3.1.10

Mengenali Diri -1

Semua manusia akhirnya akan tertanya-tanya dan mencari siapa sebenarnya diri ini...banyak pengajian dan kajian dilakukan tak kiralah agama apa pun...yang takda agama pun menyibuk...Ada yang sibuk mengkaji Diri...akhirnya dari tidak beriman mendapat hidayah terus memeluk Islam...Namun ada jua yang memang Asal Islam Baka...sesudah mengkaji akhirnya terjerumus menjadi kafir...Paling dasyat mengaku Allah atau pun Muhammad. Maka berhati-hatilah memilih guru...Rosak sendiri tidak mengapa...ini merosakan orang ramai..

Ramailah yang mengambil kesempatan dari keghairahan manusia yg ingin mengenali Diri...Maka perhatikan baik-baik...Dalam pencarian tersebut pasti terjumpa kata2 hikmah Ulama...Awal2 Agama Mengenal Allah.

Sewajarnya kemaskan dahulu asas segala asas sebelum mengkaji atau berguru bab Mengenal Diri...Ada yang gelar DIRI YANG KU KENAL...
Guru DEN banyak kali berpesan sebelum dia pergi menemui khalikNya...Ko akan jumpa banyak fahaman yang menyesatkan bila berbicara dengan mereka yang belajar ilmu Mengenal Diri...Asas segala asas ialah...Kita adalah HAMBA...Allah tetaplah Tuhan Rabbul Jalil...Rasulullah s.a.w sendiri dijadikan HAMBA dahulu baru dilantik sebagai Pesuruhnya...Itulah yg tertera di belikat Rasulullah s.a.w yg dikenali sebagai Khatam Nubuwah...
Allahu Wahdahu La Syarikala Muhammadan Abduhu Warasuluh.

Allah itulah Tuhan Kamu dan tiada Sekutu baginya, Muhammad itu hambaKu dan pesuruhku...

Maka hendaklah engkau kemas memegangnya...maka tiadalah goyang iman apabila ada guru mengajar songsang...mengatakan engkaulah Allah dan Engkaulah Muhammad...Percayalah inilah pelajaran terakhir yang korang akan jumpa dan hanya murid2 yang taksub melulu sahaja baru dibukakan rahsia ini...Walhal ianya adalah rahsia BANGANG yang sesat lagi menyesatkan...Percayalah Guru yang sebegini cukup dengan segala dalil dan mahir serta amat dalam pengajian sifat 20 sehingga bila kita dengar...amat kagum dan yakin dialah Guru yang mengenali Diri...BULLSHIT.

Entry Point untuk Guru berbincang tentang Mengenal Diri ini berbeza mengikut pengalaman dan keilmuan Guru serta tahap keilmuan murid....
Ada yang terus membincangkan tentang DIRI yang Tujuh....Yakni
Diri Terdiri
Diri Terperi
Diri Tajali
Diri Sebenar Diri
Diri Empunya Diri
Diri Kamil
Diri Kamil Mukamil

Ada juga yg mula dari Aqaidul Iman yg 50 Pecahan dari kalimah Syahadah...Namaun bermula dari sini lebih kemasa dan tertib...


Diri Terdiri adalah batang tubuh insan itu sendiri...Ia dikatakan mengandungi apa jua yang ada dialam ada pada tubuh insan...

Maka siapa yg faham...maka terbongkar sedikit sebanyak..kenapa apabila JIN merasuk amat sukar mengeluarkannya...dan apabila di ketuk dengan kayu Nona..Tubuh zahir manusia yang bengkak dan zakit...( Namun ada kaedah supaya Jin aje yang sakit ) Ini bergantung setakat lapis mana JIN itu berlindung..kalau dia berlindung di lapis yg ketujuh dalamnya mengambil sempena 7 lapis bumi dan langit...Perghhhh berpeluh ketiak...kaedah scan kauni pun tidak dapat menembusi tahap JIN yg merasuk dan bersembunyi di lapisan ke tujuh...Cuma mendapat panduan dari rasukan atau getaran bila di Ruqyah....Untuk mengeluarkan dengan paling mudah ialah memindah terus 3 Nur yg memang ada pada setiap umat Muhammad...biasanya di bacakan pada limau dan di mandikan...Boleh juga secara pegang terus pada anggota tubuh pesakit...

