9.8.09

Rahsia Huruf Alif , Ba dan NuN

Kepada seorang Perawat atau Pendekar...pasti akan ketemu akan suatu ilmu Huruf yang membentuk seluruh tubuh Insan. Ada Perawat menggunakan kelebihan ilmu huruf dalam meng "adjust" fizikal atau kerohanian yang sakit. Setiap huruf mewakili anggota2 tubuh yang tertentu. Pengajian ini cukup tinggi...Bahkan pengajian huruf2 yang membentuk Ummul Kitab yakni Al-Quran ini perlu kepada pengkajian khusus..kerana ia adalah Kalam Allah.
Maka dari itu pecahle kepada beberapa cabang seperti Wafaq dan lain seperti menulis di pinggan putih dll...Masalah yang terjadi ialah dewasa ini ramai yang hanya menghafal sahaja akan wafaq2 ini..sehingga akhirnya menjadi tangkal...Walhal bukan itu maksudnya..

Perbincangan pada kali ini cukup sekadar 3 huruf ini. Ramai Perawat atau Pendekar kelas satu suka mengambil kaedah berlindung disebalik atau didalam kalimah yang tiga ini...Bagaimanakah ambilan mereka ? Ada yang mengguna kaedah makrifat sambil dibacakan beberapa patah perkataan..Seperti Kandung Aku dalam Alif...Apakah cukup sekadar makrifat...? Mungkin Ya atau Tidak...
Begitu juga ada yang berselindung dalam huruf Ba dan Nun...Dan yang lebih advance lagi dalam titik yang terdapat pada kedua huruf tersebut..Itupun ada yang guna Kaedah Makrifat berserta doa seperti surah Al-Qolam...NUN..Wal Qolam...Apakah cukup sekadar makrifat sahaja ? Mungkin Ya atau Tidak ...Menyorok dalam titik NUN dikatakan tidak bertemu mati...

Apa ke halnya sampai menyorok diri sebegitu dasyat, macam dah takde tempat lain..bilakah ia diguna pakai ? Biasa kalau terasa diri dalam ancaman akibat scanning musuh yang mencari peluang bila kita leka...Mereka yang berjaya menyorok dengan "jayanya" didalam 3 huruf tersebut pasti
tidak dapat dikesan oleh musuh yang menggunakan Api lilin untuk scan, Sireh, khadam dll...Apa yang pasti setakat Scan Kauni memang tidak boleh lepas yakni mencari atau nampak kelibat mereka ini....

Menggunakan kaedah makrifah perlulah kepada samapi ketahap putus makrifat bahawa kita telah benar2 berada didalam mana2 huruf yang dimaksudkan. Kalau tidak maka jadilah apa yang dikatakan orang "PERASAN".

Kaedah yang pasti ialah kaedah Musyahadah kerana ia adalah pasti dan benar...Tahkik ia akan dimana dirinya ketika itu bukan sekadar makrifat lagi...

Kepada setengah-setengah perguruan pula...memang dilatih menyorok dan mencari sesama mereka yang menggunakan huruf sebagai benteng diri...

Namun sebagaimana dikatakan, Ilmu Allah tidak bertepi...banyak lagi kaedah yang advance dan canggih...Umak aiii...kalau dalam huruf2 pun dah tak tercapai dek musuh kenapa perlu kepada yang advance lagi...Ada gunanya..biasanya kegunaan tersebut buat mengelak dari musuh yang menggunakan kaedah YASIN dan SOLAT HAJAT....Jangan sangka Tok Moh tidak tahu guna kaedah2 tersebut...Mereka juga tahu kelebihan kedua-dua kaedah tersebut....walaupun untuk tujuan yang salah...Kalau menyorok didalam huruf2 memang masih boleh terkena bahana kedua2 kaedah tersebut...

1 comment:

  1. Ada kah rahsia huruf Alif,Ba dan Nun ada mengenai dgn hakikat tul insan?

    ReplyDelete