26.10.10

WIRID ASMA 7 HARI

Wirid ini sudah lama di amalkan di gugusan Tanah Melayu. Bermula dari Pesantren atau sekolah pondok...Ia sebagai suatu Jawapan atau Alternatif kepada kehebatan ilmu kanuragan atau ilmu berpaksi kepada Ilmu Dewa Atau Jin yang masih menular walaupun sudah berdekad Islam di kembangkan ketika itu...

Den rasa ADA BAIKNYA JUGA AMALAN INI DI BINCANGKAN DISINI agar kita dapat menilai betapa hebatnya ilmu ISLAM itu kalu kita tidak JUMUD..Amalan ini diamalkan ulama2 terkenal antaranya Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari.

Amalan ini amat mudah cuma ada masuk bab berpuasa...makan makanan yang tidak berdarah dan tidak tidur semalaman...Tujuan amalan ini ialah sebagai pergantungan sepenuhnya kepada Allah s.w.t dalam menghadapi Ilmu Kanuragan yg hebat2 seperti Rawa Rontek..Lam dll..

Ada patient..so i rest my case..

Amalan bermula petang Ahad selepas maghrib. Hendaklah dimulakan secara berterusan 7 hari. Jika tertinggal maka hendaklah diulangi kembali.

Hari Ahad

Amalan zikirnya ialah Ya Hayyu Ya Qoyyum sebanyak 500x.




















Pantangnya ialah tidak dibenarkan memakan benda benda yang bergantung kepada benda lain. Contoh Nasi dengan lauk. ini hanya untuk sehari semalam sahaja

Insyaallah kita akan dipelihara oleh 5,000 malaikat.


Hari Isnin

Amalan zikirnya ialah Ya Rahman Ya Rohim sebanyak 400x.

Pantangnya ialah tidak dibenarkan memakan benda yang bernyawa seperti ikan atau lembu atau babi dan lain2. Ia hanya untuk semalaman sahaja.


Insyaallah kita akan dipelihara oleh 4,000 malaikat.


Hari Selasa









Amalan zikirnya ialah Ya Malik Ya Quddus sebanyak 500x

Hendaklah menjalani puasa sunat sehari semalam.

Insyaallah kita akan dipelihara oleh 3,000 malaikat.


Hari Rabu

Amalan zikirnya ialah Ya Rabb Ya Mannan sebanyak 700x

Hendaklah berpantang tidak boleh makan makanan yang bergaram seperti Fun Fries dll sehari semalan. Kerjasama dari suami isteri amat penting..jangan le masa isteri atau suami nak mengamal masa tu le nak mengeram cam rimau. Sonangnya kasi je ubat tidur double dose pada pasangan anda supaya tidak menganggu..


Fadhilatnya semuga Allah s.w.t akan memberkati segala amalan kita dan juga menerima syafaat dari Nabi Ibrahim a.s.


Hari Khamis

Amalan zikirnya ialah Ya A'limu Ya A'zim sebanyak 800x.


Hendaklah berpantang minum air sehari semalam.

Fadhilatnya kita ditakuti binatang buas dan mendapat limpah berkat dari Saiyidina Ali k.t.w

Insyaallah kita di pelihara oleh 8,000 malaikat.


Hari Jumaat

Amalan zikirnya Ya Syafii Ya Mughni 600x


Hendaklah dijauhkan dari memakan atau meminum dari barangan yang kena api...microwave tu pu sama le tak boleh...kang ada lak yang kena sekeh untuk sehari semalam

Fadhilatnya , terlepas semua aniaya dan marabahaya serta diberkati dan diterangi hati kita oleh Allah s.w.t serta mendapat syafaat dari
Penghulu segala Rasul...Rasulullah s.a.w. Dipelihara kita oleh 6,000 malaikat.


Hari Sabtu

Amalan zikirnya Ya Fatah Ya Rozzaq 400x

He..he...ramai kantoi kat sini...semasa mengamalnya tidak boleh tidur walau sepincing pun sehari semalam...

Fadhilatnya ialah apa jua yang bernyawa tidak dapat memberi mudharat dan di selisihkan Allah s.w.t kepada yang lain serta limpah berkat dari Nabi Noh a.s. Dipelihara oleh 4,000 malaikat.


Sesiapa jua yang ikhlas mengamalnya serta yakin di hati ..insyaallah kita akan dipelihara oleh 46,000 malaikat dengan izin allah s.w.t jua...
Namapak mudah sebab jumlah zikirnya terlalu rendah..so itu yang menyebabkan dugaan lagi berat. Maka kerana itu guru biasanya melatih murid zikir ismu zat atau apa2 jua zikir sebanyak banyaknya menutup ruang kosong....

