28.4.10

Kaifiat Membuat Satey Gagak

Kaifiat ini ditulis menggunakan IPad. Kerek beb. Kat Klcc Den sorang jo ado. Berbulu jo mato mat salleh nengok Den main IPad.

Adapun kaifiat ini diperturunkan sebagai khazanah bangsa Melayu. Ia sebagai satu bukti yang bangsa melayu telah lama mempunyai hubungan dengan alam ghaib.

Satey gagak amat terkenal di setengah setengah alam JIN. Mereka sanggup bergadai golok untuk memilikinya.
Ia tidaklah sehebat candu mentah atau zafaron. namun ia tetap menjadi salah satu talian untuk hubungan antara manusia dan Jin terjalin.

Kaedah ini adalah untuk mereka yg berani dan berhati kering sahaja. Apa yg menjadi syarat mutlak ialah
tidak memiliki ilmu yg boleh mengancam kewujudan bangsa Jin. Dengan kata lain tidak berilmu.

Bahan bahan yg diperlukan amat mudah

1. Gagak hitam
2. Buluh
3. Minyak gas
4. Bekas pembakar satey
5. Van

Gagak tidak boleh mati akibat tembakan. Hendaklah ditangkap hidup. ingat jangan korang pi tibai gagak africa..itu tak guna..kecuali korang
nak salai CULA Afrika...
Cari tempat yg di syaki Angker...janganle cari disco...itu angker lain..walaupun situ banyak gak setannya.

Setelah jumpa tempat yg angker...hendaklah diisi penuh minyak di dalam VAN...pergi seorang diri..Pergi awal...selepas Asar. Sediakan bahan bakar dan gagak..Sebaiknya gagak tidak disembelih tetapi di cucuk buntutnya ke mulut hidup2...kira brutal..kata orang jawa peranakan...SADIS..lebih sadis lebih nyaman kok...

Kalau tak sampai hati nak cucuk dan dengar raungan si anak tiri gagak hitam boleh le nak sembelih pun tapi janganle baca Basmallah...kang
DEN terajang baru tau...ini nak kasi JIN ma.

Pastikan kawasan untuk kita buka KIOSK GAGAK tu mengikut arah angin...kalau terbalik..korang makan le sendiri gagak tu...Tak payah letak perisa apa...just salai aje dgn bulu2nya...satu cucuk biasa ada 3 ekor..harganya RM 100,000 secucuk...


Nyalakan Api bara. bara biasanya digunakan Arang...sediakan satu bag besar. Waktu yg terbaik ialah kira2 setengah jam sebelum maghrib
yakni ketika remang-remang senja yakni matahari sedang merah. Belilah Strepsil atau apa2 jua jenis gula2 yang boleh kasi sedap suara....Letak Satey2 tersebut diatas pembakar satey. Setelah mendapat perkenan dibawah duli-duli pawang sedunia...sebaiknya hanya 4 cucuk sahaja di perkenankan di bakar di satu waktu. Penjual hendaklah datang seorang tanpa berteman dan mulakan jeritan SATEY
GAGAK...SATEY GAGAK...SATEY GAGAK. Pastikan tajwidnya betul.

Dalam beberapa waktu, akan menjelma anak anak Jin yg datang mengerumuni satey gagak. Ia amat digemari
oleh budak2 jin. Kedatangan mereka ialah secara zahir. Kemudian barulah bapak jin datang. Maka proses
penawaran harga akan dilakukan mengikut konsep supply dan demand yang berasaskan sistem Perbankan Islam.
Penjual satey kena mantap. Jangan le kecut dan goyah bila menyatakan harga. Katakan peniaga meletakan
harga sebanyak rm 100,000 secucuk. Hendaklah dinyatakan dengan jelas...Rm 100,000 yang sah diperlakukan di
Malaysia pada ketika ini. Kalau tak nanti dapat duit daun pisang beb.

Dalam proses penawaran ..pastikan anda tidak kecut telu..ialah muka jin..korang agak2 hensem cam Tom Cruise ke ?
Sebenarnya tiada penawaran pun kerana kita yang menetapkan harga. Jin pasti menyergah penjual, mengatakan
mahal, tempat lain lagi murah. Penjual kena jawab dengan tegas....pergile beli kat sana. Sini mahal. !
Bapak jin akan melarang anak2 jin ...tapi perangai budak2.... Nak jugak...nak jugak...nak jugak....
Dia akan counter offer lagi. Ingat dan Amaran Keras giler....jangan turunkan harga walaupun sekupang..sayangi jiwa anda.
Jika anda turunkan jua harga kerana takut dan ngeri dengan wajah bapak jin tersebut..maka...anda kan
Dipandang rendah serta akan dipelangkung. Bottom line no Discount tak kirale dia ugut ke idak. After
everything setel..make sure no debit or credit card involved. Term CASH.

Bila bersetuju mereka akan tiba2 menghilang. Maka anda jangan gentar...

151 comments:

  1. pergghh..ipad..dasat..den pakai n70jek..tu pon smalam bos den kutuk henset den..aduhaii

    ReplyDelete
  2. tok, camana beli ipad tu? kat lelong dot my ke atau gi US?

    ReplyDelete
  3. Tukar dgn satey gagak dgn jin US. Lagi mau tanya

    ReplyDelete
  4. Salam Tok. tapi nak dpt daging gagak susah pulak tu kecuali pegi klang. dah tu nak pulak gagak tu tak boleh mati, kena sembelih. nak buat sorang2 dalam hutan. ni yg tak ada kekuatan Tok. lagi satu bahasa komunikasi kita dgn jin tu kena tahu bahasa arab ke Tok. berapa nak jual harga satu cucuk satey dan masalahnya kalau tak cukup satey dan ramai yg datang takut depa kata kita bohong...niaya kita Tok. setau saya tak ramai yg berani nak buat benda ni Tok kecuali org2 yg setaraf Tok...itupun hanya nak ambik tau aje bukan nak bisnes. bayangkan Tok kalau satu cucuk satey gagak kita jual pada depa dgn harga RM1 juta, kita katalah pada depa daging gagak susah nak dapat depa mesti percaya. kalau 10 cucuk dapat RM10 juta. hebat Tok.

