26.1.10

Kursus Usahawan Muslim

Salah Seorang Ahli Mailist List Darulsaka menganjurkan Kursus Usahawan Muslim

Salam,

Ketahui dan pelajari bagaimana Sihir boleh mempengaruhi perniagaan anda.
Ada yg tak percaya, ada yg kata mengarut, ada yg taksub tangkal, ada yg sanggup byr utk pelaris, ada yg pakai myk pengasih. Ada yg sanggup bungkus perniagaan org lain.

Semua ini bakal terjawab dalam "Seminar Usahawan Gemilang 2010" anjuran pksClub pada 31hb JAN 2010 nanti.

Dalam masa 60 minit anda akan pelajari dan berkongsi pengalaman bersama seseorang yg dikenali dgn panggilan glamer beliau "Tok Belagak" dari Pusat Rawatan 1DarulSaka. Kehadiran anda pasti tidak merugikan. InsyaAllah..

Selain sessi bersama Tok Belagak, hari tersebut akan dipenuhi pelbagai program berfaedah kpd semua usahawan kecil/besar atau pun bakal usahawan. Selain itu kita semua boleh menjalinkan persahabatan bersama rakan2 usahawan dari pelbagai skop bisnes mereka.


TARIKH :
31 Jan 2010 (Ahad)

LOKASI :
Stevico, Tkt 1, 1B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah H, 9/H, Seksyen 9, Shah Alam
dekat Shell Sec9, sama row dengan Bank Rakyat, atas Restoran Pine38 (dari arah Federal Highway, buat u-turn di traffic light depan Concorde Hotel, belok kiri di Shell station, dan kiri lagi ke Bank Rakyat. Restoran Pine38 is at the other end of that row)

Aturcara;
09.00am - 09.29am : Pendaftaran
09.30am - 09.59am : Suai kenal
10.00am - 11.00am : Utusan Airtime
11.01am - 11.29am : Rehat
11.30am - 12.30pm : Tok Belagak
12.31pm - 01.59pm : Rehat / Solat
02.00pm - 03.30pm : Ustaz Ahmad (HPA)
03.31pm - 04.00pm : Rehat
04.01pm - 05.00pm : Maybank
05.01pm: Bersurai

AHLI-AHLI PANEL & TAJUK
(1) Ustaz Mohammad B Ibrahim - dari HPA Group of Companies (bukan nak cerita MLM sb ada 18 buah sykt yg bukan MLM) - perlukan masa lebih dari 1jam utk berkongsi pglmn bagaimana sykt HPA berkembang dlm & luar negara

(2) Utusan Airtime - bagaimana kembangkan perniagaan melalui akhbar & radio

(3) Tok Belagak (DarulSaka) - tajuk "tendang terajang sihir dalam dunia bisnes"

(4) Maybank- taklimat pembiayaan perniagaaan Maybank

Berminat? Sila hubungi
Pn.Rashidah (019-249 9597) (nrashida@gmail.com)
URUSETIA PENDAFTARAN PESERTA
Bayaran: RM50 (non-profit basis)

8 comments:

  1. Salam
    Tok x join MLM, boleh jadi leader hehe..

    ReplyDelete
  2. (3) Tok Belagak (DarulSaka) - tajuk "tendang terajang sihir dalam dunia bisnes"

    Mintak maaflah Balogak. Den terkasar bahaso sikit. Ekau kalau nak buek seminar, boleh tak cari tajuk yang 'komersil' sikit?

    Kalau Den golak, sapo yang susah? Den jugak yang susah. Sobab poghut Den jatuh sakit. Kehkehkeh adoi la omak... sakitnyo peghut Den

    ReplyDelete
  3. Tu bukan DEn yg buek...Tajuk tu penganjur yg kasi...bilo sakit porut cam ko..baru le laku ubat HPA tu..bisnes ma...

    ReplyDelete
  4. Salam Tok tumpang lalu.
    Ni bukan ceramah MLM. Ni seminar usahawan.
    Kita tak nak sembang psl MLM dlm seminar ni.
    Ada 40 usahawan MUSLIM yg ada dlm majlis ni.
    Ahli panel tu cuma berkongsi bgmana pemilik HPA berjaya dlm bisnes beliau. Ada 18 sykt yg bukan MLM sukses sampai ke China.

    Kalo sapa2 nak dtg ada 5 seat je lagi..

    ReplyDelete
  5. Utk makluman, seminar ini tiada kaitan dgn HPA atau mana2 sykt MLM.
    Kami adalah sekumpulan usahawan yg berjihad dlm bidang ekonomi. Objektif utama ialah nak beri alternatif kpd org ISlam supaya membeli dari peniaga Muslim terutama soal makan minum.

    Akan bina rangkaian pasaraya muslim mcm 7E kalo ada rezeki. Koperasi juga on the way.

    Tumpang lalu iklan sikit tok.. Tuan2 puan2 boleh tgk www.pksmart.net ada contoh iklan para usahawan. Ada beratus lagi ahli dalam pksClub@googlegroups.com

    Kpd yg berminat nak datang kena daftar, sb ini program tertutup, walk-in mcm tu je kami tak terima sb kerusi terhad kpd 45 org shj.

    Rasanya Tok kena delete "HPA" kat tajuk tu sb ramai yg ngeri dgn MLM. Sy pun belum jadi ahli HPA, hehehe

    ReplyDelete
  6. best tajuk ceramah tok belagak tu tp wa jauh maa
    bila tok belagak mau buat d area borneo?

    ReplyDelete
  7. masuk bisnes pulok doh...he..he..he

    ReplyDelete
  8. nak join ceramah nie camno? nak ketemu tok berlagak sbenarnya ..:)

    ReplyDelete