31.10.10

Perlukah Yuran Pendaftaran

Den dah jelak dengar ado beberapa pusat rawatan yg mengenakan yuran pendaftaran yang agak tidak munasabah.

Ada pusat rawatan mentang2 dah keluar TV mengenakan yuran pendaftaran sebanyak Rm 30/80 seorang. Rasionalnya yuran rm 30 atau rm 80 itu untuk menampung suatu sistem filing tercanggih di dunia..klick aje dah ada rekod rawatan..Di hospital kerajaan pun baru RM 1 sahaja yuran pendaftarannya..terbukti canggih...dimana dan bila ..just key in your IC..tahu bila dan d klinik mana anda pernah mendapat rawatan..

Yang bestnya setiap kali rawatan ulangan pun kena sejumlah yuran yang sama...koyak beb...kaya ustaz...he...he...jangan marah...maybe pusat rawatan Ustaz ada tempat menunggu yg canggih..Tempat Rawatan Den kecik jo...hanya sebesar 30' x 100' jo. Ada TV 29 in. Ada astro...ada disediakan minuman percuma dan kuih atau kerepek..full carpet...5 aircon 2 hp setiapnya...2 tandas..sebab itu tak berani DEN nak letak Yuran pendaftaran sebab so so aje pusat rawatan Den...Tingkat atas baru je dalam proses cat...tapi rasanya tak le sampai nak kena letak yuran pendaftaran...


Bukan semua orang mampu...so kalau dah Yuran pendaftaran rm 30/80 Air zam zam rm 20 sebotol....bawa sendiri tidak dibenarkan ! Sebotol untuk mandi..sebotol untuk sapu sebotol untuk minum....rm 90 hanya untuk air zam2 al la kasap...belum campur madu...belum campur khurma najwa...last2 rm 240 seorang...sekali ruqyah beramai ramai sampai 6 pesakit..karut le tu...mana personal touch...ingatlah Allah s.w.t masa nak cas cas ni..Walaupun Den tak belajar ugama secara formal cam ustaz2 tu..tapi Den raso tak salah Den togur..sebab Den kan sifu segala sifu.

Tapi...


Den tidak jual air zam zam sebab Den rasa bersalah meletakan suatu nilai pada air yg tidak ternilai..unless ada pengedar yg dapat buktikan margin nya memang begitu,,,tapi Den rasa somewhere and some one outhere tahu apa dah jadi pada air zam zam sekarang...opssss terlepas le pulok...


Insyaallah setiap malam Sabtu , ahli Darul Saka membuat majlis membaca aurad serta zikir nafas serta amalan2 lain di malam2 lain seperti Yasin 7 Mubin, Yasin 40, Yasin Fadhilat memohon doa supaya air yang di letakan berkartun kartun di Darulsaka biasanya 12 - 15 dozen air
1.5 liter menjadi air ibu ubat sebagai ikhtiar hamba2 yg memang tiada daya upaya kepada hadrat ilahi...harganya dijual mahal yakni sebotol 20 juta rm. Setiap minggu sold out walaupun harga sebegitu mahal. Mana2 patient yg membawa air mineral just tukar je...kita orang tak jual
Ayat Quran dengan harga yg murah tau...( itu pasala ada kedengaran..sebab ikut dalil Al-quran --- Jangan kamu jual Al Quran dgn harga yg murah...sobab tu le dia jual mahal ----- Siot punya tafsir ----- Itulah pesan orang alim...biar kita tak belajar arab ke nahu ke hapa...yang penting kita tahu dan ikut maksud sebenar dari kita menjadi golongan yg memutar mutar belitkan Al Quran tak kiralah ianya dituturkan mereka yg slang Arab walaupun dalam perbincangan bahasa melayu )
Namun ramai dah tahu..depa tak bawa air lansung dah...terus nak pakat borong air doa sebab Den hanya letak Rm 2 sebotol untuk air
mineral yang didoakan termasuk ayat 7. Buek masa ni..maximum Den kasi 2 botol je sorang...iolah orang lain pun nak gak..kesian kat ahli2 DS...nak angkat air berkartun2 ke atas..yang panjang jadi pendik..yg gemuk jadi kurus...so Den prefer tukar ganti air....air yg patient bawa
kami buat proses mendoakannya..sobab tu macam2 jenis botol ada kat Darulsaka..insyaallah semuga Allah s.w.t menetapkan kami tidak sekali kali menjual air doa sewenang wenangnya...