    ReplyDelete
  5. uh uh uh...dapat ke wahabi isue macam ni tak menang nak jawab ha ha ha!

    ReplyDelete
  6. Tok den nak mntak resipe...

    ReplyDelete

  7. waduh iPad, tertelan air liur dongar ehh , nie yg tak leh jadi nie, Tok dah pakai iPad, takpe nanti mesti ada lagi yang baru mau keluar .. haha :)

    satay gagak, aduh camno nak tahu buat satay gagak ni, satay biasa laie pun tak lopeh .. :p

    ReplyDelete
  8. Tok, sate gagak ni sama ke resepi sate kajang? kalau tak dapat rasa sate gagak, kurang2 dapat bayangkan rasa sate kajang.
    Also ni ke ilmu tarik duit?

    ReplyDelete

  9. Tok camne nak berlajar buat satey gagak nie, eden nak kipnap iPad gak nie, bior meleleh air liur yang lain tengok nie ...

    ReplyDelete
  10. payoh betul aku nak dengki kat tok belagak ni....

    ReplyDelete
  11. tok.. ajar aku satay gagak tok.. aku pun nak trade in ipad ngan satay gagak kat jin US.

    ReplyDelete

  12. Apa tandanya kalau gagak hitam melintas tingkap rumah kita?

    ReplyDelete
  13. Mesti ke satay Tok? Apa kata jika masak kicap? Satu lagi, apa hubungan gagak dengan alam Jin?

    ReplyDelete
  14. Salam Tok,

    Wah...best dapat Ipad..target saya tu.

    Cerita pasal Tok dapat iPAD tukar dengan Jin USA pakai Satey Gagak memang menarik.

    Sebabnya lebih kurang 7 tahu yg lalu saya ada seorang kenalan dengan panggilan Bapak asal dari Indonesia dan bekas pekerja kedutaan Indonesia di sini.

    Dia pernah bercerita pada saya bahawa pernah satu ketika ada beberapa orang tempatan Malaysia bekerja sebagai Bonze berbadan sasa (Pengawal merangkap kaki pukul jugak) datang berjumpa beliau berhajat sesuatu seperti meminta nombor .

    So di pendekkan cerita, Bapak ni kata boleh tapi dengan syarat iaitu sediakan Gagak Salai di suatu kawasan yg di tetap yg didiami Mahkluk Jin. Bila Gagak salai di sediakan makan mahkluk Jin ni akan muncul dengan hajat mereka maka mintalah apa yg dihajatkan.

    Tapi hendak dijadikan cerita ialah mereka2 ni bertempiaran lari walaupon Bonze berbadan sasa sebab...

    sebabnya..mahkluk jin ni muncul dengan rupa yg tak cantik berserta gigi yang besar.

    Peristiwa ini mereka ceritakan pada Bapak.

    Begitulah serba sedikit cerita pasal Gagak Salai ni..saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya.

    ReplyDelete
  15. Salam Update.

    Seminar ni akan berlangsung pada 22 hb Mei 2010. 29 mei tu cuti hujung minggu hari wesak, ramai yang di luar kawasan menghadiri kenduri.

    Pendaftaran peserta seramai 20 orang setakat pagi ini. 18 lelaki dan 2 wanita.
    Maka tempat ada 10 jer lagi.

    Harap maklum

    Untuk details dan borang pendaftaran sila lawati

    http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/

    IbnuAdam
    AJK Urusetia /Sekretariat

    ReplyDelete
  16. salam tok,

    hati2 ngan iPAD Cina kopet/sepet tok.tak pasal2 je trip hempon tu kang..
    hehe

    nk tanya la tok,nape satay gagak menjadi pilihan.?
    feberet jin2 tu agak nyer..
    nape jin tu tak buat satay sendiri..tak cukup ramuan gamak nyer..tak de perencah SEDAAP RASA kot.!
    ok lah..cau cin cau...

    ReplyDelete
  17. salam En Ibnu Adam,

    saya da bagi email kat anta semalam.saya nk daftar kursus 22 mei nih..tapi kat situ saya taruk 29 mei..sompek laie tak.?

    ReplyDelete
  18. aslmkm,
    satey gagak? nak panggil kak pon pun bleh.hehe.

    ReplyDelete
  19. itu la pasal... hehe tu yang rasa nak nyakat tok belagak je ni... ni mesti aura DarulSemangka ni...

    ReplyDelete
  20. Salam,

    hmmm...nampak je mcm joke tapi tak..

    ReplyDelete
  21. treruskan cerita tok.....keliru ni..

    ReplyDelete
  22. aku wondering gaks..coz gagak nie..burung pendatang..bukan asal dari malaysia...

    so ritual nie kira baru ker?

    ReplyDelete
  23. "Ia sebagai satu bukti yang bangsa melayu telah lama mempunyai hubungan dengan alam ghaib."

    ku teringat dlm satu kuliah.. diceritakan pada zaman awal perkembangan islam, sangat sedikit org2 arab masuk islam. kebanyakan yg masuk islam spt saidina Umar adalah secara majzub.

    maka bersedih nabi s.a.w, terus berdoa mohon Allah beri petunjuk. dijadikan asbab makbul doa nabi, maka terjadilah kisah nabi berjalan ke satu tempat yg mana di situ Rasulullah s.a.w telah mengislamkan segerombolan jin sehingga jin2 tsb mengerumuni nabi s.a.w dgn banyaknya.

    bermula selepas itulah masyarakat arab mudah menerima islam.