Dari sini pemahaman 7 sifat maani amat penting...Qudrat Iradat Ilmun Hayyun Samak Basar dan Kalam...Sebab apabila ada gangguan pasti ada sifat2 maani ini yg terjejas...SO adjustle..begitu juga dengan orang Gila atau Isim..

Dalam Ilmu Mengenal Diri..Apa yang di hasratkan ialah kembali balik kepada apa yang dikatakan Bayi Maani ( Tiflul maani ) panduan seorang Salik sudah mencapai Bayi Maani biasanya datang didalam mimpi...Hendaklah di rujuk kepada Guru memasing...Namun hendak tak hendak pasti akan bertembung dengan suatu bungkusan yang berkain Kapan ..bila dilihat...itulah wajah kita yg mana diri kita dikapankan...atau kemana sahaja ia melihat disitu ada wajah dia...maka fahamlah Guru ...sekian-sekian pencapaian Muridnya...Ianya bukan macam Hantu Bungkus..jauh sama sekali...

47 comments:

  1. ada seorang Atuk pernah ajar Den; La ila ha illa Allah (tasdiqkn dlm hati "akulah Zat Allah") sambil telan liur kautsar, Muhammada Rasulullah (lafazkn "HAQ") tuh guano tuh Tok? bulih paka kor tok ppaka kijo tuh? mohon jawapan Tok; salam terima kasih

    ReplyDelete
  2. Tq Tok..buat jd pedoman n pegangan kami..

    ReplyDelete
  3. SALAM...

    Sifu...memang benar...asas permulaan adalah asas dlm asas..kite kena bermula dari bwh..ada pengalaman..asas kena kukuh dulu.baru la melangkah setapak demi setapak..
    Bak ckp Sifu dulu2..pelan2 kayuh..hehehe...
    Insya'Allah..pinta Sifu ajar kami yg cetek ilmu ini Bab Mengenal Diri ini.Biarlah kami kenai dahulu diri sendiri..dari kenal org lain...

    Terima Kasih Sifu & The Geng....2010.

    ReplyDelete
  4. jazakallahu qairan kathira. Moga Allah memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita.

    ReplyDelete
  5. salam kpada abg sifu,Bro and otai seperjuangan..trima kasih atas pemberian Allah pada kito semua...Bleh tak sifu cerito sikit pengenalan asas pengenalan diri dalam blog(tata cara,displin,kekuatan,macam mana,adab)sebab setiap perguruan tiada lah sama skillnya..HEHE..Bukannya apo supaya yang membaca dlm blog sifu ni dapat berjinak dalam ilmu agama dan lebih mendekat kan diri pada Allah..insya..Allah moga tersingkap rahsia yang tersirat dalam diri insani...wasalam

    ReplyDelete
  6. Benarlah kata Tok itu..perjalanan saya mengembara dijalan hak ini..banyak kesesatan yang telah ditemui..cerita asalnya cantik..tapi akhirnya mengaku dirinya Allah...yang pasti mengenal diri bagi meletakkan keyakinan dan pegangan bahwa Allah itu kholiq dan kita adalah makhluqnya jua..semuga penerangan Tok ini akan membuka mata hati mereka insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah... semoga menjadi panduan kepada semua.

    TQ Tok

    ReplyDelete
  8. harap abg sifu...memberi (tatacara,adab) dalam mengenal diri(hakikat)dari apa yang abg sifu pelajari dan anugerah Allah pada Sifu pada semua pembaca dalam blog ini...supaya kepada yang membaca dapat mengenal diri(sebagai hamba(ciptaan)dan mengenal Allah(sebagai si (pencipta)..Dan mengenal diri sebagai hamba sehingga kito kenal tujuan kito yang sebenar dalam kehidupan yang sejati...

