7.1.10

Allah Dibicarakan

Dewasa ini kecoh tentang Allah di bicarakan di Mahkamah...

Biar ajelah...Allah tetap terpelihara..yg penting ialah umat Islam..apa sikapnya...

Yg pasti dengan timbulnya kes ini terbongkar salah faham orang ISLAM terhadap Kalimah ALLAH

a) Ada Wakil rakyat Pas kata boleh..Nampak sangat cetek ilmu dia bab ini..
b) Ada yang kata Agama Samawi dah lama guna..so kenapa sekarang tak boleh ...ada dalil dalam Quran ...Ini pun perlukan penerangan ulama akan maksud Al-Quran

Dalam Agama SAMAWI memang dinyatakan ALLAH itu sebagai Rabbul Jalil..Namun yang ada ketika ini ialah Kritian yg tiga dalam satu Tuhannya...begitu juga agama yahudi...bukan lagi mengikut syariat nabi Musa a.s. Dalil Al-quran itu ialah untuk Agama Samawi yang belum tercemar macam sekarang...

Perlu diingat di dalam Al-Quran dan Hadis..kenyataan nya adalah untuk membetulkan fahamam yang salah oleh umat terdahulu tentang ALLAH..dan yg pasti terbatal semua syariat sesudah Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul.

Suatu perkara yg penting dan perlu diketahui ialah...Tidak ada perkataan ALLAH didalam mana2 Kitab Injil dan terjemahan latin mereka...Yg ada hanyalah di Indonesia...dan sekarang cuba di bawa ke Malaysia...pasti ada udang disebalik MEE...So camna mereka boleh mendakwa...perkataan ALLAH telah lama ada...Sedangkan 3,000 tahun dahulu tiada pun perkataan ALLAH dimana2 terjemahan Latin untuk INJIL...So janganle Umat ISLAM keletah menyokong kononnya ada dalil menyokong penggunaan Kalimah ALLAH...oleh selain dari orang ISLAM..

Allah s.w.t sendiri memilih Allah s.w.t sebagai namaNya...janganle disibukan katanama ke hapa..Tidakle boleh di tukar maksud seperti GOD dalam Inggeris..Tuhan dalam bahasa Melayu...dan sebagainya...

Katakan ada Mat Salleh nama dia MR BURN..Takan di Malaysia kita panggil En BAKAR.....MR Black jadi EN Hitam atau bahasa Banjar En. Hireng...So lu fikir le sendiri..

Mana2 yg rajin bertekak dengan Wahabi tu...tok sah guna dalil..buang masa..bagi mereka agama mereka..bagi kita agama kita...
Cakap aje...Camtu mak bapak atau atuk nenek korang sure masuk neraka sebab syirik...belajar sifat 20...dan korang pun anak haram statusnya...tengok..merah ke tak muka dorang...

Dulu ada satu group...Geng Wahabi mengaku salafi jumpa arwah Guru DEN...di Tanjung Karang..Guru hanya minta depa hidupkan kembali mak ayah mereka..sebab nak islamkan balik...Kerana mereka semua seguru mempelajari sifat 20 dan lain....Terus berubah muka depa..dan balik...Depa mengaji itu pun macamana DEN pun tak tahu..sebab tanda2 baris pada Al-Quran itu semua bidaah....

56 comments:

  1. shut down jer anu orang yg beriya2 sgt nak salah guna nama Allah tu...

    biar dia rasa....

    ReplyDelete
  2. Ada kaedah lain lagi...itu nanti DEN cerita dalam Mailing List

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. politik punya pasal, semua pakat boleh. haru... saya dah lama persetankan politik2 ni.

    tahniah tok kerana berani memperkatakannya di sini.

    ReplyDelete
  5. Salam, saya setuju sangat dengan Tok. Saya memang bengang dengan puak2 ni yg nk pakai nama Allah. Dan satu lagi dengan Puak2 yg sokong pengunaan nama Allah..mereka halal pelakuan mereka semata-mata politik mereka..geramnya.

    ReplyDelete
  6. Aslmkm saudaraku sekalian...

