30.6.09

KAEDAH MEMBUANG SAKA

Terlalu banyak kaedah membuang saka...Namun perlulah difahami..apakah yang dikatakan buang dan menghalau...

Jika halau maksudnya setakat dihalau sahaja...Saka boleh aje datang kembali....
Seseorang yyang Soleh..mudah sahaja menghalau Saka dari dirinya..namun..Saka tersebut masih ada disekitar...Saka jenis ini akan menganggu atau datang kembali sewaktu Nazak..Atau turun kepada waris2 yang tidak warak......

Maka sebaiknya dibuang...Kalau betul kaedah dan caranya..tiadalah Saka kembali lagi...

Antara kaedah membuang saka ialah memutuskan perjanjian dengan saka tersebut...
Memutuskan perjanjian boleh dilakukan dengan sebaris ungkapan atau mengikut apa jua kehendak Saka seperti yang termaktub dalam perjanjian awal...Namun cara ini kurang sesuai kepada Saka yang berkeras tidak mahu memutuskan tali ikatan...lebih-lebih lagi Saka Kafir.

Kaedah ini sesuai untuk Saka yang memang mahu menamatkan kontrak lebih awal..seperti JIN Islam yang sudah tidak mahu terikat dan mahu beramal ibadah menanti ajal..Maka mereka hanya perlu dilafaskan kata2 pemutus sahaja...maka dengan rela hati mereka akan pergi buat selamanya...

Kaedah Paksaan seperti Kaedah Darul2 yakni mengaji beberapa Surah Al-Quran tidak beberapa berkesan..kerana kebanyakan Saka tidak duduk didalam diri waris...Ia hanya sesuai untuk saka yang sudah mula merasuk atau mendiami waris keran tidak berjaga atau melanggar janji...Saka2 jenis ini memang akan lari sebentar..tapi paling lama akan datang kembali dalam 3 bulan...atau menganggu ahli keluarga waris yang lain...

Kaedah mengunci Saka dalam sesuatu temnpat atau pada sesuatu tempat adalah jauh lebih berkesan dari Terapi Al-quran...Kuncian Saka biasanya menggunakan benang yang diikat pada sebatang besi mengikut apa yang dipelajari dari guru...Hancur besi..maka terlepaslah saka...Maka ada juga perawat menggunakan Besi Chrome...

Satu kaedah yang biasa ialah meletakkan Saka didalam botol...ada yang menghanyutkannya dan ada juga yang menanam botol dalam simen dan membenamkannya didalam dasar laut atau sungai...Kaedah ini juga akan menyebabkan saka tidak akan kembali lagi...Namun ia agak kejam kerana berlaku pengurungan terhadap saka..Maka ada setengah perawat hanya menggunakan teknik ini untuk saka yang jenis jahat dan kafir sahaja...

Kaedah memukul Waris dengan Kayu Nona amatlah menyakitkan dan tidak lah berkesan sangat lantaran bergantung kepada ketahanan Waris ketika di pukul...JIn Saka yang tidak tahan akan keluar...dan mungkin masuk balik kepada Waris atau keturunan yang lain yang jauh..Ini kerana kaedah ini hanya menjauhkan sahaja..bukan membunuh atau membuang...

Kaedah yang amat lazim digunakan ialah perawat meminta waris Saka membawa apa2 barangan mistik untuk dilupuskan...Namun bukan semua barangan mistik berkhadam itu dapat dicari. Kaedah ini juga kurang mantap sebagaimana yang DEN terangkan dalam bab barangan berkhadam...

Ada juga kaedah menipu saka..yakni disuruh Saka menjaga sesuatu yang mustahil..antaranya menjaga jagung yang telah direbus sehingga menjadi tumbuhan jagung dll...telur rebus sehingga menetas..Ini amat sesuai untuk Saka bertahap bodoh dan rendah..