Amalan ini tidak boleh putus..putus kena ulang dari hari pertama...Deb cadangkan sebaiknya sebelum mengamalkan ayat ini jazamkan dulu ayat 7. Sebaiknya lagi berdepan dengan Den lutut bertemu lutut mengambilnya sebagaimana mengambil Talkin Kalimah Tauhid dari seorang guru ke murid...namun Den dan tulis ni maknanya Den dah kasi ijazah umum..at least u can try this at home....kata orang ambil rasa...Den rasa korang semua kantoi punyalah...Namun kalau memang anda tentera Allah yg terpilih..waima anda buka seorang yg tekun, alim, warak insyaallah pasti dimudahkan oleh Allah s.w.t. U will know what i mean....


Mana yang dah jazam amalan Asma ini..apa dipandang amalan berJIN apa dipandang barang berkhadam Dewa ke hapa..kata orang Sungai Manik...apa barang beb.... ! sio sio jo nama atuk Den Hj Saleh Sg Manik....


Yang nak copy paste pastu nak jual...riban riban dipersilakan semuga hidup anda tidak berketurunan...

Yg Fakir, Aku Haq Allah

Sifu segala Sifu

44 comments:

  1. rawa rontek tu camne tok? ceritakan boleh tak. nak tahu samada ada kena mengena dengan bangsa rawa tak?

    ReplyDelete
  2. wirid asma ne kn tok turutan 99 asma 2 ye?99 asma dgn turutan sepanjang hari ye tok?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Bole tak tok terangkan lebih detail apa yang dimaksudkan dgn wirid asma 7 hari tu???!!

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..

    Ilmu ini juga dipanggil sebagai ilmu Saipi (pedang)

    Dr apa yg sy tau amalannya 1minggu @ 3 minggu @ 5 minggu
    one shot..ikut kemampuan

    ReplyDelete
  5. Yep ilmu ini bukan level asas...ia diamalkan para pejuang Islam...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    AlhamdulILLAH, sebilangan kesyukuran ke hadrat Pencipta sekalian gerak di muka alam ini. Yang hanya dengan kehendakNYA yang menyebabkan sebab, maka disebabkan segala sesuatu dengan Kudrat dan KehendakNYA. ALLAHu Akbar.

    Segala selawat dan salam ke atas Penghulu sekalian roh insan, Rasulullah S.A.W. SolALLAHu Alaika Wassalam Ya Rasulullah.

    mohon keizinan TGTB untuk saya amalkan WIRID ASMA 7 HARI.

    semoga TGTB sekeluarga dan rakan2 dilimpahi Rezeki dan dirahmati... Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin

    Saya sokong Tuan Guru Tok Belagak.... :)

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Ingatkan Zikir Harian yg Macam biasa tu (rasanya dr Imam Ghazali kot). Ni mmg lain betul. Since baik utk anak2 murid TOK, bolehla nnt izinkan kami utk amal. Mana tau ade dikalangan kami atau anak2 kami nnt akan jadi tentera Islam (bangsa Mim) yg berjuang bersama dizaman kebangkitan smula.. Ni kira ilmu yg tlh pupus.. Alhamdulillah, bersanad pulak tu.. Tony Wong atau Ma Wing Shing pun tak de ilmu ni.. if kene bersuri, insyaALLAH, kesana kami hadirkan diri..

    ReplyDelete
  8. tok.. mintak ijazah mengamalkannya (dan juga amalan2 lain kat umah tok ni) dari tok.. TYVM.

    ReplyDelete
  9. suhanallah, memang btl la apa yang diceritakan oleh pakden ni sbb wirid ni ada atok saya bg suruh amal 11 tahun yang lalu tp saya tk layan pon sbb dia mcm org giler je cerita pada saya psl alamlah, sifat allahlah, zat dan mcm2 lg la... tp yang saya sgt terperanjat tu bila jumpa blog darulsaka ni baru saya tau betapa ajaibnya ilmu allah ni. sayang seribu kali sayang sbb atok saya dah pergi buat selamanya meninggalkan cucunya yang dianggap giler tu.. pd bulan 9 aritu. umur dia hampir 90thn. YA ROBBI AMPUNKANLAH HAMBAMU YANG HINA INI... atok (muhammad kamil),,, ampunkanlah cucumu yang bodoh ini kerana terlalu buruk sangka pd mu.@ Maafkan saya pakden and the gang sbb curahkan perasaan kt blog ni...

