23.3.11

Langkah langkah Mengenal Allah - 2

Tauhid adalah ilmu termulia, teristimewa , setinggi-tinggi ilmu serta setinggi-tinggi ibadah. Ianya berkait rapat dengan Iman.

Terbahagi iman itu kepada 5 juzuk.

1) Iman Takliq
2) Iman Ilmu
3) Iman Ayan
4) Iman Haq
5) Iman Hakikat

Dimanakah duduk perkaranya Iman kita ?

Pasti kita bermula dari tahap iman Takliq.

Iman yang didapati dari pengajaran guru semata mata atau meyakini pengajaran guru semata mata.

ZIKIR di Tahap Iman Takliq.

Maka untuk si salik biasanya Guru akan mentalkinkan kalimah tauhid sebagaimana ditajuk awal. lailahaillah. kelak Den tepekan disini akan kalimah zikir itu tapi memang sudah ada DEN tulis di tajuk yang lain sebelum ini.

Pada tahap seterusnya Iman Ilmu : kita sudah belajar bab iman berdasarkan dalil Aqli dan Naqli. Masih tidak sempurna.

Zikir di Tahap Iman Ilmu.

Allah..Allah...Allah serta pecahan pecahannya dan kaedah kaedah nya berbeza di setiap tahap dan akan ditunjuk ajar oleh guru.


Tahap Iman Ayan : Pada ketika ini iman seseorang itu diperolehi berdasarkan hati yang senantiasa muraqobah pada Allah s.w.t.

Zikir di Tahap Iman Ayan.

Allah Allah..tetapi sudah pada tahap zikir nafas dan selanjutnya.


Iman Haq :

Iman pada tahap ini sudah amat baik dimana ia diperolehi dari keadaan musyahadah (menyaksikan) Allah dengan Mata hati


Zikir di Tahap Iman Haq :

Inilah zikir rahsia lagi rahsia...


Iman Hakikat :

Iman tahap sempurna ini dicapai daripada keadaan fana yang selain dari Allah dan tiada bersaksi kecuali kepadaNya. Ilahi unsurni Ala A'dahi bihaqqi bismillah wabillah waminnalah waillallah.

Zikir di Tahap Iman Hakikat :

Hanya mereka yang sudah sampai dan faham akan " Rasa " sahaja yang boleh menghuraikan. Pada ketika ini tiada penafian lagi kerana tiada apa pun yang nak dinafikan. Pada ketika ini zikirnya tiadalah huruf dan suara, yakni hanya syuhud semata mata. Bertanyalah dengan guru untuk keterangan yang lebih mendalam.


Kesimpulan hakikat keseluruhan Ibadat ialah mentauhidkan Allah s.w.t dengan 3 perkara :

1. Ikrar - mengucap 2 kalimah syahadah dengan sebaik baik pemahaman akan apa yang di ucapkan.
2. Tasdiq ( membenarkan ) - Membenarkan pada hati (qalbi) berdasarkan pada ilmu, membenarkan pada ruh yakni pada musyahadah (pandangan) bahawa senya Allah s.w.t sahaja yang Maujud.
3. Perbuatan - segala perintah Allah s.w.t dilaksanakan dengan ikhlas.

Sesungguhnya semua yang wujud di alam ini adalah milik Allah s.w.t dan semua itu hanyalah pernyataan/bekas sahaja.


Nasihat Guru : Banyakanlah selawat..biasanya minima 1000x sehari....

21 comments:

  1. ish ish ish.. best nya lazatnya.. nyum nyum hehehe

    ReplyDelete
  2. banyakkan entri bab mengenal...ni lebih baik...syukran syeikh...

    ReplyDelete
  3. Nampak ilmu ko ni mcm betul je,abistu yg aku baca ko solat malaikatlah,jump a rasulallah la,khidir tu iblis la,sapa yg keluar statement,anyway putri aku mana.aku nak balik..kira terel jugak ko boleh kidnap pu3 geliga aku...putri tu xbesalah,baik ko lepaskan..

    ReplyDelete
  4. Langkasuka,
    yg kidnap pu3 ko tu aku bkn nya TB, Tapi aku, aku nk jadikan pasangan jin2 batu delima aku nie. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Ilmu hebat ni...man arafa nafsahu paqad arafa rabbahu...ye ke?

    ReplyDelete
  6. puteri mende..jantan....lemau laa lu langkasuka..jantan betina pon tak leh kenal...

    ReplyDelete
  7. makin tinggi terbang nye ye..hehe

    ReplyDelete
  8. Bohong jo tu kaki lebong gok ni. Nak kelentong pun agak agak la bagi logik skit. Ntah2 geliga lipan pun tak pernah tengok.

    ReplyDelete
  9. tok .. cite skit bab selawat nie .. rmai sya jupe guru2 yg amat mnitik beratkn selawat .. apa RAHSIA hakikat sbenar selawat nie tok .. sbb jarang yg kupas bab nie .. kalu bab zikir tu byk tok ..