    maksud saya, masyarakat mekah sebelum tu kuat cenderung untuk menentang islam walaupun selalu kalah debat ngan nabi s.a.w. ini kerana yang mendorong mereka menentang nabi masa tu ialah dari alam lain iaitu jin dan syaitan. jadi lepas banyak jin2 dah islam, maka jin islam tersebut (ada yg jd pendamping manusia) mendorong masy arab menerima islam dan hati2 mereka jadi lembut sket la banding sebelum tu... sobab jin yg mengepak2 kat belakang tu dah menyeru ke arah islam.

    tu la yg saya dengo kat kuliah.

    tu la pasal saya setuju sangat geng darul saka ni menyetelkan masalah jin yang mengepak tak kira la kat belakang sesiapa, kalo ada.

    jin yang mengepak kat belakang tu la yang antara lain mempengaruhi pendirian seseorang terhadap aqidah, contohnya cam budak wahabi. sebab tu la budak wahabi ni kalo dah kalah debat, dia diam kejap... pastu lepas 3 hari ulang balik promote fahaman dan hujah yang sama. macam curah air di daun keladi kata seorang geng DS.

    tak caya tanya DarulSemangka yang selalu berdebat ngan wahabi ni... huhu.. bengkek je member..

    ReplyDelete
  24. woi woi sapa seru namo Den ni. Den mano tau scan menyecan ni. Sakat menyakat den tau la. Tu pun sakat Tok Balogak ajo. Sobab dio happy go lucky hehehe

    Den dah tengok pasal ipad tu (kat Internet jo). Hargonyo mak aii.. Den tak mampu boli. Den terpakso kensel cadangan nak gadai soluar dalam terpakai den tu

    ReplyDelete
  25. satay lalat macam mane lak tok?

    ReplyDelete
  26. Satay lalat nak buat taik gigi pun x cukop weii...jin punyo taring 2meter maa

    ReplyDelete
  27. summer ni ipad nak kuar model baru yg leh tipon-tipon. sompek lg cari tangkap gagak...hehhehe...

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum tok belagak
    ada x dapat emel saya mintak tolong tgk kan dari jauh orang dari kajang kena buatan orang tu?

    ReplyDelete
  29. saya pernah dengar dr sorg pakcik ni, satay lalat pon leh wat pggl jin, mtk brg dr alam sana la.. ntah btol ke tidak..

    ReplyDelete
  30. semiskin-miskin manusia, sekaya-kaya jin betul ker tok? hehe... pernah baca kisah sate gagak banyak untung satu malam ramai pelanggan tapi besok pagi tengok duit dah jadi daun...

    ReplyDelete
  31. seronok jin tu...lepas ni banyak yang pergi cari gagak...bertambah luas org menlangkah...panas panas panas...

    ReplyDelete

  32. ishkk jelesnya tegok iPad Tok .... Tok ada lagi yg murah2 tak Tok, kalau ada yang murah..to boleh dealkan, liley nak beli nie , nant ada ler saguhati ;)

    ReplyDelete
  33. tok.. kalau camtu, bila2 kalo tok jalan2 cari tok wali, kalo singgah US saya nak kirim ipad ye... hehe.. nak buat sate gagak tak berani seh...

    ReplyDelete

  34. liley pun tak berani :D , tunggu la nanti kalau dah mantop, liley nie lembik sikit, tunggu nak berlajar silat dari kak shedah, insyaAllah , dulu abah liley selalu cakap liley nie lembik, kalau kerja kilang sehari je dah berhenti tak tahan, liley sedih dia ckp mcm tu, liley pun apply kerja kilang kat sg way sampai mak liley marah liley kerja kilang, adoi ingat lg .. liley nak bukti liley boleh kerja lebih dari sehari ...akhirnya liley berjaya kerja kilang sampai 3 bulan .. her her her ..

    ReplyDelete
  35. sapa nk gagak.idup, kat balcony umah kita selalu ada gagak itam lepak lepak, peh tu bising memekak, tu ada tando ko tok..setakat nk 10 ekor tu bole kot, nanti den taruk gam bila dia inggap x leh lari, tp sapa buat sate n jual kat jin toncit, komisen den bg raw material jgn lupeeee...

    ReplyDelete
  36. liley, cuba baca ni yg tok tulis kat atas. "Kaedah ini adalah untuk mereka yg berani dan berhati kering sahaja. Apa yg menjadi syarat mutlak ialah tidak memiliki ilmu yg boleh mengancam kewujudan bangsa Jin. Dengan kata lain tidak berilmu".

    ReplyDelete
  37. Kalo wat burger gagak laku tak ??? Buat franchise kat McD. Jin sure terliurnyaaa.

    ReplyDelete
  38. nih boleh buat dapat no ekor nih..kawan den pernah buek..tapi bila jin muncul dia cabut lari

    ReplyDelete
  39. seronok jin tak lama lagi jin tu mkn satey...takde kerja bole buat satey gagak, nak jadi jutawan buat satey gagak...senang d hati hamba Allah satu lagi...nak syirik pun bole bakar satey gagak...

    ReplyDelete

  40. Salam n Morning semua, camno ada citor gagak hitam lagi .. hehe

    ReplyDelete
  41. Sufiaidi kalau nk jual mcD kat jin kna bawak mcD playground skali...barula ank jin tarik bapak dia..

    ReplyDelete
  42. satey gagak... satey gagak... kena gi sepital klang kat situ banyak gagak, gagak botak pun ada, bawak gam tangkap gagak....

    ReplyDelete
  43. Tok taknak buat demo salai gagak ker kat mana2.boleh saya join sekali.

    ReplyDelete
  44. salam, izin bertanya...
    berkenaan amalan ilmu benteng diri,
    selain benteng lam alif, apakah lagi nama2 benteng diri yang lain dalam silibus aliran musyahadah?
    tq

    ReplyDelete
  45. Salam perkenalan...silat gerak ni 'hak' ke 'batil' tok?

    ReplyDelete
  46. Benteng ilmu lam jalalah adalah ilmu paling bawah dalam pengajian musyahadah.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum tok belagak....