    ReplyDelete
  10. assalam...tok kalau pakai nama yg keseratus tu macamna tok...?

    ReplyDelete
  11. Bab nama yang kesaratus rasanya tak sesuai di bincang openly.

    ReplyDelete
  12. salam tuan sifu segala sifu...
    nak tanya sikit tok..kalau yang hari sabtu tu..zikirnya berapa kali tok?
    maaf ye..lembap sikit sbb ari ni ari isnin...:)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum tok,
    Mohon nak amal wirid asma 7 hari ni..puasa sunat sehari semalam tu macam puasa biasa ke 24 jam??maksud sehari semalam xleh minum air itu 24 jam gak ke??confused..nak try wirid ni..nk test kesabaran dan ketahanan saya..niat kalau ada kelebihan nak tolong yang memerlukan kerana Allah SWT..masalah saya nafsu dengan pompuan jamm aa tok..kena kahwin kalau sembuh nanti..hehe..pecinta wanitalah katakan..

    ReplyDelete
  14. insya Allah...nak bersuri dgn tok..mintak izin n ijazah amal bersanad...den nak cubo..leh ke tok?

    ReplyDelete
  15. tok utk ari sabtu tu..maksud semalaman tu dr jam 12.00 mlm jumaat smpi 12.00 malam sabtu ke..sbb 12.00 malam sabtu klu kelendar masihi dh ari ahad..pencerahan tok..

    ReplyDelete
  16. rasanya tok tak jawab pertnyaan ko khalifah angkuh. walaupun tok tu belagak tapi bedepan ngan org angkuh ni tak leh . dengar2 nick yg digunakan adalah mencerminkan diri siempunya nama. macam belagak nick tok sesuai ngan empunya diri dan diakuinya sendiri. hmmmmm

    ReplyDelete
  17. saya pun confuse jarak masa sehari semalam ni
    explain la tok...pleeeeaaaassseeee

    ReplyDelete
  18. Amalan bermula petang Ahad selepas maghrib. Hendaklah dimulakan secara berterusan 7 hari. Jika tertinggal maka hendaklah diulangi kembali.

    ikut kefahaman saya, dari ayat diatas...

    Ahad - lepas maghrib (malam) hingga masuk waktu maghrib (isnin) untuk amalan hari Ahad

    Isnin - lepas maghrib (malam) hingga masuk waktu maghrib (selasa) untuk amalan hari Isnin (dikira siang dan malam)

    begitula seterusnya sehingga hari terakhir

    Sabtu - lepas maghrib (malam) hingga masuk waktu maghrib (Ahad) - sebab tu tok cakap ramai kantoi sebab kena berjaga dari malam lepas maghrib hingga keesokan hari Ahad hingga maghrib.

    betul tak tok?
    klu salah, sila betulkan

    ReplyDelete
  19. Kita ikut Kalender Melayu..yg bermula dari Mghrib tamat Maghrib.

    Masyaallah...Ada yang sudah mula mengamal..dan seprti biasa Den salah sebab tak konfiden orang lain boleh bawak...DEN yakin ada 2-3 yg dah amal..perghhh jauh mantap dari DEN...

    Camtu rasanya DEN muleh turunkan yang lain pula..Itulah pesan Guru Guru DEN...itu semua haq memasing..ada yg slow bab ini tapi mencanak bab lain..Sebab ilmu pun pilih pembawanya juga..

    ReplyDelete
  20. Hari Selasa
    Amalan zikirnya ialah Ya Malik Ya Quddus sebanyak 500x
    Hendaklah menjalani puasa sunat sehari semalam.

    Macamana nak puasa sunat sehari semalam ni tok?
    Kena puasa dari lepas maghrib (malam) smpi tamat maghrib? baru buka puasa heheh

    ReplyDelete
  21. Salam tuan sifu tok belagak..nak mintak penjelasan...
    Untuk hari isnin, tidak boleh makan makanan dr bende bernyawa - kalau telur, susu, keju dikira bernyawa ka?

    ReplyDelete
  22. haah tak bleh telur susu keju sebab dari benda bernyawa kan hehe so makan nasi aje ler

    ReplyDelete
  23. ASSALAMUALAIKUM TOK

    TERIMA KASIH TOK TULISKAN UMUM AMALAN INI, SERTA IJAZAHKANNYA
    SYUKUR ALHAMDULLILLAH BUKAN SENANG NAK CARI ILMU SEBEGINI.