Ada juga kaedah peranyut..biasanya sebilangan barangan seperti bunga, bertih dll diperlukan..Suatu medium diperlukan untuk menghanyutkan saka tersebut.. Biasa dihanyutkan di sungai atau laut atau di benamkan dalam paya mati dihutan...Saka2 tersebut boleh bebas apabila kawasan tempat disemadikan mereka dibongkar..seperti paya mati yg dahulunya ditengah hutan sekarang sudah dikambus lantaran permintaan hartatanah...Mana2 hanyutan yang tersangkut di sepanjang sungai juga jika di buka...akan menyebabkan Saka boleh terlepas...

Kaedah jurus...Kaedah jurus amat cepat..namun bergantung kepada jenis saka juga..Dahulu Den selalu menggunakan kaedah ini...Namun kebersanannya tidaklah 100%.
Kaedah Jurus boleh saja melalui senjata-sanjata ghaib atau terus dari kaedah makrifat dan pernafasan. Kaedah ini berkesan kepada saka yang terdiri dari JIN2 Kafir dan yang bertahap rendah seperti Hantu Raya, Pelesit, Polong, Pontianak. Toyol...Namun pada yang bertahap Jin bertanduk Rusa ataupun Puaka ataupun Jin yang boleh memecahkan diri kepada beberapa jumlah tertentu ( JIN sebegini memang tidak dapat dibunuh melalui kaedah Sembelih yang di praktiskan oleh beberapa Darul dan perguruan ). Kaedah ini juga dikira agak kejam..lebih lebih lagi kepada Jin Saka yang beragama Islam..

Kaedah Sedulur Papat 5 Pancer (Saudara 4, 5 Pusat) - kaedah ini amat berkesan dan tiadalah saka kembali lagi walaupun tiada berlaku pembunuhan terhadan saka...DEN mengambil pendirian adalah berdosa membunuh makhluk Allah termasuk juga menyeksa tanpa alasan yang jelas...Kaedah ini amat pantas dan tidak menyakitkan serta boleh dibuat secara jauh sahaja...Masa diambil ialah dalam 10 detik...Sukses rate ialah 100%..Namun kaedah ini hanya boleh membunag saka..satu demi satu sahaja pada satu satu masa...Maknanya kalau Pesakit ada 5 saka..maka masa yang diambil adalah lebih kurang 50 detik...Lumayan bukan...
Amat sesuai untuk saka diri..namun untuk saka keluarga juga boleh cuma agak lama sedikit...

Kaedah Ilmu Lam Jalalah...Kaedah ini amat cepat..cuma yang pastinya kena tahu kuncinya..boleh membuang saka dibawah sepuluh detik...dan berita baiknya ialah kalau seseorang itu ada 5 saka..masa yang diambil tetap dibawah 10 detik....begitu juga kalau 100 saka....Cuma cara ini perlu diamanahkan...kalau tidak, kita telah menganiaya makhluk2 Allah....

Kaedah Scan...kaedah ini amat pantas..namun bukan semua dapat perawat dapat menguasainya...bertanyalah kepada Guru anda..itupun kalau dia sudah melepasi tahap malaikat diri...Ia hanya melibatkan niat perawat sahaja..Jin2 saka datang menyerah diri tidak kira dari 7 keturunan pun..Biasanya ini akan melibatkan ratusan Jin Saka yang biasanya melebihi 500 ekor meliputi semua keturunan samada sebelah ayah dan ibu.
Kaedah ini sesuai unutk Saka Diri, Keluarga, Keturunan dan adat....Tiada berlaku penganiayaan terhadap makhluk Allah...

3 kaedah terakhir boleh membuang saka walau apa pun jenis Hantu, Jin , Dewa dan Roh Gentanyangan ( Roh Gentanyanngan hendaklah dipulang ke alam barzah, tidak boleh ditempatkan bersama denagan makhluk lain yang belum marasai mati )...Asalkan benda Ghaib selain malaikat dan Aulia semuanya boleh dikaut dan buang...