    ReplyDelete
  9. Pendek tapi padat.
    Terang & jelas.

    TQ tuan.

    ReplyDelete
  10. syukur Alhamdulillah...panduan ni...terlalu berguna...terima kasih tok........

    ReplyDelete
  11. "Allahu Wahdahu La Syarikala Muhammadan Abduhu Warasuluh.

    Allah itulah Tuhan Kamu dan tiada Sekutu baginya, Muhammad itu hambaKu dan pesuruhku..."

    Trimaksih abg belagak atas nasihat/petunjuk yg baik tuk kami semua ni. Itu yg paling den takut ialah kalau kita sesat ato syirik tanpa kita sedari.

    Makasih sekali lg bang..

    ReplyDelete
  12. Peringatan yang bagus.Terima kasih juga dari saya. Al Fatehah

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas peringatan...sesungguhnya asas yang kukuh akan memberi kita pegangan yg ampuh...semoga rahmat ALLAH sentiasa melimpahi kita hambaNYA...teruskan tok...
    LILLAH HITAALA..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.......Macamana nak contact Tok...e-mail dah email dah....

    ReplyDelete
  15. tq tok,

    saya ada dengar bila kita solat dan sedang membaca AL-FATIHAH bahawasenya saat itu Allah sedang memuji diriNYA dalam Fatihah..komen please?

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Minta maaf sbb nk tulih skit pasai apa yg Tn Sendoh tnya. Saya pn tau skit2 ja. kalo ada salah dan silap tlg di perbetulkan.

    Maksud atau tafsir ayat pertama dlm surah fatehah ada menerangkan pasai persoalan tu. iaitu "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam".

    kita kena paham ayat pertama ni, segala puji-pujian yang ada di alam ini adalah akan kembalinya kepada Allah jua. Nk terang lebih lanjut kna tnya yg lebih arif lg. Sbb segala puji tu byk, yg kita duk puji org tiap2 ari tu, 1 cth drpd segala puji yg ada(puji makhluk kepada makhluk).

    bila kita ucap alhamdulillah, pujian tu akan dikembalikan kepada Pencipta kita Allah swt.

    ReplyDelete
  17. Mengikut chapter 130 Futuhat: Ibn ‘Arabi, ada 2 pecahan maqam hamba

    Pecahan pertama : Maqam ‘Ubudiyya
    Ini adlh maqam kerendahan/kehinaan & kefaqiran. Ianya bukan sifat Ilahi. Abu Yazid al-Bistami mndapati tiada sebab yg dengan sebab tersebut dapat mencapai taqarrub kpd Allah, kerana beliau mndapati al-Uluhiyya memiliki semua sifat yg dngn sifat tersebut taqarrub dicapai.

    Apabila beliau tidak lagi brdaya beliau berkata “Ya Rabb, dngn apa aku dpt mncapai taqarrub kpd MU?.....Rabb pun mnjawab dngn cara yg termaklum oleh awliya’Nya “Capailah taqarrub kpd KU melalui apa yg tidak Aku punyai: kehinaan & kefaqiran…”

    Tiada yg mncapai tahaqquq yg sempurna pd maqam ini sprtimana Rasulullah. Kerana baginda adalah hamba mutlaq. Allah menyaksikn bhwa baginda adalah hambaNya merujuki kpd kedua-duanya iaitu KEDIAANNYA (huwiyya) : Q:17:1 Mahasuci Tuhan yg menjalankan hambaNya pd mlm hari & isim yg merangkum semuanya (al-ism al-jami’) : Q:72:19.….Jadi DIA memperjalankan baginda pd malam hari sebagai HAMBA.

    Pecahan kedua : Maqam ‘Ubuda
    Ini adalah suatu maqam yg sangat jarang dimiliki….cukuplah kot….dah panjang sangat.

    p.s: perkara ini dikongsi dngn kesedran bhwa lain firkah mungkin lain pecahan sifat hambanya….mungkin lebih dr 2…..mungkin kurang….namun kalau tiada langsung dlm silibus…..nampak gayanya problem.