    Dah lama x kacau tok belagak. saya ada masalah dengan satu pesakit ni. dah bermacam cara tapi alahai susah bebenor. berubat start lepas isyak sampai ke 4 5 pagi.

    terlalu banyak jin di dalam badan. hampir seminggu dah berubat. tidur pon x cukup. jin jenis ketegaq (degil). siap cakap ayat kursi x jadi apa pada dia. Mungkin ni dugaan bagi saya dan kawan kawan.

    ReplyDelete
  48. Bermacam kaedah sudah digunakan. Penggunaan nur cahaya, buang ikut kaki (tembab), musnahkan dalam badan guna senjata ghaib, rentap (kesian pesakit) dan bermacam macam lagi.

    Keluar juga jin tu tetapi terlalu banyak yang terdapat dalam badan. buang dan bunuh atau dikurung; sihat tetapi esoknya menjadi lagi. Kacau mari betul.

    Kunci udah dibuka tapi masih ampuh ilmu yang dikenakan. Kunci rajah di badan naik ketengkuk, kunci di katak, kunci di pokok cempaka dan kunci di patung udah semua dirungkai.

    ReplyDelete
  49. Mohon jasa baik tok belagak dan rakan seperjuangan menderma strategi lain yang ada.

    Sekarang terdapat 9 ekor kepala jin(kafir yang berbeza bunyinya) lagi yang terdapat dalam badan. Saya kasihan kepada pesakit kerana terganggu amal ibadatnya. Sepanjang masa berbunyi seperti HIIIKKK (macam khinzir pon ada, tikus pon ada, macam macam) , sendawa dan muntah.

    ReplyDelete

  50. kalau pesakit boleh berjalan bawala ke pro1DS ;)

    ReplyDelete
  51. Terlupa dinyatakan terdapat base camp jin jin tersebut di belakang badan sebesar tapak tangan. Udah di cuba guna melarutkan dengan NUR, belah batin dan bermacam lagi tapi dari segi fizikal cuma pecah dalam sahaja (jadi macam orang putih sampai nampak urat atau pembuluh darah). Terpaksa ubah strategi kerana sakit macam WAX bulu dada. JEM dah saya

    ReplyDelete
  52. Boleh tapi dari segi kemampuan pesakit saya minta maaf. X semua orang mampu menanggung kos perjalanan, tempat tinggal dan berbagai lagi.

    ReplyDelete

  53. Hang forwad la details pesakit tu menggunakan tenologi without transportation cost or whatever cost kpd TOk dan nego la ngan TOK mengenai pengerasnya ...errr ... byr ansur2 ka ... tp kalau hutang tetap kena byr , kelak ROH bergayutan sana sini , ishkk pepandai jer aku ... sekadar memberi pandangan ..

    ReplyDelete
  54. Apa yang dimaksudkan "Itulah rahsia perubatan" selepas melakukan solat istikharah?

    ReplyDelete
  55. Besar bebenor pintu highway kek badan psakit tu. Patut la...

    dah coba teknik air limpahan dalam cerito sihir minyak dagu tu?

    ReplyDelete
  56. lekap dgn daun sireh dah cukup wahai saudara hafez...

    ReplyDelete
  57. Salam er dah e-mail detail ke Tok Belagak??

    ReplyDelete
  58. Ko dah kena main dgn Dewa ni...800 tahun tak selesai...

    ReplyDelete
  59. Atau kalau payah sangat guna aje zikir nafas...adjust sikit...Tgk Dewa langit ke berapa...

    ReplyDelete
  60. Fendy..ko dah pandai gini..pasti ada guru...suruh le dia bantu...bukan susah sangat pun...DEWA tu nanti ko kasi kat DEN...muleh den buek target practice...

    ReplyDelete
  61. Kita kan ada 4 nur...kalau pakai nur makrifat je..tu angan-angan namanya. sama seperti reiki dan aliran tenaga dalam yg lain

    Nur Sejati dari kurniaan Allah biasanya dari zikir yg terbit di hati yg terdalam sehingga memancar huruf Alif..seperti lampu kalimantang tu.

    Bawa aje ke Pro Darul Saka..ramai pendekar WFH..Kos yg mahal biasanya pengangkutan...dan penginapan..Ynag lain ikhlas je..

    Ramai dah meleleh air liur nak test ilmu depa...Kita kan boleh guna zikir zat Aaa Eee Uuu atau kembali kepada hakikat insan iaitu kosong atau ADAM, Alif Dal Mim ..Allah Berdalil Muhammad dan banyak lagi kaedah...atau huruf hamzah yang menyatakan Allah Muhammad...banyak lagi khazanah Allah...

    ReplyDelete
  62. Mengikut firasat den, tuan buleh merujuk kepada pendita Din Beserah dlm hal dewa ni..dia picit je mati..

    Perghh (Din B aku up nama kau)

    ReplyDelete
  63. bnyk la ko si teruna kacak epal..aku mano tahu apo2..ish2..

    ReplyDelete
  64. salam..tok

    maaf bertanya..
    bole tak saya dapatkan no talipon
    Pro Darul Saka..

    untuk kemudahan mengikuti kursus,rawatan dll..
    saya pon asik sakit jerk..nk gak jmpa tok utk berubat.

    nasihat saya kepada jin2 n manusia yg berumatkan nabi muhammad saw :

    pernah dngr 4 kluhan nabi adam?

    nabi adam buat dosa..taubat die di terima di satu tmpat jerk
    di jabal ape ntah.( sory lupe lak )
    hahahaha

    tp umat nabi muhammad
    klu buat dosa..
    bleh taubat kat mana2
    smua diterima

    nabi adam buat dosa..Allah pisahkan dgn isteri
    tp umat nabi buat dosa
    Allah biarkan bersama nabi
    eh..silap
    bersama suami isteri


    nabi adam buat dosa..
    Allah telanjangkan

    tp umat nabi ada sampai buat dosa sambil telanjang
    (kelebihan umat nabi muhammad)

    Klu tu pon takde keinginan nk bertaubat..
    x tau le..

