, tetapi Tok Berlagak sudah banyak lari dari landasan ajaran tok gurunya dan tok berlagak pun tau.

    ReplyDelete
  17. Benar Tok..

    Saya Kuatkan dengan Firman sekali..

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (An-Nisaa' 4:78)

    Sambung lagik..
    Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. (An-Nisaa' 4:79)

    Dan Lagik..
    Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (An-Nisaa' 4:79)

    Dan Akhirnya..
    Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (An-Nisaa' 4:80)

    Kesimpulannya..
    Mari lah kita sesama kita TAAT kepada Rasullullah.. Rasul yang membawa Rahmat kepada Umatnya..

    Bagi Sesiapa yang nak kenal Allah s.w.t boleh gak.. Tapi banyak ler cabaran dan dugaan serta ketidak pastiannya (bersangka²) kerana RUH itu adalah Urusan Allah s.w.t.

    p/s: saudara wallahualam tu bukan tau apape pun..

    Peace Tok.. Bersama Tegakkan kebenaran..

    ReplyDelete
  18. assalamulaikum..terima kasih tok..tersentuh hati sy bca nasihat dari tok....wasalam..allahyubarik fik!!

    ReplyDelete
  19. terima kasih daun keladi tok dgn perkongsian ilmu2 ini

    ReplyDelete
  20. Salam online, memang roh itu urusan Allah, tapi ada sambungan pada maksud ayat tersebut yang mengatakan.... "katakan wahai Muhammad bahawa urusan roh itu adalah urusan Tuhan kamu....maka tidak aku beri kecuali sedikit." berbagai tafsir tentang perkataan "sedikit" iaitu sama Allah bagi ilmu tentang roh itu sedikit kepada hamba2nya; atau Allah hanya beri kepada sedikit saja bilangan orang yg faham tentang roh dan lain2 lagi.

    soalannya... kan kita hidup dengan roh, tanpa roh kita mati. kenapa kita kata roh tu urusan Allah saja, kan roh tu juga urusan kita dan kena ambil tahu. tapi kena tanya guru2 yg arif macam Tok Belagak, tak caya tanya dia.

    ReplyDelete
  21. Yess.. Benar Tn. antidevil..

    Kalau nak tafsir pasal "ROH" tu, bukan bidang kepakaran saya... jadi, yang "Saya Faham" sahaja saya akan buat.. Kalau nak Ikut² cakap orang ni, sebolehnye taknak ikut.. Saya tak pasti.. Tapi, kalau dah kene pukau tu lain la citernyer.. huhuhu

    Tuan antidevil tulis, Kita idup dengan "roh".. Adakah Jin itu "roh"?? Kebanyakkan Jin Yang telah dibunuh itu akan kemana hilangnya? adakah ada "roh" lain keluar dari jin tersebut kah??

    Adakah Muslim jahat yang wafat akan jadi jin islam..?

    Adakah Orang kafir yang mampos akan jadi Jin Kafir..?

    Adakah Orang 'alim yang wafat akan jadi Malaikat??

    macamana malaikat tak boleh kene goda Iblis a.k.a Syaitan? kenapa Orang yang ingat Allah sentiasa juga tidak dapat dihampiri oleh Iblis a.k.a Syaitan??

    Adui.. itu pasal la saya taknak tau pasal urusan Allah s.w.t. nie.. Kan dah..

    ReplyDelete