19.10.10

Air Zam Zam - Holy Water

Apo nak jadi sekarang ni...Sabtu lopeh ada patient kato dio pi satu pusat rawtan terkenal..kono beli air zam zam 3 botol..satu untuk minum satu untuk sapu satu untuk mandi...mak ai..ini macam punya Ustaz pun ada ka..meniaga air zam zam..ingat Air Zam Zam tu barang komoditi yg di HOLY WATERkan ke...? Maka dengan ini Air Zam Zam pun luas di perniagakan atas dasar perubatan Islam...mampusle pesakit2 sihir dimana negara mereka tidak mampu mengimpot air Zam Zam...


Usahle percaya cakap dorang walaupun mereka amat fasih dan hafal Al-Quran semata mata nak melariskan Air Zam- Zam. Ingat walaupun tiada kelulusan khusus bab agama..tapi jangan ingat kami mudah di permainkan dgn air Zam Zam..sampai rendam batu pun pakai air Zam Zam..nasib bukan batu orang Ganu...ha..ha...ha..

Kalau setakat batu bunian dari alam ghaib ke..just baca Bismillah..pegang..setel..apa ke jadah nya rendam air Zam Zam..agak agak le kalau nak meniaga...kalau nak meniaga meh jumpa DEN..Master Gold Dealer Public Gold Fine International Sdn Bhd. Kita bicara tentang komoditi yg rasulullah s.a.w bicara bab Dinar dan Dirham..Siapa yg kena sihir..beli dinar kat DEN rendam minum air tu..lari le JIN...kalau beli emas Jongkong 100 gram atau 1 kg bapak Jin pun lari..kalau nak halau Hantu Raya berkepak belilah perak jongkong seberat 250 gm.

Apa apa pun janganlah kita memberhalakan Air Zam Zam...

Den selalu dihadiahkan air zam zam botol kecik dan besar..botol kecik tu tertulis harga rm 10, 12 dan 14...maka jadilah ia air yg bernilai tapi sepatutnya air yang tak TERNILAI.....
Untuk menghilangkan rasa bersalah..maka ada tertulis di pelekat : harga adalah untuk mengatasi masalah pengangkutan dan pembotolan.

Mari kita belajar Matematik....
Untuk mendapatkan Petrol, Malaysia terpaksa mengimpot dari negara luar...kemudian di proses di logi minyak Petronas di Melaka..
Minyak sukar diurus atas sebabnya yg mudah terbakar dan bersifat kimia..dan untuk proses pula memerlukan sebuah logi bernilai at least
17,000 jongkong emas seberat 1 kg setiap satu...korang kiralah sendiri..nanti beli kat DEN omeh banyak tu...DEN kasi percuma Air Zam Zam 5 dozen bagi setiap 1 jongkong emas korang beli...
Final produk ialah petrol Ron 95...iolah DEN pakai Naza Ria jo...so isi minyak murahle..lainle kalau pakai Alphard...harga untuk 1 liter ialah RM 1.85...maka untuk 500ml dibawah Rm 1...murah dari Air Zam Zam yg dijual Rm 10, 12, 14, 20 utk 500 ml....
Kalau setakat nak buang Jin...minum je air Lemuju kat tempat DEN...sebotol baru Rm 6 ...2 botol Rm 10....ramai orang kena rasuk minum je muntah dengan JIN JIN sekali...Dare to drink ?

Apakah rahsia air ZAM ZAM bila Den cakap jangan jadikan Air Zam Zam itu air yg BERNILAI..sebab kalau perawat kelentong cakap..awak wajib beli air Zam Zam dari kami dengan Harga Sebotol 500ml RM 100 pun ... Pesakit akan beli...Sewajarnya kita umat Islam letakan balik martabat air ZAM ZAM sebagai air yang TIDAK TERNILAI di alam ini.

38 comments:


  1. haha ... jom boli omah ramai2....

    ReplyDelete
  2. Ya betul..air zam zam bukan sandaran...

    ReplyDelete

  3. boli omah ngan tok dapek package cam citer dalam blog tu... mano ado laie kek dunia nie ..jom serbu ..