    EMAIL SAYA : bai.haqqi@yahoo.com

    kalu ada sesiapa sudi untuk emailkan no phone pada saya bole la hantar
    kat email saya.

    jazakallah..

    ReplyDelete
  65. Ala...kan kau yg menggegar kediaman dewa2 pergunungan tibet smpai diorang mencecet...

    ReplyDelete
  66. "".Kita kan boleh guna zikir zat Aaa Eee Uuu atau kembali kepada hakikat insan iaitu kosong atau ADAM, Alif Dal Mim ..Allah Berdalil Muhammad dan banyak lagi kaedah...atau huruf hamzah yang menyatakan Allah Muhammad...banyak lagi khazanah Allah... ""

    wahhh tok dah mula kupas sikit2 ilmu tuh...teruskan tok...minat utk dgr n blajar...

    ReplyDelete
  67. mak uih, dasat-dasat la ilmu korg.den kasi tabik spring satu..

    ReplyDelete
  68. Den jugak duk kek topi satu hapah pun tak paham huhuhuhu

    ReplyDelete
  69. Namun kena lamkan kawasan jantung dulu. Supaya depa tak dapek lepak kat situ?

    ReplyDelete
  70. tok...ajau satu satu ilmu musyahadah tok...mula pingkat bawah..lam jalalah dlu...bley tok..hehehe

    ReplyDelete
  71. Aaa Eee Uuu tu camgitu ke tok...

    ReplyDelete
  72. Epal sudah masak ranum sedap makan bersama strawberi

    ReplyDelete
  73. hahaha habsi, ini epal bukan sebarang epal, nak makan kena ilmu tinggi laieee baru bleh makan .. :p

    ReplyDelete
  74. Assalamualaikum....

    Insyallah saya saya akan cuba sekali lagi cara zikir nafas. Tetapi agak merbahaya kerana sudah mencuba. Tangan dan urat menjadi hitam ketika proses membuang.

    Semalam saya x sempat online terpaksa pergi rumah pesakit kerana terlalu tenat selepas proses pembuangan 2 hari lepas. terpaksa pulihkan kesihatannya dahulu.

    Selepas di semak nyawa jin jin yang terkandung dalam badan terdapat pada kayu yang diikat dalam tengkorak (watt di naratiwat, thailand) dan separuh lagi terdapat pada bomoh yang kenakan pesakit.

    Kalau ikutkan hati dah lama pergi rumah tok bomoh tuh pukul. Siap dia cakap dia nak pesakit
    nak bagi pesakit bunyi macam babi x boleh berjumpa dengan orang

    ReplyDelete
  75. Sebetulnya dah ramai yang cuba ubati pesakit ini. tetapi ada yang pengsan 2 hari, tangan lumpuh, berbuih mulut (anak murid ustaz haron din) dan bermacam macam lagi. Alhamdullilah setakat ini saya dan rakan-rakan masih sihat seperti biasa.

    Cuma masih memikirkan strategi supaya tidak merosakkan badan pesakit dan beroleh kemenangan.

    ReplyDelete
  76. Ko suruh pesakit tu pandang dgn matahati yg paling dalam. Lafaskan zikir allah allah..didalam hati...sampai dia rasa yg ujud hanyalah allah semata. Sure mudah je ko nak buang. Tapi kalau ko tak dapek cari dewa yg duk suplly jin tu..800 hari lagi setel le....

    Kalau ko mampu....timbulkan kalimah didahi mamat tu. Baru nangis Dewa. Ko refer je kat guru ko. Alif Lam Lam Ha Alif Kaf Ba Ro. Bukan susah pun. Kalau level guru pasti tahu. Alif Ain Sod. Lepas tu ko masukan dalam Allah Muhammad Adam.

    ReplyDelete
  77. salam, masyallah terasa tak layaknya duduk dalam forum ni bila tok terangkan kaedah2 perawatan... tapi atas dasar pengalaman dan info2 teknik rawatan ku teruskan jua...layaaaaaaannnnnn

    ReplyDelete
  78. "Ko suruh pesakit tu pandang dgn matahati yg paling dalam. Lafaskan zikir allah allah..didalam hati...sampai dia rasa yg ujud hanyalah allah semata."

    Terimo kasih Balogak. Dah lamo Den tunggu kaifiyat zikir sirri dari Ekau. Sobab ekau pernah kato semuo yang ekau tulis kek blog ni dongan niat ijazah, mako Den pun kiro muleh amal zikir sirri ni yo..

    ReplyDelete
  79. Yep...ilmu Allah maha luas....amal je....ko bukan Wahabi kan ? Dorang kato syirik ma....nabi tak ajar...

    ReplyDelete
  80. Wahhabi? No..!! No..!! No way..!!

    Ni Den sayang kek Balogak ni

    muuaaahh..!!

    ReplyDelete
  81. Kalau Fendy dah dapat trace mana bmhnya lagi senang....ko lam kan jo dan putuskan talian...antara bomoh dan jin....baru sonang titik...baru huru hara JIN dan Tok Moh tidak dapat saling bantu membantu

    Namun ada JIN tahap tinggi yg berlindung dalam Lam Jalalah. Senjata ghaib dan jurus semua dia muleh tepis....

    ReplyDelete
  82. buatkan lamalif pada badan pesakit tu..

    guna ibu jari kanan..dari bahu kanan ya hayyu turun ke pusat buat bulatan ya qoyyum dan ke bahu kiri la lamut..

    suruh dia lafas :

    "aku zat engkau sifat, leburlah engkau dalam zatku.."tarik nafas dan telan..

    zikir..allah..allah..makrifatkan zikir tu dalam bulatan lam alif tadi sepanjang masa...

    sentiasa pantau.. sampai sembuh..pastikan pesakit jangan putus zikir..aku tengok tok moh ni sentiasa update sihirnya..

    sekadar ingin membantu.. Innalbaatilakanazahuqo...