Kaedah yang tertinggi setakat ini ialah pada martabat KUN...Namun tidak perlulah DEN bincangkan lebih lanjut lagi...

17 comments:

  1. Salam,
    martabat KUN tu umpama 'barang cakap, barang jadi' ,kan tuan?

    tapi saya rasa, sebenarnya tak bercakap pun...

    ReplyDelete
  2. Salam Tok, utk bunuh Saka nampak kejam, ttpi tidak, bilamane kita udah Dakwah dia supaya masuk Islam dan Keluar dari badan dgn baik or jk yg Islam tu kita Tarbiah dgn IlMu, jgn menggangu Islam yg lain, ttpi jk tak mau juga, ibarat mcm ular masuk umah kita, Warning 3x jk tak mau keluar, kena bunuh/sembelih sbb itu kira Syaitan[Hadis Rasulullah] Jadi berkias yg demikian mk bunuh saja Jin tu Tok, lagi pun terlalu byk sgt Jin2 yg mengganas nih. Nisbah dgn Manusia pin 1:9 bayangkan ler...

    ReplyDelete
  3. DEN tak pernah bunuh Saka mahupun bunuh Saka....DEN just simpan ditempat asal semua makhluk Ghaib...

    Pada DEN berdosa membunuh mereka tak tentu pasal..unless yg mengancam nyawa dan iman

    ReplyDelete
  4. Tempat asal tu di mana tok?
    Ada sesetengahnya ke laut pauh janggi.Laut pauh janggi tu cam mana?jauh ke dari sini?

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya macamana bolek dikatakan bahawa menggunakan ayat2 suci al-quran itu tak berapa berkesan untuk membuang saka?sedangkan al-quran itu diturunkan oleh Allah swt sebagai penawar segala penyakit?apakah kita meragukan kehebatan al-quran sebagai mukzizat yg paling agung diberikan oleh Allah kpd nabi kita?masalahnya kita kurang yakin dan tak tau cara mcmana nak menggunakan atau kaedah yg betul utk membuang saka menggunakan al-quran.sebab tula kita tak tau.ini sebagai pandangan saya sahaja..

    ReplyDelete
  6. "Kaedah mengunci Saka dalam sesuatu tempat atau pada sesuatu tempat adalah jauh lebih berkesan dari Terapi Al-quran"...maaf ayat ni terlalu salah...gembira segala jin, syaithan dan segala saka apabila mengetahui ada perawat yang beranggapan dan berkeyakinan sedemikian...maaf dengan sedikit teguran..

    ReplyDelete
  7. Anda salah...sebab terapi al Quran mencederakan bahkan membunuh saka sejenis makhluk Allah..sedangkan mengunci tidak mencedrakan makhluk Allah...so mana yg lebih baik ? Al-Quran diturunkan sebagai rahmat alam bukan untuk menyeksa..sedangkan kaedah mengunci diambil dari intipati Al Quran supaya kita tidak berlaku zalim....
    Harap anda refer kepada mursyid anda supaya dapat dijelaskan lebih lanjut bab mengunci ini...
    Kalau dia tak mampu..bertanyalah kepada mursyid yang lain

    ReplyDelete
  8. Ia seumpama penjara..takan semua kesalahan walau sekecil manapun kita sebagai khalifah sampai hendak mencederakan satu makhluk Allah. Kecuali Jin tersebut sudah membunuh manusia...itu ikut hukum hudud pun memang jatuh hukum bunuh balik..
    Perawat peringkat asas memang tidak ada cara lain...kecuali mencederakan atau menyiksa atau menyembelih namun jangan terhenti pada tahap itu sahaja..Galilah khazanah Al- Quran agar kita tidak sampai melebihi batas dalam menghukum mereka...siapa tahu dengan Rahmat Allah Taala mereka akan jadi Islam atau yg sudah Islam bertambah imannya ...dan akan menjadi Jin2 yg soleh.
    Rasulullah s.a.w dah kasi clue yg amat jelas dalam kaedah menangani kes2 rasukan jin....maka tinggal kita explore dari Ilmu Allah yg tidak bertepi ini...