    ReplyDelete
  4. 2 minggu lepas berlangsung klinik mengatasi gangguan makhluk halus di Jln Duta, dikatakan pesakit kena bayar utk yuran daftar lain dan KENA BELI AIR ZAM-ZAM + CD RUQYAH = RM2++ . Kalau nak diikutkan berapa sangatlah harga pasaran air tu kat luar dan harga sebuah CD. Mengarut betul la..

    ReplyDelete
  5. perghhh... marah tok psl air zam2 dari ari tu x ilang2 lg.... huhu

    ReplyDelete
  6. ada kebenarannya juga kata tok belagak.

    ReplyDelete
  7. ada kebenaran juga kata tok belagak ni. sekarang ni ramai perawat islam yg bergelar ustaz ini cari makan, macam macam produk dijual atas nama islam contoh minyak wangi ruqyah, air zam zam ruqyah, air mineral ruqyah, kismis ruqyah dan segala macam ruqyah dan harganya memang agak mahal. kesembuhan plak dia kata tu kuasa Allah.

    kalau macam tu kita semua pun boleh jadi perawat, tak sembuh je kita pinjam istilah " kita doa dan usaha aje, kuasa dari Allah". dalam waktu yg sama satu malam dapat 5 pesakit pun cukuplah, sebulan je dalam tangan ribu ribu.

    ReplyDelete
  8. air zam zam... hmm sedapnya penghilang dahaga ketika kehausan... teringat kisah nabi allah ismail ... baginda dan ibunya mencari air di padang pasir yg tandus... berkat kenabian nabi allah ismail.. dari hentakan kaki kecilnya ..
    maka terpancutlah air....
    sempena musim haji ini mari kita sama2 ambil iktibar dr sirah tersebut.. wallahu a'lam

    ReplyDelete
  9. Salam... ada banyak kebaikan yg dinyatakan tentang Zam-zam (al-Syabba'ah) yg diriwayatkan dlm hadith2 rasul...
    Antaranya

    "Air terbaik di muka bumi ini ialah zam-zam, ia spt (sejenis) makanan dan penyembuh kepada penyakit2."

    "Nabi biasa membawa air zam-zam dalam bekas yg kecil atau besar, di gunakan utk menyiram dirinya, berwudhu' dan air minum; juga menyiram dan memberi minum orang yg sakit."

    " Air Zam-zam itu bagi apa yg ia niatkan."

    ReplyDelete
  10. Jd Air zam-zam dh mmg terjamin dr langit akan kebaikannya dgn izin Allah... Sedangkan limau nipis yg xde dlm hadith tu pn mujarrob dibuat ubat, apo lg la air zam-zam.... wallahu a'alam....

    ReplyDelete
  11. Udah menjadi Kebiasaan tu Tok, suatu tanggapan Org MeLayu Khususnya, dlm meNiLai air Zam2... yg mmg tak TerNiLai

    Pas ni muncul ler pulak, "JuTawan Air Zam2 Ala Kazam" isk isk Org MeLayu... Utz MeLayu... Kesian MeLayu...

    Elok Tok wat Pencerahan cara2 dan kaedah sebenar, dlm Penggunaan Air Zam2 nih, supaya x menjadi mcm HoLyWater or berHala Water ker.. Moga terpelihara Iman dan Tauhid Org MeLayu khususnya, TKasih Tok.

    ReplyDelete
  12. Ulama "Ku" tiadak takut....teruskan Tok Belagak.

    ReplyDelete
  13. biasalah tu...dulu zaman bomoh yang top, bomoh boleh kaya rasa...skrg ni zaman ustaz-ustaz pulak...baik ramai-ramai pakat jadi ustaz segera pastu buat iklan perubatan Islam...mesti kaya...hahahaha...belajar kat Sharhan, nanti ada sanad kat dia.

    hantu raya berkepak...memang betul sabda baginda Rasulullah ttg jin...tapi adakah baginda beritahu hantu raya berkepak?...yang Sharhan ni tahu hantu raya berkepak dari mana?..dia nampak ke?... kalau berkepak pun apakah itu hantu raya?...

    ustaz-ustaz macam nilah yang membuatkan org mula ragu dgn perubatan Islam...tambat kat jirat cina baru dia tahu!!!