    ReplyDelete
  83. Alhamdullillah. Semua dah dikesan. Bantuan dari Allah bala tentera dari langit dan di bumi sedia membantu. Hujan rahmat pon dah turun. Malaikat Rhodu dan Malaikat zabaniah pon dah bersedia.

    Doakan kami berjaya. Insyallah.

    ReplyDelete
  84. Terpaku dan tak terjangkau di fikiran saya..betapa luasnya ilmu Allah..betapa kerdil saya rasakan...
    Semoga perjuangan Hafez Effandy dan sahabat2 di rahmati Allah..dan beroleh kemenangan..Amin.

    ReplyDelete
  85. alhamdulillah...Thx for sifu tok qiyai blagak dan tukang zass yang memberi sedikit kaedahnya...HU..HU...Baru nak buka zikir sir r ni...Dah lamo tak dongar sifu beri pencerahan gini...He.he..Raso panas si patient tu plak kalo Dio pakai zikir Ismu zat yang sifu tok qiyai blagak bagikan...Conform melilai macam anjing kono sembelih...Cahaya VS Kegolapan....Apo yang ESE dapek kongsi dari ilmu yang cetek ni,suh patient 2 serah bulat2 pada Allah...tawakal...Kekuatan bukan pada perawat,tapi kono pada kekuatan patient itu sendiri...Kalo tauhid patient lari susah beb...

    ReplyDelete
  86. makin rancak...teruskan...mahu baca....lepas g kursus nanti leh amik skill2 neh...tq tok n d geng

    ReplyDelete
  87. DarulSemangka said...
    "Wahhabi? No..!! No..!! No way..!!
    Ni Den sayang kek Balogak ni
    muuaaahh..!!"

    wei darulsemangka... kau jangan nak muuahh kat tok belagak lak.. nanti wahabi ingat kau pengikut dia... hati2 sket.. kalau nak mmuahhh pun, muuaah la kat fatin aina najwa anak tok belagak tu...

    ReplyDelete
  88. layannnnnnnnnnnnnnn.....jangan hidup anda diselubungi misteri ....Maha luasnya Allah Allah SWT....

    ReplyDelete
  89. ralat Allah Allah = Ilmu Allah...

    ReplyDelete
  90. pembetulan : lam alif ke bahu kiri LA YAMUT (tidak mati) bukan la lamut..

    tujuan lam alif adalah pendinding dan pemusnah kebatilan di dalam diri...

    boleh di buat di pintu rumah sebagai pendinding dari segala kejahatan makhluk..

    ReplyDelete
  91. sorry nak menyampuk sikit. kenapa tak titik aje tok moh tu.... sebab kalau patient tu pulih pun, hang pa yg merawat akan jadi next target. So kumpul ramai-ramai perawat yg satu aliran, kasi mati aje bomoh tu.

    kalau tidak, masa korang dah tak merawat (pencen), dok sorang-sorang. Masa ni le mana-mana kes sihir yg korang pernah settlekan, tok moh tu akan serang saling berganti......

    Just kill them before they kill you. DIE! DIE! DIE!

    Ini le baru fisabilillah. Tak perlu sibuk nak bunuh Yahudi kat Israel nun.... settle masalah domestic dulu......

    kepada yg tak berani tu, cukup sekadar berdoa dan hadiah le apa-apa yg patut kepada pejuang-pejuang ni.

    ReplyDelete
  92. Ketika merawat pun Perawat harus merasakan bahawa tiada apa2 kuasa pun kecuali Allah s.w.t jua yg ujud semata-mata...

    Nampaknya tak selesai lagi KES tu...why Not Fendy just email me the name and the address..Let The Pro handle....Segar bugar lagi Dewa tu...Muleh jadi PET baru DEN tu...DEN dapek Pet baru kelmarin..JIN macam Nyi Blorong...Aina Najwa tgk DEN simpan dalam botol terus lari...nanak antu...

    ReplyDelete
  93. aslmkm tok belagak.
    dalam ilmu musyahadah ni apakah peringkat yg tertinggi sekali.ehem cam reporter plak.

    ReplyDelete
  94. Assalamualaikum......

    Tepat sekali kata-kata tok belagak. Belum selesai.

    Selepas difikirkan kata-kata rakan seperjuangan ghaib dan nyata beserta tok belagak dan rakan seperjuangan, saya terima hakikat. Allah jua yang berkuasa dan tidak mengizinkan kami merungkainya. Jika difikirkan jin yang berada dalam badan adalah mudah. Tapi kasihan saya tengok pesakit sekali saya buang, berguling atas lantai menahan kesakitan.

    ReplyDelete
  95. bila bicara ttg dewa ni. teringin nk bwk kwn sy yg kene mainan ilmu dewa ni kat pro darulsaka. da 2 tahun menderita. perawat dan tok moh2 da ramai surrender.. cume budget tak ckup lagi.. insyaAllah

    ReplyDelete
  96. teruskan perjuangan anda semua (Tok Belagak and the geng) dalam menangani mslh yg membabitkan penganiyaan sesama manusia yg melibatkan alam ghaib ni. Semoga Allah sentiasa bersama anda semua...Semoga usaha anda semua mendapat redha dari Allah SWT... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  97. Tahap tertinggi dalam Musyahadah ialah apabila kamu menyaksikan.

    ReplyDelete
  98. Fendy ko kasi je kat Puak2 Wahabi....tengok depa muleh setel ke idak..

    ReplyDelete
  99. Fenday
    "Allah jua yang berkuasa dan tidak mengizinkan kami merungkainya."

    ada sebab belum dizinkanNya..cuba backtrack..dgn pesakit..atau method2 yg dicuba...ada lopehole?ada yang hendak ditunjuk/suruh cari olehNya....bila dah nampak..and sampai masa insyaAllah ada izin..dah cuba dua rakaat and tanya petunjuk ?..semoga pesakit dizinkan sembuh olehNya..harap the Pro dizinkan olehNya..ameen..