    Sepatutnya kalimah ALLAH mesti di "trademark" kan.. dengan erti lain.. didalam penulisan kalimah ini hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja. Jika tidak nama gereja dan kitab mereka akan ditukar kepada "Rumah Allah" dan "Kitab Allah". Ini sangat mengelirukan dan membahayakan bagi akidah dan iman umat Islam yang lemah dan cetek.

    ReplyDelete
  7. alamak dah ada privilage untuk mailing list plak... tok org cam saya camaner tok... ni suma pasal bijak pandai yang asyik mengomen punya pasaller nih langsung tok filter info...

    ReplyDelete
  8. x lama lagi blog ni org2 politik pun baca....lps tu ada yag tawar tok jadi calon..pilihan raya nanti....he...he....he....mcm mana tu tok?

    ReplyDelete
  9. Kehebatan pd nama Allah kalu dibuang hurufnya tetap akan kembali pd Allah. Mana buleh kita duk senang2 kasi si kapir tu mengAllahkan tuhan dia yg diorg sendiri serabut dgn konsep triniti. Nama berlian adalah utk berlian dan nama berlian bukan utk sampah. Jauh beza.

    Kalu blaja mukaranatul adyan kita akan dapati agm kristian ni serabut.belum masuk bab dosa warisan.xtau la camne ada org kita buleh murtad.mungkin budi bahasa pendakwah diorg tinggi n ganjaran kemewahan.

    ReplyDelete
  10. Setuju. Mari kita doakan agar ahli-ahli politik tu diberikan hidayah dan bertaubat. Kalau masih sama gak maka bolehlah kita guna cara lain.

    Ahli politik ni kekadang memang nak kan Islam cuma mereka ni banyak ngat ceramah dan program utk bersama org ramai sampai program mentarbiahkan dan mendalami ilmu agama utk diri sendiri terabai.Tak berkembang minda...

    ReplyDelete
  11. hehehe topik ni adalah modal terbaru Den buek Dobat Aqidah dongan budak2 Wahhabi.

    Den gunokan kaedah Dr. Haron Din, iaitu melalui Kaedah Pendalilan Aqidah:

    "REDHA KEPADA KEKUFURAN ADALAH KUFUR"

    Seperti biaso, Den berjaya dapat anugorah gelaran BODOH dan AHLI BIDAAH (AHLI NERAKO). Tahniah untuk Den.

    ReplyDelete
  12. tahniah tuan dpt ketengahkn hal ini..sy mmg sokong sepenuhnye tulisan tok ni..sy cukup panas ngn komen d.asri yg mbenarkn pgunaannye.bg sy ,dlm 99 nama tuhan,ALLAh adalh yg plg tggi darjatnye..smoga kita sumer bersatu mnentg anasir2 kafir ni..

    ReplyDelete
  13. assalam tok,
    mcm mana caranya nak masukkan nama dlm MAILING LIST???sekian.

    ReplyDelete
  14. Mr amokz said:

    "Kalu blaja mukaranatul adyan kita akan dapati agm kristian ni serabut.belum masuk bab dosa warisan.xtau la camne ada org kita buleh murtad.mungkin budi bahasa pendakwah diorg tinggi n ganjaran kemewahan."

    Saya setuju sangat dengan saudara....mungkin krn budi bahasa diorang tu tinggi, yg ustaz kita lak cuma berdakwah di masjid aje.....ada jemaah tabligh dikutuknya pulak.... ada yg ilmunya tinggi sampai konon boleh tengok siksa kubur, kasyaf lagi tuh, eksyen nak mampus pulak siap mengaku sifu lagi dan merendah-rendahkan org lain....bak kata pepatah org nogori,

    cakap tak mau jatuh, muko macam butoh.....

    ada ke org yg dekat dengan Allah boleh berlagak cam ni....kalau dekat dgn Iblis tu biasalah bab berlagak ni...cam tokey dia gak....berlagak ngan Allah....tu kat blog lain lah bukan blog ni..he he he....