So siapa2 towkey air Mineral atau yang ada stock air terbaik di Malaysia...Air Gau dari Sg Gau sana muleh bincang dgn urusetia Darulsaka..sebab ahli DS dah tak larat angkat air...lebih lebih lagi dah ada setingkat lagi bangunan. Tapi air hendaklah diangkat keatas oleh pihak pembekal... Harga jual Den ialah rm 2. So kalau nak tolak kat Den...agak2 la...untung tu buek beli biskut, kerepek, ais ..air sirap...teh o panas..kopi panas...yang diletakan di ruang menunggu...bab air yang dihidang tu pun..tengok gak..ahli DS ni ada yg pemasin..payau..pemanis..so harap maaf raso memang pelik le....Namun mana patient2 lama yg tahu..depa masa bawa kengkawan datang
berubat depa siap beli krepek..kek pisang..buah2...itu semua rezeki dari Allah taala kepada pengunjung...masa DEN tak open macam ni pun...kegunaan cecah 15 kotak seminggu...So Den budget nak order 30 kotak seminggu air mineral 1.5 liter.

Limau nipis memang Den tak sediakan...Ismail Kacip kata guna limau nipis dosa tau...takut tanggal keharuman dari mandian kencing. Biasanya limau yg nampak seolah DS sediakan itu di hadiah oleh pesakit2...samada terlebih membawa atau memang mereka sengaja berniat bersedekah kepada pesakit2 lain...sehinggakan DEN cakap kat ahli2 DS..mungkin kesembuhan mereka bukan atas usaha doa DEN..tetapi ikhlas mereka terhadap pesakit2 lain maka Allah angkat dugaan tersebut lantaran ilkhlas hambaNYA...limau yg merek hadiah pula hijau2 boleh diguna simpan lama..maksudnya memberi biar yang terbaik bukan ala kadar..itu lah konsep sebenar ISLAM.


Ada Pusat rawatan di Daerah Gombak yang gah dengan perubatan mengikut syariat menjual air doa dari Ayatul Quran seperti ayat Attaubah ( laqodja akum ) ..air Yasin dan lain2nya sebotol setiap satu rm 50... Udalah le bukan dia yang baca...kayo meletup...Sekali jumpa 70 rm...
Dan berselindung di sebalik bacaan murid2 yakni mengaji...dia guna bunian...he..he...dengan orang lain boleh le,,,kalau oesakit datang badan sakit2... Dia kasi air doa siap campur paracetamol yang dikisar halus,,,memangle dalam 15 minit rasa lega..Panadol kan sebagai pain killer...wah mujarabnya doa Ustaz...he..he...balik nanti sakit balik le tu,,,kata Ustaz dalam hati,..siap ko..tu pi beli air Yasin rm 50.. Air Laqodja
Rm 50 sebotol dan entah apa air lagi...

Kadang2 dia jampi air yg dicampur ENO awal2....pesakit minum...sure keluar angin..dia pi kira..lapan belas kali sendawa..18 jin mati..he..he...he..Celakalah Ko Ustaz... Hari Sial anda telah tiba....

Sesungguhnya tulisan ini tidak bermaksud kepada mana 2 individu samada manusia atau dewa atau jin...

9 comments:

