4.7.09

Berentap Dengan Jin

Suatu perkara yang selalu dibicarakan oleh penggemar alam Ghaib...Banyak Kaedah dan Banyak perkara yang perlu diketahui sebelum memasuki alam bertempur dengan mereka di alam ghaib...

Perkara pertama ialah pengkelasan mereka dialam ghaib...DEN ada bincangkan di tajuk sebelum ini..

Makhluk2 Ghaib ini ada bermacam2 peringkat dan keahlian contohnya JIN...
Den suka mengambil contoh JIN dari makhluk2 Allah yang lain kerana mereka pun tertakluk kepada Syariat Rasulullah s.a.w.....Ada dosa dan pahala...ada Islam dan Kafir...sama seperti umat manusia....Dari segi syariat sama sahaja cuma mereka bertubuh halus dan kita kasar...

Maka mereka juga mempunyai struktur kehidupan mereka dalam menjalani kehidupan seharian...Ada yang menjadi Doktor, Pawang, Pengawal dan lain2 pekerjaan...

Maka seorang Perawat yang mahir akan mudah mengagak kebolehan seseekor Jin apabila kaedah biasa yang dilakukan tidak berjaya menghalau,membuang, memusnahkan JIN tersebut..

a) Ada bomoh menggunakan JIN yang bertahap rendah sahaja..cuma kelebihan JIN tersebut ialah ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar...mereka digunakan untuk menghantar sesuatu kiriman dari bomoh keatas mangsa...Biasanya sesudah melakukan kerja tersebut mereka akan balik kepada tuannya...Kes begini mudah diselesaikan...cukup dengan membuat air penawar atau dimandikan limau atau apa2 cara yang perawat tahu...
Tetapi jika JIN tersebut terus menetap bersama pesakit...maka akan ada pertentangan antara JIN dan Perawat secara batin...Pesakit begini kalau di rukyah atau di baca doa...akan mula menunjukan tindakbalas seperti marah dan sebagainya...pada tahap teruk mereka akan merasuk...Selama mana Jantung pesakit tidak dihuni...maka mudah sahaja menanganinya..
Perlawanan semasa pesakit dirasuk biasanya tidak membahayakan perawat...
Apa yang bahaya ialah sesudah JIN itu keluar....Maka jika bomoh tersebut tidak berpuas hati...maka Jin akan dikirim untuk berentap dengan Perawat...

Maka perawat akan terpaksa berentap...biasanya didalam mimpi...Kalau kalah...biasanya perawat akan sakit,gila atau mati...kerana itu kekadang perawat tidak mahu mengulangi ubat terhadap pesakit yang sama... Perawat harus faham..walaupun beliau biasa menangani Jenis Jin yang sama...tetapi kekuatan dan kepandaian berbeza...Selalunya perawat tewas kerana berlawan dengan JIN yang memang seekor pawang...dikatakan Mandraguna..segala Jurus segala senjata Ghaib perawat akan ditepis atau dikembalikan memakan diri perawat...

b) Jin bertahap sederhana seperti Jin Kantan...amat sukar ditewaskan...walaupun dirukyah beratus kali....Bukannya mereka tidak mati...cuma Jin pada tahap ini banyak pengikut...pengikut2 merekalah yang dibakar hangus ketika di rukyah...bukannya JIN kantan itu sendiri...Jin Kantan biasa berpakaian Jubah dan serban Kuning...boleh berzikir bersama para jemaah zikir samada tarikat atau ritual paranormal....Didalam forum, ada DEN buka untuk mencuba ahli-ahli forumer untuk mengalahkan seekor JIN kantan yang selalu mengacau seseorang...telah ramai bomoh gagal merawat mangsa...Dalam ramai-ramai forumer yang berkecimpung dalam bidang ini...setelah 2 minggu baru ada seorang berjaya...Masalah Jin Kantan ialah mereka jarang berada dalam tubuh manusia....Sebab itu kalau jalan rukyah memang tidak berkesan kalau tidak betul hala tujunya bacaan tersebut...
Jin Kantan biasanya Standalone...tidak bertuan...Dikira kategori JIN LIAR...bomoh pun tidak dapat menguasainya sebagai khadam...

Untuk seorang perawat yang menggunakan Jin Khadam sebagai senjata..sila lupakan sahaja..kerana sudah pasti Jin khadam tersebut tidak mampu menanganinya...Apa yang biasa berlaku..ialah JIN khadam tersebut pula menjadi tali barut Jin Kantan....Maka pesakit akan menderita lebih teruk...dan mana2 perawat terpaksa berdepan dengan Jin tok Bomoh dahulu sebelum Jin Kantan...

Jin Kantan adalah Jin Kafir...pandai berzikir...he..he..he...jadi lu pikir le sendiri....

12 comments:

  1. Salam ukhwah,
    Saya hargai posting tuan berkenaan perkara2 mistik dan ghaib. Tapi tuan, nape perlu mengadakan clash atau 'pertentangan' dgn makhluk2 ghaib? Bukankah kita boleh mintak saja dariNYA once hijab kita terbuka sudah? Sekadar pertanyaan dari saya yg masih mentah.

    ReplyDelete
  2. Den bincang skop ilmu...Pada DEN memang takde masalah..sebab itu DEN buang saka below 5 second sahaja...Lihat sahaja Kaedah buang saka...macam2 kaedah...

    ReplyDelete
  3. Minta dariNYA pun kadang2 memakan masa yang lama...kena baca bismillah selawat dan sebagainya sebagai adap berdoa...Baca Fatihah pun dah ambilmasa 30 saat. So lambatjuga melebihi 5 saat..

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,
    Terima kasih atas penjelasan. Tapi bagaimana pula jika apa yg kita mintak dariNYA sudah tiada lagi berkalam/berhuruf? Iaitu meminta dr Dia yg empunya kalam tersebut.

    Satu perkara lagi, kalau mintak dariNYA tu consider lambat, bistu nak kena mintak pada siapa pula yg lebih cepat?

    ReplyDelete
  5. Kalau sudah bersamaNYA..apakah perlu itu semua...

    ReplyDelete
  6. Hehe..ok saya dah dapat tangkap apa yg tuan ingin ketengahkan yg mana apa yg tuan kata di atas ni mmg betul...thanks

    hanya perlu Ingat... :D

    ReplyDelete
  7. salam....

    bagaimana ingin hubungi saudara? saya ada sedikit masalah dan kemusyhilan.

    sepupu saya (perempuan) telah terkena gangguan, menurut ustaz2 dan pengamal perubatan dia telah di ganggu oleh 3 makhluk..

    1-dari keturunan,

    2-orang hantar

    3-yang singgah padanya sewaktu orang bermain serunai dikenduri pada waktu malam.

    keluarganya sudah puas berubat dan kehabisan ikhtiar.tambahan pula kos perubatan sudah tak tertanggung oleh keluarganya..

    apakah cadangan saudara?

    rahmanyazid@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Guna email darulsaka@gmail.com untuk berhubung..insyaallah DEN jawab cepat ...HP DEN guna teknologi JIN Blackberry

    ReplyDelete
  9. jin nie makhluk mcm kita, ada islam ada kafir..

    hantu plak, ada terbaca kat forum, cakap mcm binatang,takde agama...

    then terbaca plak pasal jin bleh menyamar jadi hantu...polong lah, pocong lah...

    ermm....

    ReplyDelete
  10. ya betul tu...jin pun leh menyamar jadi wali.

    ReplyDelete