    ReplyDelete
  14. Salam saudara2 semua. Mmg betul apa yg TB komen pasal air zam-zam tu. zaman skrg ada antara org2 "alim" yg buat bisnes dgn ayat2 Allah dan air zam-zam. kalau nak buat bisnes pn agak-agak la. bab agama ramai yg boleh berhujah tapi bila sampai bab "fulus" atau duit uztaz2 pn gelap mata...

    Takkan la ustaz2 tak dapat bezakan air zam-zam dan air liur. maaf cakap.. jika niat ikhlas dan jalan betul disertai dgn ilmu Allah yg mantap, insyaAllah rezeki akan datang, tapi jika dah sampai nak jualbeli air zam-zam dan berselindung dgn "upah pengangkutan" tak masuk akal jika harganya sampai RM10 satu botol...kata TB ada betulnya.

    TB, teruskan usaha tuan perangi kebatilan mengikut kemampuan masing2.

    ReplyDelete
  15. Ustaz Sharhan,suruh p rendam batu permata yg dijumpai di rumah Siti Balqis(budak asyik hilang)kt terengganu dlm air zam2 supaya x hilang.tapi hilang jugak.ok sekarang ni air zam2 2 mcm xde power apa2.p tabur garam pun buat pagar.still jin/bunian/syaitan ker,masih boleh masuk jugak.sekarang ni nak percaya kt sapa.Ustaz Sharhan ke.atau benda2 air zam2,garam,baca ayat quran dan ikhtiar macam2.still Allah x sembuhkan juga.so mesti ada yg tak kena dengan perawat 2.doa x makbul.ramai lagi perawat islam atau alternatif yg beraliran ahli sunnah wal -jamaah .

    ReplyDelete
  16. Pembetulan hadith:
    "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

    Minum, baru niat.

    Bukan rendam batu.

    ReplyDelete
  17. Tok Belagak cakap tentang manupulasi harga ... dan isu air zam-zam jadi ubat atau tidak, bukanlah perkara pokok yg Tok Belagak cakapkan, kekadang org yg sakit tak mampu tapi sebab nak sihat bayar juga

    ReplyDelete
  18. Ubat org dahla x baik..hantu ry kata klas tinggi..kaut untung x hingat...keter mewah..bila patient x baik berulang kna carge air lg...aduh mmg con la mamat ni..

    ReplyDelete
  19. betul... setakat botol kecik sampai berpuluh ringgit...hehehe segalanya bermula dgn niat dan usaha anda...

    ReplyDelete
  20. Memang betul ape yg TB cakapkan....

    ReplyDelete
  21. Diharapkan kita semua berlapang dada utk fahami mesej dr Tok berhubung air zam-zam...

    Silap paham tu yg menimbulkan buruk sangka kpd tok...

    Semuanya adalah berkait dgn aqidah. yakni Hanya ALLAH SWT sahaja yg berkuasa.

    Niat semasa minum air zam-zam hendaklah disertai dengan pergantungan yg jitu pd-Nya.. bukan pd air zam-zam itu.

    ReplyDelete
  22. http://www.rawatanislam.org/2010/10/darul-saka-membuat-onar-lagi.html

    ReplyDelete
  23. http://www.rawatanislam.org/2010/10/darul-saka-membuat-onar-lagi.html

    boleh komen x? any1?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum

    Pusat Rawatan One Darul Saka akan mengadakan

    Kursus Asas Rawatan Islam pada 31.Julai .2010 Hari Sabtu.(dah lepas)

    Tempat: Pusat Rawatan One Darulsaka
    10A. Jalan Anggerik Vanilla, 31/AF Kota Kemuning
    Shah Alam Selangor
    Yuran: RM 200 ------ (NIH KIRA MACAM MANA? NAK JUAL ILMU KE?
    Waktu : 9 am - 6 pm
    Tempat : Terhad kepada 40 peserta

    40 x 200 8000 - kaya kaya...

    ReplyDelete
  25. salam tok n semua ahli dlm blog ni.izinkan dan ijazahkan ilmunya dan amalannya...yee tok
    sy dah lama mengikuti blog ni dan berminat dgn perbincangannya

    ReplyDelete
  26. Pemuda Pemerhati..rm 200 adalah terlalu murah kalau sudah mampu merawat keluarga sendiri dari di rawat oleh Ustaz yg jual air zam dan madu..sebanyak Rm 240...