    ReplyDelete
  18. salam bro and otai semua...for fusus hikam...........Apabila beliau tidak lagi brdaya beliau berkata “Ya Rabb, dngn apa aku dpt mncapai taqarrub kpd MU?.....Rabb pun mnjawab dngn cara yg termaklum oleh awliya’Nya “Capailah taqarrub kpd KU melalui apa yg tidak Aku punyai: kehinaan & kefaqiran…”...Salam bro fusus hikam...maksud bro tadi tu kito dalam keadaan kehinaan and kefakiran untuk capai taqarub itu...apo gitu ke Bro....bukan yer apo nak kongsi gak...hehe...

    ReplyDelete
  19. salam abg sifu...leh sifu terangkan aqaidul iman,50 pecahan syahadah dalam blog..dan huraiannya...sepaya dapat memantapkan konsep pengenalan diri...(hakikat)nak blajar gak dgn sifu ni...HEHE...insya,Allah smoga Allah bukakan hati sifu untuk membicarakan Aqaidul iman..50 pecahan syahadah...Harap sifu dapat memberi penerangan yang mantap kepada kami...Insya.Allah..amin..

    ReplyDelete
  20. Bab Aqaidul Iman masuk dalam ilmu Usul. Bertujuan mengenal Allah melalui sifat Nya. Wajib Mustahil dan Harus. Ulama menyusun 20 sifat itu bukanlah jumlah mutakhir...Tiada seorang pun tahu berapa sifat Allah bahkan jumlah nama Allah yg 99 itu pun yg dinukilkan dari pengamatan ulama sahaja...Nama2 Allah tiada siapa yg tahu jumlahnya...Ilmu Usul amat penting sebelum sibuk belajar mengenal diri supaya suatu tahap nanti tidaklah kita menjadi syirik mengaku Allah atau Muhammad, kerana ilmu mengenal diri . Namun ilmu usul ini dah terlalu banyak ditulis dan mudah difahami... Ilmu mengenal diri akan akhirnya menyentuh bab zat...pada tahap inilah selalu ada percanggahan antara Wahdatul Ujud dan Wahdatul Syuhud. Syirik menyirik..kafir mengkafir mainan yg biasa tetapi besar Natijahnya

    ReplyDelete
  21. Salaam kombat fisabilillah

    Apa yg dikongsikan itu petikan dari Futuhat: Ibn ‘Arabi....oleh itu saya pilih utk mnjawab soalan saudara dengan petikan dari kitab yg sama juga...

    Apabila anda taqarrub pd Allah dngn sifat-sifat ishtirak, DIA tajalli pd mu dng sifat ishtirak juga... tetapi apabila kamu masuk ke hadrat Nya dengan sifat khas kamu (al-wasf al-akhass), DIA akan hanya berhadapan (muqabala) dng mu dngn sifat khas diriNya, yg mana tidak kamu miliki.

    Ini adalah suatu ilmu yg menakjubkan; kamu akan dapati amat sedikit yg merasainya. Jadi fahami dan sedarilah maqam ini, kerana ini akan dikurniakan pada mu melalui maqam ‘ubudiyya....selesai petikan dr Futuhat.

    Faham saya....kita ambil satu sifat (utk taqarrub) contohnya pemurah…Allah maha pemurah lagi (sebab itu dinamakan sifat ishtirak)

    Sifat khas kita faqir (iftiqar)....bila kita taqarrub dng sifat khas kita....Allah akan hanya berhadapan dng kita dngn sifat khas Nya. Jadi yg ini lebih tinggi dari yg pertama tadi. Allahu'alam

    ReplyDelete
  22. salam,

    ALHAMDULILLAH

    tqvm tok..

    ReplyDelete
  23. salam,

    ALHAMDULILLAH
    ALHAMDULILLAH

    TQ

    ReplyDelete
  24. Benarlah penjelasan TOk .. Allah hu akbar..orang dulu dulu mengaji usul tahkik...wallah hu alam...