  1. Salam TB, inilah yg dikatakan dunia. bisnes penting tapi kalau awal2 dh sembelih saudara2 yg susah mcm mana nak kata fisabilillah? Saudara2 yg susah dh la dtg dari jauh dlm keadaan sakit, tak tau ada duit ke tidak, awal2 dah pun sakit .....sakit kocek! Pak mertua saya pn ada membantu dalam bab ini. Seorang rijalul ghoib membantu dia dalam perubatan (maaf bukan perewangan-jin). kalau setakat belajar secara zahir dia tak kan termampu merawat berpuluh orang sehari. Pada mula nak merawat dia tanya pendapat saya. saya cadangkan supaya jangan satu sen kenakan bayaran jika sanggup menerima amanah Allah, insyaAllah rezeki Allah yg beri. dia ikut saranan saya, alhamdulillah sejak 21 tahun yg lalu, rezeki dia tak pernah kurang. bila Allah yg bagi tugas Dia yg akan beri rezeki, pokoknya ikhlas. maaf cakap rezekinya tak kurang dari RM7000 sebulan. Pak mentua saya ni dari dulu bisnes kecik2 jual minyak urut, herba dll. secara tak langsung dia bantu pengluar2 produk. harga biasa mcm kt kedai. itu je punca income dia, tapi rezeki Allah tetap ada. maaf saya bukan promote pak mertua saya tetapi nak sokong apa yang TB komen pada mereka2 yg tak berhati perut. dah lah pesakit tu koyak kocek mereka, sakit yg dihidapi belum tentu sembuhnya. tidakkah itu satu penginiayaan kepada saudara2 kita yg dalam kesusahan. satu lagi tidak kah mereka sedar perbuatan mereka yg mengenakan bayaran seolah-olah mendahului Yang Maha Kuasa, sebab biasanya setiap yg kita tetapkan kita da pasti akan berjaya, tetapi adakah mereka2 ini pasti tanpa bersandar pada kuasa Allah. kan lebih baik cara merawat dan akhirnya menutupnya dgn bersandar pada Allah dengan kalimah Lahulawala quata....maaf, w/a'lam.

    ReplyDelete
  2. Tepuk3..stangding ovation utk tok walaupun den srg2 kt opis ni tepuk tgn...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tok,
    Xper tok,kita benar di jalan Allah SWT pasti tenggelam yang batil..titanic pun tenggelam,bunyi je gah..langgar ais sikit je dah plurpp dalam air..yang jual air pelik2 harga tu pun nanti tenggelam lemas gak dalam lautan gelora kegelapan diorang..harap2 mereka semua berubah dan kembali ke tujuan asal kita semua di dunia ni..amin..kengkawan,kalau saya sihat saya nak volunteer tolong2 DS dan jadi pengikut setia tok..doakan saya ye..amin..

    ReplyDelete
  4. Salam TB dan saudara2, apa yg TB komen mmg benar. pergilah mana2 perawat, mesti depa paw awal2 dgn pengeras la, fidyah la,bayar air tu la ini la,dll hemmmm........ awal2 lagi niat nak menipu, mana nak mustajab doa. banyak cara lain nak dapat rezeki sepeti mengurut dll. dah lah menipu pada yg dhoif tambah lagi berselindung dengan ayat2 Allah, tak ke rasa gerun dgn bala Allah? maaf saya bukan nak promote TB, saya belum pernah jumpa pun TB tapi yang benar tetap benar. biarlah kita miskin tapi jgn sesekali menipu diri sendiri dan mempersendakan ayat2 Allah. kalau la Allah beri 'cash term" (COD) pada mereka kerana onar mereka, nescaya mereka akan taubat nasoha. TB teruskan usaha murni tuan, bimbinglah saudara2 yg ingin belajar, niat dan usaha yg baik insyaAllah akan mendapat gajaran yang setimpal. w/a'lam. maaf

    ReplyDelete
  5. tok ajarlah kami ilmu ttg mengajar diri agar ikhlas.... sesungguhnya kami amat memerlukan...
    terima kasih tok...

    ReplyDelete
  6. khas utk TB & ahli DS... Baarakallahu fiikum.
    Semoga Allah sentiasa meredhai & memberkati usaha kalian.

    ReplyDelete
  7. Klinik Swasta kat Bera hanya mengenakan RM 8 sebagai yuran pendaftaran/ jumpa doktor. Kalau sakit demam biasa jumlah semua tak sampai RM 30. Ni Yuran pendaftaran dah RM 30... Wahai Perawat, mana pergi sifat kasih-sayang sesama makhluk anda?

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya pendaftaran tu RM 80....DEN tak mau orang terkejut...Tak caya tanya ustaz Sharhan berapa pendaftran dia cas...

    ReplyDelete