    ReplyDelete
  100. deng nok menyampuk dok reti...

    deng blajo je la...

    cedok ilmu yg dizahirkan melalui perbincangan...walaupun agak nakal...

    sowi tok...deng memandai...

    ReplyDelete
  101. Setuju dgn bro Rozaimy ... TITIK TOK MOH... BOLEH GUNA YASIN 40...ikut hukum Islam ahli sihir kena bunuh

    ReplyDelete
  102. salam bro..kongsi ilmu yang cetek nih..sekadar membantu geng-geng Rock and kapak..Ado barang baik yang nak Allah tunjukkan tu..Entah2 ilham baru kot,jurus super saaiya 4 ker,..minta pentunjuk ek...Apo yang baik guna kekuatan untuk lawan kelemahan...Guna peluang untuk atasi kelemahan...Apo pun meme kito ado kelemahan...Kita gagahi dgn peluang...Hehe... cuba cari peluang and kelemahan....Pasti ado jawapannya...Ape pun tawakal aje lah bro...Atau tak pun suh patient tu Serah bulat pada Allah Taa,ala..Kelemahan kito ni pada tawakal aje lah beb....Kalau tauhid patient terubang ambing memang susah nak setle..Tapi yang pasti meme susah ler suh Patient Serah bulat2,tak pasal2 alien dalam badan tu meliat macam ayam kono salai...He..he..cakap ajo lobih ni..Apo yang baik ambik ler yang buruk buang sampah yek....La haula wala ku ata illa billah.....

    ReplyDelete
  103. Alhamdulliah. Sembahyang istikharah pon dah buat.

    Tapi relek saja jawapan

    "Itu lah rahsia perubatan"

    Adala saya simpan jin dalam botol. Tapi jin tu nampak bodoh saja. Masih mencari kawan mistik yang lain lain lagi untuk bertanya permasalahan ini. Tok Guru rujukan ada di Kelantan sebab isteri dalam pantang.

    ReplyDelete
  104. Saya segan nak bercerita kalau bukan ahli. Nanti jadi macam dulu orang cakap gila. Kalau nak cerita
    masuk hingga bab macam tok belagak cerita juga. Alam dewata raya, malaikat, bala tentera ghaib (macam cerita Lord Of The Ring), cerita macam Planet of The Apes dan macam macam lagi.

    Belajar dengan tok belagak memang best. Banyak lagi rahsia yang belum dibuka.

    Ilmu dan teknologi Allah ini bukan sahaja untuk kegunaan ini sahaja malah merangkumi semua (penyakit nyata). Pandai pandai la olah.

    ReplyDelete
  105. Dah tanya bab tu dekat geng wahabi dulu. diaorang cakap saya syirik percaya benda karut.

    ReplyDelete
  106. Sebijik sama dah ngn cite dalam SBDJ ;-)

    ReplyDelete
  107. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  108. moga2 sahabat semua dibawah rahmat Allah...

    ReplyDelete
  109. salam semua.saya new forumer disini.banyak ilmu disini memberikan manafaat untuk kita bersama dan menolong sesama insan dalam kesusahan.harap kita dpt saling membantu dlm memerangi kebatilan.nak tanya tok belagak camner nak guna bom nuklear dlm kes fandi

    ReplyDelete
  110. "Sebijik sama dah ngn cite dalam SBDJ ;-)"

    Den ingat ekau ni pembaco baru. Memang banyak permintaan cerito2 di blog ini dibukukan, macam siri SBDJ. Tapi Tok Balogak selalu jawab dongan buek lawak ajo. Den raso ado "strategi baik punyo" di situ.

    1. Paparan cerito berunsur cerio dan meriah. Jadi "Pembaco Sasaran" adolah remajo / orang mudo. Tapi orang tuo macam Den ni pulak yang lobih.

    2. Mempromosikan Aliran Musyahadah. Golongan yang paling payah nak tarik ke arah Musyahadah ialah orang mudo. Sobab mereko suko berhibur.

    3. Selalu ado pesanan penajo "Jauhi Wahhabi. Aqidah Sihat dan Cergas". Ado amaran tentang Tauhid dan Aqidah di situ.

    4. Jiko dibukukan, ijazah amalan tidak merato. Yang beli buku ajo dapek beramal.

    Jiko ekau rajin baco daripado posting awal, dah banyak amalan yang diijazahkan:

    -Tauhid Sifat 20.
    -Zikir Jahar Nafi Isbat
    -Zikir Sirri Jalal Allah
    -Pembuko amalan
    -Macam2 laie "Free of Charge"

    Selamat membaco dan beramal.

    ReplyDelete
  111. hehe...betui kato D.Semangko tu...Biaso kalo ilmu ni,beli sana beli sini...Siap buat jualan lagi tu...Sedangkan Allah tak jual ilmu beb...He..he..Free ajo..Cuma kito ajo,ado yang malas nak beramal ado yang suka and banyak lagi..

    ReplyDelete
  112. mana sedara fendi kita ni...apa kesudahan cerita berjihad dengan dewa2 tuhh

    ReplyDelete
  113. Assalamualaikum.....

    Alhamdullilah semua dah selamat. Idea dah sampai petang semalam.

    Mula mula dimandikan dengan air garam. Sekali pesakit jadi macam taufu fa. Cahaya nur di modified berada di seluruh tangan dan membentuk pedang. Ditambah dengan jurus gerakan. Semua nya diambil dibuat lorong hingga ke jari kaki
    kanan. Selepas keluar jin Islam bawa naik ke langit dan musnahkan di atas.

    Keadaan pesakit teruk jugak. Tetapi dia ingin juga keluarkan walaupun sakit berguling guling.

    Ketika paling lawak masa ada sekali tu tikam bahagian belakang pesakit buang angin(kentut) hingga hampir 1 minit. Sessi gelak ketawa berlaku.