    ReplyDelete
  25. mengaji usul tahkik harus berhati hati..pilihlah guru yg faham dengan matahati....sebab selalu berlaku akhiran nya menjadi puji hadas pada Qadim...puji qadim pada qadim....last2 disimpulkan kalau sudah allah memuji dirinya sendiri buat apa solat...banyak sudah firkah dewasa ini bahlan dalam internet pun ada group sesat barat ni....

    ReplyDelete
  26. sifu dah buka sikit...teruskan

    ReplyDelete
  27. thx for fusus hikam and tok blagak...Trus kan buka cerita pengenalan diri....maksud tok sifu tadi kono ado pemahaman ilmu usuluddin dan sifat 20 ke.memang benar tok sifu katakan banyak aliran yang terpesong sikit sehingga diri mengaku Allah dan sebagainya....HEHE...Teruskan tok sifu....untuk pemahaman yang menyeluruh..
    BAB ni memang Esse suko....Hehe..amin...

    ReplyDelete
  28. Insyallah ada izin. kita bincang satu persatu. Seperti sifat maani..bayi maani dan lain2

    ReplyDelete
  29. INSYA.ALLAH SIFU...OK CERITA DALAM BLOG....YER TOK ...Harap tok huraikan pelan2 berkaitan bab ini...Apo kata org kayuh pelan2 ma...hehe..Anak murid ini sedia mendengar dan blajar dari tok sifu berkaitan ilmu ALLAH Ini.Harap sudi mengajar..(Ijazah)dari sifu... CERITA BEST ni tok.ESSE amat suko BAB INI..mudah2 han ALLAH buka hati sifu untuk penceritaan dalam bab ini..Bukannye apo tok,BAB ini amat penting dalam keperluan(tujuan) seseorang khalifah dimuka bumi.(TUJUAN)(perjalanan kehidupan yang sebenar).Bagi ESSE BAB ALAM HALUS TU NO.2 lah tok.HEHE...BAB ni No 1 lah ...hehe..Bleh tok terangkan secara detail dan padat(peringkat)(pemahaman)kepada semua disini....BANTU KAMI,,TOLONG KAMI ANAK-ANAK NAK BLAJAR...SIFU>>>>HEHE macam dalam filem p.ramlee lah plak....sifu....amin

    ReplyDelete
  30. Jarang ada guru macam Arwah Guru Tok Belagak yg berpesan supaya mengemaskan sifat hamba....bila mengaku Allah disimpulkan pula tak perlu lagi solat...miracle(keramat) katanya....nak cita sikit suatu kisah dari bab solat antara bab yg terpanjang dlm Futuhat....bagaimana orang Allah BUAT MIRACLE DLM SOLAT.

    Aku (Ibn 'Arabi) berjalan bersama sorang sahabat yg menolak karamat ahlillah. Dlm perjalanan kami singgah disebuah masjid yg hampir runtuh utk solat zuhur. Datang 2 lelaki yg slah seorangnya aku kenali sbgai al-khidr (nabi khidir a.s). kami kerjakan solat berjemaah. Selesai solat...al-khidr mengambil sejadah dan menghamparkannya 1 meter dari lantai (terapung) dan solat sunat di atas sjdah tadi. Aku segera menunjukkan kpd sahabtku keadaan tersebut, yg kemudiannya dia meminta aku bertanya kenapa lelaki tersebut mlakukan perkara sedemikian. Selesai al-khidr solat aku menghampirinya & bertanya....jawabnya, dia lakukan demi kebaikan sahabtku yg menolak miracle.

    Dlm solat pun boleh tunjuk miracle...bukannya tunjuk miracle dngn tak solat.

    ReplyDelete
  31. aku adalah bintang pening said...

    ada seorang Atuk pernah ajar Den; La ila ha illa Allah (tasdiqkn dlm hati "akulah Zat Allah") sambil telan liur kautsar, Muhammada Rasulullah (lafazkn "HAQ") tuh guano tuh Tok? bulih paka kor tok ppaka kijo tuh? mohon jawapan Tok; salam terima kasih


    Sepatutnya ada penerangan dari Atuk tu...Kalau terus pada direct meaning ..Haram tu..