    Tempat kursus..masa DEN...lebih baik DEn merawat dari mengajar..bahkan pelajar DEN terus belajar dgn DEN walau sudah setahun...

    Kenapa tak cek umat Islam belajar ilmu Reiki yg sesat tu rm 1,000...

    ReplyDelete
  27. Pemuda pemerhati...klu nak banding RM200 dgn ilmu yg dpt tak ternilai harganya...bukan senang nak dpt ilmu yg tak menyesatkan. beli buku pun beli ilmu jg. ni lagi baik berdepan dgn yg diberi ilham untuk menyampaikan ilmu...

    ReplyDelete
  28. aku tgk kalau jadi "Perawat Islam" mesti cakap macam slang arab sikit..macam bukan orang melayu lak bila bercakap..macam dah berpuluh tahun dok tanah arab je..taktik ke apa??

    ReplyDelete
  29. salam TB... off topik jap... kalau ilmu ala-ala reiki tapi guna aura sufi sesat gak ker Tok? contohnya kat sini...
    http://bimashaktinetwork.blogspot.com/2010/10/sufistic-enlightment-energy.html

    mohon pencerahan Tok...

    ReplyDelete
  30. Masya Allah... bab yuran kursus rm200 tu pun ada org persoalkan... patut la ramai org islam sekarang berfikiran sempit & jumud.

    ReplyDelete
  31. Pemudapermehati ni kena gi sekolah belajar balik kira-kira tolak campur cukup le masuk bab darab n bahagi sure pening kepala, tak silap den darjah 1 ada belajar bab ni

    ReplyDelete
  32. jual ilmu?abis mngaji apa usuluddin ker syariah ker kat universit?sampai beribu2 habis?>adkah dr atau prof2 tu jual ilmu??
    fikir2 kan

    ReplyDelete
  33. bile cite pasal belajar rawatan islam(nk jadi perawat@doktor merawat diri sendiri@family) yg kene bayar yuran,mesti ade kutu persoalkan "ni nk jual ilmu ke?xikhlas ke mengaja?"

    tp bile belajar rawatan moden(nk jadi doktor@yg sewaktu dengannye) yg kene bayar yuran pengajian sampai berpuluh ribu tu,xde plak kutu nk persoalkan pasal jual ilmu ni...

    jem btol aku.

    ReplyDelete
  34. Subahanallah...maha suci Allah..untuk mengenal ilmu sesat kee tidak tu kena rujuk pada yg pakar. mcm tok.
    sesungguhnya ilmu yg sesat tu pun dtg dgn izin Allah..
    manusia itu telah diamanahkan memiliki dan mengetahui melebihi makhluk lain seperti dlm Al-baqarah ayat 16. klu nak mengenal ilmu amanah tanya Tok.

    ReplyDelete
  35. budak-budak masuk sekolah gomen pun tetiap tahun kono byr yuran jugak kat RM200 jugak tu. Padohal sekolah kerajaan tu. Tu blom laie masuk yuran ko kurikulum, persatuan, kelab yang ado kono byr yuran bulanan jugak.
    Agak2nyo cikgu kek sekolah pun jual ilmu la yo

    ReplyDelete
  36. RM200 tu kira murah la kan? Amik kuar je dari poket. Kalau kena bayar dengan pulut kuning ke, ayam golek ke, kepala kambing kurmak ke, kan payah nak buat.... bukan tak de guru yang buat cam tu. sekali jumpa kena bawak jagung rebus, nak amik ilmu baru kena bawak pulut kuning, kemudian kelapa kambing kurmak...

    ReplyDelete
  37. tu lom budak2 belaja dokto lagi..teori je dah 80k...clinical 100k..tu lom masuk bunge ptptn lagik!siang mlm baca buku teks..rohani ntah kemana. so support la muslim medicine sementara ade yg ikhlas nak ngajarnye..kalo leh settle cara lembut watpe susah2 pakai pisau bedah..(ceh ayat pujuk hati sneri ni)

    ReplyDelete
  38. salam..apa2 pon jgn condemn orang..jgn telingkah isu kecik..jga persaudaraan islam lagi afdol.

    ReplyDelete