    ReplyDelete
  15. Tu dulu ada seorang mufti bagitau, masa mesyuarat mufti-mufti, ada seorang yang menyokong... iaitu dr asri PhD!!! wa ka ka

    ReplyDelete
  16. Tok, off topic sikit. Tok, ada counter attack ler kes yg saya nak setel tu. Leceh ler... Minta bantuan Tok. Emel dah hantar.

    ReplyDelete
  17. Tok, kalau orang yang tak berkesempatan untuk pergi kursus tok tak ada peluang ke nama masuk dalam mailing list ?

    ReplyDelete
  18. Allah, al-ism al-jami' (nama yg merangkum segalanya)...juga nama yg dinamakan...tiada perkataan yg apabila satu huruf dibuang dan kemudian huruf yg berikutnya dibuang melainkan apa yg tinggal tidak difahami kecuali perkataan 'ALLAH'

    Jika Alif ditiadakan, Lillah tinggal sebagai perkataan yg difahami Q:2:284. Jika Lam ditiadakan, Lahu (Nya) tinggal Q:25:2. Jika kedua-dua Lam dan Alif ditiadakan, Ha kekal, iaitu DIA firmanNya Dia lah Allah....rasanya tak dapat ditemui keadaan sebegini dlm perkataan yg lain selain ALLAH.

    ReplyDelete
  19. Salam, Tok. nak perjuangkan nama Allah macamana? Tulis kalimah Allah pun tak sama... Kenapa huruf ha di belakang sekali tidak bersambung? Sekali tengok macam huruf dal, dua kali tengok macam huruf ro..

    ReplyDelete
  20. Klau politek senang saje....sorang kata A, sorang tu musti B.... Hmm klau yg tu A, yg satu lg A jugak mmg nk kiamat kot...ops

    ReplyDelete
  21. Harap baca statement secara jelas, antaranya:

    PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

    Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

    Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

    ReplyDelete
  22. Isu ini adalah isu ciptaan... Kjaan boleh sekat sptmana dilakukan kpd DS Nizar dan Siputeh... Bagaimana kes Memali? sampai sekarang fail masih disorok di bawah bantal.

    Isu ini adalah untuk merupakan kes enjin jet yang hilang, harga barang yang naik, tol yang naik, GST dsb... politik Melayu mudah LUPA

    ReplyDelete
  23. Ramai Ustaz yg terkeliru mengatakan agama kristian yg dianuti sekarang adalah agama SAMAWI. Pada saya agama kristian sekarang bukan lagi bertaraf agama samawi kerana kepercayaan mereka tidak sama seperti di bawa oleh nabi ISA. Maka dgn sendirinya, taraf agama SAMAWI terlucut. Melainkan mereka percaya yg Nabi ISA bukan anak TUHAN. Mana mungkin mereka masih bertaraf agama SAMAWI jika ALLAH pada kita tidak sama pada pandangan mereka. Yg sama cuma pada kata nama.

    Bagaimana kita boleh menerima kristien (yg mengunakan injil baru) sebagai agama SAMAWI.

    Kenapa kita perlu memperjudikan akidah kita dgn mengatakan kristien yg ada sekarang adalah agama samawi.

    Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
    Sesungguhnya Allah kekal.
    Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
    Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

    ReplyDelete
  24. Salam, Dari Kedai Buku,
    Allah tetap Allah, kalau depa nak sesangat guna "Allah", boleh...
    Tapi masuklah Islam dulu. Seperti Sahabat2 Nabi (r.a.hum)kata.."Aslim Taslam"..(Islamlah kamu, maka kamu selamat).

    ReplyDelete
  25. isunya kenapa kt malaysia/indonesia sahaja paderi kristian ni sibuk.kenapa hendak juga berkongsi nama Allah dengan orang islam? sanggup kah kita melihat nama Allah dipermain-mainkan mengikut pemahaman mereka pula...sebagaimana mereka menjadikan kita mempermainkan hukum Allah..(dlm konteks perlembagaan negara) hukum Allah tidak di daulatkan...(bertapa murahnya harga aqidah kita pada hari ini..(tergelincir tanpa disedari)..