    SEMOGA ALLAH MELIMPAHI ILMUNYA KEPADA TOK SEKELUARGA...AMIN

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum tok

    terima kasih atas ilmu ini dan tok ijazahkan..

    semoga tok diberikan lagi ilmu oleh ALLAH s.w.t..amin

    ReplyDelete
  25. salam TB....terima kasih diatas perkonsian ilmu TB kepada orang yang ingin mengamalkannya..bagi saya secara peribadi saya akan mengamalkannya khusus untuk keluarga dan diri sendiri... sy ingin mendapatkan kepastian TB adakah zikir harian tu kene buat contoh ( 500 x ) berterusan atau boleh berhenti-henti sampai habis satu hari?..mohon penjelasan TB

    ReplyDelete
  26. Salam tok, Saya terima ijazah ini...Terima Kasih Sang GURU....

    ReplyDelete
  27. Salam tok..saya mohon amalkan amalan ini..tok untuk hari isnin tu tidak bole makan makanan yg bergantung pada benda lain..minuman yg bergantung pada benda lain mcm kordial dikira jugak ke?

    ReplyDelete
  28. Tok..selepas cukup 7 hari amalan ni diteruskan terus ke tok?Satu lagi untuk hari Jumaat, makan makanan yang tidakdisentuh api tu maksudnyer makanan yang dibakar, dipanggang dan dimicrowavekan je ye tok mcm satay,ayam panggang dll.untuk yg digoreng or rebus yang tak kena api secara direct bole?

    ReplyDelete
  29. eh..konfius plak..
    Ahad tu, kira dari magrib (hari sabtu) sampai hari ahad petang sbelum maghrib, tu kira Ahad la kan.ke mcm mana?
    (maaf le semua...bengong lak kat sini)

    ReplyDelete
  30. ardisia: hari baru dlm Islam brmula slpas Maghrib. jd, kalu ptg ahad slps mghrib, maknenye prmulaan isnin lah

    ReplyDelete
  31. saya sependapat dg abdullatif. maknanya kena bermula dgn amalan zikir untuk hari isnin(Ya Rahman Ya Rohim 400X) dan tamat dgn zikir utk hari ahad(ya hayyu Ya Qoyum 500X)

    saya mohon menerima ijazah dari TB untuk amalan.

    ReplyDelete
  32. Hari Isnin
    Amalan zikirnya ialah Ya Rahman Ya Rohim sebanyak 400x.
    Pantangnya ialah tidak dibenarkan memakan benda yang bernyawa seperti ikan atau lembu atau babi dan lain2. Ia hanya untuk semalaman sahaja. ********(BABI tu benda haram mmg tak buleh makan, TB melawak jerr tuu jgn ada yg lurus bendol plak, kan kena sekeh dgn TB)

    ReplyDelete
  33. hmmm setelah membaca 4-5 kali, saya jadi mcm konfius dari segi cara nk amalkannya. tetiba timbul ilham menyatakan ikut jer yg tok tulis. pada hari ahad amalkan ya hayyu ya Qoyyum 500X sehingga tempoh magrib hari berikutnya. mulakan pd ptg ahad dan so on... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  34. Makan buah-buahan je la... senang cite...hik3

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah... semoga allah memberkati kita semua dengan ilmu ini... amin

    ReplyDelete
  36. pehh,yg tak boleh tidur tu yg aku kalah tu

    ReplyDelete
  37. fuyoooo...xtido la demo klu gini gak... tp mcm best jer

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum..Mohon izin untuk diamalkan ye Tok.
    Semoga kita semua makhlukNya sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum..Mohon izin untuk diamalkan ye Tok.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum tok, Saya terima ijazah ini..insyaallah

    ReplyDelete
  41. huhu, btl btl walaupun utk umum, nak mula pun belum tentu. Baru nak kenal Allah :) seperti yg ade saya baca sebelum ni, nak kaut jangan sekaligus nanti muntah balik. Bab ilmu pilih pembawa pun betul gak, sebab tu mana2 guru skali pun akan akan turunkan ilmu bergantung pada murid itu sendiri sesuai ker tak. itu yang den tahu la. Tunggu Allah kasi ilham dulu :) skarang dapat ilham pun suruh baca buku Asma Ul Husna yang tebal tu. boring beb haha

    ReplyDelete
  42. assalam'ualaikum tok....mohon izin di amalkanya ... terima kasih tok :)

    ReplyDelete