4.6.09

Membezakan Kategori Saka

Saka terdiri dari berbahagi kepada beberapa Kategori....

Biasa yang dijumpai ialah jenis Saka Diri....

1 ) Saka Diri - Saka yang memang untuk pesakit itu 100%. Tidak turun kepada adik beradik sebagaimana lazimnya...Saka jenis ini kalau dia rasa dia boleh mengalahkan perawat yang hendak membuang atau membunuhnya. Dia akan melawan atau mempermain-mainkan perawat secara berdepan...Merasuk..bila di jurus dirukyah dan sebagainya...Saka jenis ini nampak sukar tetapi mudah sebab dia tidak akan melompat ke pada waris-waris yang lain....

2) Saka Sekeluarga - Saka jenis ini bukan 100% milik pesakit...Jika berdepan perawat yang handal..Saka jenis ini akan mencari perlindungan pada waris-waris yang lain...Maka Sebab itu kedengaran..kami dah buang saka...tapi kenapa datang balik..Sebenarnya saka itu tidak dibuang...cuma dia melarikan diri sahaja...kemungkinan tidak balas yang lebih aggresif tetap ada......

3) Saka Keturunan - Saka jenis ini amat leceh...Sebab ia melibatkan ahli keluarga yg lebih besar...dan Saka ini tidak bersendirian...Bercampur dengan saka-saka dari ahli keluarga yang lain tapi masih dalam satu rumpun keluarga. Biasanya perawat yang tidak cukup mantap...akan diserang oleh berjenis-jenis saka samada jenis pelesit, polong, hantu raya, pontianak, langsuir, jembalang, hantu tinggi, Jin ifrit dan lain-lain...sehingga tumbang.... Ramai perawat tidak faham konsep ini...

Katakan seorang Onyang 4 keturunan dulu...membela 3-4 jenis hantu...matinya menjadi saka kepada waris dibawah...Orang dahulu ramai isteri...Isteri2 beliau pun ada memakai buat bekalan diri..bayangkan berapa banyak saka-saka diturunkan ke waris dibawah...belum mengambil kira waris-waris pun ada yang menjadi Guru Silat , Tok Bomoh, Bidan, Pawang laut, Pawang Sungai, Pawang hutan dll...percampuran antara saka saka ini menambahkan jumlah mereka hasil persetubuhan sesama mereka...

4) Saka Adat - Saka Adat ini lebih luas...namun tiada kes sehingga meracau atau melawan...mereka tidak akan campur tangan...Kecuali ada ahli keluraga dalam sesuatu suku yang mula upacara memanggil perkhidmatan mereka....apabila seseorang waris mula memanggil...maka masalah pun bermula...Cuma hendak memanggil nya sukar sedikit kerana melibatkan adat istiadat...sesuai dengan namanya Saka Adat...Jin yg menjadi Saka Adat teramat Tua...Dan setakat ni tidak pernah Saya jumpa yang ISlam...

2 comments:

  1. Salam..nak tanya sikit..kalau yang ada saka jenis raja2 nie macam mane yer? Contaohnya yang datang dari tempat seperti Beting Beras Basah..tak lah mengganggu...amalan yang kene di jaga macam solat, zikir, puasa, permakan kene jaga, tertib bercakap dengan orang lain pun kene jaga...camner yer?

    ReplyDelete
  2. Salam. Ibu saya ada pergi ke pusat perubatan Islam untuk berubat kerana ada orang dengki dan menghantar sihir kepadanya. Lebih menyakitkan apabila ibu saya diberitahu oleh perawat di situ bahawa adik lelaki saya berumur 20 tahun, mempunyai saka. Kami dapat perhatikan dia berbeza dengan orang lain apabila dia marah. Sangat menakutkan kami sekeluarga. Tidak silap saya, bapa saya (yang masih hidup tetapi telah meninggalkan kami sekeluarga) ada menuntut. Apakah jenis saka pada adik saya ini? Bagaimana untuk mengubatinya?

    ReplyDelete