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah Tok semakin memancarkan cahaya lampu nya...insyaAllah...

    ReplyDelete
  33. MasyaAllah..luasnya ilmu Allah swt...kerdilnya hambamu ini ya Allah..

    ReplyDelete
  34. huuhhh..
    poning kepala den..
    jutaan terima kasih tok..tak leh kira..
    moga Allah mengizinkan..

    ReplyDelete
  35. kita kayuh pelan pelan hamdan..bab ni kena mula dari bawah..insyaAllah tok buka pelan pelan tu...apapun den yang dah tuo ni lagilak poning..toing toing toiing....

    ReplyDelete
  36. 7 sifat maani ni mcm sebahgian dr sifat 20.. nnt bila2 tuk story la skit pasai sifat maani nh..

    ReplyDelete
  37. tu lah tu..
    poning sebab poning..
    moga Allah memberi keizinan kepada kita semua..

    ReplyDelete
  38. Salam, Saya sakit mental bipolar disorder, malam malam saya nampak makhluk bila tutup lampu,ada bomoh yang mengatakan ini terjadi sebab amalan,Setakat yang saya ingat saya hanya ambil amalan 1) Sheikh OTHMan Lenggong 2) Bagindo Muchtar Palembang.Saya dikatakan perlu anak kunci, boleh Tok bagi anak kunci itu.

    Saya banyak sembahkan apa yang terisi dalam blog saya:http://wwwbent-abulafif2010.blogspot.com

    warisan laduni
    Tel:0194473939

    ReplyDelete
  39. tok..
    mohon sambung bab Diri Terperi tok..

    ReplyDelete
  40. "aku adalah bintang pening said...

    ada seorang Atuk pernah ajar Den; La ila ha illa Allah (tasdiqkn dlm hati "akulah Zat Allah") sambil telan liur kautsar, Muhammada Rasulullah (lafazkn "HAQ") tuh guano tuh Tok? bulih paka kor tok ppaka kijo tuh? mohon jawapan Tok; salam terima kasih


    Sepatutnya ada penerangan dari Atuk tu...Kalau terus pada direct meaning ..Haram tu.."

    mksd nye, ayt tu benar lah kan tok...hakikat sebenar x d sampai kn dgn jelas..dan detail =) maka, Allah itu hanya perkataan sahaja...
    sbb tu kot tok duk slalu pesan, 'ayat tidak mmberi kn bekas'.

    sy teringin sgt nk sembg gan tok bab ni..mohon d berikn pencerahan tok.........

    ReplyDelete
  41. asskm tok mintak penjelasan tentang fana? apa yg kita akan rasai bila tiba saat tu?

    ReplyDelete
  42. salam jika masih bermimpi belum lagi..
    maaf sekadar singgah disini,,
    semoga bermanfaat.sesama kita..

    ReplyDelete
  43. Siapalah kita ni nk mghukum seseorg tu sesat...emm..org yg berilmu x berhak mghukum org lain itu sesat sedang dia sendiri pun belum pasti 100% benar...jgn dihukum org yg sedang dilamun cinta Allah..dia berkata begitu kerana dilanda fana..maka keluarlah kalam " aku adalah allah "..sedang dia pun tidak sedar apa yg dikatakan..dan apabila sedar pun dia tetap berkata begitu kerana sifatullah ada pd dirinya...dan seandainya dia itu sesat sekali pun akan ada jln keluar bgnya...maaf ye..just komen....

    ReplyDelete
  44. Assalam wr. Tok Belagak,

    tahun lepas dalam Sept. 2013 saya sakit hampir satu bulan.

    Dalam tu selalu mimpi dikuburkan... tapi tak pasti samada saya atau ayah yg dikubur tu...

    Nak tanya guru belum ada kesempatan lagi.. huhu

    mohon penjelasan, Tok



    ReplyDelete