    ReplyDelete
  26. Salam Sy setuju sgt dgn Sdara Rozaimy Baharuddin,

    "REDHA KEPADA KEKUFURAN ADALAH KUFUR"

    T.Kasih, Wslm

    ReplyDelete
  27. rapuhnya akidah. seperti hujah kahwin dengan kristian dengan alasan ahlil kitab. kristian sekarang ni ahlil kitab ker? hujah Tok Belagak kesayanganku terpakai. ahaks

    ReplyDelete
  28. Benarlah "REDHA KEPADA KEKUFURAN ADALAH KUFUR". Tetapi kita jangan pula terlalu cepat menjatuhkan hukum supaya kita tidak seperti puak-puak Wahabi. Disarankan membaca penjelasan Presiden PAS di link berikut http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24114:penggunaan-kalimah-allah&catid=83:presiden&Itemid=127 . Jika masih kabur, seeloknya dapatkan penjelasan selanjutnya dari beliau sendiri. Jika kita layak dari segi keilmuan, berdebatlah/berbincanglah dengan beliau mencari kebenaran. Semoga umat Islam akan bersatu mempertahankan Islam dan akidah umatnya atas dasar ilmul-yakin, bukan ikut-ikutan tanpa berusaha mencari kebenaran. Yang pasti tiada lagi insan maksum di dunia ini selepas Nabi Muhammad SAW, ulamak juga mungkin tersilap dalam mentafsirkan ilmu. Lagipun ilmu ALLAH amatlah luas. Seeloknya biarlah golongan ulamak yang berbeza pandangan ini bermuzakarah atas isu ini untuk maslahat umat Islam.

    ReplyDelete
  29. Saya berpendapat bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan seharusnya memanggil ulamak-ulamak PAS ni mengadap diaorang untuk mendapatkan penjelasan dan seterusnya berbincang secara ilmiah. Kalau PAS salah, betulkan diaorang. Jadi orang-orang PAS ke UMNO ke PKR ke, kenalah berlapang dada dengan hasil muzakarah tu... ISLAM MESTI didahulukan UMAT ISLAM MESTI diutamakan.

    ReplyDelete
  30. Rasanya kita tidak perlu berhujah dan menyentuh pandangan orang politik..saya secara peribadi tidak berdiri didalam mana mana harakah politik..apa yang benar pada Islam benarlah pada saya tidak kira siapa mereka atau parti apa mereka itu..dan apa yang salah dari Islam tetap salah bagi saya tidak kira apa bendera yang dipegang oleh orang itu..sebenarnya dalam hal ini ..ulamak kita lebih banyak memporak perandakan pemikiran masyarakat hari ini..semuanya berhujah melalui media dan akhbar..akhirnya orang orang jahil seperti saya semakin keliru..dan orang orang kufur semakin melonjak gembira melihat perpecahan ummat Islam..spt kata jiran orang china sebelah rumah saya.."wah ini orang Islam pun tak faham apa itu Tuhan Allah ka..sama sama juga gaduh..ini macam apa macam ini orang Islam semayang..sama satu masjid ..tapi tak faham kah itu Tuhan Allah apa.."..sebenarnya ulamak seharusnya memberi pandangan yang bernas dan sekata..kalau ada perbezaan biarlah dibincang secara tertutup..kemudian keluarkan suatau kenyataan yang lengkap dan bernas..saya setuju dengan cadangan en muhammad supaya majlis fatwa kebangsaan seharusnya memanggil satu muzakarah..supaya suatu persetujuan di ambil..yang penting umat Islam dilihat amat lemah dan cukup lemah dan gagal dalam mempertahankan suatu hal asas dalam Islam..iaitu ALLAH ...teringat kepada hadith Rasulullah..mafhumnya..akan tiba suatu zaman dimana umat Islam akan jadi cukup lemah..maka tika ditanya para sahabat..apakah umat Islam ketika itu sedikit..tidak kata Rasulullah..bahkan mereka terlalu ramai tapi mereka ibarat buih di lautan yang pecah pabila dilanggar kapal..berpagi pagi mereka Islam..berpetang petang mereka kufur..namun apa yang dibimbangi adalah penyalah gunaan nya nanti ..mampukah kita percaya dan yakin bahwa mereka tidak menyalahgunakan ruang yang diberi..?..mampukah kita nanti mempertahankan anak anak kita dari jatuh kepada kekufuran hanya dengan tahu Allah tapi tidak kenal Allah?..mampukah kita mendidik anak anak kita supaya mereka dapat membezakan Allah dalm pengertian orang kritian dengan Allah dalam pengertian kita orang muslim..?..ingatlah kesilapan dan keputusan kita hari ini..menjadi penyumbang kepada keputusan dan kejadian di masa akan datang?..wallahualam