    ReplyDelete
  9. salamualaikum.,saya mohd hamizan bin gani berasal dari sibu,sarawak...sya hampir masuk 3 tahun menahan derita diganggu oleh makhluk yg dpanggil mruywan..makhluk ini tidak akan keluar sehingga saya naik ke jinjang pelamin....hidup saya skarang penuh dngan kesakitan stiap kali bulan purnama dan stiap malam jumaat...jikalau sesiapa dapat membantu saya,saya mohon agar makhluk ini dapat dhalau atau dibuang trus dari tubuh saya..

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum.. sy nak tanya bagaimana cara2 untuk membebaskan diri dari gangguan saka?? sy Mohd Hizar Bin Hassan berusia 22 masalah yg sy hadapi bermula dari usia sy 17 thn ketika tu sy d'dtgi mimpi yg aneh dan setelah damati dan dtafsirkan mimpi itu oleh pakar2 perubatn islam mndpti bahawa keturunan sy mempunyi saka setelah d tny kpd nenek sy dia pon mnjlskn bahawa moyang2 terdahulu ada membela saka dan kini sy rasa amat tertekan kerana sy sering diganggu bnyk iktiar yg sy cuba tetapi masih buntu bnyk pengalam perubatan tak mahu menolong membuang saka tersebut kata mereka saka itu terlalu kuat bukan saja sy diganggu mental sy juga sering diganggu membuat sy xtenang sy masih belajar dan sy xmahu masa depan sy rosak akibat gangguan yg sy terima sy amat memerlukan bantuan sy da penah berubat tp pengamal itu ckp dia x boleh membuang saka itu oleh itu sy amat berharap ada yang mampu membantu sy..

    ReplyDelete
  11. asalammualaikum sy ingin meminta pandangan mungkin juga bantuan sy Mohd Hizar Bin Hassan sy berusia 22 tahun sy dibelggu saka yg sy tidak sedari yg diwariskn turun temurun sy selalu di'dtgi mimpi yg aneh dan seingat sy sy x terima pon apa yg ada dlm mimpi tu..sy pernah mndptkn rwtan di beberapa pakar perubatan tp semuanya menemui jln buntu setelah pakar2 perubatan itu tidak mahu meneruskan lg rawatan tersebut ada yg tak mahu merawat sy katanya saka yg ada pd sy terlalu kuat tp sy pon tak tahu akan kebenarannya jd sy ingin membuang saka itu supaya dia tak menggangu sy dan keluarga sy dan untuk pengetahun tuan Atuk sy sekarang sedang sakit dia dah x mampu berjln dn dia juga sering berckp seorng diri dan dia juga pernah berkata pada saya ayat nya berbunyi begini ( hmmm badan hang elok no) sy x faham apakah dia mahu mewariskan pd sy tp sy xmahu kerana xmahu terbeban dengan masalah dan juga boleh jatuh syirik dan saka itu juga sering menganggu mental saya sehingga jiwa sy xtenang dan sering memikirkan yg bukan2 harap ada yg sudi membantu sy