    Terima kasih semua ke atas doa dan nasihat. Alhamdullilah

    ReplyDelete
  114. Kepada Abang Rozaimy
    Saya belum pernah lagi titik bomoh. Xsampai hati cuma tawarkan ilmu yang x elok dan doakan dapat petunjuk dari Allah sahaja. Saya ikut konsep sama macam Tok Belagak (seperti yasin 7 mubin).

    Cuba mohon ilmu dan khasiat Insyallah dari Tok Belagak. Saya pon teringin juga. Tengok orang yang benar benar hidup dan matinya kerana Allah, tenang hati saya tengok.

    Semoga disampaikan fazilat alfatihah kepada semua pengikut darul saka kerana Allah s.w.t.
    Al fatihah

    ReplyDelete
  115. for hafez>>>Alhamdulillah semuanya dah selamat,Macam story kombat tu....kepada Tok qiyai belagak..ESE nak tanyo sikit sifu,rasonya kalo kito dah abis retual satey gagak nih...Golongan mereka ni menjelma ke tak...Rasanya mesti ado histeria kan...Mesti susah nak settle,maner tak yer...Semuanya yang membuat retual tu kosong ilmu....TAk ado ilmu.

    ReplyDelete
  116. alhamdulillahhh berakhir sudah episode berlawan dengan dewa selama 800 hr...:)

    ReplyDelete
  117. Den dapat nama tu dalam 3-4 hari lepas. Sehari lepas tu baoru den perasan fendi dah kasi nama. Den tgk dewa langit 3 aje..so den kaut simpan dalam botol di darulsaka. Den nak jadi kan bahan ujikaji kepada murid senior untuk membelasah dewa. Mamat tu kena sihir sikit je..yg lebih ialah amalan kebatinan dia sendiri yg mengundang benda2 bodoh ni. Lepas den kaut...den balas email kat Fendi....the story end bila fendi buat clearing..dah takde supplier dari dewa.

    Biasa je kes camni...namun bagus utk pengalaman fendi. Kalau wahabi...tunggu kiamat le.....

    ReplyDelete
  118. salam,


    Penjual hendaklah datang seorang tanpa berteman dan mulakan jeritan SATEY
    GAGAK...SATEY GAGAK...SATEY GAGAK. Pastikan tajwidnya betul.

    SATEY GAGAK-Gilo punyo kojo.
    kalu jin tu kidnap saya n satey2 gagak tu sekali amacam tok.!?

    betul ker jin tu makan satey gagak jer?

    liley tak nk join sekali bakar satey gagak ker?
    senyap jer..hehe

    ReplyDelete
  119. Org kato jin nie lemah bila dia muncul dlm bentuk zahir. Kalo dia melawan ko tikam jer mata dia ngan lidi satay. Hahhaa..

    ReplyDelete
  120. tok kalu buh CCTV diaorang dtg tak? diaorang tahu tak? bleh buat video clip n jual kat TV3..dapat duit lagi ma..royalti...meniaga mesti mau untung to the max maa.. $$$

    ReplyDelete
  121. Tok, kalau penjual satey gagak ni menurunkan harga...ada chance nyawa melayang ke tok? Berisiko gak jual satey gagak ni....

    ReplyDelete
  122. Alfatihah kepada Azam Kuala Kangsar...
    Antara blogger yang kerap komen di blog sini dan pernah pergi kursus di UIA ..
    http://rozaimy.komputer.com.my/435#comments
    http://azamanakfelda.blogspot.com/2009/09/esok-bila-ayah-pergi.html

    ReplyDelete
  123. Sayu baca pesanan arwah buat anak-anaknya..
    Al-Fatihah buat arwah Azam..moga ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman..Amin.

    ReplyDelete
  124. Sesiapa nak try tengok jin bolehlah amalkan ilmu.bila dah nampak jin, scanner engkorang dah terbuka la tu.bolehlah scan macam2

    ReplyDelete
  125. kalu gagak albino?lagi mahal ke tok?

    ReplyDelete
  126. tok, gagak jenis yg mcmana utk dibuat sate? jenis gagak yg mempunyai 3 jari sahaja kerr tok?

    ReplyDelete
  127. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  128. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  129. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  130. jemput la masuk..rumah tak kunci..hehehe..

    ReplyDelete
  131. Salam fyza, ambo ore kelate jugok
    Molek benar la kalu nak nuntut ilmu dgn tok belagak ni. Wat kelik kelate... boring sungguh ambo tgk ore kelate asyik berpolitik. Time ceramah politik penuh padang, tp bila time belajar agama dok rama mano.. Ambo wi sale iklas, buke nok ngorat.. sori tok tupe lalu

    ReplyDelete
  132. pakak ngaku kelate la pulok. hmmm kecek pasa agamo, hok kawe rusing kepalo, dale buku terbite jheik po ado ajare wahabi. huk aloh la....

    ReplyDelete
  133. hehe..cam gitu la..ada gula ada semut..hihihi..normal tuh

    ReplyDelete
  134. huhu...rmai ngat ore klatenyh...suko asenyh dih pakat jupo lam blog gnih....pkat bkak mata nak ngaji blako...alhamdulillah...salam kenal la ...

    ReplyDelete
  135. p/s:po ore tuo la plok aku kecek...hehe

    ReplyDelete
  136. akak rasa kalau bangBlagak yg nak jual sate gagak sure bapak jin tak berani nak menjelma walaupun anak2 jin merengek2 & berguling2 bagai nak rak ... sebabnya takut silap aribulan semua masuk botol daaaaa ....

    ReplyDelete
  137. salam tok... kalau satey gagak tu kita jual selain dengan wang ringgit boleh tak? sbg contoh kalau kita jual satey tu dengan berlian tulen ke..

    ReplyDelete
  138. kalau teman, teman tak pakai sate gagak...
    teman pakai telur ayam bulu balik...

    ReplyDelete
  139. Silahkan bila ada yang berminat dengan gagak berjari 3.Hubungi +628565300028

    ReplyDelete