    ReplyDelete
  10. 4 pengahalang berupa dunia,makhluk,nafsu dan syaitan terlalu berat bagiku..
    tok mohon nasihat..

    ReplyDelete
  11. Adi jugak yang terel..terbaik la Lu adi

    ReplyDelete

  12. Lagi..
    Allah yang yang Maha Esa dan No 19. Dalam Matematik 1 nombor awal dan 9 no terakhir, menunjukan Allah yang Awal dan Akhir. Firman Allah s.w.t dlm surah 57 ayat 3 yg bermaksud "Dialah Yang Awal dan Yang Akhir…".


    1.Ayat pertama (1:1), 'Bismillah', terdiri drp 19 perkataan.
    2.Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 .
    3.Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat bernombor dan
    112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346) Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19.
    4.Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6
    5.Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah ekstra pada surah 27, dgn tepatnya terdapat….19 surah.
    6.Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19 ayat.
    7.Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan.
    8.Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah 2698=19x142.
    9.Perkataan Al-Rahman yg muncul dlm Al-Quran ialah 57=19x3.
    10.Perkataan Al-Rahim yg muncul dlm Al-Quran ialah 114=19x6.
    11.Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3.
    12.Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.
    13.Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.

    ReplyDelete
  13. Salam Sabtu.

    Ya, hamba Setuju Dengan Tuan Syeikh Al-Kemamani. Besar Impian Kami Agar GM Tok B Boleh MemBeri Kupasan Khusus Tentang Fadhilat+Khasiat+Kaiyfiat Selawat Ni.

    Ada Juga Beberapa Penumpang Teksi hamba Sbl Ni Juga SeringKali Menyarankan Kpd hamba Agar MemPerBanyakkan Selawat. Rakan2 Dan Sahabat2 SePenCarian Rezeki Dengan hamba (Supir Taksi) Yang BerPangkat Abang2, Pakcik2 Juga Menyarankan Perkara Yang Sama.

    Ada Seorang Penumpang Tu (Maaf hamba Tak Ingat EmPunya Namanya), Yang BerAsal Dari Selangor, Tapi Lama Berada Di Kedah, Dok Pi Mengaji (Belajar Agama) Di Kedah, Dekat Belah2 Area BerHampiran Patani Sana Tu. Umur Beliau Still Muda, Dalam 30-an (Lau Tak Silap hamba). Beliau Juga Menyarankan Perkara Yang Sama, Yakni MemperBanyakkan Selawat Ke Atas Baginda Nabi SAW.

    Beliau Ada MemBeriTahu Pd hamba, "Nabi Kata BarangSiapa BerSelawat Ke AtasKu SeBanyak 1000x (Beliau Tidak Mentioned 1000x SeHari, Tapi Rasanya Inilah Yang DiMaksudkan Beliau), Nescaya Wajib SyafaatKu Ke Atasnya."

    70 KeLebihan (Fadhilat+Khasiat Umum) BerSelawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW. http://aminfadzlan786.blogspot.com/2010/02/selawat-kepada-nabi-muhammad-saw.html

    Bonus. Halwa Telinga Menusuk Jiwa. Perati Pada Lirik SeniKatanya, DiIringi Iramanya Yang Penuh Syahdu, Kalau Dengaq Dengan Khusyuk (Penuh PengHayatan), Boleh BerGenang Ayaq Mata. SUBHAANALLOOH. ALLOOHUMMA SOLLI 'ALAA MUHAMMAD, WA 'ALAA AALI MUHAMMAD. Dari Sami Yusuf. Klik Pada Gambar Kalimah MUHAMMAD SAW Tu. Free DownLoad.

    Salam BerSatu.

    ReplyDelete
  14. hamba rasa bab selawat ni special yg amat. sebab tu jarang dibicarakan detail. masa hamba jumpa guru dulu naluri hati menyuruh selawat sahaja tanpa zikir yg lain. baru lah guru mula cerita sikit. tapi tak disarankan selawat sahaja sebelum diri dalam masih lum keluar. geng2 guru semua pulum bila mursyid buka cerita. berdesup2 meningkat naik. tapi tak leh ikut depa sebab dah jauh sangat. kena push diri dalam supaya keluar dulu baru leh pulun. tul tak tok.....

    ReplyDelete
  15. salam.. tok, saya mohon copy huraian tok ni ye. sama dgn dlm modul aqidah politeknik..

    terima kasih byk2

    ReplyDelete
  16. Sebaiknya kita dalami sifat 20 dengan kemas..insyaallah tiada tersasar hidup kita

    ReplyDelete
  17. maaf tok,adakah 'rasa' yg dimaksudkan itu antara sifatnya manusia.1 timbangrasa 2 rasa 3 merasa 4 merasakan 5 lihat 6 dengar

    ReplyDelete