    ReplyDelete
  12. Masalah saya sama seperti defizar di atas..saya tidak tahu samada saka ataupun makhluk apa yg sering menggangu keluarga saya.adik2 beradik saya diganggu sehingga susah utk bekerja dan belajar..sering gatal2,sering berilusi,mimpi yg bukan2..pernah sy ingin berubat ttp pengamal perubatan tersebut meminta keris..bila ditanya saudara mara,dikataan bahawa keris tersebut telah terbang ke tanah jawa.sy bimbang perkara ini akan merosakkn keluarga saya lambat laun,kerana skrg inipun telah merubah keluarga saya dalam bermacam2 hal..kalau boleh bantu buang minta tlg saudara email saya di fatah_w63@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  13. Assalamualakum Hamizan Bin Gani. Bila melihatkan gejala2 yg anda alami, saya dapat rasakan anda telah diganggu sejenis makhluk yg dipanggil Al-hin yg mempunyai beberapa puak dan antaranya ialah puak Poppy. Mereka diciptakan sebelum jin namun begitu kasta mereka yg paling rendah. Amat sukar utk mengesan ini bg perawat dan hanya Allah yg tahu kenapa. Mereka akan memandang bulan yg mengambang penuh kerana mengira jangka hayat mereka yang sudah terlalu lama (lebih dari 4 juta tahun). Mereka mengamalkan agama monoteisme yg menyembah allah juga. Mereka suka akan bauan yg wangi seperti minyak atar 1001 mlm.. carilah perawat yg boleh berkomunikasi dengan cara yg lembut dgn mereka.. wallah huaklam

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, saya Huzzir Bin Zakaria berumur 37thn sdg kebuntuan berhadapan dgn masalah saka yg di warisi isteri sy (mnrutnya scara tidak rela) sjak kecil. Kami (trutama isteri) bgitu teruk diganggu sbln dua ini, shingga isteri brasa bgitu mbenci sy, mlarikan diri dan "hanyut" putus harapan & kni kerap brkata ttg mati & zina (Nau'ubillah di jauhkan dr terjadi)!!!
    Demi Allah syg & kasihnya sy kpd istri mbuatkan sy ttap brtahan & brsabar walau kdg2 hati sy hancur kcewa dek kata2 & prbuatan istri krn trikut2 bisikan syaitan sakanya mbenci sy selepas sy mula mprbanykkan amalam mbaca manzil & solat.
    Sguh sy briman kpd adanya jin,syaitan & sihir nmun tdk pernah sy sangka brlaku pd (kluarga) sy dan bgini truk akibatnya pd jiwa sy (yg trkena tempiasnya, apatah lg pd istri sy mmg mmikul bbannya)! Bgitu bbrp ikhtiar smada sy sndri atau dgn bantuan org lain nmum saka yg sdah sbati dgn istri bgitu degil & sukar di pisahkan.
    Sy mgambil ksmpatan ini mohon dgn izin Allah skiranya ssiapa yg dpt mbantu. Tdk dpt sy luahkan & gmbarkan terima kasih sy kpd yg sudi mbantu, mhulurkan tgn mcapai tgn sy (skluarga) yg kini trgapai2 kelemasan. Hidup sy (skluarga) sdikit demi sdikit ikut hancur akibat dr kgagalan demi kgagalan, kekecewaan, aib & tekanan sosial yg dtg seiring dgn masalah ini mguji sy(skluarga)!
    Kpd yg ingin mbantu sy (yg mnetap di pontian, johor) boleh di hbungi mlalui 012-7722378 atau zhuzzir@gmail.com dan sy dahulukan dgn jutaan (bahkan lebih dr itu) terima kasih sy, insy'allah.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, saya Huzzir Bin Zakaria berumur 37thn sdg kebuntuan berhadapan dgn masalah saka (ada yg mgatakan sbnarnya pendamping) yg di warisi isteri sy (mnrutnya scara tidak rela) sjak kecil. Kami (trutama isteri) bgitu teruk diganggu sbln dua ini, shingga isteri brasa bgitu mbenci sy, mlarikan diri dan "hanyut" putus harapan & kni kerap brkata ttg mati & zina (Nau'ubillah di jauhkan dr terjadi)!!!

    Demi Allah syg & kasihnya sy kpd istri mbuatkan sy ttap brtahan & brsabar walau kdg2 hati sy hancur kcewa dek kata2 & prbuatan istri krn trikut2 bisikan syaitan sakanya mbenci sy selepas sy mula mprbanykkan amalam mbaca manzil & solat.