    ReplyDelete
  31. sanggupkah anda terima "Jesus is GOD" kemudian di terjemahkan kepada "Jesus is ALLAH" ... astaghfirullah... hilang akan dah depa ni..

    ReplyDelete
  32. Kita ni kena la bijak sket.jgn la semudah tu nak bg org pijak kepala.kita semua dah tau kat indon je yg guna nama Allah dlm bible.

    Kalu bekas dah retak.lama kelamaan akan pecah gak.jgn bg ruang lansung.indon dah mmg hancus dgn sistem pancasila diorg.bangsa sama tp agm len.kawen bley campur2 agm.kat malaysia sket lg nak hancus pasal IFC.kita ada kuasa kita blok je penggunaan nama Allah dlm bible.

    Allah xperlukan bantuan kita utk jaga islam. Allah xperlukan PAS atau UMNO.Allah sendiri bley jaga.tp dia mtk kita melahirkan ketaatan atas apa jua kehendakNya.keredhaan Allah yg kita dambakan bukan keredhaan musyrikin.

    Kita nak depa sokong parti smp sanggup kita ketepikan Allah.

    ReplyDelete
  33. Saya yg tidak berilmu ini ingin memperbetulkan keadaan...harap ada yg komen kalau salah.

    Dalam al-fatihah kita baca waladhallin, itu bermaksud 'dan mereka yg sesat' merujuk kpd Nasrani atau kristian sebab mereka mengambil isa sebagai tuhan..... apakah pada masa nabi muhd saw, agama kristian ini tidak diiktiraf sbg agama samawi tetapi sesat....bagaimana pula dgn penghijrahan ke habshah (negara kristian ketika itu) yg mana raja habshah masuk islam secara senyap2 krn dia tak mahu rakyatnya menentangnya. jika kita baca kisah tersebut, secara jelas agama kristian pada masa itu mengambil jesus sebagai tuhan....apakah pada masa zaman nabi kristian tidak dikira agama samawi?

    Dalam quran ada menyebut, dlm surah al-ikhlas, Dia tidak mempunyai anak dan tidak pula diperanakkan....membawa maksud penentangan kepada fahaman kristian..... dalam ayat lain menyatakan "wala taqulu thalathah" - dan jangan kamu mengatakan tiga (tuhan), dalam ayat lain menyatakan "laqad kafarallaziina qalu innallaha thalithu thalathah" - sesungguhnya telah kafir lah mereka yg berkata sesungguhnya Allah itu ketiga drp tiga (salah satu drp tiga)....ini membawa makna pada zaman nabi muhammad saw pun, umat kristian ini telah tersesat menyatakan yg tuhan itu 3.....so adakah pada zaman nabi mereka ini tak dikira beragama samawi (yg tersesat), zaman umayyah/abasiyyah dll....mereka telah pun tersesat tapi masih diiktiraf sebagai agama samawi.....ini sebagai pembetulan shj kepada kenyataan saudara rozaimy.......dan bukan utk menghujjah mereka boleh atau tidak guna perkataan Allah itu.....sekian....kalau salah harap dibetulkan....tq

    ReplyDelete
  34. yg aku takut nanti, ada dakyah ke atas muslim bahawa Tuhan Islam dan Tuhan Kristian sama2 Allah ma... Masuk Islam ker masuk Kristian tetap bertuhankan Allah, lain-lain tu khilaf jer...hancus!

    Hmm... Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman bertindak dalam ruang lingkup masing. Seperation of power. Tapi kita ada insuran lagi iaitu Majlis Raja-Raja Melayu.... Majlis Raja-Raja pernah beberapa kali berjaya menyelesaikan masalah2 besar.