    Sguh sy briman kpd adanya jin,syaitan & sihir nmun tdk pernah sy sangka brlaku pd (kluarga) sy dan bgini truk akibatnya pd jiwa sy (yg trkena tempiasnya, apatah lg pd istri sy mmg mmikul bbannya)!

    Bgitu bbrp ikhtiar smada sy sndri atau dgn bantuan org lain nmum saka yg sdah sbati dgn istri bgitu degil & sukar di pisahkan.

    Sy mgambil ksmpatan ini mohon dgn izin Allah skiranya ssiapa yg dpt mbantu. Tdk dpt sy luahkan & gmbarkan terima kasih sy kpd yg sudi mbantu, mhulurkan tgn mcapai tgn sy (skluarga) yg kini trgapai2 kelemasan.

    Hidup sy (skluarga) sdikit demi sdikit ikut hancur akibat dr kgagalan demi kgagalan,kekecewaan, aib & tekanan sosial yg dtg seiring dgn masalah ini mguji sy(skluarga)!

    Kpd yg ingin mbantu sy (yg mnetap di pontian, johor) boleh di hbungi mlalui 012-7722378 atau zhuzzir@gmail.com dan sy dahulukan dgn jutaan (bahkan lebih dr itu) terima kasih sy, insy'allah.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.
    Secara ringkas, tahun lepas mak disahkan ada kanser paru-paru tahap 3 dan kami tidak meneruskan rawatan di hospital kerana mak dah 72 tahun. Pada satu hari, mak kelihatan terpandang sesuatu. Walaupun dipanggil, mak tetap melihat ke satu arah dan selepas itu beliau kelihatan terpingga-pingga. Malam itu mak nampak lemah dan terbuang air kecil dalam tidur. Pagi tu mak nampak nazak dan kami dan ahli keluarga dtg membaca surah yassin dan menggaji. Kami sepakat membawa mak ke hospital dan dimasukkan air. Selepas dibenarkan keluar, keadaan mak benar2 berubah. Beliau menjadi seorang pemarah, baran, suka memerintah, selalu menyumpah, tidak minat mandi, tidak suka pakai tudung, selalu sakit perut, tidak pernah tersenyum, muka nampak keras, ego, bongkak dan riak. Sekiranya beliau inginkan sesuatu, kami misti penuhi. Sebelum ini beliau mengikuti kelas mengaji dan fardhu ain di mesjid setiap hari. Beliau tidak pernah tinggal sembahyang dan sentiasa mengaji di rumah setiap ada waktu terluang. Mak selalu bermimpi budak kecil dan bukit tinggi, tidur suka laga gigi dan selalu juga mengerang dan menjerit ketika tidur apa bila beliau bermimpi dan kami akan kejutkan. BIla kumpulan baca yassin datang rumah, mak tak sedar dan cuma air mata keluar tapi bila semua dah balik mak mula sedar dan sedikit agresif. Ada juga kami jemput ustaz dtg rumah dan mengikut kata ustaz ada ganguan kecil. Selepas 2 hari mak akan berbalik ke asal sentiasa tidak kepuasan hati. Adalah mak saya diganggu saka. Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum....sy baru tau yg saka dari moyang sy telah turun kepada sy dan abg sy...saka abg sy dari moyang kami yg merupakan lanun di laut, sakanya tiada mata hitam, dan diiringi dua dayang...manakala saka yg turun kpd sy, dari panglima istana, lembut, suke duduk n berdiam, tp sering menjauhkan diri sy dari pasangan..makanya x kawen2 le smpi skrg...anyway, kesan utama kpd kami adalah, bende ni mempengaruhi baran kami... tu je...tp xtau la implication dari segi lain pulak...

    kami cube utk meningkatkan ibadat kami insya Allah sebgai pagar kpd gangguan ini..tp kalau bley nk tanye pendapat, perlu ke kami buang natang saka 2 eko nih? atau wat bodo je??

    ReplyDelete