    ReplyDelete
  35. e, nak tanya sikit...
    Pada zaman Nabi s.a.w kristian memang dah sesat, dan ada dalilnya dlm al-quran....apa pula dalil KRISTIAN YG SESAT ketika zaman nabi diiktiraf sebagai agama samawi...saya tak pandai tentang dalil ni...tolong ye.

    ReplyDelete
  36. Orang sekarang ni ramai yg tak takut Allah dan hukumNya. Agama dipermainkan demi untuk mengekalkan tampuk kuasa, nama harta dan pangkat. Ulamak2 dan yg pandai cerdik agama menyepi diam membisu sebab takut hilang pangkat. Bukan takut Allah...takut sama orang. Mcm bang belagak cakap....lu pikir la sendiri.
    Apa2 pun sama2 lah kita bersatu dan berdoa kepada Allah s.w.t semoga isu ni dapat diselesaikan secepat mungkin, negara kita aman, rakyat sejahtera dan tak bergaduh, bebas dari orang2 yg berniat jahat..etc, Amin...

    ReplyDelete
  37. org kafir tidak tertakluk dgn syariat islam. jd bagaimana kita boleh mencampuri urusan agama mereka? kerajaan hanya boleh masuk campur atas sebab keselamatan saja. bukan membenarkan atau tidak. itu hakikat beragama yg harus kita terima.

    masalahnya org islam sendiri jahil ttg nama ALLAH. dalam harakah yg saya baca baru2 ni (tak ingat tarikh keluarannya) ada satu artikel yg terang2 menyatakan bahawa Allah itu bukan nama tuhan. ia hanya nama am saja. katanya nama tuhan ialah spt arrahman, arrahiim...dan seterusnya. itulah, politik punya pasal, ikut sedap mulut je.

    saya tak menuduh semua Ahli PAS tak betul, tapi sejak setahun dua ni saya dah semakin ngeri menengokkan buah fikiran mereka.

    TAPI, pada hemat saya, hikmah daripada isu ini, manusia akan mencari jalan MENGENAL ALLAH bila mereka dah semakin penin.. Ini juga satu rahmat gamaknya.

    ReplyDelete
  38. Dalam PAS pun ada WAHABI...Dalam Umno pun ada WAHABI, yg bebas pun ada Wahabi..So mende ni bukan kira parti..kira pegangan...kalau dah Wahabi...depa dah tak kira apa...Yg Konfirm kata Sami Veloo...Dalam Hindu takde ajaran sesat...

    ReplyDelete
  39. ZAMAN Rasulullah s.a.w masih ada ahli kitab..bahkan Warqah b. Naufal salah seorang Ahli Kitab...Tapi mereka boleh dibilang dgn jari...maka sebab itu ulama masih meletakana antara syarat2 wajib sembelih yg boleh dimakan...ialah sembelihan ahli kitab...walaupun rasanya sudah tiada yg ahli kitab..tetapi who knows..kaedah Fekah yg jarang2 tidak boleh diguna sebagai hukum...

    ReplyDelete
  40. fusus,

    MARIAH CAREY EH EH SILAP, MARIAH AL-QIBTIYYAH

    ReplyDelete
  41. e: kalau begitu ceritanya, maka confirm le kristian masa tu bukan agama samawi. Sebab agama samawi hanya mengesakan Allah yg tunggal. Tidak kira zaman mana pun, kalau ada tuhan selain Allah dan tuhan ada anak, maka terbatallah akidah Islamnya, tak kirale agama apa pun.

    Macam Rasul Melayu le, kalau org tulis, mesti kata ISLAM. Walaupun kita tahu ISLAM dia tak sama dgn ISLAM kita. Betul tak?

    bagaimana kita nak mengatakan

    ReplyDelete
  42. fusus,

    sedara tahu ke apa makna SAMAWI....may be boleh explain kat saya yg kurang faham ni....saya tahu ASMAWI ANI je....

    ReplyDelete
  43. SAMAWI = SAMA WE .... Kita Serupa...Kita Serupa...

    ReplyDelete
  44. Meme dah ada dakwaan tu di Sabah...Masuk ISlam ke Kristian sama aje...Sebab itu Depa beria-ia nak kan penggunaan Allah...

    Bahkan mereka kata ISA al Masih tu le yg lebih top..sebab itu dia layak turun di akhir zaman berbandaing Muhammad s.a.w

    ReplyDelete
  45. Zaman la zaman akademi pondok dipandang suram.. Akademi Fantasia diagung agungkan..

    ReplyDelete
  46. ISA dah lama ada kat malaysia, kerajaan dok pakai tu ISA le....har har har

    ReplyDelete
  47. Potang td kek astro awani ado satu group kristian bawa kes ke mahkamah supayo KDN dan kerajaan malaysia pulangkan CD dan hak mengedar CD yg telah dirampas ketika Cd tersebut dibawa dari indonesia ke sini. Ado 3 jenis tajuk Cd kalo tak salah den la...antaronya Cara sebenar beribadat kerajaan Allah, kerajaan langit Allah...lobih kurang mcm tu la tajuk cd nya...
    Meme bahayo ni kalau depa menang lg kes ni. Harap sgt kerajaan kito bertindak tegas. Kalau KDN dan kerajaan malaysia tak tegas...lebih pontingkan masa depan politik dari agama islam sendiri...habis la oang islam kita. terutama anak2 mudo dan budak2 sekolah yg mudah terpedayo.

    ReplyDelete
  48. saya pernah terbaca dlm 1 artikel blog mana saya dah lupa, dimana ada akta tentang penggunaan ALLAH,Islam, Solat dan 1 lg saya lupa, akta itu manyatakan hanya Islam sahaja boleh guna perkataan tersebut...

    ReplyDelete
  49. di sabah kadang orang boleh keliru muslim or non muslim, sebab kristian pun ada guna bin/binti juga

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. hmm...sudah bercelaru dunia akhir zaman ini..mohon pertolongan Allah melindungi kita dan semua ahli keluarga kita dari bahaya FITNAH AKHIR ZAMAN ni..Ya Allah yang Maha Pelindung..Lindungi kami dan semua ahli keluarga kami dari mara bahaya Fitnah Akhir Zaman ini..amiinn

    ReplyDelete
  52. memang my christian friend cakap dorang guna perkataan tuhan Allah tp rasanya bukan isu bagi saya,ibarat masuk telinga kanan keluar jadi kentut hehehe
    mana tau dorang selalu sebut nama Allah, Allah buka hati dorang masuk Islam.
    tp macam Tok Belagak cakap la...yang penting, sikap umat islam tu sendiri.
    nak pertahankan perkataan Allah konon tp perangai sama juga macam orang kafir.
    mana taknya, dorang sembahyang hari minggu je,pastu ramaila orang "muslim" pun ikut sembahyang sekali seminggu je waktu hari jumaat, solat lima waktu tu berat pula punggung nak buat. sendiri mau ingat la...
    SOLAT ADALAH TIANG AGAMA
    ingat tu

    ReplyDelete
  53. tu isu perkataan je tu
    no hal punya
    dorang nak psiko umat islam la tu
    bila dah ramai yang pertikaikan nanti
    timbul la rusuhan la, pergaduhan la
    pastu islam lagi jadi sasaran
    digelar pengganas
    rasa nak kentut pula fikir benda ni

    ReplyDelete
  54. situasi ni Sabah ye...harap maklum
    tp dorang biasa guna jesus la

    ReplyDelete
  55. aku pun hairan dgn depa, apa yg ada kepentingan semua moleh, ALLAH tu satu takde anak makan PAHam la, jgn gunakan krn politik...

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum
    Umat Islam 1Malaysia berdemo bila nama ALLAH hendak digunakan oleh musuh ALLAH masa kini.....alhamdulillah....tapi umat islam 1Malaysia kebanyakannya nengok saja bila umat Islam 1Malaysia sendiri menghina agama ALLAH dengan cara pergaulan, berpakaian, pertuturan dll. Habis geno....

    ReplyDelete